Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya...

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Dari Galeri
assalamualaikum
salam ukhwah fillah wamahabbah dari ana buat semua kaum muslimah
wassalam

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 13 jam, 53 minit yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: BerKahWin Ketika Blajar..


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» BerKahWin Ketika Blajar..

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh BerKahWin Ketika Blajar..

al-kauthar
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 116
Posting: 52

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-05-03 16:08


assalamualikum...

kami harap sgt dapat berkongsi pandangan, dan pengalaman darpd shabt2 sekalian mengenai isu BERKAHWIN KETIKA BELAJAR nih...

esp kalu pasangan kita tu,same2 belajar ngan kita..

pastu...apa lagi yg perlu difikirkan mengenai hal2 persiapan sebelum, semasa dan selepas selamt diijabkabulkan...


harap shbt2 dpt memberikan bantuan kepada ana...



waAllahu'alam



wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For al-kautharProfil   Hantar PM kepada al-kauthar   Pergi ke al-kauthar's Website   Quote dan BalasQuote

Lady_Iu
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1005
Posting: 58
Dari: JB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-05-03 17:38


askum..

berkahwin semasa belajar.. ana rasa tak de masalah.. mengikut pengamalan... kalu kahwin masa belajar ni..bagus sbb dapat elak maksiat.. pehtu..pasangan memasing leh tolong menolong...
wpun bukan cos yg sama....

lagi satu... takyah dah pk pasalah lelaki.. sbb suami dah ade kan.. selesai banyak masalah... tak yah pk nak cintan2... leh tumpukan perhatian sepenuhnya pada study...

mungkin, dr segi kewaangan perlu kna prepare gak.....klu x mampu leh buat nikah gantung.. means nikah dulu.. majlis kendian...

tapi.. kawin masa belajar ni... kena faham gak keadaan suami.. jangan asyik nak majuk2 jek.. peh tu jangan lah mintak benda yang suami x mampu nak blikan...yelakan.. suami kan maseh blaja....
so mana de duit banyak.. mungkin leh harapkan duit loan/biasiswa utk tampung hidup bersama...

- leh sambung lain kali....


-----------------
Usaha... doa... tawakal... :)


Bookmark and Share




  Member Information For Lady_IuProfil   Hantar PM kepada Lady_Iu   Quote dan BalasQuote

hurulain
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 16
Posting: 313
Dari: Bumi Allah

singapore   avatar


posticon Posting pada: 30-05-03 01:47


yes! sokonglah kata kak Lady_Iu hihik..


Bookmark and Share




  Member Information For hurulainProfil   Hantar PM kepada hurulain   Quote dan BalasQuote

nur_ilmiah
WARGA RASMI
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 617
Posting: 4

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 31-05-03 09:15


Ha'a bagus gak kalau bekawin mase blaja. Bukan ape at least boleh mengelakkan perlakuan maksiat disamping itu dengan adanya suami disisi kita dia boleh menjadi sebagai salah satu pendorong dalam belajo... Tak gitu


Bookmark and Share




  Member Information For nur_ilmiahProfil   Hantar PM kepada nur_ilmiah   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-05-03 11:14


tapi hati2lah sebab kalau dah penat dengan urus rumah tangga, lebih2 lagi kalau dah ada anak2 tentu susah juga nak tumpukan pada tugasan akademik yang berlambak nanti.

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

Safiah_Rumaisha
WARGA RASMI
Menyertai: 29.05.2003
Ahli No: 1533
Posting: 10
Dari: PaNdAn InDaH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 17:44


salam alaik..

mak oi...bunyi mcm best jer..nak hadapinya..takut jugak...nak ikut kata siapa yer..kata mak..kawinler awal-awal..kata abah..belajar lah dulu..kata kakak..jgn ingat kat pakwe ajer..kata abg..jgn mengada-ngada nak kawin selagi tak hbs belajr..

kuikui...kata hatiku..ikutlah mana yg mudah..kuikui


Bookmark and Share




  Member Information For Safiah_RumaishaProfil   Hantar PM kepada Safiah_Rumaisha   Pergi ke Safiah_Rumaisha's Website   Quote dan BalasQuote

Che_Lin
WARGA RASMI
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 831
Posting: 1
Dari: Japan

japan   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 22:29


kawin masa belajar...
hmmm... ada gak baiknya... elakkan maksiat bak kata Lady_Iu & nur_ilmiah... esp kalau yang dok ober-c... bukan apa, duduk jauh dari mak ayah...orang yang nak menegur salah silap kita pon kurang... kena pulak iman tak kuat payah jugak so better kawin la saya rasa... kawan2 saya pun alhamdulillah ramai dah bina masjid...


