Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-03-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Waldor263
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13708

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Dari Galeri
assalamua'laikum,sume!ni la gambar saya..

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 7 hari yang lalu
Swarig123: 24 hari yang lalu


Muslimah Surirumah
Topik: mendidik anak


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» mendidik anak

Please Mendaftar To Post


Oleh mendidik anak

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-04-03 01:35


Mendidik anak
Jangan gemukkan anak dengan kemewahan

Memanjakan anak-anak dengan kemewahan akan menyebabkan anak-anak menjadi lemah jiwanya, malas berusaha dan sentiasa bergantung kepada orang lain. Bahkan, sekiranya mereka menjadi rosak dan liar, ditakuti akan mengheret ibu bapa mereka kepada penderitaan, bukan sahaja di dunia, tetapi berterusan sehingga ke alam kubur dan akhirat yang kekal abadi.

Hal ini dijelaskan oleh Ustazah Wan Morsita binti Wan Sudin, Penolong Pengarah Urusan Baitulmal/Zakat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Menurut beliau, anak-anak merupakan amanah Allah kepada kedua ibu bapa hendaklah dididik berdasarkan tiga perkara iaitu cinta kepada nabi, cinta kepada keluarga nabi dan cinta kepada al-Quran. Dengan kaedah ini, anak-anak dididik dengan sepenuh perhatian dan tanggungjawab, bukan dengan cara memberi kemanjaan dan kemewahan yang berlebih-lebihan.

"Memang kebanyakan ibu bapa bekerja pada hari ini mampu memenuhi permintaan anak-anak. Tetapi perlu diingat, kemanjaan yang berlebih-lebihan kepada anak-anak boleh menjadikan mereka liar dan rosak. Dinyatakan di dalam al-Quran bahawa anak-anak merupakan perhiasan hidup, tetapi sekiranya tersilap langkah, mereka akan menjadi fitnah," tegas beliau.

Tanggungjawab berat

Jelas beliau lagi, ibu bapa seharusnya faham bahawa anak-anak mempunyai perasaan, nafsu, cita rasa, emosi dan naluri. Sejak kecil, keinginan terhadap perkara-perkara tertentu sudah terlihat dalam diri mereka. Oleh itu, mendidik keinginan atau nafsu anak-anak hendaklah dilakukan dari kecil, bahkan sejak berada di dalam kandungan lagi.

"Mendidik anak-anak bukanlah tugas yang boleh dilakukan pada masa-masa tertentu, sebaliknya secara berterusan, bermula di alam rahim lagi. Inilah tanggungjawab paling berat yang Allah beri kepada wanita, iaitu mengandungkan zuriat. Apabila seseorang wanita itu hamil, bermulalah proses mendidik anak tersebut. Bukan setakat bersyukur dengan melakukan sujud syukur, tetapi hendaklah beramal dengan amalan yang dituntut seperti membaca al-Quran, memakan makanan yang halal lagi baik, serta tidak membuat perkara yang haram," kata beliau.

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-10-10 11:51


Info yang sangat menarik untuk ibu-ibu..



Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.042033 saat. Lajunya....