Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sesiapa yang tidak pernah melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan adalah orang yang tidak pernah mencuba sesuatu yang baru

-- Albert Einstien

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: lysazae
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13715

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Dari Galeri
time ni tengah nak beli kamera. tokei kedai yang amikkan gambar..tu yang tergelak tu..erm Kalau ada kawan-kawan yang kenal. mesej lah eh...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 5 jam, 59 minit yang lalu
uzmawahida: 12 hari yang lalu
fayyzah: 24 hari yang lalu
bintanghatee: 30 hari yang lalu


Bakat Menulis
Topik: Isteri Untuk Suamiku


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» Isteri Untuk Suamiku

Please Mendaftar To Post


Oleh Isteri Untuk Suamiku

adel
WARGA RASMI
Menyertai: 03.10.2010
Ahli No: 12439
Posting: 6
Dari: Nilai

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-10-10 14:16


Angin yang bertiup lembut bagaikan mengerti jiwa Maisarah yang tiada berkocak penuh ketenangan. Baru sebentar tadi ijab dan qabul dilafazkan lancar dari bibir Haris maka termeterailah ikatan suci suami isteri antara mereka. Kelopak mata Maisarah bergenang dengan kaca-kaca berkilauan, terharu. Walaupun tidak pernah mengenali Haris, dia redha dengan pemberian Allah melalui perkahwinan yang ditentukan oleh keluarganya. Dia yakin, masa-masa yang hadir kelak mampu membenihkan cinta dia pada lelaki yang sudahpun memilikinya baru sebentar tadi.

‘ Sarah, terima kasih kerana sudi menjadi suri hidup abang. InsyaAllah, Sarahlah yang akan menemani hari-hari abang yang akan datang..”, ujar Haris penuh syahdu mengundang sebak di hati Maisarah. Maisarah hanya mampu tersenyum, lidah terkelu melihat ketenangan yang ada pada muka Haris. Iras wajah yang memancarkan kebahagiaan membuatkan Maisarah tidak mampu berkaa-kata.

Tiga tahun berlalu…

“ Abang, tolong buatkan susu untuk Farhan ni, sarah nak mandikan Farhana kejap..”, ujar Maisarah minta diberikan bantuan untuk membancuh susu untuk anak lelakinya sedang merengek-rengek. Haris yang berada di tingkat atas bergegas turun ke bawah mendengar jeritan Maisarah yang meminta bantuan. Haris tersenyum melihat ibu muda yang terkocoh-kocoh itu. Maisarah sangat hebat menjaga anak kembar mereka yang sudah menginjak usia dua tahun itu. Alhamdulillah, mereka dikurniakan cahaya mata yang bakal menjadi mata-mata rantai perjuangan Islam.

Telefon tiba-tiba berdering ketika Maisarah sedang berehat-rehat di samping Haris dan anak-anak mereka di tengahari yang agak mendung itu.. Maisarah bangkit perlahan-lahan bagi mengelakkan Haris dan anak-anak terjaga dari tidur. Maisarah mendapatkan gagang telefon yang masih berdering.

Assalamualaikum..ye nak cakap dengan siapa?”, sapa Maisarah lembut. Pasti pemanggil itu mahu bercakap sama ada dengan dirinya sendiri atau Haris. Salamnya tidak berjawab, dibiarkan sepi. Dahi Maisarah berkerut.

“ ada orang tak ni..?”, soalnya lagi.
“ waalaikumussalam….err, ini rumah Haris ke?”, suara wanita di hujung sana membuatkan hati Maisarah sedikit curiga lebih-lebih lagi bila bertanyakan Haris.

“ye, ini rumah Haris, saya isterinya..ada apa-apa yang boleh saya bantu?”, cepat-cepat Maisarah memperkenalkan dirinya sebagai isteri Haris.

“ Kak Maisarah ye?”, soal wanita yang bersuara halus itu. Hati Maisarah deras dilanda curiga. Curiganya yang belum pernah singgah mulai meresap sedikit dalam celah-celah ruang jiwa.

“Ye, cik ni siapa? Kita kenal ke?”, soal Maisarah cuba menahan kegusaran di hati. Kalau tidak dikira sabar, mungkin bertubi-tubi soalan lagi ditanyakan atau mungkin dimarahkan terus wanita itu.

