Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Dari Galeri
ni la gambar ana..gambar ngan anak murid..dah lama dah..masa praktikal thn 2002

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Bakat Menulis
Topik: JANJI ADIK


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» JANJI ADIK

Please Mendaftar To Post


Oleh JANJI ADIK

cahaya_hijrah
WARGA RASMI
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 5201
Posting: 9
Dari: cairo

egypt   avatar


posticon Posting pada: 12-06-09 20:44


JANJI ADIK

“Adik rindu kakak. Bila kakak nak balik? Kakak baliklah cepat. Nanti ajar adik ngaji ye. Tok Piah garang. Adik takut ngaji dengan dia.” Adik masih tak jemu bertanya soalan yang sama saban kali kakak membuat panggilan. Nada suara adik yang baru berusia lapan tahun begitu sayu menyentuh kalbu. Dan adik juga sudah lali dengan jawapan yang kakak berikan.

“Insya Allah ada duit nanti kakak balik ye. Adik doa minta pada Allah supaya kakak lulus periksa. Kalau kita selalu doa lepas sembahyang, nanti Allah makbulkan doa kita. Adik sembahyang tak?” Adik masih ingat betapa susah kakak memaksanya supaya ikut solat bersama. Macam-macam yang terpaksa kakak buat untuk ajak adik supaya rajin solat. Kakak janji belikan coklat untuknya, janji untuk bawa adik ke pasar malam dan macam-macam lagi.

Tapi itu semua dulu sebelum kakak pergi tinggalkan adik untuk belajar ke luar negara. Kata kakak dia pergi menuntut ilmu di tempat yang banyak ulama’. Kakak mahu pulang nanti setelah jadi orang yang pandai. Adik hanya tersenyum bila kakak kata begitu. Dia juga mahu jadi pandai seperti kakak. Orang yang pandai akan dapat banyak keuntungan. Begitu pesan kakak. Setelah tamat peperiksaan Sijil Tinggi Agama, kakak tinggal di rumah dan menjadi pengasuh adik. Kakak ajar adik solat dan mengaji Iqra’ setiap hari. Kakak juga yang menolong adik siapkan kerja sekolahnya. Sejak itu cikgu selalu puji adik kerana kerja sekolah yang cikgu beri adik buat semuanya dengan betul.

Tapi sejak kakak pergi ke Mesir, adik rasa kehilangan. Adik jarang sekali solat. Hanya setelah disuruh mama baru adik solat. Mengaji Quran dengan Tok Piah adik pergi setelah dipaksa juga oleh mama. Papa pula akan pastikan adik selesaikan kerja sekolah. Jika tidak siap papa tidak akan bagi duit belanja untuk adik ke sekolah. Adik rindu pada kakak yang sabar melayan setiap karenahnya dengan penuh lemah lembut. Setiap pagi kakak akan kejutkan adik, kemudian kakak mandikan adik. Selepas itu adik akan sembahyang Subuh dengan kakak. Balik sekolah kakak sudah siapkan makan tengahari. Adik makan, mandi dan bersiap ke sekolah petang. Malamnya setelah selesai kerja sekolah kakak akan bacakan adik kisah-kisah Nabi dahulu sampai adik tertidur. Adik baru rasa bertuahnya mempunyai kakak. Pada awalnya adik selalu marah kerana kakak ajak sembahyang pagi-pagi. Kakak tak benarkan adik bermain sampai azan maghrib. Kakak juga paksa adik buat kerja sekolah di dalam bilik kerana jika adik buat kerja di ruang tamu adik akan ralit menonton televisyen. Dan sekarang adik rindu pada kakak yang penuh kasih sayang.

Adik tak jemu memujuk kakak supaya balik bercuti. Walau adik punya Abang Ngah yang selalu pulang waktu cuti sekolah, adik tetap mahukan kakak. Adik mengadu pada kakak, abang Ngah garang dan selalu marah adik bila ajar buat kerja sekolah. Tak macam kakak yang lemah lembut. Pada mama dan papa adik minta berkali-kali supaya belikan tiket untuk kakak pulang bercuti.
Suatu petang selesai solat asar, kakak menerima mesej dari mama.

“Mama sudah masukkan duit. Nanti kakak belikan tiket balik ye. Adik dah banyak kali bodek mama dan papa supaya masukkan duit untuk kakak balik. Adik rindu sangat tu. Mama, papa dan angah pun rindu.”
Nampaknya kakak perlu balik tahun ini. Niatnya untuk balik setelah tamat pengajian tidak tertunai. Kakak sudah merancang bersama kawannya untuk cuti musim panas tahun ini dia akan menyambung kembali kelas Bahasa Arab di Markaz Nil dan mengambil kelas sanad Al Quran. Namun kakak kasihan juga dengan adik yang tak jemu-jemu mengajaknya pulang.
Setelah membeli tiket, kakak menelefon untuk memaklumkan tarikh kepulangannya.

