Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-01-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Untuk mengelakkan dari dikritik, jangan buat apa-apa, jangan cakap apa-apa.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Waldor263
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13708

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Dari Galeri
assalamualaikum...kalau nak berkenalan ngan ana,hantarlah e-mail ke wardah_comel@yahoo.com

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 9 jam, 55 minit yang lalu
Waldor263: 8 hari yang lalu
CrazyWood69: 22 hari yang lalu
Swarig123: 25 hari yang lalu


Ukhwah
Topik: Zaman Kanak-Kanak


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Ukhwah
    »» Zaman Kanak-Kanak

Please Mendaftar To Post


Oleh Zaman Kanak-Kanak

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-06-10 13:09


Assalamualaikum

Saya mengikuti satu blog/ forum mengenang zaman kanak-kanak dulu. tiba-tiba saja rasa rindu bertandang. Nak jadi budak kecil walaupun dah besar panjang. Sayu pulak mengenang kisah lalu.

Ada masa tersenyum, gelak sendiri bila ingat balik zaman budak-budak dulu..huhu

Jom share pengalaman2 sahabat zaman bebudak dulu? Makanan kegemaran.. permainan kegemaran.. Tempat selalu holiday... pastinya ada kenangan kan... :-)


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-06-10 08:12


Dulu masa kecik permainan yang suka main ialah batu seremban, galah panjang, nama negeri, tangga dengan ular dan main getah.. nama negeri tu kena tulis dalam kertas - nama, negeri, buah, benda dan binatang..kalau huruf s, saodah, spanyol, sukun, sampan dan siput.. tangga dengan ular tu permainan atas kertas yang ada tangga dengan ular..tension sungguh dengan ular, asik kena turun saja.. ooh ye, selain dari tu main mak-mak..ada yang jadi anak, ada yang jadi mak dan abah.. abah mesti kejenya keluar cari makanan..mak pulak asik memasak, mengemas..jadi anak seronok sebab kerjanya asik makan, main dan tidur..

hehehe..itula permainan akak masa kecik-kecik..


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-06-10 05:35


Salam cik hales.
lama sudah kita tak berchit-chat.hihi.
bila nak ajar kita buat roti lagi.:)

makanan kegemaran - jajan.
permainan kegemaran - patung kertas yang boleh tukar2 baju.

seronok masa kecil-kecil dulu.
tak payah nak fikir banyak-banyak.
semua keputusan dah ada org yang buatkan.


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-06-10 10:19


Pada 17-06-10 08:12 , istisafa posting:

!!! QUOTE !!!

Dulu masa kecik permainan yang suka main ialah batu seremban, galah panjang, nama negeri, tangga dengan ular dan main getah.. nama negeri tu kena tulis dalam kertas - nama, negeri, buah, benda dan binatang..kalau huruf s, saodah, spanyol, sukun, sampan dan siput.. tangga dengan ular tu permainan atas kertas yang ada tangga dengan ular..tension sungguh dengan ular, asik kena turun saja.. ooh ye, selain dari tu main mak-mak..ada yang jadi anak, ada yang jadi mak dan abah.. abah mesti kejenya keluar cari makanan..mak pulak asik memasak, mengemas..jadi anak seronok sebab kerjanya asik makan, main dan tidur..

hehehe..itula permainan akak masa kecik-kecik..



kak su, main kahwin-kahwin tak ada ke? hehe... :malu:

permainan yang sama dengan kaksu.. kadang-kadang laman rumah tu buat main galah panjang,baling selipar, cuit jadi...main sabun tiup belon...

kalau time musim buah, manjat pokok mangggis, kait rambutan.. kutip durian kat kebun.. huhu.. bestnya...


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-06-10 10:27


Pada 18-06-10 05:35 , myway posting:

!!! QUOTE !!!

Salam cik hales.
lama sudah kita tak berchit-chat.hihi.
bila nak ajar kita buat roti lagi.:)

makanan kegemaran - jajan.
permainan kegemaran - patung kertas yang boleh tukar2 baju.

seronok masa kecil-kecil dulu.
tak payah nak fikir banyak-banyak.
semua keputusan dah ada org yang buatkan.


salam myway.. :welcome:
hehe tau tak apa...

insyaAllah kalau ada kelapangan nanti, kita chitchat lagi..
ajar buat roti ek? tunggu..... ;-)

myway,
patung kertas tu seksi tapi baju dia lawa2...huhu


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

dee_nadya
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 01.04.2009
Ahli No: 10306
Posting: 61
Dari: pantai dalam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-06-10 19:50


hoho..yup zaman kecil-kecil adalah yang terindah..kita main..main dan main...langsung tidak pernah memikirkan apa-apa masalah..hidup bahagia aman damai..kerana semua masalah kita ada mak abah cikgu slesaikan...hohoho

kecil-kecil sangat aktif..main barsama jiran2 tak kesah lelaki perempuan..
main kejar2, bola beracun,main getah, main ting2...main masak2..main mercun time raya...syok

indoor..main monopoli,saidina, congkak, batu seremban.... kadang-kadang kami kecil-kecil beli kcg hijau dalam 30 sen dan jahit batu seremban sendiri..kalau congkak...mintx mak duit nak beli guli...iyalah..ashjk hilang saja..tak cukup-cukup..hehe.........


