Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-06-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 17
Ahli: 0
Jumlah: 17




  Dari Galeri
para peserta sedang menyiapkan tugasan yang diberikan...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 3 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: bantu badan melawan virus


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» bantu badan melawan virus

Please Mendaftar To Post


Oleh bantu badan melawan virus

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-04-03 11:19




BUAH-BUAHAN adalah sumber vitamin C yang baik.
Bagaimanapun adalah sukar untuk memperoleh 1000mg vitamin C
sehari bagi meningkatkan ketahanan diri menerusi diet.



DENGAN meningkatnya bilangan kes Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) di seluruh dunia dan Malaysia, kita semakin bimbang akan wabak ini. Walaupun pihak berkuasa tempatan dan WHO sedang berusaha keras untuk mencari jawapan kepada virus ini, kita perlulah sentiasa berwaspada daripada terdedah kepada wabak pembunuh ini.

Di samping ubat moden yang bertindak sebagai agen pencegahan jangkitan, ada satu senjata yang didapati begitu sofistikated, iaitu sistem imun kita.

Sistem imun kita merangkumi gabungan sel dan antibodi yang menentang kuman seperti bakteria dan virus yang memasuki badan kita. Dalam situasi wabak SARS sekarang, sistem imun kita perlu kuat bagi melindungi diri kita daripada serangan virus itu.

Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan mudah dijangkiti virus ini. Itu sebabnya mengapa sebilangan manusia didapati lebih mudah dijangkiti virus itu berbanding orang lain walaupun mereka sama-sama terdedah kepada virus itu.

Oleh demikian, kita perlu memastikan sistem imun kita sentiasa kuat dan sedia menyerang virus yang mengancam kesihatan kita.

Gaya hidup sihat yang merangkumi makanan yang baik, rehat yang mencukupi dan senaman secara kerap akan memastikan badan kita berfungsi dengan baik. Dan untuk memberikan sedikit suntikan kepada sistem imun kita, makanan tambahan seperti vitamin C boleh membantu.

Vitamin penting ini menolong menyihatkan sistem imun kita. Ia membantu mengaktifkan antibodi dan sel darah putih, yang menjadi barisan pertahanan pertama kita daripada serangan kuman. Dalam keadaan wabak SARS sekarang, nampaknya vitamin C semakin diperlukan.

Ester C, sejenis vitamin C yang mudah diserap dan dikekalkan dalam badan adalah vitamin C yang terbaik pernah dihasilkan. Kajian menunjukkan Ester C diserap dua kali ganda lebih cepat dan dikekalkan dua kali ganda lebih lama dalam badan berbanding vitamin C biasa. Paras sel darah putih didapati tinggi walaupun selepas 24 jam pengingesan, menjadikan penting bagi membantu keimunan kita daripada sebarang bakteria dan virus.

Adalah disyorkan bahawa 1000mg vitamin C sehari diperlukan bagi meningkatkan ketahanan diri daripada jangkitan. Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin C yang baik, adalah sukar untuk memperoleh jumlah ini menerusi diet saja.

Makanan tambahan adalah cara mudah bagi memenuhi keperluan ini. Ester C yang diambil setiap hari membantu sistem imun melindungi kita daripada sebarang bakteria dan virus

[email protected]

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

hurulain
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 16
Posting: 313
Dari: Bumi Allah

singapore   avatar


posticon Posting pada: 20-04-03 12:17


okey...pas ni nak beli buah banyak-banyak,hihik


Bookmark and Share




  Member Information For hurulainProfil   Hantar PM kepada hurulain   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-04-03 17:30


okey..
kita gi boorng sumer buah yg ade kat pasar tue..
kak ain blanje, no problem..


-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-04-03 23:24


terima kasih qaulah atas info yang diberikannn

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-04-03 17:14


sesamerr kak hanan..
yg baik kita kongsikan..
yer tak ????

wassalam..

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.061011 saat. Lajunya....