Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Majlis Tertinggi Liputan Media Beritahu Teman Hubungi Kami Laman Peribadi  
Suka!
New Page 1

Mutiara Kata
kita boleh menyimpan kenangan dlm kehidupan, tetapi tidak boleh jadikan kenangan sebagai kehidupan...
-- suatumasa

Menu Utama

Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 10
Ahli: 0
Jumlah: 10




Dari Galeri
kenangan masa konvo master hubby kat upm...

Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 478 hari yang lalu


[ Ucapkanlah SELAWAT dan SALAM kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Hanan.com.my ini ]


Ahli dan Tetamu berkunjung semalam, sehingga saat ini, dan sekarang 10 Ahli dan Tetamu sedang online



Isu Semasa
Topik: Wanita-Wanita Penghuni Neraka


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Wanita-Wanita Penghuni Neraka

Please Mendaftar To Post


Oleh Wanita-Wanita Penghuni Neraka

maricella
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 48
Posting: 390
Dari: gemas, negeri 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-04-03 18:47




Sebagian besar penghuni neraka adalah kaum wanita, kenapa? Karena biasanya seorang wanita sedang marah ia lupa berterimakasih kepada suaminya. Yang ada dibenaknya hanyalah tindakan suami yang tidak menyenangkan hatinya. Dalam buku kecil ini Abdul Muiz Khatthab merinci 25 sifat yang banyak membawa wanita kepada neraka termasuk durhaka kepada suami. Peringatan nabi tentang banyaknya perempuan penghuni neraka itu memang cukup menyentak. Sebab Islam telah menjanjikan kemudahan jalan kepada wanita untuk masuk surga. “Apabila seorang wanita shalat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan taat pada suaminya maka berhak masuk surga lewat pintu manapun yang ia sukai.” Kata Nabi. Kemudahan ini hanya diberikan kepada wanita namun banyak wanita gagal memanfaatkannya. Mereka jatuh pada godaan dan bujukan setan. Agaknya sifat dasar wanita yang lemah lembut cukup rentan terhadap godaan. Tapi sejarah juga mengajarkan tidak sedikitpula wanita yang mampu melindungi diri dengan agama dan akhlak yang kokoh. Dan bisa selamat dari godaan. Bagaimana dengan Anda.


Bookmark and Share




  Member Information For maricellaProfil   Hantar PM kepada maricella   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-04-03 18:55


Quote:
Agaknya sifat dasar wanita yang lemah lembut cukup rentan terhadap godaan. Tapi sejarah juga mengajarkan tidak sedikitpula wanita yang mampu melindungi diri dengan agama dan akhlak yang kokoh. Dan bisa selamat dari godaan. Bagaimana dengan Anda.



qaulah nak ceritakan nie.. bukan utk membuka aib seseorang.. tp, nak kemukakan soalan..

adalah jiran qaulah.. sepasang suami isteri.. bercakap dlm kehidupan mrk dgn menggunakan p'kataan 'aku' dan 'hang' sesama mrk.. 1st time denga, rasa terkejut jugak..

macam mana tue ? apa hukumnya ? qaulah rasa, kat sini peranan suami penting.. tp, kalau suami x mainkan peranan, apakah si isteri bersalah juga ???

harap sesiapa boleh terangkan..

wassalam

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

susie
WARGA RASMI
Menyertai: 16.10.2008
Ahli No: 9195
Posting: 11

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 11:27


salamun alaikum kepada kamu berdua di atas.

'qaulah_atrah', kalau pun dia bercakap anj* or something yang lebih teruk dp itu pun, kalau itu adalah bahasa percakapan mereka, tiada salahnye... Kalau suami dia selesa dan tidak marah dengan cara percakapn itu, apa hak kita? Tidak berdosa pada dia kalau tiada teguran daripada suami yang lgsung tidak rasa itu masalah pada dia... masing-masing ada cara sendiri.. Saya lupa ayat dalam quran yang mana yang menyatakan tentang ucapan yang baik.. ada masa saya cari balik..

