Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-12-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya tak tahu formula sebenar kejayaan, tetapi saya pasti dengan formula sebenar kegagalan iaitu cuba menyukakan hati semua orang

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: zahirahruslan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13718

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 17
Ahli: 0
Jumlah: 17




  Dari Galeri
'Subhanallah'

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 6 jam, 18 minit yang lalu


Bakat Menulis
Topik: Bidadari Untuknya


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» Bidadari Untuknya

Please Mendaftar To Post


Oleh Bidadari Untuknya

ismi_safiza
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 2315
Posting: 170
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-05-09 07:01


Sejalur garis merah jingga keemasan menerobos ruang jendela fabrik berbunga merah jambu. Percikannya mencerahkan suasana bilik yang telah dihuni sedari hampir 5 tahun yang telah berlalu. Bilik yang menyimpan seribu cerita kehidupan dalam manisnya melayari nikmat pernikahan yang halal lagi diredhai Allah Taala.
Dia meraup muka, mengaminkan doa sekaligus mengesat titisan air mata bak mutiara berjejeran di pipinya. Sunat dhuha masih intim lagi dalam diari hidupnya pada hari ini. Seperti hari-hari yang sudah, tetap sama rutinnya, sebagai penguat diri untuk menghadapi hari-hari yang penuh dengan pelbagai ragam rencah kehidupan yang tidak dapat diduga. Permulaan yang terbaik untuk meneladani tugasan sebagai surirumah sepenuh masa, yang dijawat sebaik menerima mas kahwinnya. Namun hari ini, diari hidupnya sesak seketika digugah peristiwa semalam.
“Mampukah Asma’ Sofia memegang payung emas yang menjadi impian wanita solehah di akhirat kelak”, soal sang suami Asyraf Husaini.
Dia tertunduk bisu. Dibiarkan persoalan yang menerjah halwa dengarnya itu dibawa pawana elektronik. Sementelah akal warasnya berusaha keras mencerna bicara selanjutnya.
“Andai dia telah tertakdir untuk menjadi pendamping kedua, sayap kiri perjuangan Abang, Asma’ Sofia redha berkongsi kasih”,begitu lirih dia meluahkan rasa hati yang terpendam. Biarpun resah bertamu di kolam hatinya, gelodak perasaan tiada yang mampu mentafsirnya.
Ingatannya tertuju pada catatan sang suami dalam diari hidup bersama berwarna perak, ayat-ayat cinta yang dikirim Allah menjadi ayat-ayat penguat kasih dan sayang antara mereka. Firman Allah dalam surah kebanggaan wanita, An-Nisaa’ ayat 3;
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil, terhadap perempuan yatim (apabila kamu mengahwininya) maka kahwinilah dengan sesiapa yang kamu sukai daripada wanita-wanita lain; dua, tiga atau empat. Jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja. Demikian itu lebih baik untuk tidak melakukan kezaliman”.
“Cukuplah hanya seorang permata di hati ini. Dialah bidadari paling cantik, paling mahal. Antara hadiah terbaik yang dikirimkan Allah”, itulah bicara suami yang dicintai setulus hati tatkala isu poligami dibualbicarakan. Terasa sejuk menyerap haba suhu badannya. Senyumnya kian manis. Syukurnya bertambah syahdu.
Manisnya berdamping dengan suami dalam limpahan cinta berserta nur kasih saying seorang suami yang melayani dirinya bak bidadari. Tidak pernah mengangkat suara apabila dia tersalah catur hala kehidupan. Ditegur secara berhikmah, tapi ketegasan tetap intipatinya. Jauh sekali bermasam muka tatkala mulutnya bak murai tersalah dahan dek keletihan melayan karenah cahaya mata yang sepasang itu. Puteri sulung sudah petah bertanya itu ini, genap 4 tahun akhhir bulan ini. Putera tunggal semakin lasak menjenguk alam yang hampir 2 tahun di jengahnya ini. Kata Asyraf Husaini, Rasulullah SAW adalah contoh teladan terbaik. Terbaik dalam keluarga, terbaik untuk umatnya. Tidak cukup sekadar terbit di bibir, ingin mencontohi Nabi Muhammad SAW. Tetapi sewajarnya mutiara-mutiara hidup daripada kerukunan Nabi Muhammad SAW bersama isteri-isteri Baginda, anak-anak Baginda, sahabat-sahabat Baginda dan umat Baginda wajar terus hidup dalam sebentang kain kehidupan kita.
Seringkali ayat-ayat cinta ini dilagukan sang suami bersama tamsilan indahnya. Surah Ali Imran ayat 134;
