Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Jangan buat esok, jika boleh dibuat hari ini

-- Abraham Lincoln

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Dari Galeri
kenangan masa konvo master hubby kat upm...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Review Buku
Topik: MEGA BEST SELLER


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, istisafa
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Review Buku
    »» MEGA BEST SELLER

Please Mendaftar To Post


Oleh MEGA BEST SELLER

soyuz
WARGA RASMI
Menyertai: 26.06.2009
Ahli No: 10843
Posting: 4
Dari: Damansara Utama

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-06-09 14:08


Satu lagi karya Mega Best Seller yang mesti dimiliki oleh setiap muslimah iaitu sebuah buku yang bertajuk:

Kisah Cinta Sejati Khadijah

Penulis : Abdul Mun'im Muhammad Umar
Penerbit : Kharisma Network Sdn Bhd
Bil. Muka Surat : 363
Harga Semenanjung : RM 28.90
Harga Sabah/Srwk : RM 30.90


http://i556.photobucket.com/albums/ss8/anis_kharisma/th_khadijah-1.jpg

Buku ini merupakan sekumpulan perbahasan tentang Khadijah yang disaring dari berbagai tulisan. Bermula dengan Pernikahan beliau dengan Muhammad sehingga kepada Ahlul Bait (Keluarga Rasulullah)

Khadijah menjadi wanita teristemewa bagi Rasulullah.
Rasulullah selalu menyebut-nyebut nama Khadijah dan mengistimewakan teman-teman Khadijah walaupun Khadijah sudah tiada lagi.

Inilah kisah Khadijah, cinta sejati Rasulullah.


Bookmark and Share




  Member Information For soyuzProfil   Hantar PM kepada soyuz   Quote dan BalasQuote

hidayah149
WARGA RASMI
Menyertai: 16.06.2009
Ahli No: 10776
Posting: 1
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-06-09 16:27


salam..boleh tak ceritakan serba sedikit sinopsisnya?


Bookmark and Share




  Member Information For hidayah149Profil   Hantar PM kepada hidayah149   Quote dan BalasQuote

soyuz
WARGA RASMI
Menyertai: 26.06.2009
Ahli No: 10843
Posting: 4
Dari: Damansara Utama

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-09 15:56


Buku ini bermula dengan menceritakan :

PERNIKAHAN MUHAMMAD DENGAN KHADIJAH.
Bagaimana khadijah dapat mengenali muhammad, perasaannya terhadap Muhammad dan strusnya peminangan Khadijah ke atas Muhammad.

RUMAHTANGGA MUHAMMAD & KHADIJAH.
Dalam bab ini menceritakan kehidupan Muhammad dan Khadijah setelah berumah tangga.

RISALAH KENABIAN.
Menceritakan saat-saat permulaan Muhammad dilantik sebagai utusan Allah. Di saat ini, Khadijah memainkan peranan besar dalam menenangkan suaminya yang telah didatangi oleh malaikat Jibril. Salah satu pernyataan Khadijah yang paling berkesan adalah,
"Bergembiralah. Demi Allah, Dia tidak akan pernah merendahkanmu. Engkau org yang rajin menjalin silaturrahim. Engkau org yang jujur & selalu menunaikan amanah. Kau tanggung keluarga2 yang kekurangan. Kau jamu para tamu & kau bantu orang-orang yang ditimpa musibah."
Sikap & pernyataan Khadijah membantu menenangkan Muhammad.

FASA AWAL PENYEBARAN ISLAM.
dalam bab ini, dapat dilihat peranan Khadijah dalam mendorong suaminya, mendampinginya dan meringankan beban2 tugas yang di tanggungnya.
Khadijah meyakini bahawa apa yang dilakukannya itu merupakan sebentuk ibadah yang dapat mendekatkannya kepada Allah. Tugas suci itu dianggapnya sebagai sebuah kehormatan dr Allah yang membezakannya dr wanita-wanita Quraisy yang lain.
Khadijah berusaha sekuat tenaga untuk menghibur & mendorong suaminya agar bersbr.

