Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-08-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sesiapa yang tidak pernah melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan adalah orang yang tidak pernah mencuba sesuatu yang baru

-- Albert Einstien

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: lysazae
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13715

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 36
Ahli: 0
Jumlah: 36




  Dari Galeri
nielah gambar kiter n husband kiter...
maser family day kat pantai irama, kelantan.

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 11 jam, 19 minit yang lalu
bintanghatee: 2 hari yang lalu


Sirah
Topik: Janji Bertemu Di Syurga


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Sirah
    »» Janji Bertemu Di Syurga

Please Mendaftar To Post


Oleh Janji Bertemu Di Syurga

hurulain
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 16
Posting: 313
Dari: Bumi Allah

singapore   avatar


posticon Posting pada: 26-05-03 05:43





Al-Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamil dari Ishaq bin Ibrahim dari Raja' bin Amr An-Nakha'i, ia berkata: "Adalah di Kufah, terdapat pemuda tampan, dia kuat beribadah dan sangat rajin. Suatu saat dia mampir berkunjung ke kampung dari Bani An-Nakha'. Dia melihat seorang wanita cantik dari mereka sehingga dia jatuh cinta dan ternyata, si wanita cantik ini pun begitu juga padanya. Kerana sudah jatuh cinta, akhirnya pemuda itu mengutus seseorang melamarnya dari ayahnya. Tetapi si ayah mengkhabarkan bahwa putrinya telah dijodohkan dengan sepupunya. Walau demikian, cinta keduanya tak bisa padam bahkan semakin berkobar. Si wanita akhirnya mengirim pesan melalui seseorang untuk si pemuda, bunyinya, 'Aku telah tahu betapa besar cintamu kepadaku, dan betapa besar pula aku diuji dengan kamu. Bila kamu setuju, aku akan mengunjungimu atau aku akan mempermudah jalan bagimu untuk datang menemuiku di rumahku'. Dijawab oleh pemuda tadi melalui orang suruhannya, 'Aku tidak setuju dengan dua alternatif itu:

''Sesungguhnya aku merasa takut bila aku berbuat maksiat pada Rabbku akan adzab yang akan menimpaku pada hari yang besar. (Yunus: 15).

Aku takut pada api yang tidak pernah mengecil nyalanya dan tidak pernah padam kobarannya.'

Ketika disampaikan pesan tadi kepada si wanita, dia berkata: "Walau demikian, rupanya dia masih takut kepada Allah? Demi Allah, tak ada seseorang yang lebih berhak untuk bertakwa kepada Allah dari orang lain. Semua hamba sama-sama berhak untuk itu." Kemudian dia meninggalkan urusan dunia dan menyingkirkan perbuatan-perbuatan buruknya serta mulai beribadah mendekatkan diri kepada Allah. Akan tetapi, dia masih menyimpan perasaan cinta dan rindu pada sang pemuda. Tubuhnya mulai kurus dan kurus menahan perasaan rindunya, sampai akhirnya dia meninggal dunia kerananya. Dan si pemuda itu seringkali berziarah ke kuburnya, dia menangis dan mendo'akannya. Suatu waktu dia tertidur di atas kuburnya. Dia bermimpi berjumpa dengan kekasihnya dengan penampilan yang sangat baik. Dalam mimpi dia sempat bertanya: "Bagaimana keadaanmu? Dan apa yang kau dapatkan setelah meninggal?"

Dia menjawab: "Sebaik-baik cinta wahai orang yang bertanya adalah cintamu. Sebuah cinta yang dapat mengiring menuju kebaikan".

Pemuda itu bertanya: "Jika demikian, kemanakah kau menuju?"

Dia jawab: "Aku sekarang menuju pada kenikmatan dan kehidupan yang tak berakhir. Di Syurga kekekalan yang dapat kumiliki dan tidak akan pernah rusak."

Pemuda itu berkata: "Aku harap kau selalu ingat padaku di sana, sebab aku di sini juga tidak melupakanmu." Dia jawab: "Demi Allah, aku juga tidak melupakanmu. Dan aku meminta kepada Tuhanku dan Tuhanmu (Allah Subhanahu wa Ta'ala) agar kita nanti bisa dikumpulkan. Maka, bantulah aku dalam hal ini dengan kesungguhanmu dalam ibadah."

