Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 06-04-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
JANGAN kecilkan cita-citamu, kerana cita-cita yang kecil akan menyebabkan seseorang itu mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan
-- Saidina Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Laurenjoy
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13724

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 11
Ahli: 0
Jumlah: 11




  Dari Galeri
keluarga mashunah

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 3 hari yang lalu
Laurenjoy: 31 hari yang lalu
jackurban: 32 hari yang lalu
porkalwais: 32 hari yang lalu


Bersama Ummi
Topik: Pergaduhan Suami Isteri


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bersama Ummi
    »» Pergaduhan Suami Isteri

Please Mendaftar To Post


Oleh Pergaduhan Suami Isteri

ayuabadi
WARGA RASMI
Menyertai: 22.07.2010
Ahli No: 12307
Posting: 16

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 08:19


salam semua warga Hanan....di sini saya ada beberapa masalah bila berselisih faham dengan suami.Suami saya suka tidur di luar bila ada perselisihan faham antara kami....walaupun punca salah itu adalah dari suami sendiri.Setiap kali bergaduh...pasti saya yang kena mengalah....


Bookmark and Share




  Member Information For ayuabadiProfil   Hantar PM kepada ayuabadi   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 08:56


assalamualaikum ayu,

memang betul, biasanya isteri yang akan beralah..apa-apa pun ayu kena ingat dalam rumahtangga khususnya dalam istilah suami isteri, memang kena ada salah seorang yang mesti beralah.. kalau kedua-dua tak nak beralah, pasti rumahtangga akan huru hara.

Cuba ketika berbual-bual, tanya pada suami Kenapa buat macam tu..cuba berbincang bila tak puas hati atau ada perselisihan faham.. katakan kalau buat macam tu masalah tak akan selesai.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

ayuabadi
WARGA RASMI
Menyertai: 22.07.2010
Ahli No: 12307
Posting: 16

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 13:55


Terima kasih safa kerana sudi berkongsi masalah ayu disini.Ayu pernah ajak dia berbincang tapi setiap kali ayu ajukan soalan dia seolah-olah mengelak dari menjawab.Lepas tu esok2 gaduh lagi dia buat lagi macam tu.lama-lama ayu pun jadi malas nak memujuk kalau dia merajuk...Bukan apa kadang-kadang angin juga...Kita ni sebagai isteri yang bekerja,bila balik rumah masih lagi penat tapi kena juga buat kerja rumah.kadang-kadang ayu pkir suami ni macam tak paham atau buat-buat tak faham peranan kita sebagai isteri


Bookmark and Share




  Member Information For ayuabadiProfil   Hantar PM kepada ayuabadi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA RASMI
Menyertai: 12.02.2010
Ahli No: 11901
Posting: 20

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 14:25


Bismillah
Salam

Ukhti ayu,

bersabarlah.. bersabar itu pahit, tapi dengan sabar sahaja boleh menyelamatkan dan menenteramkan hati. InsyaAllah dengan berkat kesabaran juga suatu hari pasti menemui kemenangan dan kebaikannya.

Pada sinar, mungkin kurang elok suami berkelakuan tidur di luar rumah, walaubagaimana pun masalah...seeloknya berbincang dan membawa kesepakatan hati bersama.

Maaf ya ukhti, apa yang ingin sinar sampaikan..sekadar pendapat..mana yang terkurang, dari ana., minta dimaafkan.

Benar, ada ketika kita penat..tiada daya untuk mengawal emosi.. bila letih..bukan sengaja untuk ukhti memperlakukan sesuatu seperti.. rasa marah, dll. Cadangan sinar, mungkin ada baiknya ukhti berdiam dan teruskan bersabar.. biarlah kalau suami tidak mahu memahami atau membantu..yang penting, ukhti jalankan tugas itu sebaik mungkin tanpa mengeluh dan menyimpan hati... (begitupun hati sedih, tiada daya untuk bertahan) berdoa & mohonlah kepadaNya... kerana DIA Lebih Dekat & Memahami

Ukhti,

mungkin ukhti boleh minta izin cara baik..untuk ambil cuti beberapa hari balik ke rumah keluarga tanpa apa-apa rasa terpaksa atau sebab yang boleh membuka keaiban pasangan. Sekadar nak restkan minda dan keadaan.. Suatu hari, InsyaAllah..pasti suami akan menyedari kekurangan yang ada.

Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kebahagiaan.=)
Wallahua'lam.



Bookmark and Share




  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

ayuabadi
WARGA RASMI
Menyertai: 22.07.2010
Ahli No: 12307
Posting: 16

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 14:43


untuk pngetahuan sinar...ayu merupakan anak yatimpiatu sejak dari kecil.Bila kita dah bersuami...kita rasa bahagia ada org yang menyayangi diri kita.Walaupun ada perselisihan faham yang kecil ayu akan sedih.apatah lagi kalau suami bersikap mendiamkan diri dan bermasam muka.

