Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-05-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 13
Ahli: 0
Jumlah: 13




  Dari Galeri
Inilah saya dan beberapa akhwat ukhwah.com...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 19 hari yang lalu
harith: 33 hari yang lalu


Bakat Menulis
Topik: "inilah teratak impianku"bisik Fir


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» "inilah teratak impianku"bisik Fir

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh "inilah teratak impianku"bisik Fir

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-04-03 23:30


Teratak Impian

Suasana sepi., mengembalikan kenangan aku pada masa lampau. Waktu aku dibelai, dimanja dan dimesra. Waktu aku mendapat tempat dalam kehidupan! Indah dan menyeronokkan. “Ma, nanti belikan Fir baju baru ya!” “Ok, tapi Fir mesti jadi anak yang baik. Jangan nakal-nakal ! Jangan merajuk lagi, Fir kan dah besar! Mesti pandai berdikari. Kalau mama…” kata-kata mama terputus. Kulihat ayah merenung tajam ke arah mama seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan. “Kalau apa, Ma ? Aku mengerutkan dahi kehairanan. Mama tersenyum sinis. “Tak ada apalah! Fir dah solat?” “Dah, ma!” Aku menjawab, pantas lantas ketawa kecil. Mama ! Papa ! Mengapa tinggalkan Fir bersendirian di sini? Kasihankanlah, Fir! Mama ! Papa ! Tak sayangkan Firkah ? Potret mama dan papa aku peluk, erat! Tanpa dipaksa-paksa, air mata meluncur laju membasahi pipi. Setitis demi setitis jatuh ke paksi bumi. Rumah dua tingkat riuh dengan suara-suara rakan-rakanku yang lain. Dringggg ! Bunti loceng berkumandang nyaring sekali. Aku segera menyimpan potret yang berbingkaikan kaca itu. Aku berpakaian seperti biasa menuju ke dewan makan. Dengan langkah bersahaja, aku mengambil pinggan dan cawan. “AIDS! Jauhi daripadanya! Shima bersuara lantang. Ekor mata rakan-rakan yang lain tertumpu padaku. Aku kaku. Hatiku bagaikan direnyuk sehingga menjadi kertas kumal. “Ah, pedihnya! Ya, AIDS! “Budak tu ada AIDS, bang! Lebih baik kita hantarnya ke rumah anak-anak yatim. Dahla, ibu-bapanya dah meninggal. Nanti, menyusahkan hidup kita pula! Bukan abang tak tahu, perbelanjaan perubatannya mahal!” Kedengaran Mak Teh mengomel, menghadap suaminya. Aku terpinga-pinga. AIDS ? Apa itu AIDS ? Persoalan demi persoalan timbul dibenakku. “Atuk! Atuk! Aku memanggil atuk yang sedang mencangkul di kebunnya. Atuk tersenyum sambil melambai-lambaikan tangannya ke arahku. Kelihatan keringat membasahi baju lusuhnya. “Atuk..atuk…Berehatlah dulu!” Aku menggeleng-gelengkan kepala. Aku tersengih melihat gelagat atuk. Atuk! Panggilan itu sememangnya mesra denganku. “Atuk, Fir sayang atuk!” Hatiku berdetik sendirian; membuahkan kalam manis. Seteguk demi seteguk air diminum atuk. Aku menghembuskan nafas lantas mengambil semula nafas segar yang terjelma dalam suasana tenang. “Atuuuukkk… AIDS tu apa ? Aku mengetap bibir. “Uhukss..uhuks..” Atuk terbahak-bahak. Botol air yang dipegangnya terlepas. Air minumannnya tumpah, meluncur memasuki lopak. Matanya membelingas ke arahku. Aku terkesima seketika: Takut melihat keadaan atuk waktu itu! “Ermm.. kenapa atuk ?” Atuk masih mendiamkan diri, memandang tepat ke arahku. Aku kehairanan. “Fir.. de..de.. ngar me..ma na ?” Atuk bersuara setelah lama mendiamkan diri. “Fir terdengar Mak Teh cakap kat Pak Teh tadi ni. Fir Cuma nak tahu saja!” “Fir, dah makan? Atuk laparlah! Mari makan!” Atuk seolah-olah mengubah topik perbualan. Namun, aku membiarkan sahaja. Waktu itu, sememangnya aku lapar. “Fir laaaaaaapaaaarrr… sangat!” Atuk memuncungkan mulutnya lantas tersenyum lebar. Aku membalas senyumannya dengan kenyitan mata.