“Kak Maisarah, saya..saya Farida..akak mungkin tak kenal saya tapi Haris lebih kenal saya..kak, saya bekas kekasih Haris..”, luahan wanita serta merta memberhentikan urat nadi Maisarah.

“ Bekas kekasih? Haris pernah ada hubungan dengan awak dulu? Bila?”, soal Maisarah tidak dapat menahan perasaan ingin tahu. Jika benar, hatinya hancur. Tidak mustahil bekas kekasih dalam tempoh mereka sudah berkahwin.

“ Sarah, siapa telefon tu?”, Maisarah tersentak mendengar suara Haris di bawah.
“ Kawan lama Sarah, abang!”, bohongnya bersebab. Dia harus mengetahui hal sebenar.

“ iya,,tapi sebelum akak dan Haris kawin. Saya kenal Haris lebih awal darpada akak..dan sekarang, hampir 4 tahun kami berpisah tapi saya masih tak mampu memadam terus suami akak dalam hati saya..sampai sekarang jiwa saya terseksa ditinggalkan walaupun segalanya berpunca dari diri saya sendiri..”, luahan Farida tidak mampu menyentuh jiwa wanita Maisarah. Maisarah cuba mengawal amarah.

“saya nasihatkan awak, yang dah berlalu biarkan berlalu. Tak perlu nak berpatah semula ke belakang. Saya sangat bahagia dengan suami saya sekarang. Rumahtangga kami aman dan saya sangat berharap jika ada masalah bertandang bukanlah datang dari pihak ketiga sama ada dari pihak Haris atau saya sendiri”, ucap Maisarah tegas dalam kelembutan.

“tolong cik, jangan hubungi kami lagi, inilah pertama dan terakhir. Saya tak diberi kekuatan untuk menerima dugaan berupa ini..tolonglah..setakat ini saja..assalamualaikum..”. pap. Gagang telefon terhempas kecil. Maisarah tersandar di tepi dinding. Hatinya terasa sedikit demi sedikit tersiat halus. Tanpa disedari manik-manik jernih panas mulai mengintai di tubir mata. Hatinya mula resah memikirkan perkara bukan-bukan yang bakal terjadi. Habis sedunya, Maisarah turun ke tingkat bawah semula menghampiri Haris dan anak-anaknya yang sedang lena. Dia menatap satu persatu wajah yang memberinya keyakinan untuk hidup dari hari ke hari. Dia tidak betah membayangkan jika salah satu daripada mereka di ambil untuk dibahagikan sayang dan cintanya kecuali diambil sang Pencipta, kerana dia sedar dia hanya meminjam untuk sementara cuma. Maisarah mengusap rambut Haris. Haris sangat letih kerana sepanjang pagi tadi dia sibuk menghadiri mesyuarat pensyarah Jabatan sains di kampus. Haris tersedar tatkala rambut panjang Maisarah yang melepasi pinggang singgah di pipinya. Maisarah lekas menyeka air mata lalu tersenyum.

“ Sarah menangis?”, soal Haris kehairanan.
“ Tak…habuk masuk mata..angin kuat kat luar tu..sambung lah tidur..”, Maisarah pandai berselindung. Haris memindahkan kepalanya ke atas riba Maisarah, hatinya yang terlalu damai tidak dapat mengesan ketenangan yang berkocak di jiwa isterinya.

“ Adah, hari ni kelas habis pukul berapa. Akak nak jumpa Adah boleh?”, soal Maisarah. Dia bercadang untuk bertemu dengan adik iparnya petang ini selepas habis kerja.

“ Pukul 4 habis lah kak”, jawab Mawaddah.

“Baguslah begitu. Akak habis kerja 4.30, Adah boleh tunggu akak? Akak ambil Adah terus hantar balik rumah ye,tunggu akak tau”, Maisarah menamatkan perbualan dengan ucapan salam.

Mawaddah berlari anak menuju ke kereta Satria Neo pucuk pisang yang tidak jauh dari tempat duduknya. Dia lekas masuk kedalam kereta lalu menyalami tangan kakak iparnya.

“Akak sihat? Farhan dan Hana mana?”, soal Mawaddah ceria.
“Alhamdulillah, akak sihat saja..Farhan dan Hana ada di nursery lagi, nanti Abang Haris ambil mereka. Hari ni akak cuti ambil budak-budak tu”, ujar Maisarah sambil seulas senyuman meniti di bibir.

