Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-07-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Iman dan Islam tidak dapat dipisahkan dari diri seseorang sepertimana setianya warna merah pada darah dan rasa enak pada buah-buahan...
--
Jijah

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
time raya 2004....

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 1 hari, 20 jam, 58 minit yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: MAKAN HATI BILA SUAMI NIKAH LAIN


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» MAKAN HATI BILA SUAMI NIKAH LAIN

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Oleh MAKAN HATI BILA SUAMI NIKAH LAIN

ainzulaika
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.03.2009
Ahli No: 10054
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-08-09 12:24


Assalamualaikum semua sahabat muslimah,lama saya tak masuk ke sini. sebelum ini saya ada masalah suami nak berpoligami..tetapi rupanya dalam diam suami saya telah pun nikah dengan indon secara sendikit januari 2009.saya baru tahu sebulan yang lalu bila suami sayabberterus terang yang dia dah nikah, itu pun setelah saya desak dia untuk tinggalkan indon 2. saya rasa bagai duania ini gelap buat saya...pada mulanya dia janji nak tinggalkan, tapi suami berubah hati pulak bila indon tu datang cari suami saya kat rumah kami.dan ugut suami saya macam-macam.Pada asalnya suami saya tak nak bagi tahu saya,katanya tak nak meyakiti hati saya...tapi akhirnya dia berterus terang jugak.sebelum saya tahu yang mereka dah nikah suami saya selalu balik lewat malam,kadang-kadang pagi pukul [email protected] 4 pagi .Alasan ye kerja lebih masa dan jumpa kawan-kawan .saya jenis yang percayakan suami sepenuhnya.tak pulak rasa syak wasangka dengan suami.tapi yang saya sedih Kenapa suami buat saya macam ini..dari apa yang suami saya cerita kat saya,dia nikah kat rumah kongsi ,indon tu janda 39thn.masalah sekarang pernikahan mereka tak ada surat nikah @apa-apa bukti pernikahan mereka.saya pun tak tahu [email protected] tidak pernikahan mereka.sebab suami pernah cakap dengan kakak ipar saya ,dia pun was-was dengan pernikahan ini.suami pulak macam lebih kepada indon 2.pada asal ye saya redha sajalah,tapi bila suami saya macam berat sebelah dari segi nafkah duit dan waktu bermlm, saya geram pulak ,dan indon 2 selalu kacau saya dengan sms yang meyakitkan hati saya.con: dia pernah ugut saya yang suami saya akan ceraikan saya dan macam-macam lagi indon tu hantar sms kat saya...timbul dihati saya yang indon berniat tak baik kepada saya dan suam.dia seolah-olah nak melaga2kan saya dengan suami saya.suami saya macam jaga sangat hati indon tu dr.hati dan perasan saya dan anak-anak.waktu mlm banyak dihabiskan di rumah indon tu..seminggu 2 -3mlm dirumah saya.selebihnya dan hujung minggu di rumah indon 2.Indon tu seolah-olah nak ambik suami saya seorang dan nak saya kecewa.pergaulan saya ,anak dan suami pun kurang.suami pulak bila ada kat rumah asyik cerita indon tu pandai masak,sembayang, rajin berkemas dan sbagainya.sedangkan selama 11 tahun kami kawin ,saya yang urusan rumahtangga kami,tanpa bantuan suami.sebab suami saya tak ringan tulang nak tolong saya buat kerja rumah.saya kadang-kadang terpikir lebih baik hidup sendiri dari makan hati..tapi bila fikir balik, macam mana hidup saya kalau tak suami disisi....saya tak tahu apa yang perku saya buat sekarang...saya rasa jadi isteri "pertama" lagi terseksa dari menjadi madu...harap teman-teman,sahabat bantu saya..apa perlu saya buat. :-(


-----------------
assalamualaikum semua, apa khabar wangsa muslimah


Bookmark and Share




  Member Information For ainzulaikaProfil   Hantar PM kepada ainzulaika   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-08-09 00:52


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah kerana sudi berkongsi masalah di sini. Wahai anakanda cubalah mulakan dengan beristikhorah mohon petunjuk dari Allah apa sebenarnya yang berlaku terhadap suami itu. Umi ada rasa seperti suami anakanda telah disihir (wallahuta'ala a'lam bissawab).

