Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Jangan buat esok, jika boleh dibuat hari ini

-- Abraham Lincoln

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Dari Galeri
assalamualaikum... salam mahabbah fillah buat semua...marilah kita jalinkan ukhwah & kasih sayang bersulamkan iman...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 15 jam, 13 minit yang lalu


Bakat Menulis
Topik: aku, lelaki dan cinta


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» aku, lelaki dan cinta

Please Mendaftar To Post


Oleh aku, lelaki dan cinta

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-06-03 02:46


Kata orang, keluargaku adalah keluarga bahagia. Penuh kasih sayang. Aku tak nafikan. Sebagai anak manja dan kesayangan bapa, aku dilimpahkan dengan belaian dan perhatian secukupnya. Lantas aku membesar dengan kepercayaan, kasih sayang itu satu kewajipan dan semua orang sayang padaku.

Kepercayaan yang ditanam sejak kecil itu menyebabkan aku mudah mesra dan begitu senang berdampingan dengan orang, walaupun baru kenal. Bapa amat marah jika aku sombong dengan saudara mara dan rakan taulannya. Sikapku yang keanak-anakan dan mesra itu menyebabkan aku begitu disenangi dan dimanja. Semua orang sayang padaku. Dan aku terus mempercayainya…

Sehinggalah satu peristiwa yang benar-benar merubah hidupku. Bapa yang kupuja pergi buat selama-lamanya.Tika itu aku baru belasan tahun dan amat memerlukannya. Kasih sayang dan perhatian yang mencurah-curah selama ini terus lenyap dalam hidupku. Kebahagiaan keluargaku terus direntap bila ibu menjadi pemurung dan sentiasa berwajah sugul. Ibu tidak jemu-jemu berkata…" Jika bapamu ada, sudah tentu kita tidak begini…" Masalah demi masalah mula melanda keluargaku dan akhirnya aku terpaksa menyaksikan keruntuhan sebuah keluarga yang dulunya bahagia.

Sejak itu, aku berubah pendiam. Namun kukuatkan semangat untuk ke sekolah walau apa pun terjadi. Menakjubkan pelajaranku tidak pula terjejas malah sering pula mendapat keputusan cemerlang. Aku pun seakan tak percaya dengan keupayaanku ini. Tak perlu teruk belajar tetapi mampu tersenyum lebar ketika keputusan peperiksaan diterima. Anugerah pelajar terbaik turut kurangkul. Aku akhirnya diterima ke universiti dalam bidang perakaunan. Walaupun tiada minat, aku tetap meneruskannya untuk tidak menghancurkan harapan ibuku.

Di kampus, aku mula rasa kekosongan. Fikiranku melayang-layang pada kemesraan dan kebahagiaan keluargaku satu tika dulu. Aku merindui kasih ayah. Jiwaku meronta-ronta . Dan tanpa kusedari, aku memburu kasih sayang yang hilang.

Aku kembali kepada diri asalku. Sikap manja dan mesraku menjelma semula. Aku seakan kembali kepada seorang remaja belasan usia yang suka dibelai dan dimanja. Sikap pendiamku hilang dan kepercayaan lamaku bertapak kembali. Bukankah semua orang sayang padaku?

Perubahanku begitu drastik. Kemanjaan dan kemesraanku menyebabkan aku cepat popular di kalangan pelajar lelaki tak kira senior atau junior. Tambahan pula aku mula aktif melibatkan diri dalam persatuan dan aktiviti kampus. Ramai yang ingin mendampingiku atau sekurang-kurangnya berpeluang berbual mesra denganku. Aku pun tak menyangka keadaan berubah begini. Di Hari Jadiku, hadiah dan kad istimewa tak terkira banyaknya. Di Hari Kasih Sayang, agaknya akulah wanita yang paling banyak menerima kad dan coklat dari 'secret admirers'.

Kerana sentiasa inginkan kasih sayang dan perhatian menjadikan aku seorang wanita yang tidak pandai menolak atau bercakap 'Tidak' pada lelaki .Aku melayani semuanya dengan baik dan mesra. Aku tidak memilih. Sesiapa sahaja yang ingin berkawan kuterima sehinggalah pensyarah pun pernah mengajak aku keluar. Namun anehnya , aku hanya mahu berkawan dan enggan bercinta.

Lelaki-lelaki yang mendampingiku pula lain tanggapan. Mereka menyangka penerimaanku bermaksud aku menerima mereka lebih dari seorang kawan walaupun aku tak pernah berterus-terang perasaanku. Dan amat malang, mereka terus mencurahkan cinta dan kasih sayang tanpa mengetahui bahawa aku mendampingi mereka hanya untuk berkawan dan bukan sebagai kekasih. Aku adalah sang pemburu yang mencari kasih sayang yang hilang namun amat degil untuk bercinta!