“ Kita berhenti kat mana-mana gerai dulu..kita minum-minum dulu nak?”.
“ Adah tak kisah, asalkan akak belanja..he he..”, ketawa mereka berderai.

Mereka memesan air dan beberapa makanan ringan yang sesuai pada waktu petang yang agak panas. Sementara menunggu, Maisarah gusar memikirkan tindakannya adakah patut dia bertanyakan gadis muda di hadapannya ini. Mungkin gadis ini tahu apa yang dia tidak tahu…Dia harus bertanya.

“Adah…sebenarnya, akak jumpa Adah ni ada hal yang akak nak pastikan..”, tuturnya lembut. Anak mata mereka bertaut.

“Em, apa dia kak?macam serius saja..”, Mawaddah memandang wanita yang sempurna indah di depannya. Bukan kecantikan fizikal sahaja yang dikatakan indah tetapi segalanya.

“Adah….Abang Haris pernah bercinta ke sebelum kahwin dengan akak?”, soalan yang terpacul membuatkan mata Mawaddah terbuntang.
“Kenapa akak tanya soalan ni?”.
“ Pernah ke Adah?”.
“ Em..pernah memanglah pernah…tapi Adah yakin lepas kahwin dengan akak dia tak hubungi perempuan tu dah..akak janganlah risau..Adah yakin Abang Haris takkan buat perkara yang tak patut di belakang akak”, kata-kata Mawaddah memang menenangkan kerana Mawaddah adik yang sangat baik.
“ Ye, akak tau Abang Haris takkan buat perkara yang bukan-bukan..Terima kasih Adah jujur dengan akak..Boleh akak tau Kenapa dia putus dengan perempuan tu?”, soal Maisarah lagi.
“ perempuan tu kalau nak dibandingkan dengan akak, akak jauh lebih baik berbanding dia. Pakaian selalu ketat, tudung pun macam nak tak nak pakai..Abang Haris banyak kali nasihatkan dia suruh berubah kalau nak jadi isteri dia. Perempuan tu kata nak berubah tapi sampai akhirnya pun dia tetap macam tu. mereka pernah putus sekejap sebab Abang Haris tak tahan dah. Tapi dia minta sambung dan janji nak berubah. Tapi dia main-main dengan Abang Haris. Abang Haris pun tawar hati kak..Akhirnya putus lagi, umi ayah pun janji akan cari yang terbaik untuk abang,..akak lah orangnya..”, tutur Mawaddah kemas sekali. Maisarah tersenyum tawar. Maisarah berbual lagi mengenai perempuan itu, jauh di sudut hatinya, terasa diri sudah mengambil hak orang lain..

“ Abang, Sarah nak tanya ni, kalaulah kan..kalau abang diberi peluang kawin lagi, abang pilih siapa?”, soalnya sambil tersengih. Haris memandangnya dengan pandangan kosong, spontan menjawab

“ Maisarah binti Mohamed Rafie”. Riak wajah Maisarah berubah. Hatinya terusik dengan jawapan lelaki itu. Dia merenung tepat ke dalam anak mata Haris cuba mencari sinar keikhlasan dan kejujuran. Dia menemuinya sejak awal lagi. Maisarah tersenyum.

“Sarah, Kenapa tanya soalan yang mengarut ni,.Sarah tau kan, Sarahlah yang pertama dan terakhir sebagai isteri abang..Abang tak mungkin cari yang lain, walaupun Sarah selalu sakitkan hati abang, abang tetap takkan cari yang lain..”, ujar Haris serius. Maisarah tergelak melihat muka Haris yang kelihatan menahan gelak.

“apa lah abang ni, dia tu yang selalu sakitkan hati orang, dah lupa lah tu..”, Maisarah berpura-pura merajuk.

“yelah..abang minta maaf kat Sarah atas segala silap dan salah abang selama ni dari pangkal rambut hingga hujung kaki ye..”, ucap Haris lalu mencapai tangan Maisarah lalu mengucup jari jemari halus itu. Maisarah tergelak kecil, ada-ada saja.Hilang sebentar keresahannya.

Maisarah menghadiahkan senyuman ikhlas kepada wanita yang berada di hadapannya sekarang. Manisnya wajah pasti meruntun hati lelaki dengan tudung litup dan baju kurung yang bewarna gelap jelas menyerlahkan warna kulit yang cerah.