Bookmark and Share




  Member Information For Che_LinProfil   Hantar PM kepada Che_Lin   Pergi ke Che_Lin's Website   Quote dan BalasQuote

al-kauthar
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 116
Posting: 52

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 09:48


alhamdulillah..tak sangka ade gak respond drpd shbt2 semua..syukran jazilan wajazakumullahukhairan jaza'..

hmm..lagi..caner?ade tak pendapat2 lain...

esp pada yg dah ade pengalaman..sila2kan lah berkongsi pandangan fasal isu BERKAHWIN KETIKA BELAJAR ni..ok..


waAllahu'alam


Bookmark and Share




  Member Information For al-kautharProfil   Hantar PM kepada al-kauthar   Pergi ke al-kauthar's Website   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1646
Posting: 110
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-06-03 00:47


erm...kahwin???saya xder pengalaman...tapi...teringin gak nak mencelah..heheh...kahwin...mcm bset jer...tapi kalau mama dan abah tak izinkan?? camner??? tak susah ker?? hmm...ntah laa...kat poli ni ada sorg kakak tu baru jer kahwin masa cuti sem lepas...dia kahwin dgn one of the saff-one tak salah saya...nampaknyer..sejak dia kahwin..pegi kelas slalu jer ceria...hmm?? kalau nak kahwin waktu blaja...seeloknyer..buat laa solat istiqarah dulu...btul x???
wassalam...

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..


Bookmark and Share




  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Quote dan BalasQuote

budakinsaf
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 595
Posting: 122

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-03 10:35


assalamualaikum..
wah...seronok yek bercerita pasal kawin ni? Lady_iu tu dah ade pengalaman yek? sbb tu pandai bg pendapat.

-----------------
CiNTa YaNG ABaDi...CiNTa PaDa ALLaH




Bookmark and Share




  Member Information For budakinsafProfil   Hantar PM kepada budakinsaf   Quote dan BalasQuote

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 10-06-03 10:51


Hehhee..fizah pun nak mencelah..ermmm..kawin masa belajar ekk..bg fizah utk mereka yg berkemampuan dari segala segi..ilmu,fizikal, mental dan segala-galanya laa sbb hidup berumahtangga ngan idup sorang ni lain..sesuatu yg amat berbeza alhamdulillah..teruskan niat suci murni kalian tu..tapi fizah hehe..rasanya biarlah abis study dulu sbb tak sanggup laa byak komitmen yg perlu diberi nanti. Mana nak terkejarkan suami, diri sendiri, ha bg yg dah ada anak nanti anak lagi..study lagi..heee byaknya kejee..dan lagi satu soal kewangan..takut nanti menyusahkan mak n abah plak..Bagi sahabat-sahabat yg dah tiba masanya..dah sampai seru la katakan..selamat berbahgia fiza doakan...


-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

aysha
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 24.04.2003
Ahli No: 456
Posting: 62
Dari: seremban,ng 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-06-03 11:23


akum....
hmmm saya rasa ok jer kalau kawin awal ni..yelah,dapat kurangkan maksiat bila asyik dating jer.tapi kalau diri saya sendiri,memang takleh kawin lagi.mak saya pun tak benarkan kawin awal ni.
kesimpulannya...sesapenak kawin awal tu,die kene la ada preparation.tak kira la dari segi fizikal,mental n rohani.why??b coz kita ni masih student lagi.komitmen blaja perlukan byk perhatian.kalau dah kawin,kene bahagikan masa yg ada kpd kehidupan berkeluarga plak.bukan senang nak kawin ni.byk benda kene pk.jgn igt seronok jer.especially bila husband pun student lagi kan.lain ler kalu die dah keje.
kalu rasa keliru sgt,buat ler solat ISTIKHARAH dulu,minta tolong dgn Tuhan.mana tau Dia ada jawapan utk persoalan kiter....
ok...mana yg baik dtgnyer dr Allah,yg buruk tu dtg dr kelemahan kiter sendiri...
salam kasih sayang....

