Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-08-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Cabaran sebenar bukan bagaimana hendak menguruskan masa tetapi bagaimana hendak menguruskan diri kita

-- Tokoh Korporat

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: lysazae
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13715

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33




  Dari Galeri
Assalamualaikum..slm ukhwah.maaf join tanpa diundang,sekadar tertarik utk  tahu apa disebalik site ni..sy yg bertudung putih

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 11 jam, 16 minit yang lalu
bintanghatee: 2 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Memasang Niat Sebelum Berkahwin


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Memasang Niat Sebelum Berkahwin

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Memasang Niat Sebelum Berkahwin

KakYong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-05-03 16:22



>
>Setiap pasangan yang akan berkahwin hendaklah memasang niat-niat yang baik, sesuai dengan tujuan-tujuan perkahwinan yang telah digariskan oleh Islam; antaranya:
>
>
> Ingin meramaikan umat Islam. Firman Allah s.w.t. bermaksud:
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. (an-Nisa': 1)
>
>
> Membersihkan zuriat dalam keluarga Islam. Firman-Nya yang bermaksud: Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis diri kamu sendiri, dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cicit, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengikari nikmat Allah? (an-Nahl: 72)
>
>
> Menceriakan kehidupan umat, seperti maksud firman Allah s.w.t:
Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. (ar-Rum: 21)
>
>
> Membantu menyuburkan iman. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain, mereka menyuruh membuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (at-Taubah: 71)
>
>
>Tujuan-tujuan sebegini wajar diteliti oleh setiap orang yang hendak berkahwin agar perkahwinan itu dibina di atas landasan yang betul dan kuat serta dikaitkan dengan kepentingan agama. Namun demikian, ini tidak bermakna Islam menafikan kepentingan peribadi dalam setiap perkahwinan. Malah di atas kepentingan peribadi itulah dibina kepentingan Islam tadi, sesuai dengan maksud beberapa hadis berikut:
>
>
> Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah." (Riwayat Abu Daud dan Nasa'i).
>
>Untuk menambah bilangan umat Islam ke tahap yang membanggakan Rasulullah, mestilah dengan keinginan seks. Seorang yang berkahwin tanpa ada keinginan seks tidak akan menghasilkan zuriat, malah orang yang tidak bernafsu seks tidak dibenarkan berkahwin. Untuk mencapai kehendak Rasulullah di atas maka setiap kali melepaskan keinginan seks, niatkan untuk menambah bilangan umat yang bertaqwa.
>
>
> Rasulullah bersabda, maksudnya:
Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan." (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).
>
>Pilihan yang tepat ada kaitan dengan zuriat keturunan. Perhubungan seks dengan pasangan yang baik itu menjadikan zuriat keluarganya baik-baik juga. Sebaliknya, jika keturunan salah satu dari pasangan itu terdiri daripada orang yang pernah membuat maksiat maka kesannya akan menjalar kepada zuriatnya pula.
>
>Rasulullah bersabda:
Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
>
>Hubungan seks boleh menceriakan hati pasangan suami isteri. Tanpanya akan menjadikan hati pasangan menjadi gundah, menderita dan tidak tenang. Isteri perlu sedar tanpa berkahwin pun seseorang itu boleh memakai pakaian bersih, boleh makan makanan yang enak dan boleh berhibur hati, tetapi tanpa perkahwinan dia tidak boleh menyalurkan keinginan seks secara halal. Kerana itu, hormatilah suami demi menceriakan jiwanya.
>
>
> Rasulullah pernah juga bersabda yang menggambarkan apabila seseorang itu berkahwin menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang berkahwin lebih pahalanya daripada mereka yang belum berkahwin. Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya, terselamat kehormatannya manakala suami pula tidak akan terjebak lagi dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada di dalam rumah tangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa masing-masing. Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititikberatkan. Seorang lelaki tidak minta dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untuk kepentingan Islam. Demi mahu merebut kasih sayang, rahmat dan redha Allah sebagai jambatan selamat menuju ke hari akhirat.
>
>Sumber : www.keluarga.net.my


Bookmark and Share




  Member Information For KakYongProfil   Hantar PM kepada KakYong   Pergi ke KakYong's Website   Send ICQ Meesage To KakYong   Quote dan BalasQuote

qoqo76
WARGA RASMI
Menyertai: 27.05.2003
Ahli No: 1488
Posting: 3
Dari: Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-05-03 16:35


Salam Kak Yong! Summary yg bagus utk tatapan semua. Bagus utk pihak yg belum & sudah berkahwin.

-----------------
Dimana hatimu?