“ Saya Farida..”mereka berjabat tangan. Hampir sepuluh minit bercerita tentang diri masing-masing, Farida sampai pada titik asal pertemuan.
“ Akak, hampir lima belas minit kita berbual, saya tahu hati budi akak..dan saya ingin mengambil kesempatan atas kebaikan dan budi baik akak itu untuk menjadi isteri kedua suami akak..izinkan saya untuk menjadi madu akak…”, Farida menuturnya sambil mengguris hati di hadapannya. Maisarah terkedu, hatinya hancur luluh mendengar ucapan itu. Tubuhnya terasa tidak berdaya. Satu persatu wajah-wajah kesayangan bermain di minda. Matanya terasa ingin menangis tetapi ditahan semahu-mahunya. Dia takkan menangis di hadapan wanita itu.

“ Akak minta maaf, akak tak mampu beri jawapan sekarang. Beri akak ruang untuk berfikir. Akak tahu, Farida terlebih dahulu mengenali Haris, tapi tak bermakna Farida berjaya miliki dia kerana akak terlebih dahulu menjadi isterinya. Jika akak bertanya Kenapa Farida hadir dalam hidup dia, tak mungkin ada jawapan untuk takdir Allah yang sedia diaturNya sempurna. Jika akak memaksa Farida untuk terus tidak mengganggu rumahtangga akak pun tiada guna sebab Farida sendiri tak mampu melupakan dia apatah lagi Islam menghalalkan poligami. Akak betul-betul bingung, berilah akak masa..InsyaAllah akak akan beri yang terbaik untuk Farida..”, ujar Maisarah memberi harapan namun hatinya sendiri yang hancur. Maisarah meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Air mata mencurah-curah keluar, apatah lagi hatinya berdarah-darah. Dia selalu benar mendengar cerita wanita yang mencari kekasih lama yang sudah menjadi suami orang bahkan perkara itulah yang dia tidak mahu sebelum dia mendirikan rumah tangga. Namun kini, dia harus menghadapinya kerana itu adalah kenyataan sekarang.
    Dia sedar Allah sedang mengujiNya dan cinta lelaki itu bukanlah untuk dirinya seorang. Jika sudah sampai masanya dia berkongsi kasih, dia redha kerana janji Allah itu pasti. Tapi masakan mampu dia menipu hatinya sendiri,sedangkan Saidatina Fatimah sendiri hancur berderai dedaun kering dalam genggamannya ketika Saidina Ali bergurau untuk memadukan beliau apatah lagi dirinya hanya perempuan biasa yang tidak lari dari perasaan cemburu yang terkadang boleh memakan diri sendiri.
    “ Abang, hari ni Sarah nak bawa abang ke satu tempat, abang pakai cantik-cantik tau, ini, baju dan seluar ni baru Sarah beli semalam. Abang pakai baju ni, Sarah nak bersiap dulu”, ujar Sarah sambil meletakkan pakaian yang sudah siap bergosok di atas katil. Dia berlalu ke bilik air untuk mandi.
    “ Ke mana pulak isteri aku nak bawa pergi ni, bajunya masyaAllah cantiknya…”, Haris membebel seorang diri. Melihat gelagat Maisarah yang ceria sedikit tidak menimbulkan keraguan di hati. Maisarah keluar dari bilik air dengan jubah ungu cerah yang tersarung. Maisarah tersenyum ikhlas sambil tangannya mengurai rambut yang sedikit kusut.

“Dah siap? Jom, kita pergi sekarang, anak-anak kita hantar ke rumah umi ayah ye, nak privacy sikitlah. Sarah drive ye”, ujarnya lalu mengambil kunci kereta di atas meja. Farhan dan Farhana sudah diletakkan di dalam kereta.
    
Anak-anak dibiarkan di bawah jagaan atuk dan nenek mereka. Mujurlah sepasang kembar itu tidak banyak kerenah. Maisarah terus memandu menghala ke Damansara. Haris hanya mengikut rentak Maisarah yang dirasakan sedikit pelik.

“ Lagu ini didedikasikan buat isteri tercinta, Maisarah yang sedang memandu, semoga selamat sampai ke destinasi..”, kata-kata Haris mengundang tawa Maisarah. Dia memandang Haris yang sedang khusyuk mendengar lagu nasyid bisikan nurani yang didendangkan oleh kumpulan nasyid tanah air. Air matanya bergenang.