“ (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan”.
Pertemuan empat mata dengan siswi jurusan Syariah di bawah teriknya sinar sang suria, bertemankan dinginnya air laici kesukaannya. Manis, sopan lagi beradab. Sesuai dan menepati jurusan yang ditelaahnya. Siti Khadijah Maysarah. Nama yang nian indah sepadan dengan si pemilik nama.
Satu demi satu cuba dihadamnya. Cuba dan terus dicuba walaupun pahit melebihi hempedu yang dihidangkan. Gadis itu menawar diri sebagai calon madunya!
“Maafkan saya kakak. Saya sakit. Sakit dengan panahan cinta Encik Asyraf Husaini. Saya telah cuba untuk merawat hati yang kian nazak dengan bisikan syaitan. Setiap kali saya terpandang dia, saya seolah-olah lupa dengan dunia di sekeliling. Hilang arah hidup. Hanya dia yang saya mahukan. Wajahnya menghiasi mimpi-mimpi malam saya. Namanya sentiasa berteman. Biarpun dalam diam. Saya terlalu memujanya, mengasihinya. Lantaran takut hilang pedoman saya mengagahkan diri. Izinkan saya melamar suami kakak”.
Gadis berusia 21 tahun itu sudah menoktahkan bicara. Dia terkesima. Nurani seorang isteri tersentak.
Dia wanita bergelar muslimah. Wanita yang dilahirkan dengan acuan srikandi-srikandi Islam. Bermahkotakan permata kesabaran dan kesetiaan Siti Khadijah. Namun, sedikit sebanyak dia juga mewarisi mutiara cemburu tanda sayang tinggalan Siti Aisyah. Dalam diam dia mencongak-congak. Wajarkah keluhuran dan ketulusan cinta Asyraf Husaini ditebak jarum kesangsian.
Harus bagaimana dia menangani lamaran ini. Bisikan musuh orang-orang bertaqwa, maki sahaja gadis itu. Cerca dia. Ganyam dia. Biar dia tahu langit itu tinggi ataupun rendah. Biar dia tahu itu padahnya jika mahu meminta suami orang. Itu bisikan orang yang tiada iman di hati.
Tapi dia? Dia masih mempunyai iman, biarpun nipis tapi dia masih mahu menjaganya.
Dalam kesamaran hala hidup. Aku tidak terus teraba-raba. Lewat sepertiga malam. Aku masih sujud menagih sedikit belas kasih sayang Tuhan Yang Maha Penyayang. Masih akrab dengan zikrullah, masih intim dengan Kalamullah sebagai penawar hati.
“Ya Tuhan Rabbu Izzati, Bantulah hambaMu ini. Berikanlah kekuatan dalam menghadapi ujian hidup ini. Hamba Mu hanya insan lemah. Berikanlah petunjuk pada hambaMu ini,” lirih aku menadah doa. Titisan air mata bukan tanda aku menangisi kesukaran yang menimpa tetapi tanda aku mengisafi kekurangan diri.
“Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hamba maka Dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangNya..."
Aku terasing di depan Kaabah. Keseorangan. Hanya bintang malam menemani. Sejuk lagi mendinginkan. Kaabah terasa bercahaya. Hajatul Aswad seolah-olah memanggil aku untuk menciumnya. Tiba-tiba, deretan gadis-gadis cantik bergerak menuju ke arah aku. Maha Suci Allah. Mereka cantik sangat. Terlalu cantik. Aku terasa kagum. Dek kerana cantiknya mereka, cahaya berkilau bertebaran di sekeliling. Di hadapan aku, mereka membuka ruang. Seseorang lengkap berjubah putih tampil di hadapanku. Aku terasa silau, hanya susuk tubuh yang mampu kulihat. Tampan, bersih wajahnya. Serasa aku mengenalinya. Abang Asyraf Husaini… Seorang gadis yang kukira paling cantik memaut lengan Abang Asyraf Husaini. Inikah Hurun Ain. Aku terasa kerdil sekali. Tanpa semena-mena, air mataku menitis. Terasa sayu sekali.
Aku tersentak. Membuka mata. Mengesat air mata yang berjuraian. Ya Allah, Engkau kirimkan mimpi indah itu. Pasti ada hikmahNYA. Aku terlelap di atas sejadah. Di depanku mushaf mulia.
Pagi itu aku terasa sedikit segar. Terasa ada kekuatan untuk mendepani hari-hari yang mendatang.
“Aduhai, sedapnya bau,” suamiku kacak sekali berdiri memuji masakanku.

“Isteri Abang memang pandai memikat selera Abang,” sambungnya lagi. Aku hanya tersenyum.

Selesai dia menjamu selera aku membuka bicara yang sekian lama kuatur rapi di kalam minda.

“Abang, menikahlah…” kali ini aku tidak lagi lirih, tapi serasa ada kekuatan menyerap.

Asyraf Husaini memandang tepat ke wajahku. Aku menunggu balasannya.

“Terima kasih,” itu sahaja jawapannya.

Dia senyum lantas bangun menuju ke luar rumah.Deruan enjin kereta Perdana berlalu pergi. Aku tahu ke mana arahnya. Pasti ke masjid.


Bookmark and Share




  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.060604 saat. Lajunya....