Bukan niat ayu nak mengaibkan suami sendiri diruangan ini.tapi ayu sekadar meluahkan perasaan.ayu tak sampai hati untuk mengadu pada keluarga mertua.Ayu taknak perasaan orgtua bersedih hati dengan keadaan rumahtangga kami.

Ayu minta maaf bnyak2 ye...sebenarnya suami ayu bukan tidur diluar rumah,tapi kat luar (ruangtamu saja).Minta maaf banyak2silapan penulisan ayu


Bookmark and Share




  Member Information For ayuabadiProfil   Hantar PM kepada ayuabadi   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA RASMI
Menyertai: 12.02.2010
Ahli No: 11901
Posting: 20

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 14:55


Setiap orang inginkan kebahagiaan melalui hubungan suami isteri, itulah matlamat pasangan yang perlu disemai dan dijaga.

Tiada salah ukhti mengadu disini..kerana tiada nama dan tiada pengetahuan umum...

Teruskan selagi mampu merawat hati yang sedih.. maaf sinar tidak maksudkan mengaibkan diruangan ini. Dari sudut aib yang dimaksudkan pada kenyataan ana, jika ukhti mengambil cuti, bila ditanya..jawab sekadar, saja untuk bercuti dan suami izinkan.. tiada lebih dari itu... asif jiddan.

Memandangkan tidur diluar (diruang tamu) maka, elok kiranya ukhti minta maaf dan mengalah biarpun berkali-kali dan bukan kesalahan dipihak ukhti. Mungkin... ukhti join sekali tidur diruang tamu, rasanya itu lebih terubat sikit..



Bookmark and Share




  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

ayuabadi
WARGA RASMI
Menyertai: 22.07.2010
Ahli No: 12307
Posting: 16

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 15:20


terimakasih pada sinar kerana sudi memberikan nsihat.Tapi..... selagi kita ikutkan apa yang suami kita buat,semakin tu suami akan seronok.Kita sebagai isteri pun ada hak juga....Kalau macam tu ayu rasa macam tiada keadilan dalam rumahtngga.Kalau ayu salah harap betulkan.....

untuk pengetahuan sinar juga,ayu baru 4bln m'dirikan rumahtngga.Ini adalah p'khwinan ke2 ayu selepas perkhwinan pertama selama 5 tahun gagal untuk mengecapi bahagia.Namun...ayu jadikan yang lepas itu sebagai teladan dimasa depan...

ayu takut kalau-kalau pisang berbuah 2 kali.Ayu cuma harapkan seorang suami yang dapat membimbing ayu kejalan - NYA...Namun kita hanya insan yang lemah.hanya doa dan airmata pengubat luka dikala duka


Bookmark and Share




  Member Information For ayuabadiProfil   Hantar PM kepada ayuabadi   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 09.06.2009
Ahli No: 10716
Posting: 55

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 16:12


hmmm..ayu..ira pun ada masalah same dengan ayu..memang...kita bekerja..kita penat..kadang-kadang tak dapat nak kawal emosi..lagi-lagi asik kita saja yang kena ngalah..tension!! dia salah pun kita kena ngalah..macam xadil.
tu yang ira fikir 3 bulan lepas..ira pun baru 4 bulan kawin..pas pergaduhan yang terakhir..ira sedar..yang...kita memang kena ngalah mula-mula..minta maaf..pas da oke..esok hari ke..tanya lah balik..bagitahu balik apa yang kita tak suka..hmm..2 saja lah yang ira amalkan..

pada kawan-kawan kalau salah care ira layan suami ini..tegur lah ira..ira pun baru saja kawin..tak berapa pandai lagi nak uruskan hal emosi diri bila bergaduh dengan suami..


Bookmark and Share




  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA RASMI
Menyertai: 12.02.2010
Ahli No: 11901
Posting: 20

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 23:58


Ukhti ira,
sinar suka cara ukhti mengalah dan minta maaf, lepas dah reda dan keadaan kembali tenang...ajak berbincang dengan pasangan dengan ajakan kreatif (maksudnya, sambil bersiar dan dalam keadaan gembira..cuba bawa bertanya dengan baik).. elak dari terus memarahi dan mengeluarkan semua yang terpendam ..kerana bahaya, perkara tersebut boleh mengundang kepada ketidakselesaan pasangan.

Bagus sangat sifat ini, sekiranya isteri mengalah dan bersabar.. asam garam kehidupan.. yang manis menghilangkan yang pahit dan yang gembira, tumpang mengembirakan yang lain.

---------------------------------------------------------------

Ukhti ayu,
Alhamdulillah, ukhti masih bertahan & berfikir kepada mertua.. suatu kebaikan yang sukar dipertahankan oleh sebahagian isteri bila ada masalah dengan suami..