Jadi selain istikhorah teruskan berdoa dengan solat taubat dan juga lakukan solat-solat sunat tahajud dan dhuha selain yang wajib.

Pastikan bila suami ada di rumah anakanda hendaklah layannya seperti biasa dan usah disebut pasal isteri keduanya. Kalau suami nak sebut ajaklah cerita lain secara hikmah. Usah bermasam muka dan pastikan bila suami keluar dari rumah anakanda doakan dia dan senyumlah agar suami turut tersenyum. Didik anak-anak menghormati bapa mereka ya.

Perlu banyak bersabar dan usah dibalas sms dari isteri kedua tu ya. Jadilah seorang isteri yang banyak bersabar kerana bayangkan bagaimana sabarnya Asiah bersuamikan Firaun tu.

InsyaAllah orang yang sabar dan solat ada pertolongan dari Nya. yakinlah ya. Meredhai dan banyak tabah senjata bagi seorang wanita yang dipoligamikan.

Wallahuta'ala a'lam bissawab


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

AnaSolehah
WARGA RASMI
Menyertai: 10.08.2009
Ahli No: 11129
Posting: 15
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-08-09 15:25


Salam.. Sebagai seorang yang masih dalam proses mgenal kehidupan, saya hanya boleh mengatakan banyakkan bersabar dan terus merapatkan diri dengan Allah.. Insyaallah, ini adalah ubat paling mujarab.. Saya katakan sedemikian kerana saya melihat sendiri penderitaan ibu saya sebagai mana yang puan alami.. Kisah hidup puan memang sebiji macam khdupan yang pernah kami alami.. Sebagaimana puan, ayah saya juga berkahwin dengan seorang perempuan indon tanpa pngetahuan ibu saya.. Saya masih ingat lagi bagaimana reaksi ibu saya pada mlm ayah berterus terang pada ibu saya... Saya juga masih ingat bagaimana berubahnya ibu saya dr seorang yang ceria kepada seorang yang muram.. Susut badannya dan cengkung wajahnya mengenangkan kesetiannya pada suaminya di balas sedemikian rupa.. Sepertimana kisah puan, indon itu juga ingin memiliki ayah saya seorang diri.. dia juga kerap mgganggu ibu saya dengan mghantar plbagai caci maki hingga ibu saya trpaksa mnukar no tlfnnya bbrapa kali.. tidak cakap dengan itu, dia minggu ayah saya apabila tiba giliran ayah saya untuk bermlm dirumah kami, sedangkan ibu saya tidak pernah mgggu ayah apabila ayah bermlm di rumah indon trsbut... Kalau nak diceritakan betapa seksanya ibu saya menanggung ujian Allah itu padanya, memang tak habis... Pljran saya juga turut trjejas kerana ujian Allah itu berlaku pada tahun saya mnduduki SPM.. Dan akhirnya, memang result saya agak teruk kerana tertekan dengan situasi ini... Saya sendiri melihat, bagaimana tabah dan redhanya ibu saya mghadapi ujian Allah ini.. mungkin, berkat namanya yang bermaksud "Hamba yang meredhai", mnjadikan ibu saya kuat mghadapi ujian tersebut... Saya lihat sendiri, bagaimana ibu sentiasa menangis di hadapan Allah kala kami adik beradik sedang nyenyak tidur.. Dalam pekat malam, beliau mguncikan dirinya dalam bilik dan mengadu pada Allah agar diberi jalan penyelesaian.. Solat2 sunat, zikir, memang tak lekang dari dirinya... Ibu saya sentiasa positif dan tak mengeluh.. Dia sering katakan pada kami, mungkin Allah mengujinya