Kereta dipakirkan betul-betul di hadapan sebuah rumah semi-d yang memiliki keindahan taman semulajadi. Maisarah mengajak Haris masuk sesudah memberi salam.

Maisarah ramah sekali berbicara dengan sepasang suami isteri yang kelihatan separuh abad itu. Sesekali ketawa mereka berderai bercerita tentang perkara yang melucukan. Kehadiran Farida yang membawa dulang air minuman menyentak urat nadi Haris. Maisarah melihat reaksi Haris. Haris memandang Maisarah dengan seribu tanda tanya di wajahnya. Haris melihat Farida yang tunduk memandang lantai. Dia tidak percaya Farida berada di hadapannya malah berpakaian begitu sopan sekali. Tidak seperti dulu, terbuka sana terdedah sini.

“Duduklah Farida, kita berbincang..”, perintah Maisarah seperti seorang ibu.
“ Abang, kenal tak?”, soal Maisarah memandang Haris dengan senyuman manis. Haris lambat-lambat mengangguk.
“ Pakcik, makcik, izinkan saya terus mengatur bicara..”, ujar Maisarah begitu sopan sekali.
“ Silakanlah..”.
“ Abang, terlebih dahulu, Sarah minta maaf banyak-banyak jika hal ini akan mengundang ketidakselesaan pada diri abang..maafkan Sarah ye.”.
“Pakcik,makcik, saya Maisarah mewakili Haris, suami saya ingin meminang Farida untuk dijadikan isteri untuk suami saya…”, tuturnya teratur dan kemas. Haris segera menoleh, tepat memandang Maisarah. Maisarah hanya mengangguk kecil sebagai tanda tiada masalah yang berlaku. Wajah Maisarah yang begitu tenang meruntun hati Haris namun siapa tahu hati wanita itu luluh.
“ Sarah, Kenapa ni? Abang tak faham”, suara Haris mendatar sahaja.
“ Kita balik sekarang”, ujar Haris lalu meminta diri terlebih dahulu.

“ Kenapa Sarah tak bincang dengan Abang dulu? Kenapa Sarah tak tanya abang dulu?”, suara Haris seakan-akan marah.
“ Sarah ada Allah untuk memberi petunjuk yang terbaik dalam hidup..”, Maisarah menjawab tenang. Jawapan Maisarah terus mematikan bicara Haris.
“ Sarah tak rasa perkara ni salah malah Sarah rasa lebih bahagia dapat pulangkan abang pada yang terlebih dahulu mengenali dan mencintai abang. Lagipun, Farida tu dah banyak perubahan yang dia lakukan, dan itu yang abang nakkan dari dia dulu kan… Apa salahnya terima dia..Dia juga manusia, maafkanlah kesalahan dia yang lalu..dan apa yang paling penting, Sarah yakin abang dapat berlaku adil pada dua orang isterikan?”, duga Maisarah. Haris memandang Maisarah dengan pandangan redup.
“Sarah, apa yang Sarah cakap ni..”.
“ Abang, kalau abang tak terima Farida lagi buat Sarah rasa bersalah..Tolonglah tunaikan harapan Sarah yang satu ni saja..”. Akhirnya, air mata yang mengalir mampu melembutkan hati lelaki di hadapannya. Haris memberikan kata putus.
“ Abang tetap mencintai Sarah sampai bila-bila sepenuh hati abang biarpun satu hari nanti cinta ini akan terbagi tapi abang pasti cinta untuk wanita lain tak mungkin lebih daripada cinta abang kepada Sarah”. Air mata mengalir lagi.

Maisarah melayan Farhan dan Farhana seorang diri. Hampir sebulan Haris menikahi Farida. Tiada masalah yang berlaku sepanjang mereka bermadu. Hari-hari yang ditinggalkan keseorangan menggembirakan Maisarah menjadi tetamuNya saban malam berbicara dari hati dan jiwa kepada pemilik asalnya. Terkadang gelak ketawa Haris dan Farida bermain di mata, perasaan cemburu lekas dipadamkan terus dengan berbicara bersama bakal cahaya mata yang ketiga..Menunggu saat-saat kelahiran itulah penawarnya..

originally created by adel @ CetusanHati.com


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share




  Member Information For adelProfil   Hantar PM kepada adel   Pergi ke adel's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.054731 saat. Lajunya....