Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Segenggam benih akan menghasilkan sekebun pokok

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 14
Ahli: 0
Jumlah: 14




  Dari Galeri
hai semua, salam perkenalan dr saya....

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 476 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: sekufu dalam perkahwinan..penting ke


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» sekufu dalam perkahwinan..penting ke

Please Mendaftar To Post


Oleh sekufu dalam perkahwinan..penting ke

bulanmatahari
WARGA RASMI
Menyertai: 03.02.2009
Ahli No: 9784
Posting: 12
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-03-09 00:43


Assalamualaikum
Duduk sama rendah berdiri sama tinggi, itulah ungkapan yang sering digunakan dalam masyarakat Melayu untuk menyatakan kesepadanan dan kesesuaian sepasang pasangan suami isteri. Luahan sebegini jelas menunjukkan naluri manusia yang menolak ketidak sepadanan. Apatah lagi sebuah perkahwinan itu adalah penyatuan dua hati yang diharapkan berkekalan selama-lamanya. namun apa yang menjadi persoalan saya adalah..adakah islam menjadikan sekufu ini sebagai syarat dalam sesebuah perkahwinan. apakah tanpa sekufu sesebuah perkahwinan itu akan tergugat atau goyah?


-----------------
hidup sekali hiduplah yang terbaik


Bookmark and Share




  Member Information For bulanmatahariProfil   Hantar PM kepada bulanmatahari   Quote dan BalasQuote

e-zah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 14.10.2008
Ahli No: 9176
Posting: 137
Dari: alor setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-03-09 08:39


sekufu adalah subjektif tidak ada penanda aras yang diletakkan kepada kita untuk menceritakan sekufu itu ini kerana manusia yang dijadikan Allah adalah berbeza. setiap perbezaan yang dikurniakan tidak semestinya kita tidak sekufu dan tidak pula ditaksirkan kita sekufu. dalam istilah sekufu bermaksu sama atau mempunyai persamaan namun tidak pula dijelaskan persamaan dari segi yang bagaimana. kepada yang lebih arif diminta memberi penjelasan yang mudah dan dapat difahami umum.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For e-zahProfil   Hantar PM kepada e-zah   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-03-09 09:14


salam...

tu hanya salah satu syarat atau batu aras..tapi BUKAN penentu sah atau tak perkahwinan..bagi mengelak timbul sebarang masalah dikemudian hari.

sekufu/setaraf tu memang objektif.. bergantung kepada apa yang nak dititik beratkan oleh seseorang dalam membentuk rumah tangganya.

namun memang ada aliran dalam islam sendiri yang menentukan kewajipan memilih sekufu ini. contoh,kesinambungan keturunan antara syed & syarifah, perempuan dah biasa hidup mewah, tak perlu membuat sebarang kerja, tup2 kawin dengan lelaki miskin yang memerlukan dia hidup susah. ditakuti akan menyusahkan hidup perempuan & lelaki tu kelak. dan antara ahli maksiat dengan ahli agama. ditakuti ahli agama itu kan tersesat kemudian harinya. begitu juga dengan contoh yang lain-lain.NAMUN, jika perkara ini mampu diharungi sebaiknya, tak ada masalah

apapun, aspek kesihatan antara yang perlu dipertimbangkan juga dalam perkahwinan ini bagi menjami benih yang berkualiti


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

haina
WARGA RASMI
Menyertai: 20.08.2007
Ahli No: 7795
Posting: 10

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-09-09 09:45


Syarak memang ada menggariskan tentang sekufu tetapi ianya bukanlah suatu yang menjadi wajib dibuat.........


Bookmark and Share




  Member Information For hainaProfil   Hantar PM kepada haina   Quote dan BalasQuote

tmn_syurga
WARGA RASMI
Menyertai: 13.10.2009
Ahli No: 11479
Posting: 10
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-10-09 09:24


Salam..
macam mana nak tau pasangan kita itu sekufu atau tidak kalau tak pernah jumpa...adakah dengan melihat cara hidup dan akhlak ahli keluarganya kita dapat tau seseorang tu sekufu atau tidak?