***************

“Atuk! Fir sayangkan Fir, atuk! Mengapa tinggalkan Fir sendirian di sini? Fir kecewa, atuk!” Aku merungut sendirian. Blok A menjadi tempat untuk aku melepaskan segala perasaan sama ada suka mahupun duka. Subhanallah! Musibah yang menimpa ini takdir Ilahi. Betapa kerdilnya aku jika hendak dibandingkan denganNya. Aku memeluk kedua-dua belah kaki, menongkat dagu. “Zafirah.. !” Aku tercari-cari kelibat orang yang memanggil namaku lantas menyeka air bening di pipi. “Fir.. kenapa ni? Fir nangis ya?” Aku hanya membisu seribu bahasa. “Che Tom..” Che Tom, panggilan untuk seorang wanita yang menjagaku di Rumah Anak-anak Yatim ini. “Che Tom, Fir tak layakkah mengecapi kebahagiaan seperti orang lain? Fir juga mahukan diri yang sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Fir nak ada kawan yang boleh mendengar luahan hati Fir! Perasaan Fir!” Tak dapat kutahan lagi air yang ingin juga mengalir. Aku tersedu-sedan. “Fir.. sudahlah tu. Fir sabarlah, ya!” Tak baik melawan segala ketentuanNya. Che Tom ada! Walau di mana Fir berada, Che Tom akan temankan Fir. Biarpun apa orang kata, Che Tom akan tetap bersama Fir. “Tapi kenapa, Che Tom? Fir ada AIDS. Acquired Immune Deficiency Syndrome ! Sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus! Jauhi daripada Fir! Fir tak layak untuk berkawan dengan sesiapa. Biar Fir yang tanggung sendiri!” Aku menepis tangan Che Tom. “Fir!” Che Tom memelukku, erat! Che Tom menangis teresak-esak. “Ah, tenangnya. Seolah-olah aku berada dalam pelukan mama. Namun, mama kini tiada lagi.” “Terima kasih, Che Tom!” Hanya perkataan itu yang terpacul dari mulutku lantas aku berlalu pergi.

**************

C 265 ! Papan tanda di hadapan pintu bilikku ku tatap dalam-dalam. Kedengaran gelak tawa rakan-rakanku di dalam bilik itu. Aku teragak-agak untuk membuka pintu. Aku menarik nafas panjang seraya dilepaskan. Tombol pintu aku buka perlahan-lahan. “Kuakkkk..” Pintu berbunyi, agak perlahan. Suasana yang riuh sebentar tadi bertukar corak. Sepi! Jelingan mata menjadi hidangan untuk aku. Seolah-olah aku ini sampah masyarakat! Kulihat potret papa dan mama dikoyakkan. Kaca yang menjadi bingkai potret itu pecah. Aku menerpa mendapatkannya.“Ya Allah ! Siapa yang koyakkan ini? Siapa? Mengapa kamu semua terlalu bencikan aku? Adakah kerana aku ini berpenyakit, aku mesti diperlakukan begini?” Luluhnya jiwa aku pada waktu itu. “ Menangis pulak ! Biar aku beri jawapan kepada soalan kau tu! Ya, memang kau tak layak berkawan dengan kami! Kau kotor! Budak AIDS! Kami bencikan kau! Kerana kaulah, segalanya tak tenang di sini! Mendengar kata-kata itu, aku tidak dapat bertahan lagi. Aku segera lari daripada teratak yang aku bina seribu impiannya di dalamnya. Air mata dan potret yang koyak- rabak menjadi peneman aku pada waktu itu. “Ayah, Zafirah tu ada AIDS. Penyakit virus yang boleh membawa maut. Tak disangka-sangka kita pula yang kena nanti. Eloklah kita hantar dia di rumah anak-anak yatim. Mungkin di sana kehidupannya lebih baik dan terjamin” Kedengaran suara Mak Teh yang kasar di beranda. Atuk dan Pak Teh juga ada bersama. Aku memasang telinga. “Betul tu, ayah! Zafirah hanya akan menyusahkan hidup kita! Ayah sudah tua, saya dan Min pula kerja. Siapa yang nak jaga Zafirah tu?” Pak The menyampuk. “Ah, ayah tetap dengan keputusan ayah! Apa jenis manusia kamu ni? Nak biarkan seorang budak yang berpenyakit macam tu! Aku boleh jaga dia!” Atuk menengking. Pak The dan Mak The terkejut besar. “Akulah penyebab semua ni. AIDS! Itulah perkataan yang memusnahkan segalanya.” Hatiku berdetik.