supaya dosa2nya diampunkan.. mungkin kerana dirinya alpa pada Allah selama ini.. Sedangkan kami anaknya2 nya melihat beliau sebagai role model kami.. Kami anak2nya sangat-sangat bersyukur dan brbagga di kurniakan seorang ibu yang cukup perfect bagi kami (wlwpun no boby perfect)..bagi kami, tiada apa yang kurang pada ibu.. seorang lulusan university, seorang yang berkerjaya, seorang hmba yang begitu taat pada perintah Allah, perintah suami, pandai masak, sangat-sangat myayangi anak2nya dan macam-macam lagi kelebihan ibu yang tak dapat saya ungkapkan.. tapi, sayangnya ayah tak mhgargai permata seperti ibu.. dia lebih memilih kaca dr permata... boleh katakan, ramai ustaz2 yang kami jumpa mgatakan ayah saya memang dah disihir oleh perempuan indon tu, sampai dah teruk sangat.. Ibu saya dah puas ikhtiar macam-macam untuk sembuhkan ayah saya, tapi nampaknya ayah makan teruk.. Dan akhirya, lepas buat isthiharah, ibu buat kptusan untuk minta fasakh sebab dia memang dah tak sanggup lagi hidup digantung tak bertali sebab ayah saya sampai 6 bulan tak balik rumah.. Lepas ibu yakin keputusan itu datang dr Allah, dan ibu kata pada kami, mungkin sampai ini saja jodoh dia dengan ayah kami, jadi dia betul-betul buat keputusan untuk minta fasakh... Akhirnya, pada awal tahun ini, ibu dan ayah berpisah melalui keputusan mhkamh... Dan sekarang ini, saya lihat, ibu semakin ceria.. Tidur mlmnya kian nyenyak dan mknnya kian berselera, tak seperti ketika beliau mgharungi ujian Allah trsebut.. Semakin sibuk dengan bisnessnye yang baru dismping bertugas sebagai guru disbuah sekolah mngh.. Juga kian bahagia dengan seseorang yang mgmbil berat dirinya.. Dan kini, ibu semakin cekal mnmpuhi hidupnya sebagai seorang ibu tunggal dalam usaha mmbsrkan kami adik-beradik... Nasihat saya pada puan, rapatkan diri dengan Allah dismping berusaha untuk membimbing kembali suami puan pada puan.. Sentiasa dapatkan sokongan moral dari keluarga, rakan-rakan dan anak-anak puan.. Dan seperti kata-kata ibu, mungkin ujian ini Allah beri untuk mgmpunkan dosa2 puan, meninggikan darjat puan.. Insyaallah, langit tidak sentiasa akan mendung dan matahari akan menyinar kembali untuk menerangi alam.. Wassalam..



Bookmark and Share




  Member Information For AnaSolehahProfil   Hantar PM kepada AnaSolehah   Quote dan BalasQuote

marsyalaila
WARGA RASMI
Menyertai: 05.11.2003
Ahli No: 2773
Posting: 18
Dari: rumah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-08-09 15:27


assalamualaikum..saya setuju dengan ummi..

tapi sekiranya perkahwinan tersebut ada unsur2 yang meragukan, saya rasa akak kena nasihatkan pada suami atau minta orang yang dia hormat untuk menasihati supaya merujuk kepada pihak jabatan agama..dibimbangi sekiranya perkahwinan tersebut tidak sah maka berlakulah hubungan zina di antara suami akak dan wanita yang 'rajin sembahyang' itu..

dan akak ain, saya rasa perlu perbanyakkan bersabar, doakan suami berada dijalan yang benar, dapat berlaku adil dan dijauhi perbuatan sihir terhadap keluarga akak.

semoga akak akan bertemu sinar bahagia..

wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For marsyalailaProfil   Hantar PM kepada marsyalaila   Quote dan BalasQuote

ainzulaika
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.03.2009
Ahli No: 10054
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-08-09 10:39


terima kasih anasolehah. ibu ana memang tabah.tapi saya tak sekuat ibu ana.walaupun saya ada kerja tetap,tapi pendptan saya tak mampu lagi untuk menyara keluraga saya kalau saya tak bergantung dengan dia.untuk menjadi ibu tunggal saya belum bersedia untuk menerima status itu.lebih-lebih lagi anak-anak masih kecil lagi.mereka rapat dengan ayah nya.tapi anak saya dah tahu ayah ye ada perempuan lain.semalam suami saya bagi tahu yang dia nak pagi indonesia untuk nikah semula di sana .sebab perempuan itu dah hamil.dan pernikahan mereka tak ada surat apa-apa,jadi baby tu nak register macamana...suami saya suruh saya sain borang poligami untuk mereka nikah semula disini.tapi saya tak akan sain borang tersebut,..kejam ke saya ini...


-----------------
assalamualaikum semua, apa khabar wangsa muslimah


Bookmark and Share




  Member Information For ainzulaikaProfil   Hantar PM kepada ainzulaika   Quote dan BalasQuote

marsyalaila
WARGA RASMI
Menyertai: 05.11.2003
Ahli No: 2773
Posting: 18
Dari: rumah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-08-09 11:11


assalamualaikum..

saya sekadar memberi pendapat untuk kak ain..

akak sain atau tak surat tersebut, suami akak saya rasa akan tetap pergi kepada wanita tersebut, apatah lagi dia telah hamil. sebaiknya saya cadangkan, akak buat satu perjanjian bertulis bersaksikan seorang yang adil contohnya pegawai kaunseling pejabat agama, atau mana-mana peguam, atau sesiapa sahaja yang mudah untuk akak jumpa.. dalam perjanjian tersebut akak minta lah dia bertanggungjawab terhadap akak dan anak-anak atau apa-apa tuntutan yang sewajarnya..

dan selepastu saya rasa adalah lebih baik akak memberi kebenaran sebab ia bersangkut juga dengan soal halal dan haram di antara suami akak dan wanita tersebut.. anggaplah ia satu kebajikan yang akak buat walaupun saya tahu sangat pahit untuk akak telan..

dengan cara ni saya rasa akan membuatkan dia akan rasa terikat secara fizikal (sekurang2nya) dengan keluarga akak, walaupun ikatan hati makin berkurang..

soal hati dan perasaan, sebaiknya akak serahkan pada Allah dengan doa dan tawakal.. cuma soal kebajikan akak dan anak-anak yang perlu akak bincangkan dan uruskan dengan sebaiknya...

sekadar cadangan daripada saya..semoga akak tabah demi anak-anak akak.


Bookmark and Share




  Member Information For marsyalailaProfil   Hantar PM kepada marsyalaila   Quote dan BalasQuote

alkausar
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2003
Ahli No: 2517
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-08-09 08:48


assalamu`alaikum

tak salah saya, walaupun puan tidak memberi kebenaran berpoligami, suami puan masih boleh mengesahkan oernikahan dia di mahkamah syariah, dengan hanya dikenakan denda. persetujuan puan, hanya supaya tidak timbul isu lain dari segi prosedur mahkamah.

saya sebenarnya cenderung kepada pendapat anasolehah. yelah, perkahwinan perlu membahagiakan kedua-dua pihak.


Bookmark and Share




  Member Information For alkausarProfil   Hantar PM kepada alkausar   Quote dan BalasQuote

AnaSolehah
WARGA RASMI
Menyertai: 10.08.2009
Ahli No: 11129
Posting: 15
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-08-09 17:07