Bookmark and Share




  Member Information For tmn_syurgaProfil   Hantar PM kepada tmn_syurga   Quote dan BalasQuote

zahrahpermata
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 10.09.2009
Ahli No: 11347
Posting: 39
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-10-09 10:59


salam

bab sekufu dalam perkhawinan sangat penting terutamanya dalam bab agama...sangat dituntut...seeloknya carilah pasangan yang sekufu dengan kita....sebab itu lah sebelum khawin kita kena tahu latar belakang seseorang terlebih dahulu...tapi kalau dah jodoh tak kemana...


Bookmark and Share




  Member Information For zahrahpermataProfil   Hantar PM kepada zahrahpermata   Quote dan BalasQuote

tmn_syurga
WARGA RASMI
Menyertai: 13.10.2009
Ahli No: 11479
Posting: 10
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-10-09 11:34


apa pendapat sahabat-sahabat semua..kalau dia beragama,berakhlak..tapi dia tak ada dalam perjuangan dakwah..pendek kita xterlibat dalam usrah...


Bookmark and Share




  Member Information For tmn_syurgaProfil   Hantar PM kepada tmn_syurga   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.03.2009
Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-10-09 14:29


sekufu memang PENTING...
tapi bukan syarat utama sesebuah perkahwinan...
perkahwinan tak boleh berdasarkan CINTA sahaja...
ada perkara lain yang perlu dititikberatkan...
contohnya, dalam bidang pekerjaan...
sekiranya isteri mempunyai gaji lebih besar...
pada awalnya, perkahwinan mungkin ok...
tapi lama kelamaan mungkin ada perasaan tak puas hati...
mungkin si isteri berbelanja lebih untuk keluarga...
sebab itulah SEKUFU itu PENTING...

sebab itu suami dan isteri perlu pandai mainkan peranan masing-masing...
agar bahagia rumahtangga...
tak semestinya gaji berbeza atau taraf pendidikan berbeza, keluarga tak bahagia...


-----------------
Lilypie First Birthday tickers


Bookmark and Share




  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

tmn_syurga
WARGA RASMI
Menyertai: 13.10.2009
Ahli No: 11479
Posting: 10
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-10-09 10:40


macam mana pula dengan sefikrah? sama ke dengan sekufu? harap boleh bincangkan sama-sama...(^_^)
[ Telah diedit oleh: tmn_syurga pada 28-10-09 10:41 ]


Bookmark and Share




  Member Information For tmn_syurgaProfil   Hantar PM kepada tmn_syurga   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-10-09 10:50


Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai.

Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, merdeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan.

Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua.

    Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram.Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkahwinan seperti itu, tetapi memandangkan ianya suatu keredhaan kepada calon isteri dan walinya,

Syafei menghukumkan sahnya perkahwinan tersebut bergantung kepada keredhaan keduanya. Jika keduanya redha menerima ketidak sekufuan itu, perkahwinan tersebut adalah sah.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-10-09 15:38


Kufu tu syarat sampingan tetapi perlu diberi perhatian. Sebab kekadang timbul masalah bila tidak kufu bukan pada masa awal perkahwinan tetapi setelah beranak penak. Sekiranya suami yang tidak sekufu dari segi pelajaran tetapi mahu berusaha meningkatkan ilmu dan juga berakhlak mulia insyaAllah tidak akan timbul masalah. Tetapi bila isteri meningkat dalam kerjaya dan juga tangga gaji tetapi suami terus malas dan akhirnya beritahu pada orang lain aku ni drebar dia saja maka memang penting uruskan bab kufu ni.

Wallahuta'lah a'lam bissawab


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-10-09 15:48


tapi kan ummi...rumit lah hal ni...

bukan nak cakap perkara ni tak penting...tapi...

ummi tengok lah org kita sekarang ni...

kita memang boleh lagi kawal keluarga kita...

saya tak nampak pun org pentingkan hal ni...

tak perlu tengok org lain..tengok ahli keluarga sendiri..

hanya yang berilmu saja lah yang dapat bonus ni...

yang kurang ilmu...selesai dekat pejabat agama lah jawabnya...

[ Telah diedit oleh: wafahafiz pada 28-10-09 15:50 ]


Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

Yoyoy
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 23.07.2009
Ahli No: 11000
Posting: 53
Dari: www.yoyoyspa.com

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 19:34


sekepala termasuk dalam sekufu tak?

macam minat sama, selera sama, jantina saja lain


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For YoyoyProfil   Hantar PM kepada Yoyoy   Pergi ke Yoyoy's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.075294 saat. Lajunya....