“Panngggg!” Pasu bunga yang aku pegang terjatuh. Atuk, Mak Teh dan Pak Teh memandang ke arahku. Aku diselubungi perasaan gementar. “Fir….Fi..Fir..” Atuk memanggil aku dengan suara yang terketar-ketar. Aku berlari sekuat hati. “Indahnya sawah ini, air yang mengalir ke sini dari puncak bukit suci dan tenang. Tak sesuci hati manusia!” Aku merungut sambil memandang alam indah ciptaan Tuhan. “Fir… “ Kedengaran suara memanggil namaku. Aku menoleh. Kelihatan atuk bertemankan tongkatnya. “Fir, sudahlah tu. Lupakan kata-kata Pak Teh dan Mak Teh tadi.” Atuk separuh memujuk. “Atuk, Fir tak boleh melupakan semua tu! Dulu, mengapa atuk tak beritahu awal-awal apa AIDS tu? Kini, Fir tak dapat menerimanya. Fir yang memusnahkan segalanya. Kebahagiaan dan kesenangan atuk, Fir yang rampas!” Aku bercakap dengan nada yang agak tinggi. “Fir, atuk sayangkan Fir! Lupakanlah segala-galanya. Fir a..aa.. da.. a..aa.. tuk! Fi..fi..r..” “Atuk, apa dah terjadi ni? Mengapa, atuk? Kulihat dada atuk seperti ombak. Nafasnya tercungap-cungap. Atuk seolah-olah menahan kesakitan yang amat sangat. “Tolong! Tolong! Tolong!” Aku memekik meminta pertolongan.

*******************

“Fir, maafkan aa..atuk.. . Aaaa..tuk.. tak.. da..da.. pat ja..ja..ga.. Fir la..la..gi. Fir.. mesti ta..ta.. bah ya! Jangan.. sese..lalu.. ber.. se..se.. dih. Tak.. ba..baik.!” Atuk mengeluarkan kata-kata yang terjelma dalam suasana yang mendebarkan. Masih terukir senyuman di bibirnya. “Fir janji, atuk! Maafkan Fir, Fir tak dapat jaga atuk baik-baik!” Mata atuk semakin lama semakin kuyu. Makin hampir masa untuk atuk pergi. Akhirnya, atuk memejamkan mata, meninggalkan dunia buat selamanya. Namun, masih terukir senyuman di bibirnya. “Atuk!” Aku menjerit. Aku memeluk sekujur tubuh yang kaku itu. “Sudahlah tu, Zafirah. Sabarlah! Mungkin Allah lebih menyayanginya. Mak Esah menarik selimut perlahan-lahan menutup wajah atuk. Keadaan itu membuatkan aku terharu. “Maafkan Fir, atuk! Fir masih lagi bersedih! Fir keseorangan dan sepi. Siapa yang mahu berbelas kasihan terhadap, Fir? Di mana Fir boleh dapatkan setitik kasih? Betapa manisnya kenangan lalu! Tubuhku semakin lama, semakin lemah. Aku memejamkan mata. “Fir..Fir..” “Che … Tom..” Nada suaraku amat perlahan. Kulihat ramai orang diluar. “Ramai orang ingin melawat Fir. Tengok di sana! Kawan-kawan ramai menunggu Fir. “Fir, maafkan kami ya! Memang kami yang banyak bersalah! Shima harap, Fir maafkan. Marilah sama-sama kita menempuh kehidupan bersama.” Air mata Shima mengalir, deras! “Fir.. ma..maafkan.. Te..teri..ma. ka..sih, Shima!” Betapa tersentuhnya jiwa aku pada waktu itu. Dalam suasana itu, aku dapat rasakan kasih sayang yang aku impikan dahulu. “Te..te..ri..ma.. kas..sih.. Che Tom!” Aku tersenyum lebar. “Alhamdulillah, dapat juga aku merasakan kasih sayang di sepanjang perjalanan saki baki hidupku. Terima kasih kawan-kawan, guru-guru, atuk, mama dan papa!”