Kepada maricella,

“Apabila seorang wanita shalat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan taat pada suaminya maka berhak masuk surga lewat pintu manapun yang ia sukai.” Kata Nabi

Dalam Al-Quran ayat yang mana memberitahu bahawa nabi berkata begitu? Saya nak cari. Dan satu lagi, kalau itu saja tanggungjawab wanita untuk dapat masuk syurga, so, wanita boleh lah bercakap kasar, mencarut, membunuh orang, mecuri dan sebagainya kerana tidak dikira untuk masuk syurga? Itu yang saya faham daripada ayat kamu di atas. thank you


Bookmark and Share




  Member Information For susieProfil   Hantar PM kepada susie   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 18:33


salam alaik..
nak tambah sikit info yang ana simpan dalam cpu & pendrive..
sama-sama kita refresh diri..
:-( :-(

Wanita paling ramai masuk neraka

MENGENANGKAN banyak antara kaum perempuan menyeleweng daripada ajaran Islam disebabkan beberapa sifat buruk yang sepatutnya dijauhi, Rasulullah SAW menasihati dan menggalakkan mereka supaya selalu bersedekah. Hal ini kerana sedekah akan menolong mereka di dunia dan akhirat.

Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”

Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya, bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).”

Jabir (rawi hadis ini) berkata: “Golongan perempuan itu pula tampil bersedekah barang perhiasan badan mereka, mereka meletakkan pada baju Bilal: subang dan anting-anting serta cincin mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

Kaum perempuan diciptakan Allah dalam keadaan yang semulia-mulianya – sebagai ibu yang dihormati, isteri dikasihi dan anak disayangi. Selain itu, diberi panduan supaya mereka menjadi manusia beriman dan beramal salih.

Untuk menyedarkan mereka akan hakikat itu, Rasulullah menasihati mereka supaya menjauhi apa-apa juga tabiat buruk seperti diterangkan dalam hadis di atas. Perkara itu ditegaskan lagi dalam hadis berikut.

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”

Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: "”(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu. Aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.”

Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”
(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)

Perbuatan mudah mengutuk, memaki-hamun dan sumpah seranah dilarang Islam sama ada dilakukan oleh lelaki atau perempuan. Tetapi yang banyak melakukannya, seperti yang diterangkan dalam hadis itu ialah kaum perempuan. Sebab itu, Baginda menegur mereka supaya menjauhi perkara yang buruk. – Petikan Mastika Hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


waallahu'alam..


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

susie
WARGA RASMI
Menyertai: 16.10.2008
Ahli No: 9195
Posting: 11

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-10-08 13:21


Salamun alaikum simpLe_sHida,

Begitu hebat artikel kamu yang menulis tentang 'Wanita paling ramai masuk neraka'. Betul ke apa yang mereka katakan sebagai rasulullah s.a.w. bersabda? Kenapa tiada saya jumpa dalam Al-Quran?? Nabi hanya sampaikan apa yang Allah s.w.t suruh sahaja. Dia tidak akan menambah2 apa yang tiada di dalamnya.

"Katakanlah (Muhammad), 'Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?' Katakanlah (Muhammad), 'Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai." (6:19)

Kamu tidak rasakah bahawa hadis tersebut menginjak2 kan wanita?? Tidak nampak ke ketidakadilannya?? Sedangkan Allah s.w.t bersifat adil. Kalau saya coretkan dengan panjang lebar sekalipun, kamu mungkin akan berpegang teguh dengan ulama' dan hadis kamu. Balik dan bacalah Al-Quran. Faham isi kandungannya. Saya sendiri pun masih tidak hafal isinya, tapi saya hanya rujuk itu jika ada sebarang kemusykilan. sama-sama lah kita renungkannya.


Bookmark and Share




  Member Information For susieProfil   Hantar PM kepada susie   Quote dan BalasQuote

wardah_jannah
WARGA RASMI
Menyertai: 19.10.2008
Ahli No: 9211
Posting: 3
Dari: Christchurch

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-10-08 15:36


Salam.
Nak berkongsi sikit..selamat membaca..

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

(pernyataan sumber hadith ini diambil dari web salah seorang sahabat)

semoga dengan pengamalan pesanan2 dari rasullah s.a.w ini dapat menghindarkan diri kita dari menjadi salah seorang wanita yang meramaikan penghuni neraka..InsyaAllah


Bookmark and Share




  Member Information For wardah_jannahProfil   Hantar PM kepada wardah_jannah   Quote dan BalasQuote

wardah_jannah
WARGA RASMI
Menyertai: 19.10.2008
Ahli No: 9211
Posting: 3
Dari: Christchurch

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-10-08 15:41


tertinggal satu perenggan dari petika diatas..sumber hadith ini..