-----------------
ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah


Bookmark and Share




  Member Information For ayshaProfil   Hantar PM kepada aysha   Quote dan BalasQuote

al-kauthar
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 116
Posting: 52

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-06-03 17:54


Assalamualaikum wbt..

insyaAllah,kami teringin gak nak menyumbang idea dan pandngan mengenai isu nih..

tapi bukan lah drpd pengalaman sendiri..sekadar berkongsi ilmu yg diperolehi drpd pembacaan dan pemerhatian…

kahwin ketika belajar ni, ade pro dan kontra nya..
tapi kedua2 kesan tersebut berbalik kepada bagaimana dan sejauhmana kebijaksanaan mereka (pasangan suami isteri tersebut mengendalikan) bahtera rumah tangga mereka..

maklumlah nak ngadap buku lagi..keluarga..anak2 dan amanah2 lain yg dipikul bersama..

sebab tu kalu nak mindirikan masjid ketika blajar nih..sebaik2nya kedua2nya perlu memiliki persediaan yang mantap drpd segi.rohani dan jasmani, fizikal dan mental, material serta ilmu2 yang berkaitan dgn pengurusan rumah tangga dan kekeluargaan…

persoalannya..bagaimana kalu persediaan yg ade still tak mantap tetapi kedua2 belah pihak bersedia utk mendirikan rumah tangga?...maka ade baiknya kita semua mengambil kira hal2 yg berikut….

1).memberi peluang terhadap pasangan masing2 utk mempelajari,memperbaiki kelemahan diri..mengadaptasi suasana baru sebagai suami isteri..esp diawal2 usia perkahwinan (3-5 tahun pertama).

2). Sabar,saling mempercayai,bertolak ansur, saling Bantu membantu kepada pasangan anda..berusaha memahami kondisi masing2 yg mempunyai komitmen lain sebagai pelajar,suami/isteri, bapa/ibu,tanggungjawab sebagai anak (tanggungan keluarga) dan yg seumpama dengannya…dalam hal ini..kita perlu saling memberi semangt,sokongan dan saling menguatkan pasangan masing2 sekiranga rumah tangga anda menghadapi masalah..esp drp segi kewangan dan sebagainya…

3). Sekiranya berhadapan dgn masalah yang melibatkan kedua belah pihak…cubalah cari penyelesaian yang terbaik dan menguntungkan kedua2nya…bersikap matang dan rasional serta selalulah berbincang dari hati ke hati utk mewujudkan persefahaman antara satu sama lain…

justeru itu, kedua2nya perlu memiliki mind setting yg betul+tepat mengenai perkahwinan yg dibina…ikatan perkahwinan bkn utk sehari dua, tetapi utk selamanya bahagia dalam redha Allah dunia dan akhirat…maka kedua2nya perlu berfikir kearah yg positif…jika belahrlaku permasalahan atau salah faham..segera diselesaikan..tetapi bukan dgn mengambil jalan mudah..perceraian tetapi keputusan tersebut perlu kearah mencari jalan perdamaian antara kedua belah pihak…memikirkan masa depan anak2,hubungan baik kedua2 belah keluraga suami dan isteri serta mahligai yg dibina..

4).bersedia utk sama menghadapi susah dan senang hidup bersama…tidak meminta permintaan atau perkara2 yang tidak munasabah mahupun yang diluar kemampuan pasangan masing2..

5)menerima pasangan anda seadanya..tidak memperlekehkan keupayaan mereka,saling menghormati antara satu sama lain…ini kerana , selepas berumah tangga baru kita kenal perangai sebenar pasangan kita..’alakulillha..lihatlah pada kelebihan mereka..sekiranya nampak kekurangan..tegur lah secara berhikmah…saling ingat mengingatkan…agar kedua2nya dapat memperbaiki mana2 yg kurang pada diri sendiri…

6) menghormati serta menerima keluarga pasangan anda seadanya…Sokongan drpd pihak keluraga (suami dan isteri)ini amat penting sekali bg pasangan yg berkahwin ketika belajar …sebaik2 nya..biarlah keputusan anda yg ingin mendirikan masjid ini mendapat keredhaan dan restu drpd mereka esp kedua2 ibu dan bapa..hal ini kerana..keluarga adalah mereka yg paling dekat kita utk membantu kita dalam kesusahan…

7) membetulkan niat utk mendirikan masjid…sedar pernikahan dan perkahwinan bukan shja mengenai keseronokkan setelah sah menjadi suami dan isteri..tetapi juga melibatkan mengenai amanah yg dipikul sebagai suami keatas isteri,isteri terhadap suami, ibu dan ayah terhadap anak2 yang akan lahir dan sebagai anak/menantu kepada keluarga kedua2 belah pihak..hal ini kerana..keluraga adalah merupakan satu unit yg berperanan utk melahirkan generasi rabbani pada masa akan datang…

hal ini perlu diambil berat kerana antara salah satu punca keruntuhan moral yg berlaku pada hari inu adalah berpunca drpd keluarga yg tidak bahagia…