Bookmark and Share




  Member Information For qoqo76Profil   Hantar PM kepada qoqo76   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-05-03 16:42


Terima kasih kakYong... pada bakal2 pengantin... jangan lupa pasang niat tu.. jangan main kawen aje.. hehehe

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-05-03 17:20


tgh pasang niatlah ni Hanan...
mana bleh main kawen aje...
Hanan dah pasang niat ker blom???



Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 63
Posting: 32
Dari: pulau mutiara

japan   avatar


posticon Posting pada: 27-05-03 18:55


a'kum....

terima kasih kerana memberi info berguna ni......

-----------------
hidup ini seindah pelangi..
sebagaimana indahnya dan uniknya warna yg diaturkan oleh DIA
seunik dan seindah itu juga kehidupan yg diaturkan utk kita..


Bookmark and Share




  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   azzahrawi's MSNM Number Is zahrah   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-05-03 20:41


Quote:

On 2003-05-27 17:20, Ainul_Mardhiah wrote:
tgh pasang niatlah ni Hanan...
mana bleh main kawen aje...
Hanan dah pasang niat ker blom???



Hanan dah lama pasang niat tapi tak kawen2 lagi,, dah bape kali upgrade niat... dah taraf xp dah ni

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-05-03 01:43


assalamualaikum.....

ana ni kalau pasang niat tu mmg dah lama....tp nak buat camna calonnya takdek lagi daa..... hehehe......

-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

wana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1159
Posting: 21
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-05-03 15:06


assalamualaikum..
tapi susah jugak kalau dah berpunya pun, tak semestinya boleh menggapai angan-angan yang diidamkan.....

-----------------
ukhwah itu sesuatu jalinan kasih sayang yang indah


Bookmark and Share




  Member Information For wanaProfil   Hantar PM kepada wana   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-05-03 02:11


a'kum

hueh hueh
Quote:
Hanan dah lama pasang niat tapi tak kawen2 lagi,, dah bape kali upgrade niat... dah taraf xp dah ni



same la..

calon2 nya adalah ..deng deng deng..

nak cari calon...tak menjelma2

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-05-03 02:53


eheheh..sape la tu....


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 29-05-03 23:29


Alhamdulillah,
Trima kasih bebanyak atas info. ini..

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 30-05-03 13:47


a"kum ....thanx dia tas info yang sangat berguna ini...mmm..nampaknya dah nak kena mula pasang niatlah cam ni....


Bookmark and Share




  Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-05-03 04:26


eheheh..amboi kak ct...
nak pasang niat ngan sape tu....ngan mamat 'pakistan' ke...ahaks!

-princess_of_dot dot dot-

ehehh..sara gurau je kak

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-05-03 04:27


sori kak....maaf^dipinta.... hikhikhihk....

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

KakYong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-06-03 08:58


Herm....ramai dah pasang niat ye....
Ha....bila dah nak tunaikan niat tu....jgn lupa anta kad jemputan kat kakyong yer.....ye pres n timb pres....hihihihi

-----------------

~Jika ingin miliki segala-galanya, milikilah Tuhan..Tuhan adalah segala-galanya..Segalanya tanpa Tuhan, tiada erti apa-apa~

Bookmark and Share




  Member Information For KakYongProfil   Hantar PM kepada KakYong   Pergi ke KakYong's Website   Send ICQ Meesage To KakYong   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-06-03 12:05


heheh....lambat lagi...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 08-06-03 02:16


ehem..ehem..awak tu kakYong bilanyer lagiii..Opah dah bising2 tu heeeeee...jgn marah

-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

aireen
WARGA RASMI
Menyertai: 27.12.2006
Ahli No: 7168
Posting: 9

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-01-07 12:17


dah psang niat..tapi tak kawen2...bila la agknye ek....

moga2 jdoh didekatkan....... amin..


Bookmark and Share




  Member Information For aireenProfil   Hantar PM kepada aireen   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.11.2003
Ahli No: 2772
Posting: 38
Dari: bangi bandar ilmu

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-01-07 17:53


dah pasang niat pun.. tapi xjumpa2 lagi calon... serah kat family saja carikan.. baik pada fmly baik la pada saya... doakan ek..


Bookmark and Share




  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Pergi ke ardani's Website   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
WARGA RASMI
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 7244
Posting: 6
Dari: usm penang

blank  


posticon Posting pada: 27-01-07 08:37


erm, dah pasang jugak...tapi mungkin lambat lagi nak kawennya...entah-entah tak sempat pun nak tunaikan niat, dah jumpa Allah dulu...erm...wallahu'alam...moga dipanjangkan umur demi Allah dan agamaNya...ameen...=)


Bookmark and Share




  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Memasang Niat Sebelum Berkahwin

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.085878 saat. Lajunya....