DAKWAH SECARA TERBUKA
Dalam menyampaikan ajaran Islam secara terbuka, Rasulullah selalu berhadapan dengan ejekan dan cacian kaum kafir. Pada tahap-tahap tertentu, rintangan yang dihadapi oleh baginda terasa begitu berat.
Di saat itulah Khadijah memainkan peranan penting. Dia menghibur dan meyakinkan Rasulullah bahawa apa yang orang-orang musyrik lakukan itu tidak perlu dihiraukan. Khadijah secara terus menerus mencurahkan kasih sayang & perhatiannya hingga p'lahan2 Rasulullah mampu kembali tenang & melupakan segala rasa sakit dan sedih yang baginda deritai.

PERTARUNGAN ANTARA KEBENARAN & KEBATILAN
Beberapa bulan telah berlalu sejak dakwah Islam yang dilakukan secara terbuka memasuki tahun kedua. Denagn sabar, Rasulullah menanggung semua penderitaan, penghinaan dan pendustaan. Baginda sangat sedih melihat para pengikutnya diseksa dengan penyeksaan yang keras dalam usaha orang-orang kafir untuk membuat mereka kembali kepada agama nenek moyang mereka.
Begitu juga Khadijah. Dia mendengar & mrnyaksikan semua itu dengan hati terpukul. Dia selalu berada di sisi Rasulullah, menghibur dan meringaankan penderitaan baginda. Khadijah tidak pernah ragu akan pertolongan dan taufik Allah kepada suaminya. Dia juga yakin sepenuhnya kepada kekuatan tekad dan kesabaran Rasulullah -dua hal yang akan menjadi pendukung utama kejayaan baginda menjunjung amanah dan menyebarkan risalah.

AKHIR PERJUANGAN MULIA
25 tahun lamanya Khadijah hidup bersama Rasulullah , mengharungi hidup rumahtangga penuh cinta. Khadijah selalu bahagia melihat orang-orang memeluk Islam, menyaksikan kaum muslimin yang jumlahnya terus bertambah dari hari ke hari. Dia juga sedih melihat kaum musyrikin tidak henti2 memusuhi dan berbuat buruk terhadap Rasulullah serta para pengikutnya. Khadijah tidak sempat menyaksikan Islam menjadi agama penduduk Mekah dan seluruh Jazirah Arab apabila dia terpaksa terbaring lemah, menahan dan menderita sakit yang parah dan akhirnya meninggal dunia.

KEISTIMEWAAN2 KHADIJAH
Rasulullah sendiri sangat menghormati Khadijah. Jasanya bagi penyebaran Islam sangat tidak terkira. Di depan para sahabatnya, Rasulullah sering menyebut Khadijah sebagai wanita paling utama di muka bumi. Ali ibnu Abi Thalib pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik wanita dunia adalah Maryam binti Imram. sebaik-baik wanita dunia adalah Khadijah”.

KETURUNAN yang SEMERBAK
Di sini dapat diketahui anak-anak khadijah dr pernikahannya sebelum Rasulullah saw. serta putera2 & puteri2 Rasulullah saw. dan Khadijah.

AHLUL BAIT
Dalam bab ini Allah menakdirkan Zainab dan puteranya Ali ibnu Abil Ash, meninggal dunia sebelum Rasulullah. Begitu juga Ruqayyah & puteranya, Abdullah Ibnu Utsman ibnu Affan, serta Ummu Kultsum. Dengan itu, keturunan Rasulullah hanya berlanjut melalui Hasan & Husain, dua org putera Fatimah az-Zahra. Pada akhirnya, melalui keduanyalah –selain melalui Al-Quran- umat Islam mengenang Muhammad Rasulullah dan juga Khadijah Ummul Mu’minin.
[ Telah diedit oleh: soyuz pada 06-07-09 15:57 ]


Bookmark and Share




  Member Information For soyuzProfil   Hantar PM kepada soyuz   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-07-09 10:12


Assalamualaikum

bagus juga buku ini...thanks.. ;-)


-----------------
Success Through Endeavour ;



Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.065793 saat. Lajunya....