Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang bijak akan sentiasa ingat bahawa kejayaan atau kegagalan bukan pengakhiran

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
Assalamualaikum......salam perkenalanbuat semua.....ni gambar ambil masa nak pergi kerja.....rasa macam lawa....capture saja lah..he...he..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Luahan Perasaan


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Luahan Perasaan

Please Mendaftar To Post


Oleh Luahan Perasaan

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-09 13:06


Saya tak mampu melupai hari semalam. Juga saya tak mampu melupai hari semalam punya semalam. Begitulah juga saya tidak dapat melupakan hari-hari yang sebelumnya.

Kalau dikira, hari-hari gembira saya amat sedikit. Kalau dihisab, tindakan-tindakan bijak saya hanya boleh dibilang dengan jari.

Sedar-sedar, saya sudah di sini, begini, seperti hari ini.

Seperti hari ini.

Ah…

Keluarga

Saya ada keluarga.

Keluarga saya manusia. Mereka bukan malaikat. Bapa saya bukanlah Rasul, ibu saya bukan UmmulMukminin dan tidaklah adik beradik saya merupakan para sahabat ridhwabullahi’alaihim. Jadi mereka hidup sebagaimana manusia biasa hidup. Ada salah silap di sana sini.

Tapi saya yakin, mereka orang baik. Mereka belajar dari kesilapan mereka. Dan mengakuinya walau tidak mengisytiharkannya.

Dan kebaikan mereka, jasa mereka, mungkin tidak terbayar dengan apa yang saya ada di dalam dunia.

Guru-guru

Saya ada guru-guru.

Dari nurseri, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke Universiti.

Guru-guru saya tidaklah semukhtabar Imam Bukhari dan Muslim yang mana hadith sohih mereka berdua langsung tidak diragui malah diangkat kedua terpercaya selepas Al-Quran. Walaupun Imam Bukhari dan Muslim juga manusia, tetapi tiada guru-guru saya dalam sejarah hidup ini akan mampu menyaingi dua imam itu. Imam Bukhari dan Muslim, ternyata berada di level lain, dan guru-guru saya di level lain. Jadi guru-guru saya juga manusia biasa. Mereka ada salah silap di sana sini.

Tapi saya yakin, guru-guru saya adalah orang yang baik. Mereka belajar dari pengalaman kehidupan mereka. Dan mengakui silap mereka, walau tidak mengisytiharkannya.

Dan kebaikan mereka, kesungguhan dan ketabahan mereka, langsung tidak akan mampu saya bayar dengan apa yang saya ada.

Sahabat-sahabat

Saya ada sahabat-sahabat.

Sepanjang hidup saya, saya kenal dengan ramai orang. Dalam ramai orang, sebahagian menjadi sahabat saya. Di sini saya bicara berkenaa sahabat secara umum. Andai saya khususkan, pastinya tinggal dua-tiga sahaja.

Sahabat-sahabat saya tidaklah seperti Sa’ad bin Muaz kepada Abdurrahman bin Auf ra. Sa’ad bin Muaz sanggup mengorbankan separuh hartanya dan memberikannya secara percuma kepada Abdurrahman bin Auf ra. Malah, dia sanggup menceraikan salah satu dari dua isterinya untuk diberikan kepada Abdurrahman. Tidaklah pula sahabat saya setaraf dengan Abu Dzar Al-Ghiffari yang terus tersedar apabila Rasulullah SAW menegur, tika dia mengutuk Bilal bin Rabah ra dengan gelaran “Hei Anak hitam”. Tika itu, Abu Dzar sanggup meletakkan kepalanya ke tanah dan meminta Bilal memijaknya, kerana amat terasa dengan kata-kata Rasulullah SAW: “Wahai Abu Dzar. Aku lihat di dalam dirimu masih ada cebisan Jahiliyyah”. Maka sahabat-sahabat saya manusia biasa. Mereka ada silap di sana sini.

Tapi saya yakin. Semua yang saya panggil sahabat itu, ada usaha memperbaiki diri. Mereka akan menyedari mereka melakukan kesilapan selepas mereka memahami apa itu kesilapan. Walaupun kebanyakan mereka segan mengisytiharkan kesilapan mereka.