-----------------
luaran tidak mencerminkan hati yang sebenar..


Bookmark and Share




  Member Information For dee_nadyaProfil   Hantar PM kepada dee_nadya   Quote dan BalasQuote

dee_nadya
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 01.04.2009
Ahli No: 10306
Posting: 61
Dari: pantai dalam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-06-10 19:58


tempat holiday??? erm...tak ada..tapi selalu picnic saja dengan sepupu yang masih kecik......kami 3sekeluarga selalu picnic hujung minggu,,kat ulu yam 1,ulu yam 2,3456...entah berapa entah..hehehe,,,,bukit belachan, sg congkak,sg gaban, sg kanching... bila da beso...family lain pindah jauh-jauh dah..pergi prak lah..dan sekarang semua dah berkahwin dan ada family dan komitmen masing-masing..hohoho..bila akan berulang ini semua?? entah..tak pasti..yang PASTI..kan ku cari cara bersosial dan bercuti sendiri..hehehhehe


-----------------
luaran tidak mencerminkan hati yang sebenar..


Bookmark and Share




  Member Information For dee_nadyaProfil   Hantar PM kepada dee_nadya   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-06-10 16:20


Pada 20-06-10 19:58 , dee_nadya posting:

!!! QUOTE !!!

tempat holiday??? erm...tak ada..tapi selalu picnic saja dengan sepupu yang masih kecik......kami 3sekeluarga selalu picnic hujung minggu,,kat ulu yam 1,ulu yam 2,3456...entah berapa entah..hehehe,,,,bukit belachan, sg congkak,sg gaban, sg kanching... bila da beso...family lain pindah jauh-jauh dah..pergi prak lah..dan sekarang semua dah berkahwin dan ada family dan komitmen masing-masing..hohoho..bila akan berulang ini semua?? entah..tak pasti..yang PASTI..kan ku cari cara bersosial dan bercuti sendiri..hehehhehe



huhu menarik juga itu...selalu picnic ye...

kalaulah zaman tu datang lagi, alangkah seronoknya....


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-10 07:04


Pada 18-06-10 10:27 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

myway,
patung kertas tu seksi tapi baju dia lawa2...huhu

seksi tu yang best cik hales.hihi.
tapi terujalah dengan baju2 & accessories dia yang cantik2 tu.
cumanya patung tu tak ada prince saja.:)
ada lagi ke patung kertas tu sekarang.


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-10 11:50


Pada 18-06-10 05:35 , myway posting:

!!! QUOTE !!!

makanan kegemaran - jajan.
permainan kegemaran - patung kertas yang boleh tukar2 baju.

seronok masa kecil-kecil dulu.
tak payah nak fikir banyak-banyak.
semua keputusan dah ada org yang buatkan.


ye suka sangat main patung kertas tu lebih-lebih kalau bajunya yang kembang2 begitu seronoknya..

Soleha, main kawen2?? ada juga..hahahaha..kak su lah pengantin pompuannya..

seronok kan masa kanak-kanak dulu..


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-06-10 14:01


Yelah sedih teringatkan zaman kanak-kanak. Dulu tak sabar2 nak besar, sekarang nak kembali zaman dulu balik. Hehehe

Mainan kegemaran rasanya lebih kurang sama saja zaman kita, tak macam budak sekarang main ps2, games internet saja. Cuma galah panjang dengan ting2 tak pernah main. Main batu seremban saja. Main lompat getah pun sampai pinggang saja, tinggi-tinggi tak lepas. Hanan pun main patung kertas juga. Siap tanda tak kat leher supaya tak hidup lagi. Konon sajalah. lepas itu buat anak patung dari kain lampin, ikat dengan getah kepala dia.Main pondok2 juga, usung tilam selimut kotak2 kat luar rumah.

Ayat paling lawak zaman dulu, kalau gaduh mesti cakap, "kita tanya mak kita.." haha.. Masa sekolah rendah, yang ada abang kakak, mesti nak show tulah abang kita, kakak kita. hehe. Kalau gaduh, siap besurat2 bagai.

Buku kegemaran pula, masa sekolah rendah buku hikayat2, tuan2 puteri, nancy drew, siri hadi, dan buku2 sekolah asrama tu tak ingat tajuk dah.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
WARGA RASMI
Menyertai: 24.06.2010
Ahli No: 12269
Posting: 4
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 24-06-10 20:28


zaman kanak-kanak memang sangat manis..
suka sangat naik basikal lepas tangan keliling kampung...
dulu sangat nakal...memang tak tahu malu dengan budak lelaki..tapi bila dah besar...huhu...memang malu bila ingat balik...tak sangka nak jadi ustazah...alhamdulillah..


-----------------
Jaga Diri Hiasi Peribadi


Bookmark and Share




  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.073305 saat. Lajunya....