Assalamualaikum.Akak ni sebenarnya ibu kepada anasolehah.Dia yang bagi tau akak masalah puan yang hampir sama dengan apa yang akak alami selama dua tahun lepas.
akak tak nak cerita apa yang suami akak buat kat akak sebab itu semua dah blalu.akak cuma nak kongsi cerita bagaimana akak lalui saat2 duka macam tu dan membina kekuatan diri demi anak-anak, aset kita yang lebih bhrga dr suami yang tak tahu menilai kisah sayang kita padanya.lepas dapat tau suami dah nikah dengan indon janda tu akak murung dan mndptkn rwtn pkr psikitri slma 2 minggu.selepas itu akak cuba bangkit dr kemurungan ni .prkr prtm yang akak buat ialh muhasabh diri dan dekatkn diri dengan Allah.akak ubati kedukaan akak dengan mbnykkn mmbc alquran dan bangun mlm solat hajat serta istikharah mohon petunjuk dr Allah apa patut akak buat.akak memang bingung nak terus hidup sebagai isteri dia atau hidup seorang diri.dalam masa yang sama akak jlni hidup dengan penuh derita sebab dia tidak adil lebihkan indon tu saja.tapi bila dia balik rumah akak tak marah dia dan buat macam biasa walaupun ht sakit,cemburu,geram dan macam-macam lagi.Selama 5 bulan akak bersabar dan melakukn ikhtiar yang sama hinggalah satu hari akak rasa dah dapat petunjuk dr Allah.akak ambil keputusan minta cerai dengan dia tapi dia tak nak ceraikan akak.akak pergi jumpa lawyer dan buat tuntutan fasakh .Dia tak pernah datang ke mhkmh .Akkbicara sebelah pihak sahaja dan akhirnya dengan kos 4.500 akak dapat mbebaskan diri akak dr derita yang berpnjgn ni.
Selama setahun menunggu prosiding mhkmh akak ada kalanya menangis sendirian rindukan dia tapi dia tak pedulikan akak dan anak-anak.kami ditinggal tanpa nafkah,kena bayar hutang dan dalam ketakutan dikejar dek along.Hanya pada Allah akak mohon kekuatn di smping sokongan moral kawan-kawan.akak juga banyak mbaca buku seperti lah Tahzan untuk mhilgkn rasa dukacita.Alhmdllh kini hidup akak bhgia di smping anak-anak dan sedikit sebanyak akak dah dapat mlupakn dia yang menjadi duri dalam dging hidup akak.
Satu pkr yang perlu kita sedari ialah suami adalah pinjmn Allah pada kita.sampai masa Dia ambil dan beri pada org lain.Kita redalh dengan apa yang terjadi sebab semuanya trjd dengan izinNya jua.Ada hikmah di sebaliknya.
jangan sedih sebab hilg ksih sayang suami.Carilah kasih sayang Alllah sebab bila Allah sayangkan kita Dia akan beri segala yang terbaik buat kita.Mudh2an Dia jumpakn kita dengan org yang lebih baik .
Puan fikirlh sedalam2nya.Puan hanya ada dua pilihan nak truskn hidup dengannya atau nak berpisah.Kalau puan pilih nak terus hidup dengannya puan kena belajar mjalani hidup bmadu dan bincg dengan suami baik-baik untuk memastikan keadilan dan kebajikan puan dan anak-anak terjaga.Kalau puan pilih untuk berpisah puan perlu bsedia dr segi mental dan fizikal untuk hidup sebagai ibu tunggal.Puan mohonlh petunjuk dr Allah.org keliling hanya beri nasihat kita yang buat keputusan.Apa yang pasti aturan Allah itu dah cukup cantik dan baik untuk hmbaNya. :-)
[ Telah diedit oleh: AnaSolehah pada 12-08-09 17:17 ]


Bookmark and Share




  Member Information For AnaSolehahProfil   Hantar PM kepada AnaSolehah   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-08-09 20:01


salam

saya kui kes ni berat. dan saya juga akui pernah berPM dengan ain perihal hal ini untuk topik terdahulu.

