Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-08-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya tak tahu formula sebenar kejayaan, tetapi saya pasti dengan formula sebenar kegagalan iaitu cuba menyukakan hati semua orang

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 4
Ahli: 0
Jumlah: 4




  Dari Galeri
yang tudung pink tu

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 3 hari yang lalu


Ringan
Topik: Mari berbalas pantun..jawab..kekawan..hehehe


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Ringan
    »» Mari berbalas pantun..jawab..kekawan..hehehe

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Mari berbalas pantun..jawab..kekawan..hehehe

MencariSinar
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 1400
Posting: 39
Dari: Malaysia

egypt   avatar


posticon Posting pada: 30-05-03 10:16


Assalamualaikum..wbt...

ok..Sinar start dulu ek..ini pantun pasal kehidupan semasa heheheh utk muslimah yang mengalaminya..

sungguh indah alam buana
damainya hingga menyentuh hiba
hati merindu badan merana
menanti bahgia tak kunjung tiba

damai hingga menyentuh hiba
indah permai ciptaan dariNya
menanti bahgia tak kunjung tiba
tak sabar menunggu bilakah agaknya

menyusur denai berhati -hati
takut terkena jerangkap samar
begini rupa seksa si penanti
setia menunggu kasih yang samar


takut terkena jerangkap samar
kelak terseksa badan terbeban
setia menunggu kasih yang samar
demi mengharap cahaya keajaiban

letih berjalan mula dirasai
tapak kaki terasa kematu
adakah kalian juga merasai
hakikat penantian seksa si perindu?


Wsalam...
****** pEnanTian Suatu PenyeksaaN*********

-----------------
Seandai dirinya tercipta untuk ku
rela ku menjadi miliknya


Bookmark and Share




  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-05-03 11:29


mmm...ana ni tak ler pandai berpantun tapi sesaje nak cuba

memang benar penantian suatu penyiksaan
bagai pungguk rindukan rembulan
namun apalah daya nasib badan
di hati ini tetap mengharap kasih tuhan




-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 1400
Posting: 39
Dari: Malaysia

egypt   avatar


posticon Posting pada: 30-05-03 11:47


A'kum

oklah tuh heheheh...
tapi hub_addin menggunakan pembayang ngan maksud lebih kurang sama..hehehe..tapi takpelah..oklah tuh..dari sinar...

puas sudah gunung ku daki
demi inginkan ketahanan dalaman
mengharap kasih ilahi itu hakiki
redha dariNya terbit ketenangan



***** bertemu dan berpisah kerana Allah *******

-----------------
Seandai dirinya tercipta untuk ku
rela ku menjadi miliknya


Bookmark and Share




  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Quote dan BalasQuote

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-05-03 11:56


isk... akak tak retilah berpantun...
saper yg reti tu, tolonglah ajar akak...
maklumlah akak ni bkn seorg yg kreatif dan puitis...



Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 1400
Posting: 39
Dari: Malaysia

egypt   avatar


posticon Posting pada: 30-05-03 12:16


Assalamualaikum

hehehe..alah.ciannya akak Ainul_Mardhiah...sinar bole ajarkan..tapi sinar pun sebenarnya bukan pandai sangat berpuisi nie..tapi bakat dah lame tak di asah..hehehe..

sebenarnya kalau nak create pantun nie ada 2 kategori..2 baris pembayang dan 2 baris maksud.
kalau sinar guna rangkap ke 2 sebagai mengambil pembayang ke 2 itu bermaksud pantun tuh berantai. heheh saling kait mengait..so lebih unik.

kalau taknak buat pantun berkait pun tak pe.. tapi lebih cantik lah kalau nak wat pantun panjang jika di berkait diantaranya.

tapi lebih menarik 2 pembayang tidak berkaitan langsung dengan 2 maksud..so lebih cantiklah bila di gabungkan..

tapi perlu ingat akhirlah 2 penbayang dan 2 maksud mestilah berpadanan..lebih menarik sebutan akhiran yang sama 4 atau 3 atau 2 ayat yang sama. berpadanan..baru nampak menarik..ok..akak Ainul_Mardhiah dah faham...

ok..selamat mencuba....

siang malam silih berganti
rahsia alam azali ter'encana
pantun dikarang peluah hati
untuk mengubat hati merana

wsalam




Seandai dirinya tercipta untuk ku
rela ku menjadi miliknya

[ Posting ini telah di edit oleh: MencariSinar pada 2003-05-30 12:24 ]


Bookmark and Share




  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
{ SRIKANDI }
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 30-05-03 12:40


Assalamu'alaikum...
Ana pun nak try jugak nih...