Sahih al-Bukhari:Hadith no. 1623, 1626, 6361 & 98. Imam al-Tirmidhi juga menyebut dalam Hadith-Hadith no. 1628, 2046, 2085. Imam Ahmad bin Hanbal telah menerangkan versi yang paling panjang dan paling lengkap dalam Musnad, Hadith no. 19774.


Bookmark and Share




  Member Information For wardah_jannahProfil   Hantar PM kepada wardah_jannah   Quote dan BalasQuote

susie
WARGA RASMI
Menyertai: 16.10.2008
Ahli No: 9195
Posting: 11

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-10-08 17:11


nak tanya sikit, ikut sunnah nabi dapat pahala kan. Nabi makan sambil duduk ala mencangkung, makan guna 3 jari, naik unta dan banyak lagi. Kalau semua orang islam buat sunnah nabi sebab kononnya dapat pahaala, tak maju lah Islam. Sampai bila2 dok kuno macam tu lah. Ramai golongan warak ikut sunnah nabi, tapi saya tak pernah tengok pun mereka naik unta pergi kerja. Kenapa tak naik unta pergi kerja? dapat banyak pahala itu. antum yakin ke semua yang ahli hadis tulis tu benar?? Ish! tak paham saya dengan antum ini. Kenapa kebanyakan yang ditulis dalam portal ni banyak daripada hadis? antum tak percaya Al-Quran ke? Dalam Al-Quran ada cakap suruh ikut hadis ke? Nampak macam hadis saja sumber utama antum.
[ Telah diedit oleh: susie pada 19-10-08 17:15 ]


Bookmark and Share




  Member Information For susieProfil   Hantar PM kepada susie   Quote dan BalasQuote

wardah_jannah
WARGA RASMI
Menyertai: 19.10.2008
Ahli No: 9211
Posting: 3
Dari: Christchurch

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-10-08 13:51


saya minta maaf kalau apa yang saya lampirkan membuahkan kekeliruan. Saya juga sangat cetek pengetahuan untuk menerangkan dengan lebih teliti isu ini. Namun begitu,sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Al-Quran adalah panduan hidup kita. Memang Al-Quran perlu menjadi sumber utama rujukan dalam apa sahaja yang kita ingin lakukan. Dan kebanyakan hadith juga menghuraikan apa yang ada dalam Al-Quran,contohnya, Allah mensyariatkan solat dalam Al-Quran tetapi pelaksanaan solat itu diterangkan oleh nabi muhammad s.a.w dalam hadith baginda. Saya titipkan satu laman web sebagai tatapan minda para tetamu portal ini.

http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah1.htm#h1


Bookmark and Share




  Member Information For wardah_jannahProfil   Hantar PM kepada wardah_jannah   Quote dan BalasQuote

inun
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 31.01.2008
Ahli No: 8250
Posting: 36
Dari: Kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-11-08 12:07


salam...

sebelum tu ana nak minta maaf banyak-banyak. ana pun insan yang hina dan cukp lemah. tapi. ap yang ana nak kongsikan,ikut sunnah nabi tu memang dapat pahala. tapi kita kena faham betul-betul apa yang dikatakan sunnah dan ap yang dikatakan adat atau fitrah manusia.


memang tidak dapat dinafikan lagi Al- quran itu sebagai sumber rujukan utama umat Islam..apa- apa yang terkandung dalamnya sememangnya menjadi undang- undang kepada kehidupan kita. ini kerana dalam Al-Quran itu sendiri mengandungi segala apa yang berkaitan dengan makhluk2 ciptaan Allah. ini juga sebab Al- Quran itu diturunkan kepada junjungan kita NAbi Muhammad S.A.W dan sebagai smber utama umat ISlam. walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kita juga mempunyai rujukan yang lain iaitu hadis RAsulallah yang mana berfungsi sebagai sumber kedua umat Islam. apa- apa yang tidak terkandung dalam Al-Quran sebenarnya terdapat dalam Hadis.
jadi, apa yang ingin dikatakan di sini, kita tidak boleh menolak Al- Quran dan kita juga tidak bolah menolak HAdis terutama yang sememangnya hadis tu Sahih sebagaimana yang diriwayatkan daripada Imam BUkhari dan mUslim.


ana tak reti sangat bagi pendapat ni. cma, apa yang ana tahu dan ana belajar, memang wanita merupakan antara makhluk yang paling ramai menghuni neraka..
benda- benda tu pun rasanya ukhti- uhti dah nyatakn di atas.
cma, ap yang ana nak ingatkan, sma2lah kita mencari redha Allah dan berusaha untuk elakkan diri yang hina ini dari perkara- perkara maksiat.
sebabnya dah memang jelas lagi, dan kita pun dah tahu yang memang kaum kita yang paling senang masuk neraka. jadi, ap slhnya kira kita sma2 usaha elakkan diri daripada perkara tersebut..

wallahua'lam..