untuk isteri2...berat untuk saya nyatakan. apa cara sekalipun, usahla meminta cerai. terutama hal-hal yang berkaitan dengan wanita 'seberang' ini. akui, saya juga punya susur galur keluarga asal 'orang sana' yang memang rapat hingga kini. dan saya agak faham 'peel' mereka. jadi, kuat kan hati, pertahankan apa yang ada dalam tangan anda. jangan mudah mengalah untuk 'mereka mereka' yang hanya mempergunakan kita(ahli keluarga lelaki/suami) untuk mendapatkan hak kerakyatan di sini.jika tidak, mereka akan mencari orang2 mereka yang telah memang lama bermastautin/memang rakyat malaysia sebelum merdeka untuk mencapai hajat seperti ini.saya juga akui ini yang berlaku pada org gaji saya & nyaris berlaku pada pakcik saya dahulu('mereka' mengaturkan perkahwinan untuk seorang perempuan yang baru tiba dari bot hanyut tapi sempat disergah oleh makcik saya yang memang garang

ye benar memang itu perangai mereka(walau tak semua). mengugut kita, memperlekeh itu dan ini seolah-olah kita ni tak sebagus 'mereka'. serangan psikologi berterusan ini memang satu senjata kuat untuk kita supaya mengalah. dan mereka akan dapat apa yang mereka nak.

jika tidak mampu untuk berkeras seorang diri, minta pertolongan keluarga pihak suami & pihak kita dalam kes kes ini. insya allah mereka akan bantu. lebih-lebih jika kita memang tak ada masalah dengan suami & keluarga.

kesusahan kehidupan di sana menyebabkan mereka bertindak untuk mencari 'tempat bergantung' di sini. setelah itu yang mereka dapat, mereka akan merasa puas.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

ainzulaika
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.03.2009
Ahli No: 10054
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-08-09 15:38


salam,
tkasih atas nasihat teman muslimah,buat ibu ana solehah,akak memang seorang tabah.saya kagum dengan akak anasoleh.saya tak sekuat macam akak.untuk menghadapi dugaan ini.saya lebih banyak bersabar saja.saya pun tak tahu samapai bila kesabaran ini boleh bertahan.buat nur_kamar saya pun ada susur galur orag jawa.moyang saya asal usulnya dari seberang juga.tapi tak lah macam indon yang datang ke negara kita sekarang.sebulan yang lepas kami ada buat kauseling kat JAIS.kauseling nasihatkan suami saya tinggalkan indon 2 sebab pernikahan mereka tidak sah.begitu juga suami saya dah jumpa kadi di JAIS.Kadi pun nasihatka begitu.sebab pernikahan suami saya tak ada surat hitam putih yang menjadi bukti mereka suami-isteri.mereka nikah pun di rumah kongsi yang dinikahkan oleh iman yang dikalangan indon juga.tapi suami saya tak nak tinggalkan indon 2.sekarang indon tu dah pregnat 2 bulan.baru-baru ini suami saya suruh saya sain borang poligami untuk mereka nikah semula disini.dan untuk register babay tu bila lahir.tapi saya dah nekad yang saya tak akan sain apa 2 borang poligami.bila saya tak nak berkerjasa dengan mereka suami marahkan saya ,katanya saya bersubahat berdosa biarka mereka berdua berzina.dalam hal ini kenapa baru sekarang saya dipersalahkan? dulu masa mereka nak nikah tak fikir apa yang akan berlaku sekarang ini.berdosa ke saya ini tak berkerjasama dengan suami. patut ke saya setuju untuk sain borang poligami dan izin kan mereka bernikah semula?.sedangkan sekarang bila mereka dah buat saya macam-macam abaikan tanggungjawab nafkah zahir,anak-anak dan keluarga.nanti bila dah betul-betul sah di sisi agama dan undang-undang Malaysia lagi besar kepala indon 2.suami saya bila pagi rumah indon berhari2 tu dia akan tutup handphone.dan setiap panggilan @sms yang saya buat semuanya tidak di layan.giliran bermalam pun ikut suka suami saya .kadang 1 dengan saya 6 hari dengan indon.saya asyik makan hati saja dengan peragai suami.baru-baru ini saya dah buat report kat JAIS ,biar mereka kena tangkap.biar undang-undang negara pulak buat keputusan.saya hanya mampu berdoa dan berharap dengan ALLAH.