Kerlipan bintang menyeri alam,
Bulan terlindung diselimut awan,
Bukankah sudah tersurat di kalam,
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Meliuk-lintuk pohon selasih,
Hinggap pula si burung tekukur,
Wahai Tuhanku yang Maha Pengasih,
Kurniakanlah aku nikmat bersyukur.


-----------------
[b][i]Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah[/b][/i]


Bookmark and Share




  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 1400
Posting: 39
Dari: Malaysia

egypt   avatar


posticon Posting pada: 30-05-03 13:58


Assalamualaikum

Bulan kelam disebalik awan,
indah malam di persisiran pantai,
Walaupun Jodoh ketentuan Tuhan.
Usaha dan doa perlu berantai.


padi dibendang di makan tekukur
lalai si tani tampi tampian
Kurniakanlah aku nikmat bersyukur
moga daku tidak kelalaian

hehehe ok lah tuh ek..
hajidah_aiman

wsalam

-----------------
Seandai dirinya tercipta untuk ku
rela ku menjadi miliknya


Bookmark and Share




  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-05-03 17:28


mmg ok sgt tu kak!!


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
{ SRIKANDI }
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 31-05-03 09:33


Syukran...


Di tepi pantai pergi memukat,
Tangan bengkak disengat tebuan,
Usaha memang boleh dibuat,
Namun malu sifat perempuan.

Manisnya kopi di dalam koleh,
Makan kuih dengan buahan,
Hendak memula tiada terboleh,
Hati segan jiwa tertahan.

Duduk bersimpuh di tepi huma,
Burung terbang sama ditonton,
Hatiku bahagia Dia bersama,
Suka duka pada-Nya kupohon.




Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah


[ Posting ini telah di edit oleh: hajidah_aiman pada 2003-05-31 09:34 ]


Bookmark and Share




  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

mawarputih
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 308
Posting: 152
Dari: Bangsar,KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-05-03 09:57


Chewah.... Hebat sungguh Kak hajidah_aiman dan MencariSinar berpantun. Ana pun nak join gaks...

Indah laman dihias kekwa,
Pondok usang berkayu jati,
Gandakan usaha, panjatkan doa,
Moga impian jadi realiti.

Syahdu malam disinar rembulan,
kerlipan bitang menawan hati,
Apa digusar jodoh pertemuan,
Serah segala pada Ilahi...

WaLlahu Subhanahu WaTa'ala A'lam....

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-05-03 12:53


amboi bes nyer pantun korg...syahduu rase nyer...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

mawarputih
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 308
Posting: 152
Dari: Bangsar,KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-06-03 21:47


Ukhti nilamSarah tak nak cuba berpantun ker...??? Cubalah... kalau tak tahu... Kak hajidah_aiman dan MencariSinar boleh tolong ajar.... Maklumlah... mereka nie expert sikit dalam bab2 pantun melayu tradisional nie... Tak gitu...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 1400
Posting: 39
Dari: Malaysia

egypt   avatar


posticon Posting pada: 02-06-03 10:44


Assalamualaikum wbt..hehehe..wah..ramai gaks yg tahu berbalas pantun..oklah tuh..hehhe..nie MencariSinar nak balas pantun muslimah yang turut sertanye..

ok..muler-muler...

tuk uktie mawarputih

Pondok usang berkayu jati,
tempat persinggahan burung tekukur,
setelah impian jadi realiti
tingkatkan iman juga bersyukur

Si tani bertani mengikut kemahuan,
untuk memenuhi keperluan insani,
tidak digusar jodoh pertemuan,
hanya mengukir impian nurani.


heehhe..

tuk uktie hajidah_aiman

Di tepi pantai pergi memukat,
Tangan bengkak disengat tebuan,
memang malu sifat perempuan.
tapi perlu juga bertempat.


