Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-02-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tidak berbuat apa-apa ialah kubur kehidupan. Hidup tanpa bekerja ialah hidup tanpa kebahagiaan.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Waldor263
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13708

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 92
Ahli: 0
Jumlah: 92




  Dari Galeri
Inilah saye..dengan kembar saye caramelo..yg tengah2 itu sepupu saye...salam ukhwah fillah buat smua ahli komuniti muslimah

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 7 jam, 18 minit yang lalu
Swarig123: 11 hari yang lalu
aqilahnajihah: 22 hari yang lalu


Petua Berharga
Topik: Panas Baran..


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Petua Berharga
    »» Panas Baran..

Please Mendaftar To Post


Oleh Panas Baran..

husna02
WARGA RASMI
Menyertai: 18.06.2009
Ahli No: 10794
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-11-09 13:13


copy paste untuk share dengan anda semua..
http://masa.shvoong.com/books/short-story-novella/1846122-sifat-panas-baran/

Panas baran @ `kepala angin’ @ `naik hantu’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain.

Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah.
Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.

Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof

Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?

Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.

Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?

Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak.

Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.

Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?

Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.

Apakah yang mendorong sifat panas baran?

Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.

Kesan buruk panas baran?

Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.

Langkah terbaik menangani sifat panas baran?

Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.

Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah?

Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri.

Punca Panas Baran
# Perilaku agresif
# Gejala sosial
# Emosi
# Masalah kewangan/ keluarga
# Ego
# Tekanan perasaan
# Faktor didikan
# Bebanan kerja
# Faktor persekitaran

10 Risiko Individu Panas Baran
# Dipulaukan masyarakat sekeliling
# Jiwa kosong (murung)
# Hilang pekerjaan/jawatan
# Perceraian # Kemalangan
# Pergaduhan
# Kesalahan jenayah
# Melakukan penderaan
# Tekanan perasaan
# Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)

Alkisah panas baran...

Cerita 1:

WASHINGTON: Presiden George W Bush dilaporkan terpaksa mengambil ubat antitekanan yang kuat bagi mengawal tingkah lakunya yang panas baran, masalah kemurungan serta ‘paranoia’ - sejenis gangguan mental yang dialaminya.
Sebuah perkhidmatan media Amerika Syarikat memetik sumber rapat Rumah Putih mendedahkan baru-baru ini, ubat yang diselia pegawai perubatan Bush, Kol Richard J Tubb, sebaliknya boleh menjejaskan keupayaan mental serta kemampuan pemimpin Amerika itu ketika berdepan krisis.

Cerita 2:

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, dia tidak sengaja menceraikan isterinya kerana tidak dapat mengawal perasaan marah selepas dimarahi pegawai atasannya.
Lelaki berusia 42 tahun itu pulang ke rumah selepas dimarahi oleh pegawainya berikutan dia datang lewat.
Dalam keterangannya, dia berkata, pada 4 Januari 2001, kira-kira jam 12 tengah hari, dia melafazkan lafaz cerai yang berbunyi ‘saya ceraikan awak’ kepada isterinya, di rumah mereka.

Senyumlah...
PERCAYA atau tidak dengan senyuman ia mampu meredakan tekanan, sekali gus membantu seseorang yang bermasalah atau dalam keadaan tertekan. Malah, bercakap dan berbual dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut.

Saintis berpendapat, wujud hubungan antara otot pada wajah yang digunakan untuk senyum dan satu kawasan dalam otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf (neurotransmitter) merangsang menenangkan fikiran.

Di samping itu, kajian mendapati individu yang mempunyai daya komunikasi tinggi kurang mengalami tekanan berbanding individu yang kurang kebolehan berkomunikasi.
Dengan mempunyai daya berkomunikasi, anda bukan saja mengurangkan tekanan tetapi juga kekecewaan, kemarahan dan ketidakpuasan diri.
Anda juga harus suka mendengar dan berupaya mendengar serta memahami. Di sini, i-Kon memberikan tips untuk menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah.

# Ikuti latihan dan kegiatan sukan
Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.

# Meningkatkan kekerapan bersenam
Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program antitekanan.

# Ubah gizi (diet) pemakanan
Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambahkan berat badan menambahkan beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda. Merubah gizi yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan.

# Kurangkan minum alkohol
Walaupun ramai berpendapat meminum alkohol adalah cara untuk mengurangkan tekanan, kajian mendapati minum alkohol lebih daripada dua auns setiap hari boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, jiwa kurang stabil seperti panas baran, fungsi sel otak kurang cergas dan akhir sekali paras tekanan meningkat.

# Minum satu cawan kopi
Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.

# Berhenti merokok
Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa beberapa hari saja. Anda dapat berasakan ernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan.