..meninggalkan gaya hidup ketika bujang…mematang dan mendewasakan diri…ade perancangan dalam pengurusan rumah tangga yg teratur…tidak bersikap lepas tangan… tetapi same2 berusaha utk mencapai kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga..menjauhi segala perkara yg boleh yang boleh membawa kepada salah faham…tidak membesarkan perkara yg remeh-temeh…serta mempunyai matlamat yg jelas tentang masa depan rumah tangga yang dibina…

9) mengenai aspek material dan ekonomi juga perlu bijak menguruskannya..maka sekiranya tidak berkemampuan, maka janganlah mendesak pasangan anda atau mengharapkan kehidupan yang serba mewah…hal ini perlu ditekankan..kerana setelah berkahwin..sekiranya anda memilih utk tinggal dirumah sewa..anda perlu berfikir mengenai soal kos kehidupan..belanja sewa rumah, barang2 dapur2..keperluan anak2..api dan elektrik dan sebagainya..berbincang dan carilah jalan yang terbaik utk mengatasi masalah ini..insyaAllah sekira matlamat perkahwinan ini kerana Allah…walau bagaimana susah sekalipun anda berhadapan dgn masalah kewangan..pasti ade jalan keluarnya..tapi yang penting..mesti ada inisiatif ,usaha dan kesungguhan…cari alternatiF utk sumber kewangan..bukan just duduk goyang kaki…

10)..berusahalah utk memenuhi ilmu didada terutamanya ilmu agama agar kita diperteguh kan iman dan diberi kekuatan jiwa dalam melayari kehidupan dalam alam rumah tangga..

berusahalah utk sama2 mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga berteraskan islam(sunnah rasulullah saw.)

insyaAllah…walau terpaksa berhadapan dgn pelbagai kepayahan..namun sentiasa ade keberkatan dalam rumah tangga tersebut…inilah hikmahnya apabila kita sentiasa istiqamah utk menghidupkan suasana keluarga yang ade roh islam (biah soleh) dan kembali kepada Allah subhanahu wataala dalam segala urusan yang kita laksanakan…

insyaAllah..zuriat yang lahir menjadi anak2 yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat kita semua,amin ya rabbal’alamin….


Maka disini dapatlah saya simpulkan bhw..perkahwinan dalam usia muda bagi mereka yg sedang belajar ini,insyaAllah..bukanlah penghalang kepada tumpuan kita dalam bidang pelajaran . perkahwinan ini bukan sahaja dapat mencegah drpd kemungkaran dan maksiat, malah memberi banyak manfaat drpd segi ketenteraman jiwa, aspek pembentukan peribadi muslim sejati (sbg peminmin keluraga ), melahirkan genarasi rabbani, mewujudkan suasana keluarga yg harmoni semata2 utk mendapatkan keredhaan Allah dunia dan akhirat…

Dan last but not least..renungilah…
“sesungguhnya apa yang allah kehendaki pasti akan terjadi meskipun tidak seiring dgn kehendak kita..tetapi apa yang kita ingini TAK mungkin menjelma apabila tidak seiring dengan kehendak ilahi…”-imam as-syafie



waallahu’alam

moga ilmu yang sedikit ini..dapat memberi manfaat kepada kita semua,insyaallah…

kalu ade yang kurang…harap shbt2 semua sudi menambah dan berkongsi pandangan dan pengalaman…jazakumullahukhairan kathira’


wassalam




Bookmark and Share




  Member Information For al-kautharProfil   Hantar PM kepada al-kauthar   Pergi ke al-kauthar's Website   Quote dan BalasQuote

seroja_munirah
WARGA RASMI
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 1907
Posting: 1
Dari: bumi serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-07-03 18:24


akum... kahwin tika blaja...satu topik yang hangat tak kira waktu maner... kat kolej saye pun ramai yang kahwin tika blaja.ngan pensyarah lagi...at least...result dia cemerlang..now saye sambung study kat timur tengah..lagi ramai yang kahwin tika blaja.. i think i setuju tapi tengok zuruf pulak and then sama2 pasangan tu faham tanggungjawab masing2 dan saling bantu antara satu sama lain.. bukan takat suami laksanakan tugasnye aje... kenalah bantu tugas isteri sama... betul tak..