Si Pemuda bertanya: "Bilakah aku bisa melihatmu?" Jawab si wanita: "Tak lama lagi kau akan datang melihat ku." Tujuh hari setelah mimpi itu berlalu, si pemuda dipanggil oleh Allah menuju kehadiratNya, meninggal dunia.

Subhanallah! hebat sungguh percintaan mereka..inilah yang dikatakan cinta kerana ALLAH..



Bookmark and Share




  Member Information For hurulainProfil   Hantar PM kepada hurulain   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 26-05-03 16:57


Subhanallah.. Kerana Allah kita Bercinta dan keranaNya juga kita berpisah... Dengan kata2 ini, makanya redhalah kita semua diatas segala ketentuan Ilahi...

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-05-03 00:08


a'kum

subhanallah



-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

hurulain
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 16
Posting: 313
Dari: Bumi Allah

singapore   avatar


posticon Posting pada: 27-05-03 02:47


akum kengkawan..hurul letak cerita ni sebab memang hurul nak amek iktibar dari kisah ni..setiap kali hurul baca hurul akan menangis..hurul akan cuba buat seperti mereka..tapi ntahlah kadang iman tergugat gak..


Bookmark and Share




  Member Information For hurulainProfil   Hantar PM kepada hurulain   Quote dan BalasQuote

Houri
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 737
Posting: 66
Dari: IIUM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-05-03 18:15



hmm...susah nak capai darjat cinta camtuh... kena bebtol ikhlaskan diri....

hanya berdoa kpada Allah...smoga cinta ku ini mendapat rahmat dan diiringi dgn hidayah dariNya...AMEEEEEN

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HouriProfil   Hantar PM kepada Houri   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 63
Posting: 32
Dari: pulau mutiara

japan   avatar


posticon Posting pada: 27-05-03 19:02


a'kum...

cinta adalah pendorong......

cinta pada allah adalaah pendorng teragung

-----------------
hidup ini seindah pelangi..
sebagaimana indahnya dan uniknya warna yg diaturkan oleh DIA
seunik dan seindah itu juga kehidupan yg diaturkan utk kita..


Bookmark and Share




  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   azzahrawi's MSNM Number Is zahrah   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-05-03 00:09


itulah cinta sejati yang membawa ke akhirat. cinta di dunia dipelihara sebaik supaya tak dicemari sebagaimana orang sekarang bercinta. mereka dah merosakkan fitrah cinta yang suci. moga kita dapat ambil iktibar

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-05-03 01:32


bercintalah kerana allah..jangan bercinta kerana nafsu semata-mata.....sungguh nikmat apabila kita bercinta kerana allah...dan apabila kita bercinta kerana nafsu sia-sialah belaka......
wallahhualam.......

-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

wana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1159
Posting: 21
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-05-03 15:03


assalamualaikum...
haa...saye bersetuju dengan pendapat nur_isami itu..memang susah untuk kita mendapat keredhaan dari allah kerana selalunya kita bercinta dengan niat bukan kerana allah ttapi kerana nafsu semata-mata...

-----------------
ukhwah itu sesuatu jalinan kasih sayang yang indah


Bookmark and Share




  Member Information For wanaProfil   Hantar PM kepada wana   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-05-03 03:35


erm....


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 29-05-03 22:11


Cinta itu adalah Syurga..
Cintalah semata-mata kerana Allah..
Rasulullah S.A.W pernah berdoa yang berbunyi:
"Ya Allah, aku pohon cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu, serta semua amalan yang mendekatkanku pada cintaMu.."

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

syah_solehah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 08.11.2003
Ahli No: 2794
Posting: 108
Dari: Usains Malaysia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-12-03 15:09


Subhanallah... hanya Engkau mampu memberikan rahmat dan kekuatan pada hambaMu...

golongkanlah kami di kalangan hambaMu yang solehah...


Bookmark and Share




  Member Information For syah_solehahProfil   Hantar PM kepada syah_solehah   Quote dan BalasQuote

annisak
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.05.2003
Ahli No: 1059
Posting: 96

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-07-04 11:17


Subhanaallah...


Bookmark and Share




  Member Information For annisakProfil   Hantar PM kepada annisak   Pergi ke annisak's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.069339 saat. Lajunya....