“ Kakak, adik tak sabar nak tunggu kakak balik. Nanti adik nak pergi tengok kapal terbang kakak juga.” Kakak tersenyum mendengar adik begitu gembira.

“ Kakak akan balik. Tapi kakak nak adik janji dengan kakak akan ikut cakap kakak. Buat apa yang kakak suruh boleh? Kalau tak, kakak tak nak balik dah.”

“ Okay, adik janji nanti adik ikut cakap kakak. Adik sembahyang, adik ngaji dengan kakak.” Bahagia yang tergambar dari suaranya tidak dapat disembunyikan. Kakak gembira dapat membahagiakan adik.

Tamat sahaja peperiksaan, kakak sibuk membelikan barang dan cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air. Setelah lebih setahun bermukim di Kaherah, kakak dapat pulang bercuti. Kepulangannya disambut dengan penuh gembira oleh seluruh ahli keluarga. Nenek dan datuknya juga turut datang ke rumahnya untuk bertemu cucu yang sudah lama tak berjumpa.

Hampir sebulan bercuti di Malaysia kakak hanya berada di rumahnya. Mama dan papa tidak membenarkannya keluar bekerja. Mujur di rumahnya ada talian internet, tidaklah dia bosan sahaja. Pagi-pagi setelah mama dan papa keluar kerja dan menghantar adik ke sekolah kakak akan mula mengemas rumah, membasuh pakaian, dan memasak makanan tengahari. Waktu petang dia akan menonton televisyen ataupun menghadap komputer. Sebelah malam kakak akan mengajar adik mengaji dan menyiapkan kerja sekolahnya. Begitulah rutin harian kakak.

Kadang-kadang ada juga jirannya yang datang ke rumah untuk bertanyakan hukum tentang pelbagai perkara khususnya yang berkait rapat dengan wanita. Kakak jadi teruja untuk menyampaikan ilmu yang dipelajarinya. Namun ada juga soalan yang dia tidak dapat menjawabnya. Dia jadi malu pada diri sendiri. Baru dia sedar masyarakat memang memandang tinggi pada mahasiswa lulusan Al Azhar. Harapan yang disandarkan pada bahunya begitu tinggi untuk mempelajari ilmu dan menyampaikan pula kepada masyarakat kampungnya. Ada juga anak-anak jirannya yang datang kepadanya bertanyakan tentang subjek Bahasa Arab yang tidak mereka fahami.

Suatu petang yang menghampiri senja kakak menanti di hadapan pintu rumahnya. Adik masih belum pulang lagi. Biasanya waktu begini adik sudah pulang. Bukan kakak tidak berpesan tadi. Setiap petang kakak akan ingatkan adik supaya pulang sebelum senja. Dan adik selalunya patuh. Tapi hari ini adik belum pulang. Kakak jenguk ke padang permainan sudah kosong. Tiada lagi yang bermain di situ. Kakak jadi risau. Ketika azan Maghrib berkumandang, kelihatan adik terkejar-kejar berlari balik. Kakak memandangnya dengan tangan bercekak di pinggang.

Selesai solat Maghrib dan mengaji kakak soal siasat adik yang pulang lewat.

“ Adik main anak patung kat rumah Siti tadi. Mama Siti hadiahkan dia anak patung masa hari jadi dia. Cantik anak patung tu kakak. Anak patung tu ada banyak baju, ada sikat rambut, ada cermin, ada rantai. Nanti boleh tak kakak belikan untuk adik macam tu?” Kakak pandang adik dengan mimik muka yang tegas.

“ Adik, kalau adik nak hadiah macam tu kenalah jadi anak yang baik. Dengar cakap mama, papa dan kakak. Kan dulu adik dah janji dengan kakak akan ikut semua cakap kakak? Hari ni kenapa adik balik lambat? Kan kakak selalu pesan balik sebelum Maghrib? Kalau waktu Maghrib adik main-main lagi kat luar rumah, syaitan dan jin banyak tau. Dia pun suka sebab adik tak ikut cakap kakak.”

“ Ala, adik main kat dalam rumah Siti lah kakak. Bukan kat luar.”

