Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-04-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Laurenjoy
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13724

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
assalamualaikum...kalau nak berkenalan ngan ana,hantarlah e-mail ke wardah_comel@yahoo.com

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 2 hari yang lalu
Laurenjoy: 27 hari yang lalu
jackurban: 28 hari yang lalu
porkalwais: 28 hari yang lalu
sarahhanee: 30 hari yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: tak pernah merasa bahagia berkeluarga


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» tak pernah merasa bahagia berkeluarga

Please Mendaftar To Post


Oleh tak pernah merasa bahagia berkeluarga

aromacakes
WARGA RASMI
Menyertai: 24.04.2010
Ahli No: 12094
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-04-10 13:22


Salam semua... hari ni pertama kali saya masuk keruangan ni. Dan hari ni juga saya teramat sedih mengenangkan nasid diri. Berkahwin selama 6thn memang tidak membahagiakan langsung. Suami terlalu baran sikit-sikit nak marah,merampus kadang tu dengan anak pun tak layan. Saya pulak anak tunggal kepada ibu tunggal yang terpaksa tinggal dengan emak walau dah bekeluarga. Saya tersepit ditengah2, sama ada nak ikut suami @ emak. Tinggalkan emak kasihan sebab dia tak ada sesiapa lagi pulak dia xbekerja. Suami pulak xsembahyang jadi dalam diri dia penuh dengan emosi marah. Sejak kebelakangan ni sikap baran dia semakin teruk. Bila dia marah dia akan melemparkan segala kata-kata kesat, mencarut dan mula menuduh saya,memburukkan saya.

Pada dia semua masalah berpunca dr saya. Saya akui yang saya memang kurang melayan dia terutama ditempat tidur. Itupun atas sebab saya dah xpunya perasan kat dia sebab buat saya macam binatang. Dr mula kawin dia selalu saja cari pasal yang pasti panas baran terlampau. Saya dah buntu sama ada nak becerai @ teruskan. Kalau bercerai kasihan kat anak-anak, saya dah merasa bagaimana hidup dalam keluarga bercerai. tapi kalau teruskan dah tak tahan menanggung seksa ni.

Hari ni, mak pulak marah2, fikiran dah terlalu runsing lalu terlepas lah kata-kata yang xsepatutnya. Saya cakap nak pindah dari situ sebab dah runsing sangat. Saya dah tak ada arah tak tahu mana nak pergi, terseksa sangat hidup ni.

Mungkin yang membaca tak faham apa yang ditulis sebenarnya tak tahu dr mana nak mulakan cerita. Tapi saya perlukan panduan dari sahabat yang lain.


Bookmark and Share




  Member Information For aromacakesProfil   Hantar PM kepada aromacakes   Quote dan BalasQuote

teacher_noria
WARGA RASMI
Menyertai: 24.08.2009
Ahli No: 11247
Posting: 9
Dari: Tumpat

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-04-10 23:54


wsalam...Adab biasa dalam berumah tangga....pahit getir tak dapat lari....kalau bersama rasa tak bahagia...kalau berpisah tak tahu lagi kehidupan selepas itu...terutama penderitaan anak-anak...untung sabut timbul ...untung batu tengelam....Buat lah sunat istikharah dalam membuat penentuan...Mohon diberi banyak kesabaran...kekuatan...Hidup tanpa suami juga belum tentu bahagia jadinya....tapi kadang-kadang...perpisahan adalah penyelesaian suatu konflik....Mohon padaNya....


-----------------
Salam semua.... Semoga semua di berkati Allah dan beroleh kebahagian


Bookmark and Share




  Member Information For teacher_noriaProfil   Hantar PM kepada teacher_noria   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-04-10 09:40


Waalaikumsalam

Tak wajar suami puan berkelakuan seperti itu. Bagi saya, kalau puan tak dapat merasa bahagia bersama suami..puan carilah kebahagian tu bersama ibu dan anak-anak puan..

Berikan kasih sayang dan perhatian pada mereka. InsyaAllah dengan kasih sayang lah, kita dapat kebahagian hidup..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

tudung_saji
WARGA RASMI
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 12136
Posting: 1
Dari: lahad datu

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-05-10 20:24


Assalamualaikum... memang perit betul brsuami seorang suami yang panas baran....selama ni saya fikir mungkin hanya saya yang diuji dengan suami yang begini.....sedih betulkan...ingatkan lepas kahwin jalan ke syurga brtmbah senang...namun sebaliknya.....kdang2 selepas brgaduh saya sentiasa fikir adakah ruang untuk aku ke syurga?.....


Bookmark and Share




  Member Information For tudung_sajiProfil   Hantar PM kepada tudung_saji   Quote dan BalasQuote

ayuabadi
WARGA RASMI
Menyertai: 22.07.2010
Ahli No: 12307
Posting: 16

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-07-10 11:15


puan yang dikasihani......saya amat bersimpati dengan nasib puan.Nmun apa yang saya boleh katakan disini,kita sebagai isteri sentiasa di uji dengan pelbagai dugaan.Itu semua untuk melihat sejauh mana kita mampu menghadapi dugaan iti.Mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku.


Bookmark and Share




  Member Information For ayuabadiProfil   Hantar PM kepada ayuabadi   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-07-10 15:01


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

tiada ayat paling sesuai selain dari rasa simpati yang amat sangat. Namun Allah akan jadikan setiap makhluknya berbeza begitu juga dengan pasangan, seorang peramah dan seorang lagi senyap, mungkin sebab itu wujudnya pertalian itu.

Marah ibarat api, maka untuk menghilangnya ialah air. Air ialah kesabaran dan kata-kata yang baik dan lemah lembut. Jangan lupa berdoa kepadaNya agar dilembutkan hati suami. Mungkin ambil masa tapi insya Allah, Allah tidak akan menghampakan doa orang yang sabar.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA RASMI
Menyertai: 12.02.2010
Ahli No: 11901
Posting: 20

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-07-10 14:38


Bismillah

Tiada upaya bagi yang melihat apalagi yang merasai.. hanya "sabar" dan bermohon kepadaNya sahaja tanpa putus antara kata-kata yang boleh diberikan.

Ukhti, boleh sinar beri pandangan..

Setiap khamis, malam jumaat..ukhti buat bacaan air yaasin dalam botol dan niatkan bacaan untuk melembutkan hati suami, diberi penerang hati buat suami dan diberi cahaya keinsafan.. tiup pada air yaasin. Bila buat air minuman biasa, campur dengan air bacaan yaasin... atau pun letak sahaja diluar supaya senang untuk diminum oleh suami. InsyaAllah... inilah yang dilakukan oleh ayah ana ketika dahulu untuk adik lelaki ana yang sering marah, tak mahu dengar kata dan selalu keluar malam. Alhamdulillah...perubahan ada setelah beberapa lama diulangi proses ini.. lakukanlah dengan ikhlas dan sabar.

Antara lain,, baca yaasin.. setiap kali pada perkataan 7 "mubin" niatkan untuk suami, anak & kebahagiaan rumah tangga... InsyaAllah.. mohonlah padaNya ye...jangan putus asa.

Jika berkesempatan dapatkan air daripada tok guru pun ok..

Semoga diberi kelapangan dan ketenangan buat keluarga dan pasangan.=)
Wassalam.

[ Telah diedit oleh: SiNaRaBaDi pada 28-07-10 14:38 ]


Bookmark and Share




  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.073415 saat. Lajunya....