Dan kebaikan mereka, keeratan hubungan mereka terhadap saya, doa-doa mereka kepada saya, tidak akan mampu saya balas walau saya gadaikan apa sahaja di atas dunia ini.

Orang yang tak suka saya

Saya ada orang yang tak suka saya.

Ada yang saya kenal. Ada yang saya tak kenal. Ada yang memunculkan diri. Ada yang tikam dari belakang. Ada pula sekadar melempar batu dari kejauhan. Ada yang diam.

Tetapi tidaklah orang yang memusuhi saya dalam hidup saya ini, seperti Abu Jahal memusuhi Rasulullah SAW, tidaklah pula seperti Firaun memusuhi Musa AS, jauh sekali seperti Syaitan memusuhi Adam AS. Pendek kata, mereka tidak sejahat kuffar dalam sejarah itu, dan saya pula tidak semulia anbiya alaihissalam.

Orang yang tak suka saya juga manusia biasa. Ada salah silap sana sini.

Tapi saya yakin, tidak ada manusia yang hatinya hitam 100%. Semua manusia masih ada cahaya di dalam hatinya. Sebab itu ia kekal sebagai manusia. Pasti, di dalam hati mereka ada rasa bersalah, walau mereka tidak pernah mengisytiharkannya.

Mereka ini juga ada buat baik. Dengan kritikan, teguran, dan kadangkala pengkhianatan yang mereka lakukan, saya belajar banyak perkara. Di situ adalah ‘bantuan’ mereka kepada saya. Mereka mengajar saya beringat, mereka mengajar saya berhati-hati, dan mereka mengajar saya agar lebih tabah menghadapi hari nanti. Dan ‘sumbangan-sumbangan’ mereka ini, kalau hendak digadai dengan diri saya sendiri, belum tentu diri saya mampu menebus ‘sumbangan-sumbangan’ mereka ini.

Saya

Saya ada diri saya.

Saya sentiasa bersembang dengan diri sendiri. Membenci salah silap yang saya buat. Senang hati dengan kebaikan yang dapat saya buat.

Saya sedar saya tidaklah sehebat Hassan Al-Banna, tidak pula setabah Syed Qutb, jauh sekali berusaha kuat seperti Abbas As-Sisy. Orang macam saya, entah ketinggalan berapa ratus kilometer di belakang kafilah para sahabat Awwalin. Alangkan bau tabi’in belum tentu dapat saya hidu, lagikan hendak bergandingan dengan Rasulullah SAW di akhirat nanti.

Saya juga manusia biasa. Banyak salah dan silapnya. Lompong di sana sini. Cacat tempang sukar berdiri.

Tapi saya yakin bahawa saya ada rasa nak jadi baik. Saya ada usaha untuk pertingkatkan diri. Saya cuba baiki diri dan berusaha buat perubahan. Saya sedar saya banyak salah silap walaupun saya tidak pernah mengisytiharkan.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana menjadikan diri saya, memberikan saya keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat, dan juga musuh untuk saya beringat. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk menggapai syurga, walau ada neraka sebagai timbalannya. Kewujudan saya, tidak akan berlaku tanpa kehendak-Nya. Maka saya rasa diri saya amat berharga, tak ada nilai gantinya.


Penutup: Sekadar menenangkan diri

Ini sekadar satu luahan hati.

Yang datang apabila rasa tidak puas hati menjalar, kemarahan bermaaharaja lela, segala masam, pahit, busuk, pengalaman datang menjelma semula. Semuanya bersimpul-simpul hingga sukar diterjemah oleh mana-mana bahasa.

Maka di sini saya peringatkan diri saya.

Keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat, orang yang tak suka saya, hatta saya sendiri adalah manusia biasa. Semua ada salah silapnya.

Di sini saya mengingatkan diri saya.

Keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat, orang yang tak suka saya, malah diri saya sendiri pun ada kebaikannya. Jangan kerana sekelumit api kemarahan dan rasa ketidak puas hatian, saya bakar semuanya.

Wahai diri, jangan kesali hidup ini.

Pandang ke hadapan.

Ilahi menanti.



Hilal Asyraf


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.384371 saat. Lajunya....