“ Iyelah sayang. Tapi kan kakak selalu pesan balik sebelum azan? Tadi adik balik waktu orang tengah azan kan? Waktu orang azan tu, syaitan banyak tau kat luar tu. Dia pun lari merata-rata sebab tak boleh dengar azan. Macam adik lari tadi. Adik nak ikut syaitan ke nak ikut cakap kakak? Kalau adik tak ikut cakap kakak, kakak tak nak balik dah nanti.” Kakak buat gaya merajuk.

“ Sorrylah kakak. Adik tak sengaja tadi. Adik ralit main dengan Siti. Adik janji nanti adik tak buat dah ye” Senyum adik dengan gaya manjanya. Kakak hanya tersenyum sambil mengingatkan.

“ Ha, kalau dah janji tu jangan lupa. Orang yang berjanji tapi tak menepati janjinya tu orang munafiq. Allah tak suka. Kakak pun tak suka.”

Namun esoknya adik terlupa jua janji yang dibuatnya pada kakak. Dan ketika azan Maghrib berkumandang, adik kelam kabut berlari pulang. Kakak hanya memandang dengan kecewa. Malam itu kakak dengan tegas mengingatkan adik akan janjinya. Mama dan papa juga turut memarahi adik kerana pulang lambat.

“ Ala kakak ni. Adik terlupa tadi. Bukannya adik sengaja nak balik lambat. Esok adik balik la awal.” Muka adik sudah tiada seri lagi.

Esoknya hari minggu, adik tidak lekat di rumah. Setelah sarapan adik terus ke rumah Siti. Tengahari pun adik tidak pulang. Petang selesai solat asar, kakak ke rumah Siti untuk mengajak adik ke pasar malam. Adik minta untuk dibelikan anak patung namun kakak memberi syarat supaya adik perlu dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Adik masam muka lalu meninggalkan kakak termangu.

“ Adik tak nak lah ikut pegi pasar malam. Kakak pergilah sorang.”

Kakak berlalu dengan wajah kecewa. Bagaimana untuk dia memujuk adik kalau begini. Adik sudah terlalu obses dengan permainan anak patung itu dan tidak mahu mendengar katanya lagi.

Petang itu menghampiri senja kakak masih belum pulang. Adik juga masih di rumah Siti. Ketika azan Maghrib berkumandang adik berlarian pulang ke rumah. Hairan melihat mama dan papa kelam kabut menaiki kereta.

“ Mama dengan papa nak pergi mana?” Raut wajah mama kelihatan cemas.

“ Adik, cepat naik kereta. Kakak kemalangan tadi. Mama nak pergi hospital ni.” Adik terpana. Terngiang kata-katanya pada kakak tadi. Adik mula risau akan keselamatan kakak. Dalam hati kecilnya berharap moga Tuhan selamatkan kakaknya. Dia tak mahu kehilangan kakak. Dia masih sangat perlukan kakak.
Di hospital, mama dan papa dimaklumkan oleh polis bahawa kakak dilanggar oleh lori yang terbabas ketika membelok di simpang tiga. Kakak sedang dalam bilik pembedahan. Semasa menunggu selesai pembedahan, mama dan papa bergilir solat di surau. Adik ikut mama bersolat. Adik mahu berdoa pada Allah supaya selamatkan kakak dan kembalikan kakak seperti asal. Dia masih ingat kata-kata kakak bahawa Allah akan makbulkan doa jika dia selalu doa setiap kali sembahyang. Dia masih sayangkan kakak.

Selesai pembedahan, doktor memberitahu pembedahan kakak berjaya. Kakak luka teruk di bahagian kepala. Namun sekarang kakak berada dalam keadaan koma.
Adik menangis melihat kakak. Dia sudah bersalah pada kakak. Janjinya untuk patuh pada kata-kata kakak sudah dimungkiri. Dia jadi takut mengingatkan kata-kata kakak.

“ Kalau adik tak ikut cakap kakak, kakak tak nak balik dah nanti.”
Adik memegang tangan kakak. Wajah kakak yang banyak luka ditatapnya.

“ Maafkan adik, kakak. Adik bersalah pada kakak. Adik tak tunaikan janji. Adik sayangkan kakak. Kakak baliklah. Adik akan ikut cakap kakak. Kakak, bangunlah.”
Adik terus menggenggam tangan kakak. Adik terus menunggu dan tidak putus berdoa.

“ Kakak, adik janji tak akan mungkir janji lagi.”

......................
p/s : klu ada sebarang komentar, silakanlah...


Bookmark and Share




  Member Information For cahaya_hijrahProfil   Hantar PM kepada cahaya_hijrah   Pergi ke cahaya_hijrah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.047673 saat. Lajunya....