# Berfikiran positif
Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan.
[ Telah diedit oleh: husna02 pada 21-11-09 17:26 ]


Bookmark and Share




  Member Information For husna02Profil   Hantar PM kepada husna02   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-09 14:31


kasihan kalau orang yang gemar baran ni sebab syaiton akan sentiasa dekat dengan mereka. Jadi biasakan baca Bismillah selalu insyaAllah bila syaiton jauh maka kuranglah baran kelak.

Wallahuta'ala a'lam bissawab


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

assiddiq
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.08.2009
Ahli No: 11167
Posting: 25
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-11-09 18:16


Zikrullah ketika Marah

ALLAH berfirman dalam Hadits Qudsi:
"Barangsiapa yang ingat kepadaKU ketika marah,nescata AKU ingat kepadanya ketika AKU marah,dan tidak akan AKU hilangkan rahmatKU sebagaimana orang-orang yang AKU binasakan atau hilangkan rahmatNya."
(HQR Dailami yang bersumberkan dari Anas .a)

Apakah yang kaliang anggap kuat dalam bergelut itu?,para sahabat berkata: "Ialah orang-orang yang tidak dapat di kalahkan org lain dalam pergelutan".
Nabi menerangkan: "(Bukan demikian tetapi) ialah orang yang dapat menahan dirinya di waktu marah".
(H. Ibnu Atsir dalam an-Nihayah)

"Barangsiapa yang dapat menahan marah padahal sanggup melempiaskan kemarahannya,nescaya ALLAH SWT memanggilnya di hadapan khalayak ramai untuk dipersilakan memilih bidadari yang dikehendakinya"
(H. Mu`adz bin Anas .a.)

"Sesungguhnya marah itu berasal dari syaitan dan syaitan diciptakan dari api,dan api hanyalah dapat dipadamkan dengan air. Apabila di antara kalian marah,hendaklah berwuduk."
(H. Ahmad,Abu Daud yang bersumber dari Aisyah al-Aufi)

Menurut Ibnu Abbas ayat:
"Tolaklah dengan caea yang lebih baik."
(Q.S. 23 al-Mu`minun:96)
Bererti: Sabar menahan amrah,memaafkan di saat diganggu. Barangsiapa yang berbuat demikian,akan dilindungi ALLAH dan musuhnya akan ditundukkan.

p/s: Semoga ALLAH memelihara kita dari perbuatan marah yang bukan kerana ALLAH dan dapat bersabar serta suka memaafkan.
Amin ya Rabbal `Alamin.


-----------------
"Dengan Kehendak dan kuasaMu"


Bookmark and Share




  Member Information For assiddiqProfil   Hantar PM kepada assiddiq   Pergi ke assiddiq's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-11-09 08:56


Sedikit pesanan : Kalau perenggan tu disusun dengan lebih kemas akan lebih ramai yang tertarik untuk membaca..


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

husna02
WARGA RASMI
Menyertai: 18.06.2009
Ahli No: 10794
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-11-09 17:33


Terima kasih Hanan kerana sudi komen ..Pada masa tu saya sedang mencari penyelesaian atas masalah yang dihadapi ..tanpa disedari teks nya tak ada perengggan..kalau jawab BM boleh fail! he ..he.. he....


Bookmark and Share




  Member Information For husna02Profil   Hantar PM kepada husna02   Quote dan BalasQuote

assiddiq
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.08.2009
Ahli No: 11167
Posting: 25
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-11-09 22:38


Pesanan tu tuju kat siapa ek? saya ke atau pembuka topik?

rasa nya kalau posting saya tu banyak hadis,dan perenggan dah ada.. saya tak faham pasal ni..

Boleh beri tunjuk ajar? Nak posting perenggan macam mana?


-----------------
"Dengan Kehendak dan kuasaMu"
[ Telah diedit oleh: assiddiq pada 21-11-09 22:40 ]


Bookmark and Share




  Member Information For assiddiqProfil   Hantar PM kepada assiddiq   Pergi ke assiddiq's Website   Quote dan BalasQuote

husna02
WARGA RASMI
Menyertai: 18.06.2009
Ahli No: 10794
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-11-09 04:34


copy paste from Berita harian..harap menjadi iktibar pada semua.

Ahad, 22 November 2009
NASIONAL Suami berang lepas empat tembakan
Oleh Francis Andin
[email protected]

ZAHARI menunjukkan bakakuk yang dirampas daripada seorang lelaki yang melepaskan tembakan ketika bertengkar dengan isterinya di Kampung Luagan, Keningau, kelmarin.



Gagal kawal emosi selepas bertengkar dengan isteri

KENINGAU: Akibat terlalu marah ketika bertengkar dengan isteri, seorang suami melepaskan empat das tembakan secara membabi buta dengan menggunakan senapang buatan sendiri atau 'bakakuk' di rumahnya di Kampung Luagan, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai petani, dipercayai gagal mengawal emosinya, lalu melepaskan tembakan ke arah bumbung rumah.



Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad, berkata isteri lelaki terbabit yang berusia 30 tahun terselamat selepas melarikan diri.

"Siasatan menjumpai empat kelongsong peluru penabur yang dipercayai dilepaskan daripada bakakuk itu. Kesan tembakan dijumpai pada atap zink rumah," katanya di sini semalam.

Polis juga berjaya menahan lelaki terbabit dan menahannya di kebun getah berhampiran rumah berkenaan, petang kelmarin.

Polis yang merampas bakakuk berkenaan menjumpai sebutir peluru hidup jenis `buck shoot' dalam senjata api itu.

Lelaki terbabit ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8(a) kerana kesalahan memiliki senjata api yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Siasatan juga dijalanan mengikut Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960 kerana kesalahan melepaskan tembakan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih satu tahun atau denda RM2000,00 atau kedua-duanya sekali.
[ Telah diedit oleh: husna02 pada 22-11-09 04:40 ]


Bookmark and Share




  Member Information For husna02Profil   Hantar PM kepada husna02   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-11-09 12:50


Pada 21-11-09 22:38 , assiddiq posting:

!!! QUOTE !!!

Pesanan tu tuju kat siapa ek? saya ke atau pembuka topik?

rasa nya kalau posting saya tu banyak hadis,dan perenggan dah ada.. saya tak faham pasal ni..

Boleh beri tunjuk ajar? Nak posting perenggan macam mana?



aiks.... macam marah saja 'bunyiknye' :berfikir: ngeee... :sopan:


saya akui saya memang seorang yang baran. sampaikan baby pun takut Kalau saya dukung. tapi baran sahaja... tak panas.... adalah cara untuk mengawalnya... dan yang utama, elak diri dari berdepan dengan 'provoker'. so far.. pada saya.. provoker ni penakut sebenarnya.. setakat berani berkata & bila duduk dalam kelompok sendiri


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

assiddiq
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.08.2009
Ahli No: 11167
Posting: 25
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-11-09 16:33


Astargfirullah.. Mohon maaf. Tiada sedikit pun prasaan marah. Cuma bertanya. Maybe ayat saya nampak marah kut? Mohon maaf ya. saya masih baru sebab tu saya perlukan tunjuk ajar supaya posting saya senang di baca..

Mohon maaf sekali lagi..


-----------------
"Dengan Kehendak dan kuasaMu"


Bookmark and Share




  Member Information For assiddiqProfil   Hantar PM kepada assiddiq   Pergi ke assiddiq's Website   Quote dan BalasQuote

husna02
WARGA RASMI
Menyertai: 18.06.2009
Ahli No: 10794
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-08-11 13:21


Pada 19-11-09 18:16 , assiddiq posting:

!!! QUOTE !!!

Zikrullah ketika Marah

ALLAH berfirman dalam Hadits Qudsi:
"Barangsiapa yang ingat kepadaKU ketika marah,nescata AKU ingat kepadanya ketika AKU marah,dan tidak akan AKU hilangkan rahmatKU sebagaimana orang-orang yang AKU binasakan atau hilangkan rahmatNya."
(HQR Dailami yang bersumberkan dari Anas .a)

Apakah yang kaliang anggap kuat dalam bergelut itu?,para sahabat berkata: "Ialah orang-orang yang tidak dapat di kalahkan org lain dalam pergelutan".
Nabi menerangkan: "(Bukan demikian tetapi) ialah orang yang dapat menahan dirinya di waktu marah".
(H. Ibnu Atsir dalam an-Nihayah)

"Barangsiapa yang dapat menahan marah padahal sanggup melempiaskan kemarahannya,nescaya ALLAH SWT memanggilnya di hadapan khalayak ramai untuk dipersilakan memilih bidadari yang dikehendakinya"
(H. Mu`adz bin Anas .a.)

"Sesungguhnya marah itu berasal dari syaitan dan syaitan diciptakan dari api,dan api hanyalah dapat dipadamkan dengan air. Apabila di antara kalian marah,hendaklah berwuduk."
(H. Ahmad,Abu Daud yang bersumber dari Aisyah al-Aufi)

Menurut Ibnu Abbas ayat:
"Tolaklah dengan caea yang lebih baik."
(Q.S. 23 al-Mu`minun:96)
Bererti: Sabar menahan amrah,memaafkan di saat diganggu. Barangsiapa yang berbuat demikian,akan dilindungi ALLAH dan musuhnya akan ditundukkan.

p/s: Semoga ALLAH memelihara kita dari perbuatan marah yang bukan kerana ALLAH dan dapat bersabar serta suka memaafkan.
Amin ya Rabbal `Alamin.




-----------------
Milford Sound in New Zealand


Bookmark and Share




  Member Information For husna02Profil   Hantar PM kepada husna02   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.073874 saat. Lajunya....