Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-08-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: lysazae
Hari Ini: 1
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13715

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Dari Galeri
rosacanina

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 5 hari yang lalu


Warisan Kita
Topik: muslimah berilmu bersopan santu, ayuh warga hanan.com kita berpantun,,


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Warisan Kita
    »» muslimah berilmu bersopan santu, ayuh warga hanan.com kita berpantun,,

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Oleh muslimah berilmu bersopan santu, ayuh warga hanan.com kita berpantun,,

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-03-09 15:28


Terdetik difikiran nak buka satu topik pantun (hehe..ala, macam dalam topik ukwah.com tuu). bukan apa, semenjak dua tiga menjak ni kawan-kawan satu ofis asyik berpantun tapi cuma 2 kerat..memang tak terjawab dibuatnya kalau nak berpantun cara spontan. :lol:

Bila tak dapat jawab ada lagi kedengaran

"dengar lagu ahmad nawab,
jawab, jangan tak jawab. :-P

Saya percaya dalam hanan.com ni, ramai yang berbakat besar, so mari kita kongsikan bersama. Tak kisahlah pantun 2 kerat, 4 kerat lagi bagus. dan kalau ianya mempunyai maksud yang baik (pantun nasihat)..dialu2kan..

ayuh warga hanan.com.,

ilmu berpantun mari sebarkan,
untuk kita berkongsi sama,
jangan tuan jangan pendamkan,
kelak ilmu tidak kemana.
:jangan: :sopan:


-----------------
Hidup mesti terus...



Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-03-09 15:40


bukan saya tak nak berpantun.
tapi memang tak reti pun.
hihi.
[ Telah diedit oleh: myway pada 25-03-09 15:43 ]


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-03-09 16:12


Assalamualaikum

pergi kedai beli burger,
mari saya jawab pantun ye.. :-P

salam sayang salam manja,
buat warga hanan yang setia,
berpantun ini bukan saja-saja,
cuma nak menceriakan suasana.

petik buah tak tercapai-capai,,
ada jerung dalam laut,
pantunku ini memang cikai,
untuk warga hanan yang kiut miut.

ini saja pantun spontan ku beri,
lain kali berpantun lagi,
salah silap harap dimaafi,
bye,bye,wasalam tata titu titi.. :-P


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-03-09 16:22


Pada 25-03-09 15:40 , myway posting:

!!! QUOTE !!!

bukan saya tak nak berpantun.
tapi memang tak reti pun.
hihi.


tu kan dah jadi pantun 2 kerat cik myway.. :sopan:

Main congkak dengan cik siti,
diberanda rumah diwaktu pagi,
alahai cik soleha yang baik budi,
pantun dibalas mencuit hati.


:sopan:


-----------------
Hidup mesti terus...



Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-03-09 16:41


ya Allah kak main pantun pula.. saya tau pantun dua kerat saja bah..
kitak tak paham,:)


-----------------
Success Through Endeavour ;



Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-03-09 13:31


Pada 25-03-09 16:22 , sadiqah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-03-09 15:40 , myway posting:

!!! QUOTE !!!

bukan saya tak nak berpantun.
tapi memang tak reti pun.
hihi.


tu kan dah jadi pantun 2 kerat cik myway.. :sopan:

Main congkak dengan cik siti,
diberanda rumah diwaktu pagi,
alahai cik soleha yang baik budi,
pantun dibalas mencuit hati.


:sopan:



Assalamualaikum

tengok F1 atas highway,
sambil ketawa berdekah-dekah,
wahai cik akak myway,
sahutla cabaran cik sadiqah..
kuang kuang..


gigi boye sudah tiada,
sebab makan kulitnya sendiri,
tapi apakan daya,
idea gila-gila menggelikan hati.


pak najib berasal dr pekan,
pak lah suka laksa penang,
lama sudah nak ku katakan,
sebenarnya pikiran ni memang pening.


lompat lompat si katak lompat,
lompat lompatlah tinggi tinggi,
idea datang bertingkat-tingkat,
bila nak tulis mula lah idea lari.

:bye: :bunga:


-----------------



[ Telah diedit oleh: halesolurun_84 pada 26-03-09 13:34 ]


Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

maricella
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 48
Posting: 390
Dari: gemas, negeri 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-03-09 13:46


Disuluh jalan penerang malam,
lampu neon bersusun atur,
tegurlah kita sesama islam,
agar ukhwah bertambah subur.

