Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-01-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya tidak mengukur kejayaan seseorang berdasarkan berapa tinggi yang dia boleh panjat, tetapi berdasarkan berapa tinggi dia boleh melantun semula selepas jatuh

-- Tokoh Pemimpin

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Waldor263
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13708

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Dari Galeri
salam ukhuwwah dr bumi UK .. ana bertudung hitam. =) * org tak habis solat lagi kami dah makan biskut *

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 2 hari yang lalu
Waldor263: 8 hari yang lalu
CrazyWood69: 22 hari yang lalu
Swarig123: 26 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Utamakan Solat melahirkan zuriat yang soleh /solehah InsyaAllah


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Utamakan Solat melahirkan zuriat yang soleh /solehah InsyaAllah

Please Mendaftar To Post


Oleh Utamakan Solat melahirkan zuriat yang soleh /solehah InsyaAllah

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-08-09 09:11


Setiap ibu bapa Islam mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah. Untuk impian menjadi kenyataan maka IBADAH SEMBAHYANG (SOLAT) perlu terlebih dulu diterapkan dalam diri kanak-kanak sebelum mereka meningkat ke alam remaja seterusnya dewasa.

BAGI IBU BAPA, ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH UMPAMA HARTA BAGI MEREKA TERUTAMA APABILA MEREKA TELAH MENINGGAL DUNIA.

Ini bersesuaian dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila matinya anak Adam maka putuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan DOA ANAK YANG SOLEH.”

Seorang kanak-kanak walau belum baligh (kanak-kanak lelaki baligh bila bermimpi keluar mani dan bagi perempuan apabila datang haidh) menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga mereka untuk mendidik, mengajar dan melatih mereka untuk mendirikan solat.

“Wahai orang-orang beriman, peliharalah diri serta ahli keluarga kamu daripada api neraka, di mana bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu.”(mafhum at-Tahrim:6)

“Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat pada ketika usia mereka 7 tahun, jika mereka masih belum melaksanakannya pada usia 10 tahun, maka pukullah mereka.” (hari Imam Ahmad dan Abu Daud)

“Sesungguhnya perkara pertama yang akan di hisab bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah SOLATNYA, jika solatnya baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung …”(hari al-Tarmizi disahihkan oleh Ibn Hajar al-Asqolani dan al-Albani)

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam.” (mafhum al-An’aam 6:162).

“…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) yang keji dan mungkar …” (mafhum Surah al-Ankabut, 29:45).

“Barangsiapa yang Allah menginginkan agar dia mendapat kebaikan nescaya Dia akan mendorongnya supaya mendalami selok belok agama.” (mafhum Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ingatlah bahawa syaiton sentiasa berusaha untuk merosakkan ibadah kita. Hanya orang yang mempunyai ilmu saja yang dapat melawan was-was dan gangguan syaiton. Dan inilah rahsianya mengapa seorang faqih (orang yang memahami selok belok agama) lebih ditakuti oleh syaiton.

“Seorang faqih (berilmu agama) adalah lebih digeruni (ditakuti) oleh syaiton daripada seribu orang abid (ahli ibadah).” (mafhum Hadith Riwayat At Tarmizi dan Ibn Majah)

“Wahai sekelian orang-orang yang beriman, Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (mafhum Surah al-Baqarah 2:153).

Wallahuta’ala a’lam bissawab.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 25-08-09 18:03


Solat 2 penting... walau apoa pun keadannya... tak boleh diri, duduk... tak boleh duduk, baring... dengan pergerakkan mata jika anggota badan tak dapat bergerak..

Tak boleh berwudhu', tayammum jalan penyelesaiannya...

Allah akan permudah kan amal ibadat kita, kalau tak mampu.. agama kita, mudah di amalkan..

untuk mendapatkan keturunan yang baik, jaga solat, jaga ibadah... wallahu a'lam


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita


Bookmark and Share




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055525 saat. Lajunya....