Kehidupan ini bagaikan pepasir halus di pantai. Sampai masa, ia akan pergi diterbangkan sang pawana bersama-sama camar-camar… Sang ombak pula, menunggu gilirannya memukul dada pantai dan menghanyutkan si pasir.. Namun, si pasir juga akan menurut pujuk rayu dan kata-kata manis mereka.. Begitu juga insan…. Itulah yang dinamakan “Realiti Kehidupan”


































-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

maricella
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 48
Posting: 390
Dari: gemas, negeri 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-04-03 12:43


mane dpt artikel nih..?panjang...huhuhu


Bookmark and Share




  Member Information For maricellaProfil   Hantar PM kepada maricella   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-04-03 12:50


x larat nak baca kerr ? heheh..
maaf yer kak..

qaulah karang sendiri..
boring sangat..
x best pun...
cukup sekadar release tention..
heheh

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-04-03 09:11




best gak citernya...ada bakat qaulah jadik penulis...


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-04-03 16:59


takderlah akak...
qaulah nak release tention jerr..
kekadang tue, lepas study, nak juga relax..
jadi, qaulah karanglah....




wassalam..

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-04-03 21:55


tahniah qaulah, kecil2 lagi dah terserlah bakat..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 63
Posting: 32
Dari: pulau mutiara

japan   avatar


posticon Posting pada: 22-04-03 02:34


assalamualaikum.....

ace ce qaulah, bagus la tu..
sekurang-kurangnya, jgn persiakan bakat yg dikurniakan allah tu. gunakan sebaik mungkin, serta seoptimum mungkin..
mabruklaki!!!!!!!!

-----------------
hidup ini seindah pelangi..
sebagaimana indahnya dan uniknya warna yg diaturkan oleh DIA
seunik dan seindah itu juga kehidupan yg diaturkan utk kita..


Bookmark and Share




  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   azzahrawi's MSNM Number Is zahrah   Quote dan BalasQuote

aisyatul_auni
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 177
Posting: 124
Dari: amman

jordan  


posticon Posting pada: 22-04-03 03:18


bakat anugerahNya jangan dipersia...ada potensi, cuma masih boleh digilap dan diperbaiki... moga langkah dan haluan akan datang lebih bermakna buat sis qaulah!!

teruskan perjuangan

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For aisyatul_auniProfil   Hantar PM kepada aisyatul_auni   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-04-03 09:13


assalamualaikum...

tahniah qaulah...cerita yang ditulis mampu membuatkan akak mengalirkan air mata...

qaulah mmg ada bakat.., gunakan bakat yang ada sebaik mungkin....

wassalam dari akak

-----------------
--Sekadar bicara, sekadar pandangan--



nur_tinta


Bookmark and Share




  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-04-03 23:22


terima kasih atas sokongan sumerr..
byk lagi kekurangan yg qaulah perlu baiki..

wassalam

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

pErMaIsUrI_hAtI_kU
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.04.2003
Ahli No: 391
Posting: 26
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-04-03 23:41


amboi...tak sangka yer...berbakat besar qaulah_atrah ek....best..!!
teruskan perjuangan dgn menghasilkan bnyk lagi artikel yer..!!