-----------------
assalamualaikum semua, apa khabar wangsa muslimah


Bookmark and Share




  Member Information For ainzulaikaProfil   Hantar PM kepada ainzulaika   Quote dan BalasQuote

ainzulaika
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.03.2009
Ahli No: 10054
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-08-09 13:00


salam,apa kabar sahabat muslimah semua.selamat menyambut puasa hari sabtu ini.ingsaallah.esok saya dah suami nak pej.agama untuk tanda tangan borang keizinan suami bernikah semula dengan"isteri indon" tu.jauh di sudut hati saya sebenarnya saya terpaksa ....sebab suami saya ada berkata ,kalau saya tak nak t.tangan kebenaran poligami ,dia akan lepaskan saya.nampak nya saya akan jadi janda.suami saya lebih sayangkan indon itu dari saya dan anak-anak.bila fikirkan anak-anak saya terpaksa akur juga.bila tengok anak-anak masih kecil lagi.saya reda dengan apa yang Allah uji kat saya....tapi saya dah siapkn dengan syarat-syarat yang dia perlu t.tanggan untuk membela nasib saya dan anak-anak seperti nafkah perbelanjaan, waktu bermalam dan tanggunjawab dia kepada saya dan anak-anak.saya akan suruh dia t.tangan depan konsultion di pej agama esok.Doakan semoga kejayaan dan kebahagian berpihak kepada saya.Ya Allah kembalikan suami ku kedlm rumah tangga ku dan kehidupan serta anak-anak ku tanpa ada orang 2,3 dan 4.Ya Allah sekiranay perkhawinan kedua suami boleh mengubah dirinya menjadi suami yang soleh ,beriman dan bertakwa serta bertanggungjawab permudahkanlah urusanya,tetapi sekiranya perkhawinan kedua hanya untuk nafsu dan keseronokan dunia kau kau leraikan dan gagalkan urusanya.Amin


-----------------
assalamualaikum semua, apa khabar wangsa muslimah


Bookmark and Share




  Member Information For ainzulaikaProfil   Hantar PM kepada ainzulaika   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-08-09 13:29


assalamualaikum ain, akak rasa buat masa ni ain kena banyak bersabar.apa yang perlu ain buat ialah tengok semua epf dan semua harta mesti atas nama ain dan anak-anak. bukan apa ain. akak rasa perempuan tu tak tau pasal tu semua so sebelum terlambat ain kena pastikan apa harta dia terjaga. sebab dah banyak akak dengar yang orang indon ni kawin bukan nak apa cuma nak status kerakyatan dan harta saja. yang bodohnya lelaki tak tau menilai dan fikir.

apa-apa pun ain kena cepat tau lepas tu banyak-banyak besabar ya dek.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

ainzulaika
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.03.2009
Ahli No: 10054
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-08-09 11:19


salam, semlm saya dengan suami pagi pej.Agama untuk saig borang poligami.tapi rupaye prosuderye mengambil masa 6 bulan untuk lulus.suami saya jadi bingung sebab.dia dah janji nak nikah semula lepas raya ini. tapi rupanay 6 bualan baru lulus.itu kalau tak ada apa-apa masalah sprt pendapatan, tanggungjawab dll.pilihan kedua ye pulak dia nak saja kat indonesia ,kemudian balik bayar denda RM 4,000.00.tapi bila dengar RM 4 ribu pening lagi ,mana nak cari duit banyak tu.last dia cadangkan kat saya yang dia nak ceraikan "sementara" saya.lepas kita orang berpisah sementara ,mereka akan nikah secara sah.bila dah selesai pernikahan mereka,suami akan rujuk saya semula dalam masa 3 bulan.dia harap saya setuju dengan cadanagn ye,tapi saya beri kata putus lagi,saya rasa diri saya macam barang tak berguna lagi,adakah lagi kasih sayang dan cinta di hati suami untuk saya.mungkin dia ingatanak0anak, tapi dia tak fikirkan saya.kalau kawan 2 jadi tempat saya apa anda buat.selain bersabar dan bertahan...


