Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 16
Ahli: 0
Jumlah: 16




  Dari Galeri
maser kat matrik dulu..ok x gamba ni? ade ke -saper-ntah- ckp sayer tgh

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 33 minit yang lalu


Bersama Ummi
Topik: salam


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bersama Ummi
    »» salam

Please Mendaftar To Post


Oleh salam

ujee
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 18.08.2009
Ahli No: 11199
Posting: 77
Dari: kuantan

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-11-09 15:31


salam ummi..ujee nak tanya ummi, ujee ada seorang opismate yang masih bujang, kalau ada masalah dia salu bercerita dengan ujee terutama tentang masalah dia dan kawan laki dia, yang terbaru dia cerita kat ujee,teman dia tu ramai kawan perempuan kat belakang, smpaikan sekarang teman dia macam dah renggang dengan dia, jadi dia pagi jumpa seseorang yang boleh mengubat yang di panggil pak mat.

tujuan dia pagi jumpa pak mat tu cuma untuk minta hati teman dia agar tak lupakan dia dan tetap dengan dia walaupun teman dia ramai kawan perempuan. jadi menurut cerita dia, pak mat tu cuma bagi air minuman dan minta dia sedikit mandi, itu saja.

jadi ujee nak tanya ummi, bagus ke buat benda-benda macam tu?tak syirik ke kalau minta pertolongan macam tu yang bukan hanya minta pertolongan dengan Allh SWT saja ATAU pun apa yang member lakukan tu hanya dikira sebagai usaha disamping minta doa pada yang esa..?macam mana tu ummi?


Bookmark and Share




  Member Information For ujeeProfil   Hantar PM kepada ujee   Pergi ke ujee's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-11-09 16:39


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan kerana sudi berkongsi masalah dengan umi. Umi harap anakanda dapat mengambil iktibar berkaitan masalah anakanda dengan apa yang umi paparkan.

Jampi Perangai
Disiarkan pada Feb 15, 2009 dalam kategori Akidah |
Soalan: Ibu saya ada mengambil air jampi dari seorang ustaz untuk diminum oleh ayah yang mempunyai perangai yang buruk. Ustaz itu menyuruh dicampurkan air tersebut dalam minuman ayah tanpa disedarinya. Apakah hal ini diajar oleh Islam?


Jawapan: Tidak dinafikan baginda Nabi s.a.w pernah menjampi penyakit seperti mana baginda juga berubat dengan bahan-bahan perubatan yang lain. Ini disebut dalam hadis-hadis yang sahih.

Namun dakwaan bahawa dengan air atau kismis atau apa bahan-bahan jampi orang yang tidak pintar pun boleh dipintarkan, suami atau anak yang tidak baik perangainya boleh dipulihkan, ini sudah luar biasa lagi mengatasi Nabi s.a.w. sendiri.

Baginda tidak menjampi kaum Quraish agar beriman, bahkan bapa saudaranya yang dekat dan dikasihi iaitu Abu Talib pun meninggal dalam keadaan kufur tanpa dijampinya. Kalau dengan menjampi manusia boleh berubah sikap, pasti Nabi s.a.w akan menjampi telaga zam-zam kerana itu sumber air Quraish ketika itu. Pasti Quraish akan berubah apabila terminum.

Hal ini tidak berlaku dalam sirah baginda. Kalau benar ada orang boleh menjampi sehingga mengubah sikap manusia kepada baik, atau mencerdikkan manusia maka eloklah kita mengupahnya menjampi empangan-empangan air di negara ini agar semua rakyat menjadi baik dan cerdik.

Ketahuilah sesungguhnya jalan untuk manusia mendapat hidayah adalah dakwah yang benar, keikhlasan hati penerimanya dan keizinan Allah s.w.t.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 256-257(maksudnya): “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya (iman). dan orang-orang yang engkar, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan-kegelapan. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=23

Wallahuta'ala a'lam bissawab


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.047992 saat. Lajunya....