-----------------
Kematian hanya datang sekali...
Jadikanlah ia di jalan Allah....
Hidup Mulia @ Mati Syahid..!


Bookmark and Share




  Member Information For pErMaIsUrI_hAtI_kUProfil   Hantar PM kepada pErMaIsUrI_hAtI_kU   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-04-03 23:56


terima kasih...
insyaAllah, qaulah akan cuba perbaiki lagi prestasi...



wassalam

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-04-03 12:40


adik qaulah memang berbakat besar...



Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

seharumkasturi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 301
Posting: 149
Dari: Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-04-03 12:53


Assalamualaikum...
qaulah...tahniah ana ucapkan...memang berbakat besar nt ni...macam mana nt dpt idea ni...actually ana suka baca cerpen..novel..so ana cdgkn nt buat novel lah...nnt ana nak beli... ...Tahniah qaulah....

-----------------
"kalau nak bercinta...bercintalah dengan Allah, kalau nak memuji...pujilah Allah..Kalau nak memuji makhluk...pujilah pencipta makhluk..."

Cinta Allah...Cinta abadi....
Salam Ta'aruf untuk semua...


Bookmark and Share




  Member Information For seharumkasturiProfil   Hantar PM kepada seharumkasturi   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-05-03 00:19


qaulah masih belum sampai tahap reka 'novel' nie..
lagipun, tak mungkin sempat dgn jadual waktu seharian yg amat penuh..


-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-05-03 14:50


Sekali baca akak menangis... 2 kali baca akak tgk study room akak dah banjir... mm mmg hebat laaa cerita qaulah..

teruskanlah.... dan akalu boleh tambahkan cerita2 baru ok

tahniah sekali lagi...

--waaa malam nie nak buat keje cam na..bilik dah banjir--

-----------------
--Sekadar bicara, sekadar pandangan--



nur_tinta


Bookmark and Share




  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

ida01
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 11
Posting: 330
Dari: SeGaMaT^jOhOr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-05-03 21:13


hehe qulah uiks terkejut akak.terer gak yerk.hehe dalm diam2 boleh kalahkan Kang nih.hehehe.






-----------------
Bicara Syahadah Menusuk Kalbu
Hati Nan Damai Terasa Rindu.
Ukhuwah Mahabbah Terjalin Selalu
Moga Kekal Bersama Menuju






Bookmark and Share




  Member Information For ida01Profil   Hantar PM kepada ida01   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-06-03 16:28


Quote:
hehe qulah uiks terkejut akak.terer gak yerk.hehe dalm diam2 boleh kalahkan Kang nih.hehehe.



iskk... x boleh.. x boleh... qaulah bebetul tabik kat Kang tuhh... eheeh... insyaAllah.. nak ber'guru' ngan dierr... ahakss...

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 00:53


A'ah..memang betuih la qaulah nie berbakat besar..Moga2 suatu hari nanti qaulah akan menjadi seorang pengarang yang berjaya, insya-Allah..

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 31.05.2003
Ahli No: 1547
Posting: 125
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 01:33


Assalamualaikum,

waaa... terror laa.. HAa... bagus aaa.. lain kali tulislagi, kami suma nak baca..kuwaiis kuwaiis. Erm.. question, ukhtie qaulah ni form 2 ke ? bape thn dah yea ? tertarik tengok cerpen2 yang ukhtie slalu tulis tu, nak gak kenai2 ngan penulis dia... hehehe. takper kan. wassalam...

-----------------
FRieNDSHiP iS aLL aBouT
CaRiNG, TRuSTiNG aND LoViNG
No DiaMoNDS oR PeaRLS
CouLD eVeR RePLaCe
WHaT FRieNDSHiP MeaNS To uS


Bookmark and Share




  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» "inilah teratak impianku"bisik Fir

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.081651 saat. Lajunya....