Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-06-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sesiapa yang tidak pernah melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan adalah orang yang tidak pernah mencuba sesuatu yang baru

-- Albert Einstien

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: rainersmith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13712

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Dari Galeri
Sebahagian muslimah di JK Aidilfitri 1424H anjuran bersama Komuniti Ukhwah

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 17 jam, 51 minit yang lalu
rainersmith: 4 hari yang lalu
Swarig123: 23 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Mencapai A adalah bagus tetapi usah taksub dengan A


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Mencapai A adalah bagus tetapi usah taksub dengan A

Please Mendaftar To Post


Oleh Mencapai A adalah bagus tetapi usah taksub dengan A

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 17:54


NUR AMALINA CHE BAKRI - 17 A1 SPM 2005 (SMK ULU TIRAM, JOHOR)

NADIAH AMIRAH JAMIL - 14 A1, 4 A2, 3 B3 SPM 2006 (SMK TUN SARDON RENGIT, JOHOR)

AZALI AZLAN - 20 A1, 1 A2 SPM 2007 (SMKA YAN, KEDAH)

NIK NUR MADIHAH NIK MOHD KAMAL - 19 A1, 1 A2 SPM 2008 (sama MAAHAD MUHAMMADI (P) KOTA BHARU, KELANTAN)


Di atas adalah empat orang anak Melayu Islam yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM mereka.

Nur Amalina telah memecah rekod SPM Malaysia pada tahun 2005. Tetapi menurut satu sumber dengan berbekalkan biasiswa Bank Negara beliau telah dikatakan gagal tahun kedua bidang perubatan di England. Semoga beliau dapat bangkit kembali dan terus cemerlang semula.

Dan Nadiah Amirah Jamil pula telah digembar gemburkan mendapat 19 A1 sebelum keputusan keluar walau mengambil 21 kertas dalam SPM. Namun beliau telah menjadi bualan ekoran pendedahan di media sebelum keputusan keluar lagi. Tetapi bila keputusan sebenar keluar beliau hanya mendapat 14 A1 namun beliau tetap bersyukur dan meneruskan pengajiannya.

Azali Azlan pula percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu.

Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
``Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM, saya menghadapi dugaan dan cabaran.

``Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah itu yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.

Nik Nur Madihah seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Bagi beliau, kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang meraih kejayaan. Malah kemiskinan, kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan kedua ibu bapanya.

Beliau adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Ayah dan ibu beliau bukannya orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayahnya pula bekerja sebagai nelayan.

Kita doakan agar ramai lagi anak Melayu Islam yang mencapai kejayaan cemerlang seperti mereka.

Allahumma Ameen.

http://groups.yahoo.com/group/anak_ummi/message/1932


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-10-09 16:17


salamun alaik..

ana setuju dengan artikel ummimq..org selalu pandang pada bilangan A..tapi tak pandang pada kualiti A 2..
abang ana selalu nasihat kat adik-adik yang jangan dikejar banyak A atau pointer yang bagus..yang penting kita belajar demi ilmu..malah ramai yang pointer bagus di universiti atau pelajar cemerlang di sekolah dulu tak mampu kekalkn kecemerlangan di alam kerjaya..sebab mereka belajar demi nak dapat cmerlang dalam pelajaran saja..dalam alam kerjaya lain..perlukan skil..lagi satu untuk apa dapat banyak-banyak A kalau tujuan utama hnyalah nak bngga2 diri..kan da riak..bhayanya..


Bookmark and Share




  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Quote dan BalasQuote

imni_1612
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 19.03.2009
Ahli No: 10129
Posting: 31
Dari: sabak bernam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-10-09 14:41


setuju dengn ukhti nurzatul..terima kasih ummimq diatas info..wah banyak iktibar yang kita boleh ambil dari cerita diatas..

sekadar berkongsi..saya dahulu adalah pelajr yang dikategorikan sebagai pelajar cemerlang semasa di sekolah rendah..dan berkat kejayaan dalam UPSR saya telah ditawarkan ke sekolah berasrama penuh yang terbaik di negeri saya..namun..mungkin kerana leka..saya telah gagal 'mengilap' kecemerlangan saya di peringkat menengah..dan ini menyebabkan saya rasa sangat frust..walaupn ditawarkan ke ipta..namun saya kecewa kerana gagal memberi yang terbaik untuk mak dan ayah saya..

semasa di ipta..saya berusaha bersungguh-sungguh dan pengalaman lalu menjadi iktibar buat saya..alhamdulilah..saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma dengan keputusan yang memberangsangkan..

benar kata ukhti nurzatul..A banyak-banyak tak guna kerana di alam pekerjaan selain keputusan kita, kemahiran juga penting terutama kemahiran berkomunikasi..walaubagaimanapun..saya akan cuba membuat yang terbaik untuk diri saya.


-----------------
man jadda wa jada



Bookmark and Share




  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

hanku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 27.01.2009
Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras

malaysia  


posticon Posting pada: 26-10-09 18:41


hurmm

A tak A xpenting...org banyak A pun kadang boleh jadi tumbang hidup dia...bagi saya tu cuma ukuran akademik belum tentu dia boleh jadi cemerlang...walaupun itu memang perlu untuk mendapatkan kedudukan terbaik lam pekerjaan...yang penting lengkapkan diri dengan ilmu.amal yang baik dan sikap yang terpuji...gagal lam pelajaran bukan segala semua benda...kita masih boleh perbaiki...bab satu prinsip ni SELAGI KITA MASIH HIDUP,SELAGI TU KITA MASIH ADA MASA DEPAN.


Bookmark and Share




  Member Information For hankuProfil   Hantar PM kepada hanku   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.05601 saat. Lajunya....