Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Membantu orang yang terlanda kesukaran dan menghiburkan orang di dalam kesusahan bererti menebus dosa-dosa besar
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33




  Dari Galeri
assalamualaikum..salam ukhwah buat semua..ini lah pic si_comel..;)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Suami Pilihan Pada Kaca Mata Islam...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Suami Pilihan Pada Kaca Mata Islam...

Please Mendaftar To Post


Oleh Suami Pilihan Pada Kaca Mata Islam...

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 08-05-03 13:48


1) Yang berkemampuan

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Bukhari dan Muslim
dari
Abu Hurairah yang mana Nabi saw bersabda yang maksudnya;

"Wahai pemuda-pemudi,barang siapa di kalangan kamu yang berkemampuan,
maka
hendaklah dia berkahwin,yang demikian itu boleh menundukkan pandangan
dan
amat memelihara kehormatan,tetapi barang siapa yang tidak mampu,maka
hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu"

Mampu yang dimaksudkan dalam hadis Nabi saw adalah berupaya
menyediakan
tempat tinggal,saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang,serta
pakaian yang menutup aurat.Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan oleh
suami
dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan
mudah
berlaku perceraian.

2) Boleh menjadi sebagai pengganti ayah dan bonda.

Iaitulah sanggup melindungi isteri daripada segala bahaya dan
kecelakaan
yang menimpa kerana apabila seseorang wanita itu rela dinikahi,bererti
dia
rela melepaskan dirinya daripada kawalan serta penjagaan ayah bondanya
yang
selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.Kini berpindah kepada
lelaki
yang bakal menjadi suaminya.

3) Pandai menjaga darjat diri.

Apabila bercakap,maka ianya akan dikota dan diamalkan.Selain daripada
itu,suami yang baik akan sentiasa mengajak isterinya ke arah
kebaikan,menjauhkan yang mungkar dan mendahului akan perbuatan itu.

4) Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.

Kebolehan memasak,menjahit serta membasuh akan membantu isteri kerana
lelaki yang biasa membuat kerja-kerja begini,tidak akan membebankan
isterinya membuat kerja rumah sekiranya isterinya tidak berkemampuan.

5) Mempunyai penuh kepercayaan kepada isteri dan tidak mudah bersangka
buruk
pada isterinya.

Biasanya apabila suami keluar mencari nafkah rezeki,maka isteri akan
menjaga segala amanah harta serta anak-anak di dalam rumah. Sekiranya
suami
tidak mempunyai sikap kepercayaan kepada isterinya,ini bererti suami
akan
sentiasa menyangka buruk terhadap isterinya.

6) Rajin,berfikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.

Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan
kemajuan
serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.Allah Ta'ala amat tidak
menyukai
manusia yang hanya bertawakkal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan
kejayaan dicapai melalui usaha.

7) Mudah memaafkan.

Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat-sifat mahmudah(terpuji)
yang
terdapat pada diri Rasulullah saw itu sendiri ketika menegakkan agama
Islam.Oleh itu,suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan juga
anak-anak.

Datang dari keturunan yang baik-baik lagi rajin beribadah.

Seelok-eloknya,mempunyai akhlak yang terpuji dan budi bahasa yang
mulia,berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit
keturunan
seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada
kesengsaraan
hidup

Oleh itu,kepada kaum hawa..hendaklah membuat pilihan yang tepat dan
seadil-adilnya kerana ianya akan menjamin masa hadapan serta
kebahagiaan
dirimu...

Wallahu A'lam..



-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-06-03 00:24


a'kum

trime kasih chef

real good

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.143695 saat. Lajunya....