Di tahun berikutnya, aku memilih untuk menyewa rumah bersama rakan-rakanku. Tanpa kusedari tindakanku menyebabkan koleksi teman lelakiku bertambah. Jika dulu, peminat-peminatku hanya terdiri pelajar universiti dan warga kampus yang lain, kini sayapku semakin luas. Pelbagai jenis lelaki kutemui dari golongan biasa hinggalah golongan profesional dan berpangkat. Ajaibnya hampir setiap lelaki yang berkenalan denganku akan berakhir dengan jatuh cinta denganku….

Malam-malamku semakin terisi dengan kegiatan yang tidak berunsurkan pembelajaran. Jika dulu, aku sukar keluar malam kerana tinggal di kampus, kini kebebasan mutlak milikku. Telefon asyik berdering dengan panggilan untukku hingga merimaskan teman-teman serumah. Aku semakin ligat keluar malam memenuhi ajakan teman-teman lelakiku. Setiap malam boleh dikatakan berlainan teman. Malah adakalanya dalam satu malam aku keluar dengan beberapa orang lelaki silih berganti. Aku begitu teliti mengatur pertemuan agar tidak berselisih dan menimbulkan masalah.

Aku juga bijak menyesuaikan diri dengan setiap lelaki yang kutemui. Jika lelaki itu berpelajaran, pasti bualanku padat isinya. Jika lelaki itu sebaliknya, aku sekadar berbual kosong dan remeh temeh. Dan andainya lelaki itu baik orangnya, baik dan santunlah aku. Tapi malangnya jika lelaki itu kaki disko dan berpesta, maka diriku terus diheret bersama. Namun beberapa perkara tetap kujauhi…dadah, arak, rokok dan keterlanjuran…Aku masih sedar batasanku.

Teman-teman serumah berbuih mulut menasihatiku agar tidak selalu keluar malam. Mereka risau jika aku pulang lewat sehingga ke pagi dan tak senang duduk melihat aku sering bertukar pasangan. Alasanku mudah. Aku sudah besar dan pandai menjaga diri. Mereka tak boleh berkata apa-apa kerana dari segi pelajaran, aku tak pula kecundang. Walau sering ponteng kelas dan mengantuk dalam kuliah, aku tetap bertahan dengan keputusan yang baik. Malah kadang-kadang lebih baik daripada rakan-rakanku yang belajar setengah mati. Paling penting kehidupan sosialku tak mengganggu sesiapa.

Kedegilanku mendengar nasihat memang amat dimaklumi. Hingga satu tahap, rakan-rakanku tak ambil peduli lagi apa yang kulakukan . Aku bertambah bebas. Rumah macam hotel. Hanya untuk menukar baju dan tidur sahaja. Pagi, petang siang dan malam ada sahaja aktiviti yang kulakukan. Jika tidak ke kuliah dan aktiviti kampus, pasti akulah manusia yang paling sibuk ber'dating'. Aku tak pernah bosan kerana teman lelakiku ramai. Aku jarang mengeluarkan sesen pun untuk keluar makan atau berjalan-jalan kerana selalu dibelanja. Wang yang dikirim ibu hanya digunakan untuk keperluan pelajaran dan peribadiku sahaja. Malah buku dan nota sering dipinjamkan secara sukarela oleh abang-abang senior .

Walaupun kehidupanku penuh keseronokan, hatiku sebenarnya terasa sunyi. Aku tak pernah jatuh cinta sedangkan teman lelakiku keliling pinggang. Perkataan CINTA tak pernah kusebut pada mana-mana lelaki. Pernah satu tahap salah seorang temanku mengugut untuk mencederakan dirinya kiranya aku enggan berkata "Aku Cinta Padamu". Namun, dipaksa macam mana pun aku tetap enggan menuturkannya .

Aku semakin sunyi. Dalam kekeliruan, aku bertekad memutuskan hubungan dengan setiap lelaki yang menjalin hubungan denganku. Aku jadi begitu kejam dan tanpa perasaan. Mereka terkejut, keliru , marah, kecewa dan menangis kerana tidak dapat menerima perpisahan. Ada juga yang merayu-rayu aku kembali. Panggilan telefon sudah tidak aku layani. Aku bertekad untuk melarikan diri dari segala kegilaan ini. Walaupun aku tahu mereka kecewa, hakikatnya aku lagi kecewa.