Makan kuih dengan buahan,
terlalu gelojoh tersedak sakan
Hati segan jiwa tertahan.
arr..tuh yang dik merana badan.

Burung terbang sama ditonton,
terbang hinggap di pohon jerami,
Suka duka pada-Nya kau pohon
pohon tercapaikah impian nurani??


pada kekawan yang lain silalah serlahkan bakat awak..hehehe...

wsalam


-----------------
Seandai dirinya tercipta untuk ku
rela ku menjadi miliknya


Bookmark and Share




  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 1400
Posting: 39
Dari: Malaysia

egypt   avatar


posticon Posting pada: 03-06-03 10:18


Assalamualaikum

mane gi kekawan semua nier..isk isk isk...

nak berpantun lagi lah...

enak sungguh menjamu laksa
makan di bawah pohon angsana
mengapa hatiku masih terseksa
adakah cintaku padanya belum terlaksana??


erm..
wsalam



-----------------
Seandai dirinya tercipta untuk ku
rela ku menjadi miliknya


Bookmark and Share




  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
{ SRIKANDI }
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 03-06-03 13:28


Syukran utk MencariSinar & mawarputih

Maaf laa lama tinggal sbb ana bz dgn freshies....
InsyaAllah nanti ana buat pantun baru yaa...

Indah sungguh alam buana,
Burung berkicau unggas menari,
Bukan cinta belum terlaksana,
Cuma keikhlasan sukar dicari.

Hmm..tak jadi pulak pantun ni...

-----------------
[b][i]Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah[/b][/i]


Bookmark and Share




  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 1400
Posting: 39
Dari: Malaysia

egypt   avatar


posticon Posting pada: 03-06-03 13:49


A'kum..

ermm...takde sape nak balas pantun kite ker..???
hajidah_aiman..saye tengah pk nak balas pantun awak..ermm..

wsalam



-----------------
Seandai dirinya tercipta untuk ku
rela ku menjadi miliknya


Bookmark and Share




  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Quote dan BalasQuote

aku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 986
Posting: 110
Dari: bumi ALLAH

iraq   avatar


posticon Posting pada: 03-06-03 14:46


x reti pulak nak balas!!!

-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...


Bookmark and Share




  Member Information For akuProfil   Hantar PM kepada aku   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 1400
Posting: 39
Dari: Malaysia

egypt   avatar


posticon Posting pada: 03-06-03 15:42


A'kum

laa..Aku nape tak reti pantun..belajarlah..try jawab pantun sinar tuh

wsalam

-----------------
Seandai dirinya tercipta untuk ku
rela ku menjadi miliknya


Bookmark and Share




  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
{ SRIKANDI }
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 03-06-03 17:14


Alamak ana lupa nak jawab pantun yg ukhti MencariSinar bagi kat ana tu...sorry yer..jap ana pikir....

Melambai-lambai daun di pohon,
Pohon meranti tumbuhnya sasa,
Hanya pada-Nya kita memohon,
Jgn sekali berputus asa.

Membidik burung peluru tersasar,
Burung terlepas hati merana,
Rahmat Allah sangatlah besar,
Jgn pula kufur nikmat-Nya.

Hmm...setakat tu yg ana terfikir....

-----------------
[b][i]Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah[/b][/i]


Bookmark and Share




  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 1400
Posting: 39
Dari: Malaysia

egypt   avatar


posticon Posting pada: 05-06-03 09:37


Assalamualaikum..

nie nak balas pantun hajidah_aiman...hehehe..


ndah sungguh alam buana,
Burung berkicau unggas menari,
Bukan cinta belum terlaksana,
Cuma keikhlasan sukar dicari.

jawapannyer..

mawar mekar simbol kiasan
gelaran dara idaman teruna sejati
memang sukar mencari keikhlasan
kerna ia hadir dari hati yang suci

wsalam


-----------------
Seandai dirinya tercipta untuk ku
rela ku menjadi miliknya


Bookmark and Share




  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Ringan
    »» Mari berbalas pantun..jawab..kekawan..hehehe

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.064103 saat. Lajunya....