Burung puyuh berbuat sarang,
sarang rebah di atas rimbunan,
Ukhwah disemai dibajai sayang,
kasih berputik berbuah persahabatan.

Andai kasih tidak kesampaian,
jangan sekali takdir disalahkan,
Membina ukwah dalam keikhlasan,
membentuk peribadi dalam hubungan.

Bunga ukhwah berkembang mekar,
andai dijaga waktu semaian,
Jika salah tunjuklah ajar,
sesama kita beri teguran.

Kasih disemai bakti dituai,
jadi pepohon berbunga kejujuran,
Andai usaha dirundun badai,
mengeluh jangan bangkitkan keazaman.

Tanpa keberanian mimpi tak bermakna,
andai usaha sedikit cuma,
Sahabat ketawa sentiasa ada,
bila menangis hilang semua.

Syukur panjatkan pada YA RABBI,
pertemuan kita dihari ini,
Andai terpisah dari duniawi,
mohonlah agar dipertemukan kembali


-----------------



●ŠēВưΜВưňĞ ĶĭţĂ ŝĚťĀρ


Bookmark and Share




  Member Information For maricellaProfil   Hantar PM kepada maricella   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-03-09 14:39


wah... cik maricella dah menurunkan ilmu pantunnya. kalau tak silap pantun karyanya selalu kedengaran di IKIM.FM.

Andai terpisah dari duniawi,
mohonlah agar dipertemukan kembali,
berkasih sayang kerana Ilahi,
bertemu "disana".. InsyaALLAH pasti.


-----------------
Hidup mesti terus...



Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-03-09 11:41


pantun dua kerat terima tak kak sadiqah??
hihi


-----------------
Success Through Endeavour ;



Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-03-09 14:11


ohoho..baru perasan namaku disebut,
oleh cik hales yang rock dan kiut miut,
nanti aku dan kooorang2 jadi serabut,
penangan pantunku buat semua jadi silent dan mute.

hahahaha...


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-03-09 11:33


Pada 28-03-09 11:41 , suterakasih85 posting:

!!! QUOTE !!!

pantun dua kerat terima tak kak sadiqah??
hihi



boleh cik sk85. mula-mula dua kerat, esok2 tambah lagi 2 kerat. :kelip:

setitis embun dinginnya pagi,
insan lena dibuai mimpi,
salam kuhulur seikhlas hati,
buat warga hanan yang dikasihi.


-----------------
Hidup mesti terus...



Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-04-09 16:26


salam alaik..

oh.. mari berpantun ek..
okeylaa ss nak jawab.

ibu ayam di atas kayu
ok.. ss nak lalu.. :kelip:

( asek anak saja.. bagi pulak pada ibunye..kih.kih. )


dulu teman dok di serdang
kini sudah berpindah ke bandar tun razak
atoi.. teman jarang nak online manjang
sebabnya cyber cafe jauh nak menapak

kini teman dah jadi pendidik
ehehe, best juga dapat tarbiyah adik
(pntun 2 kerat )

tasik kenyir memang cantik
siapa tak pergi lagi memang rugi
haa, macam mana pntun cek
haa, balaslaa cik sadiqah oi

hihihi.. :sopan: :-D

** dik maricella.. kak dah lama tak dengar ikim.
hp ijo.. yang ada radio dah hilang.
so.. boringnyee...huhuu.. tak dapat dengar iKIm.

buat adik maricella.

sedap sungguh buah durian
makan seulas memang tak puas
time kasih hantar nukilan
nanti kak bakal membalas.

:-D :-D


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-05-09 15:39


Assalamualaikum

buah durian buah mangga,
jom pantun suka-suka..

hari-hari makan cili,
saja-saja nak ceriakan hari..

siapa nak jual pantun di sini,
saya nak jadi pembeli..

adess.. semuanya pantun 2 baris,
sampai bila lah nak habis..

jom makan buah pelam,
wassalam..


-----------------



[ Telah diedit oleh: halesolurun_84 pada 25-05-09 15:39 ]


Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-05-09 07:40


sayang sahabat kenang-kenangkan,
walau berjauhan tetap diingatan,
ukhwah yang ada kita pertahankan,
moga kasih sayang terus berpanjangan.

INSYAALLAH.. ;-)


-----------------
Hidup mesti terus...



Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

HannahZahrah
WARGA RASMI
Menyertai: 16.03.2009
Ahli No: 10067
Posting: 4
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-05-09 19:49


pagi-pagi cabut ubi
makan ubi di tengah hari
gembira sungguh rasa di hati
ukhwah.com bakal kembali

sana suka sini pun suka
ukhwah dan hanan banyak manfaatnya
mai lah kawan jangan tengok saja
ambil isi dapatkan ilmunya


Bookmark and Share




  Member Information For HannahZahrahProfil   Hantar PM kepada HannahZahrah   Quote dan BalasQuote

tokcik
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.06.2009
Ahli No: 10712
Posting: 129
Dari: perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 17-06-09 22:43


Assalamualaikum
Tokcik pun nak try berpantun..

Pakai jam di tangan kiri,
pakai gelang di tangan kanan,
rasa gembira di dalam hati,
menjadi warga rasmi Hanan.


Gembira bertemu 'cucu' kesayangan,
suterakasih nama gelaran,
Masuk ke sini dengan harapan,
menjana ilmu dan memupuk persaudaraan.


.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For tokcikProfil   Hantar PM kepada tokcik   Pergi ke tokcik's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-06-09 08:35


Pada 04-04-09 16:26 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!

salam alaik..



tasik kenyir memang cantik
siapa tak pergi lagi memang rugi
haa, macam mana pntun cek
haa, balaslaa cik sadiqah oi





tak perasan namaku disebut di sini..
amboi2 cik SS..nak cek balas balas pantun ye..
kejap, nak kunyah sirih dulu..
sambil kunyah sambil cari idea.. :terliur:

tasik kenyir nama diberi,
keindahan terserlah memukau pandangan,
memang hajat nak pergi bercuti,
kesempatan diri belum kesampaian.. :roll:

erm..best pula berpantun sambil mengunyah sirih.
teringat sahabatku cahayakuiman, dialah yang mula-mula hulurkan "sirih keramat" ni..hehe.

Salam ukhwah sahabatku semua,
Berpantun bersama penuh ceria,
Terselit pengajaran panduan bermakna,
Moga terpandu sejahtera terpelihara.

Hendak mengail ikan dikuala,
Bekalan umpan dibawa bersama,
Hidup ini sementara cuma,
Akhirat sana amal pembela.

Mari memuji kebesaran ilahi,
Kasihnya luas melangit tinggi,
Walau ujian hebat dirasai,
Anggaplah itu dugaan menguji,

Dinginnya malam berlalu ke pagi,
Insan terlena dibuai mimpi,
Dosa yang lalu jangan diulangi,
Mohon petunjuk moga dilindungi,

moga redha ALLAH mengiringi perjalanan hidup kita didalam MENUJU DESTINASI ABADI... :-)


-----------------
Hidup mesti terus...



Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-06-09 10:12


Pada 17-06-09 22:43 , tokcik posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
Tokcik pun nak try berpantun..

Pakai jam di tangan kiri,
pakai gelang di tangan kanan,
rasa gembira di dalam hati,
menjadi warga rasmi Hanan.


Gembira bertemu 'cucu' kesayangan,
suterakasih nama gelaran,
Masuk ke sini dengan harapan,
menjana ilmu dan memupuk persaudaraan.


.



ni pantun untuk tokcik...
:sopan:
masuk hanan jumpa tokcik...
sayang tokcik... :kelip:

boleh ke pantun 2kerat ini..
marah kak sadiqah nanti :-D


-----------------
Success Through Endeavour ;



Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-06-09 11:06


boleh saja cik sk85

ayat tersurat makna tersirat,
mari dikaji jawapan dicatat,
ilmu yang ada jangan disekat,
kita yang rugi ilmu tak dapat..huhu


-----------------
Hidup mesti terus...



Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

tokcik
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.06.2009
Ahli No: 10712
Posting: 129
Dari: perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 18-06-09 18:25


Pada 18-06-09 10:12 , suterakasih85 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-06-09 22:43 , tokcik posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum


ni pantun untuk tokcik...
:sopan:
masuk hanan jumpa tokcik...
sayang tokcik... :kelip:

boleh ke pantun 2kerat ini..
marah kak sadiqah nanti :-D



cucu tokcik tak reti pantun ye.. :lucu:
mai tokcik bagi pantun..

Suterakasih belajar berpantun,
berhenti sekejap pekena susu,
cucu tokcik orangnya penyantun,
sebab tu tokcik sayangkan cucu... :-D


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For tokcikProfil   Hantar PM kepada tokcik   Pergi ke tokcik's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Warisan Kita
    »» muslimah berilmu bersopan santu, ayuh warga hanan.com kita berpantun,,

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.074708 saat. Lajunya....