-----------------
assalamualaikum semua, apa khabar wangsa muslimah


Bookmark and Share




  Member Information For ainzulaikaProfil   Hantar PM kepada ainzulaika   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-08-09 13:58


Allahu Akhbar..

Boleh pulak suami terfikir nak cerai sementara lepas itu nak rujuk balik..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

ainzulaika
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.03.2009
Ahli No: 10054
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-08-09 08:13


salam,selamat puasa semua.tahun ini saya sambut puasa yang begitu mengajar saya betul-betul sabar.pertama kali setelah 11 tahun kawin saya bersahur tanpa suami.suami saya tak balik rumah sejak hari khamis yang lalu hingga hari ini.saya bersahur,berbuka dan terawih bersama anak-anak.sedih rasanya bila suami langsung tak tanya khabar kami bila 5 hari tak balik rumah.bila kami tel bimbitnya ,telefonya ditutup .SMS kami tidak dibalas.tak tahulah apa alasan suami buat kami macam ini.anak- anak sibuk tanya ayah mereka.bila nampak waktu petang orang menjinjing juadah makanan dari bazaar ramadhan rasa hati tersentuh, sehingga hari ini saya dan anak-anak belum lagi berbuka ,bersahur dan terawih bersama.suami sibuk dengan "isteri indon" nya.ramadhan kali ini betuk2 mengajar saya tentang kesabaran ....


-----------------
assalamualaikum semua, apa khabar wangsa muslimah


Bookmark and Share




  Member Information For ainzulaikaProfil   Hantar PM kepada ainzulaika   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 22.01.2007
Ahli No: 7247
Posting: 54
Dari: PaHAnG dArUL MakMuR

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-08-09 08:32


salam.. saya baru saja melalui fasa baru sebagai isteri, kata org masih mentah dalam usia perkahwinan... apa yang saya nak bagi tahu, saya harap akak ainzulaika, bersabar , insyaallah pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa akak.. teruskan kehidupan akak, dan bayakkan berdoa.. insyaallah, setiap kesabaran itu pasti dibalas rahmat dari Allah.. saya mendoakan akak dan anak-anak akak sentiasa dalam rahmat Allah.. teruskan kehidupan bersama anak-anak akak.. rapatkan diri dengan Allah.. semoga hidup akak lepas ni disinari nur.. Insyaallah..


-----------------

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bookmark and Share




  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-08-09 10:12


Allahu Akhbar..

berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..
Moga ditabahkan hati ainzulaikha..
Sabar ye kak..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-09 12:16


salam ain,

kuatkan semangat ain. ada hikmah segala yang berlaku lebih-lebih lagi dibulan yang mulia ni. ALLAH nak menguji kesabaranmu dik. akak doakan semoga ain dapat menghadapinya bersama anak-anak. didiklah anak ain dengan sempurna. apa kata ain pergi darul shifa minta tolong dari mereka. manalah tau suami ain tu diapa2kan oleh gadis indon tu.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

ainzulaika
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.03.2009
Ahli No: 10054
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-08-09 12:37


Salam, terima kasih kepada teman-teman semua kerana sudi berkongsi cerita dengan saya walaupun hanya berPM sahaja.Sekurang2 ye saya dapat meluahkan apa yang terbuku di hati saya...


-----------------
assalamualaikum semua, apa khabar wangsa muslimah


Bookmark and Share




  Member Information For ainzulaikaProfil   Hantar PM kepada ainzulaika   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-08-09 09:29


ain tabah ya menghadapi segalanya. jaga anak-anak baik-baik dan bersemangat kalau ain patah semangat apa tah lagi anak-anak. ingat lelaki cukup tak suka bila dia tinggalkan seseorang perempuan dan perempuan itu dapat hidup dengan lebih bahagia dari dia . ain maju kan diri dan anak-anak ok. kalau ain jatuh anak-anak juga turut sama. ok. ALLAH akan sentiasa menolong kepada orang yang teraniaya.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» MAKAN HATI BILA SUAMI NIKAH LAIN

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.077245 saat. Lajunya....