Setelah tamat belajar, aku kembali ke negeri asalku. Setiap hari aku keluar mencari ketenangan seorang diri. Sedang aku tercari-cari arah haluan, aku disapa lembut oleh seorang lelaki awal 40-an. Rambutnya sudah beruban dan wajahnya lebih tua dari usianya. Mungkin perjalanan hidupnya sukar dan penuh ranjau. Dia menghulurkan salam perkenalan dan aku bagai terpukau menyambutnya.

Kini sudah hampir setahun aku mengenalinya. Ada sesuatu pada dirinya yang sukar kuungkapkan dengan kata-kata. Paling ajaib, perasaan yang dulu aku tercari-cari menjelma apabila aku bersamanya. Aku tak dapat nafikan lagi.Aku benar-benar jatuh cinta! Aku jatuh cinta pada lelaki yang boleh kupanggil ayah! Ke mana sahaja kami pergi pasti mendapat perhatian kerana usia aku jauh berbeza darinya.

Dia umpama sinar dalam hidupku yang dulu kehilangan arah. Aku sudah menemui kasih sayang yang hilang dan aku juga sudah menemui cinta sejati. Aku tidak peduli lagi apa orang akan kata. Aku bertekad untuk menjadi suri dalam hidupnya. Aku ingin membasuh penderitaannya dan mengembalikan impian hidupnya. Aku akan menjaganya tika ia sakit dan berada di sisinya tika ia susah dan memerlukan aku.

Aku akui dia sudah tua, tidak berharta dan tanpa keluarga. Namun, itu bukan jadi ukuran. Cinta tak kenal siapa . Dan aku bersyukur kerana Tuhan telah menemukan aku dengannya. Aku berjanji untuk mencintainya sepenuh hati dan bersamanya hingga ke akhir hayat. Oh dunia ini sememangnya penuh keajaiban…

Karya:
Anna AbadiĀ®



-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 04-06-03 18:17


Masya-Allah, memang sungguh ajaib dunia ini...

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-06-03 18:32


assalamualaikum....

wah best gak karya adik qaulah_natrah ni.....

-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

aku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 986
Posting: 110
Dari: bumi ALLAH

iraq   avatar


posticon Posting pada: 05-06-03 15:27


karya sendiri ke? bagus!!!

-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...


Bookmark and Share




  Member Information For akuProfil   Hantar PM kepada aku   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 03:23


bes citer nie, pandai dek qaulah... buat sindiri ke citer nie qaulah? tp, apeĀ² pun citer nie mmg bes..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 31.05.2003
Ahli No: 1547
Posting: 125
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-06-03 01:06


Wauu... Seriously, best n kreatif. Kak qaulah_atrah ke yang tulis sendiri. waaa.. Caya laa.. Congrat!

-----------------
FRieNDSHiP iS aLL aBouT
CaRiNG, TRuSTiNG aND LoViNG
No DiaMoNDS oR PeaRLS
CouLD eVeR RePLaCe
WHaT FRieNDSHiP MeaNS To uS


Bookmark and Share




  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-06-03 16:20


time kasih puji qaulah... ekekek... puji la qaulah copy ^ paste... ehehe..

nie bukan karya qaulah yer.. karya kak anna abadi.. tue nick dier.. eheh..

harap maaf..

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 17-06-03 15:28


bestlah karya ni.....


Bookmark and Share




  Quote dan BalasQuote

mEnNa
WARGA RASMI
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1716
Posting: 8
Dari: pLanet ke3 dr m'hari

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-07-03 13:27


bestnye..bestnyeeee...beeest lah. terharu bace cerpen nih


Bookmark and Share




  Member Information For mEnNaProfil   Hantar PM kepada mEnNa   Quote dan BalasQuote

mardhiahadawiyah
WARGA RASMI
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 1248
Posting: 12
Dari: Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-03 15:47


best gak tapi betul-betulke perna berlaku?


Bookmark and Share




  Member Information For mardhiahadawiyahProfil   Hantar PM kepada mardhiahadawiyah   Pergi ke mardhiahadawiyah's Website   Quote dan BalasQuote

shue
WARGA RASMI
Menyertai: 23.07.2003
Ahli No: 2056
Posting: 1
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-07-03 08:51


Wah.. cerita yang best!!!!


Bookmark and Share




  Member Information For shueProfil   Hantar PM kepada shue   Pergi ke shue's Website   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.06.2006
Ahli No: 6673
Posting: 31
Dari: bumi Allah di Dungun terangganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 15:37


sesungguhnya Allah itu maha berkuasa atas sesuatu


Bookmark and Share




  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.051861 saat. Lajunya....