InsyaAllah sinar doakan semua yang sudah berpasangan bahagia dan tenang bersama pasangan mereka. Ukhti, setiap yang berlaku pasti ada hikmah..cuma kita perlu perhalusi.. maka akan menemui kebaikannya, kerana apa juga dugaan dan kesakitan yang dijadikanNya pasti ada kebaikan dan peringatan buat hambaNya..

Jauhi ye, rasa takut dan keraguan, InsyaAllah serahkan segala urusan kepadaNya.. Pemilik dan empunya hati setiap yang ada ini...hanya RABB (Allah Maha Pencipta).. minta padaNya untuk menemukan dijalan redha dan barakahNya.

Teruslah berdoa ukhti.. dan akhir renungan buat diri ini & ukhti2ku,...(sinar tahu ukhti ayu bukan dalam kalangan ini) elakkan curiga dan apa-apa-apa rasa...kerana itu semua tipudaya iblis untuk menjatuhkan rumahtangga. Kukuh ye dengan keharmonian & kasih sayang dalam rumah tangga. InsyaAllah semoga menemui jalan kebahagiaan yang hakiki. Bersyukur kerana dia masih suami dan tidak mencederakan ukhti.

Tabahkan hati,, cekalkan diri ukhti ayu dan ira!. Semoga menemui jalan penyelesaian yang terbaik.:-)

[ Telah diedit oleh: SiNaRaBaDi pada 29-07-10 00:16 ]


Bookmark and Share




  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

ayuabadi
WARGA RASMI
Menyertai: 22.07.2010
Ahli No: 12307
Posting: 16

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-07-10 08:00


ira....memandangkan ini prkhwinan ke2 ayu,jadi ayu dah merasa bagaimana pengalaman pada prkhwinan pertama....pada awalnya dulu....,memang ayu sentiasa mngalah,mngalah dan mngalah.tapi semakin ayu mngalah,semakin parah hubungan kami dan bila semakin banyak masalah yang trpendam tanpa ada prbincangan kedua-dua pihak akhirnya kami buat keputusan untuk bercerai.....

Bukan niat ayu untuk menafikan cara ira.tapi...ira beruntung kerana dapat suami yang ingin terima bila kita menegur kesalahan dia...macam suami ayu sekarang ni...bila kami dah tak gaduh,ayu akan tanya dia baik-baik."abang....Kenapa kalau kita gaduh abang suka buat macam tu"? Tapi jawapan dia hnyalah "tak ada apa".macam mana nak berbincang kalau macam tu??????? Bila ayu tnya2 lagi akhirnya boleh jadi gaduh lagi.


Bookmark and Share




  Member Information For ayuabadiProfil   Hantar PM kepada ayuabadi   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-07-10 08:02


Salam ayu, pening juga kan.. lain suami lain pula sikapnya.. ayu, produk tok guru ada jus pelembut hati. cuba ayu try..sambil tu berdoa.. manalah tau. kita usaha kan..


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

ayuabadi
WARGA RASMI
Menyertai: 22.07.2010
Ahli No: 12307
Posting: 16

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-07-10 08:05


terimakasih ye safa kerana prihatin msalah ayu sekarang ni....dari mana boleh ayu dapatkan jus tu ye safa


Bookmark and Share




  Member Information For ayuabadiProfil   Hantar PM kepada ayuabadi   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-07-10 15:06


Ayu, dapatkan jus tok guru di toko-toko ubat..atau pun cuba search di yahoo atau google - jus tok guru..memang ada jus pelembut hati..
[ Telah diedit oleh: istisafa pada 30-07-10 15:07 ]


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

azalynna
WARGA RASMI
Menyertai: 30.03.2004
Ahli No: 3492
Posting: 12
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-08-10 14:48


Salam .....

Aahahahah soal gaduh ni lynn pun alami kerana lynn jenis suka terus terang kalau tak suka apa suami buat lynn cakap saja. tapi berlaku macam ni lynn akan selesaikan sebelum tidur. kalau suami rasa pkara tu tak logik dia snyum saja


Bookmark and Share




  Member Information For azalynnaProfil   Hantar PM kepada azalynna   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-08-10 13:48


Yang pertama untuk elak dari bergaduh ialah istighfar banyak-banyak. Selain itu bila nak masuk rumah tu bacalah ta'awudz dan juga Assalamu'alaina wa'ala ibadalLahis Solihin. InsyaAllah syaiton yang ditugaskan untuk memporak perandakan suami isteri akan pergi ketika sedang menunggu di muka pintu tu.

Yang suka gaduh kan budak-budak jadi bila dah dewasa usahlah gaduh tetapi bawalah bincang dengan hati yang tenang. Ajak suami atau pasangan solat berjemaah dulu dan kemudian bincang selepas solat ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.065223 saat. Lajunya....