Bookmark and Share




  Member Information For inunProfil   Hantar PM kepada inun   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-11-08 23:35


!!! QUOTE !!!

Salamun alaikum simpLe_sHida,

Begitu hebat artikel kamu yang menulis tentang 'Wanita paling ramai masuk neraka'. Betul ke apa yang mereka katakan sebagai rasulullah s.a.w. bersabda? Kenapa tiada saya jumpa dalam Al-Quran?? Nabi hanya sampaikan apa yang Allah s.w.t suruh sahaja. Dia tidak akan menambah2 apa yang tiada di dalamnya.


salam ya susie..
maaf.. ana tak pernah anggap diri ana ni hebat..
gah.. MAHA amat tersangat.. berbalik pada nicknama ana..
nama pun simple saja.. so.. ana ni serba serbi dhaif..
ana sampaikan.. sebarkan info dari dari info JAKIM.
boleh rujuk laman web JAKIM.. bhg tazkirah.. hadis..
maaf andai ana salah fwd artikel.. nauzubillah.. betulkan ana.


!!! QUOTE !!!

nak tanya sikit, ikut sunnah nabi dapat pahala kan. Nabi makan sambil duduk ala mencangkung, makan guna 3 jari, naik unta dan banyak lagi. Kalau semua orang islam buat sunnah nabi sebab kononnya dapat pahaala, tak maju lah Islam. Sampai bila2 dok kuno macam tu lah. Ramai golongan warak ikut sunnah nabi, tapi saya tak pernah tengok pun mereka naik unta pergi kerja. Kenapa tak naik unta pergi kerja? dapat banyak pahala itu. antum yakin ke semua yang ahli hadis tulis tu benar?? Ish! tak paham saya dengan antum ini. Kenapa kebanyakan yang ditulis dalam portal ni banyak daripada hadis? antum tak percaya Al-Quran ke? Dalam Al-Quran ada cakap suruh ikut hadis ke? Nampak macam hadis saja sumber utama antum.


baguss andai kita dapat ikut sunnah rasul ni..
makan.. bgusnye ramai-ramai.. dalam talam..
amalkan dengan manisan.. buah.. au boleh amalkan makan secubit
garam untuk elakk dari keracunan dll..

guna 3 jari tu..memang sunnah ya ukhtie sussie..
tapi, andai ukhtie aplikasikan ke zaman kini..
boleh tak enti makan nasi.. mee bihun dengan 3 cari..?
alamatnye berJam..jam kita di meja makan sahaja..
jadi.. zaman rasul makanan tidak pelbagai jenis seperti sekarang.
dulu makanan yang biasa.. kurma.. roti..
jadi.. memang tak ada masalah untuk makan 3 jari..

point untuk UNTA.. em.. kalau ada unta di sekitar rumah ana..
boleh juga ana menunggang ehehe..
unta hidup di persekitaran bagaimana..
tiap kejadian yang Allah cipta ada hikmahnya..

bulu mata unta sendiri memang panjang..
hikmahnya.. di padang pasir.. angin bertiup amat kuat kadangkala..
jadi.. ia berfungsi untuk menghalang pepasir masuk ek mata unta tersebut.. ( wah.. dah jadi doktor vertirena..eheh..)

hujah pada hadis.. bukan ayat al quran..
waduh.. Al Quran tu mukjizat umat Muhammad.
ana sekalipun tidak meletakkan di bawah sekali.. au
langsung tiada dalam ranking..
sesungguhnya Al Quran itu banyak sangat info dalam tu..
tentang sirah.. politik.. ekonomi.. sosial..nak rawat penyakit..
bab kawin.. macam-macam lah..

mohon tidak salah anggap terhadap kalam ana..
betulkan ana andai ana tersasar dari landasan..
wallahu'alam..


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 08-11-08 23:36 ]


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

yuhada
WARGA RASMI
Menyertai: 27.01.2006
Ahli No: 6248
Posting: 19
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 12:16


selagi pimpinan (lelaki) tidak memberati akan hal ini, selagi itulah perempuan hanyalah umpama racun bagi setiap masalah..


Bookmark and Share




  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.471412 saat. Lajunya....