Bookmark and Share




  Member Information For seroja_munirahProfil   Hantar PM kepada seroja_munirah   Quote dan BalasQuote

al-kauthar
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 116
Posting: 52

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-07-03 10:44


...well..the problem today...

sometime our parents tak fikir sperti apa yg anak2 mereka fikirkan..

betul..our parents have their rights on us..an of course yg tak setuju tu ade sebab yg kukuh why mereka tak nak anak2 mereka kahwin ketika belajar from their on view....

and mereka lebih prefer anak2 mereka kahwin after grad..takpe lah kalu kene berkawan atau tunggu lame pun...

then..takkan nak kahwin lari pulak kan...nanti..elok2 nak buat benda baik..jadi yg sebaliknya pulak..sebab takde redha dan restu from them...

waAllahu'alam...


jadi..berbalik la pada diri kita utk menjaga hati dan perasaan and our behavior dgn bakal zauj/zaujah tu....

itu yg besar jugak dugaan tuh..jadi as a prevention..saya sarankan pada akhawat sekalin dan diri saya sendiri...

jauhilah drpd berdua2an ,berdating atau yg seumpanya..yg boleh mendatangkan fitnah kepada diri kita...

insyaAllah..kalu kita berusaha menjaga hubungan tersebut...
ada keberkatannya nanti...



waAllahu'alam



wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For al-kautharProfil   Hantar PM kepada al-kauthar   Pergi ke al-kauthar's Website   Quote dan BalasQuote

anak_perak
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 45
Posting: 186

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-07-03 23:33


jap... nak try test wat hipotesis

payah kot... sbb nak ngejor akademik pun tunggang langgang ... inikan nak jaga laki yerk

apapun....dependla pd diri dan kemampuan masing2

-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For anak_perakProfil   Hantar PM kepada anak_perak   Quote dan BalasQuote

achik1105
WARGA RASMI
Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 1095
Posting: 10

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 12-07-03 10:24


assalamu'alaikum wbt...bagi ana..semua tu terpulang pada individu masing-masing..yang penting ialah rasa tolak ansur dan saling memahami...dan sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya dipermudahkan segala urusan...Insya-ALLAH jika segalanya kerana ALLAH...kita akan menerima apa yang ditentukan oleh ALLAH secara terbuka...maaf..sekadar pandangan...


Bookmark and Share




  Member Information For achik1105Profil   Hantar PM kepada achik1105   Quote dan BalasQuote

wardah_iium
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 120
Posting: 50
Dari: Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-03 13:37


maaf...ana x tahu sgt coz ana x ada pengalaman.But apa yg ana tahu..pasangan tu mestilah faham tanggungjawab masing-masing ...barulah keharmonian ada.


Bookmark and Share




  Member Information For wardah_iiumProfil   Hantar PM kepada wardah_iium   Quote dan BalasQuote

alhusna
WARGA RASMI
Menyertai: 30.06.2003
Ahli No: 1847
Posting: 14
Dari: KB

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-07-03 11:45


Tah ana pun ta de pengalaman lagi, tapi kawan ana dah kahwin ketika belajar. .. nampaknya elok,
tak de masalah... tak tahulah yang sebenarnya...
Wallahu a'lam


Bookmark and Share




  Member Information For alhusnaProfil   Hantar PM kepada alhusna   Pergi ke alhusna's Website   Quote dan BalasQuote

SUMAIYAH
WARGA RASMI
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 992
Posting: 2
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-07-03 17:09


assalamualaikum wbt

Saje nak mecelah...
Kawin waktu bila-bila pun ada pro and cons nya....
Untuk mengelakkan permasalahan dalam rumahtangga, suami/ isteri harus bersatu dalam segala tujuan yang baik demi kebaikan rumahtangga.

Bagi yang dah cukup syarat dan dah ada empunya, tak kira masa belajar atau dah kerja, kawin jalan penyelesaian. InsyaAlah masalah remeh temeh selesai.

Jika dikurniakan cahaya mata, jgn anggap itu masalah ( yelah...jika kawin waktu belajar), anggaplah ianya nikmat. Kehadiran cahaya mata akan menyerikan rumahtangga itu sendiri.

Ok na....bicara lain kali.

wasalam


Bookmark and Share




  Member Information For SUMAIYAHProfil   Hantar PM kepada SUMAIYAH   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» BerKahWin Ketika Blajar..

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.091518 saat. Lajunya....