Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 14
Ahli: 0
Jumlah: 14




  Dari Galeri
Assallammualaikum Muslimah Semua..Sayalah Orange..dan nama saya nur fathira...salam ukhuwah...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 477 hari yang lalu


Dalaman dan Lanskap
Topik: BONSAI -Sejarah Kewujudan Bonsai


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dalaman dan Lanskap
    »» BONSAI -Sejarah Kewujudan Bonsai

Please Mendaftar To Post


Oleh BONSAI -Sejarah Kewujudan Bonsai

maricella
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 48
Posting: 390
Dari: gemas, negeri 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-04-03 22:40




Bonsai merupakan satu perkataan yang menggambarkan kepada pelbagai situasi :- minat,tumpuan kepada seni dengan cara yang berbeza. Kemahiran pengetahuan terhadap bonsai ini memerlukan masa yang panjang, sehingga kadangkala peminatnya perlu menjelajah hampir keseluruh pelosok dunia semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik membentuk dan hal-hal yang berkaitan dengan tumbuhan ini. Sehingga boleh dikatakan ia boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan para peminatnya.

Daripada tumbuhan yang kecil dan renek, ia dibentuk dengan penuh seni untuk mendapat bonsai yang memuaskan. China merupakan tempat di mana seni bonsai ini berasal, sementara di Jepunlah bonsai ini dibentuk sehingga diterima kepelosok dunia. Di sinilah bermulanya seni menghias, wujudnya falsafah-falsafah mengenai bonsai serta sejarah mengenai tumbuhan ini dicatatkan.

Keunikan serta kesenian yang tergambar oleh pokok-pokok bonsai ini telah menarik minat dikalangan manusia untuk lebih menghargai seni hiasan. Keunikan tersebut telah membuatkan ia sesuai dijadikan sebagai pohon hiasan walaupun kadangkala harganya begitu tinggi. Namun harga yang tinggi tersebut adalah untuk menghargai nilai seni yang terdapat dalam tumbuhan tersebut.



Apakah sebenarnya bonsai?

Menurut masyarakat Jepun, bonsai mempunyai hubungan di antara alam, manusia dan Tuhan. Pendapat ini timbul daripada falsafah Zen-Buddhist, yang menekankan bahawa keadaan kerohanian hanya boleh digambarkan menerusi makna yang terhad, tetapi ia sebenarnya boleh bertindak lebih dari itu.

Terdapat sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa, cara terbaik untuk memahami falsafah mengenai apa yang tersirat di sebalik makna falsafah itu adalah perkataan bonsai itu sendiri. Bonsai diterjemahkan sebagai “tumbuhan di dalam bekas yang leper” atau “tumbuhan pasu yang renek”, namun terpulanglah kepada para peminatnya untuk memberi maksud sebenar perkataan bonsai itu. Apa yang penting adalah bonsai merupakan satu seni kehidupan. Bonsai tidak boleh disamakan dengan seni yang dilakarkan dikanvas, marbel atau sebagainya, kerana bonsai merupakan seni tumbuhan yang dicipta begitu unik.

Telah dicatatkan bahawa, bonsai yang turut dikenali sebagai ‘pen-jing’ atau ‘pun-sai’ di China tidak dinyatakan dengan jelas bilakah sebenarnya seni mengenai bonsai ini bermula serta bagaimana nama ‘bonsai’ ini ditemui. Apa yang pasti ia berkembang dan terkenal rentetan dari hasil seni yang terpancar dari bonsai itu sendiri.

“Tumbuhan di dalam bekas yang leper” atau “tumbuhan pasu yang renek” mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bukti yang ditemui, selepas penelitian yang teliti, didapati bahawa ia muncul semenjak kedatangan Kristian lagi. Contohnya, menurut lagenda China, ia adalah dari Dinasti Hang (266 s.m-220H) menyatakan bahawa kuasa untuk membentuk dan melakarkan hiasan taman, termasuklah hiasan pokok-pokok adalah merujuk kepada Fei Jiang Feng. Penulis mencatatkan ia bermula dari kurun ke-3 dan kurun ke-4. Ini kerana ketika zaman Dinasti T’iang (618-906 A.D) , pokok-pokok buluh, pokok pine dan pokok-pokok hiasan lain tumbuh dengan banyak dan suburnya.

Yang menariknya, kepentingan dan kegunaan tumbuhan ini telah dicatatkan dan telah diketengahkan penggunaannya dengan meluas. Hubungan di antara alam semula jadi, kebudayaan serta kehidupan manusai adalah saling berkait rapat dan ia muncul dari budaya-dudaya yang pelbagai di muka bumi ini, ini termasuklah budaya masyarakat Egypt, Greek dan Roman, Persians dan Hindu.

Tidaklah terlalu sukar untuk memahami mengenai tumbuhan tersebut, kerana manusia sering bercucuk tanam, sehingga keadaan ini membolehkan manusia mempelajari mengenai struktur bagi tumbuhan. Akibatnya mereka berupaya untuk mencantumkan antara satu jenis tumbuhan dengan jenis yang lain dan mendapat hasil yang unik dan menarik. Rentetan dari itulah timbul idea untuk menjadikannya sebagai pokok hiasan.

Bagi masyarakat Egypt, mereka menanam pokok didalam pasu, mengukir serta melukis gambar-gambar hiasan yang mana boleh ditemui di kuil-kuil seperti yang terletak berhampiran Thebes yang dibina 4000 tahun lalu. Mereka mendapati seni yang terlihat pada pokok-pokok yang ditanam di dalam pasu telah memberikan sesuatu yang menarik dan mengkagumkan dan ianya telah menjadi hiasan utama di Taman Queen Hatshepsut. Sementara Pharaoh Ramseses III telah mengembangkannya lagi dengan menanam pelbagai jenis tumbuhan termasuklah pokok zaitun, pohon kurma, rumput rumpai dan kemudiannya digubah dan dijadikan sebagai tanaman hiasan taman.

Bagi masayarakat Hindu pula, mereka mengubah pokok-pokok berdasarkan kepada perubatan Ayurveda. Teknik-teknik perubatan ini telah diamalkan sejak zaman dahulu dan masih lagi diamalkan sehingga sekarang.

Sehingga kini, kesedaran mengenai hiasan taman telah dipermodenkandengan menghasilkan beberapa bentuk rekaan bonsai yang unik dan menarik. Untuk mendapatkan satu-satu tumbuhan bonsai yang betul-betul menarik perlu memakan masa yang agak lama untuk mengubahnya. Oleh itu bahan asas kepada tumbuhan seperti matahari, tanah atau pasir dan air memainkan peranan yang penting untuk menjamin pokok hiasan kita segar dan kita memperolehi hasil seni yang memuaskan.

Namun apa yang pasti, sejarah mengenai bonsai lebih melibatkan negara Jepun dan China. Dikatakan dikedua-dua negara inilah lahirnya seni bonsai sehinggalah seni ini tersebar keseluruh pelosok dunia. Sehingga kini kita dapati bahawa seni bonsai masih diusahakan secara meluas di kedua-dua negara tersebut. Penerimaan bonsai sebagai tumbuhan hiasan tidak dapat dinafikan lagi dewasa ini. Keunikan seninya menjadikan taman yang dihiasi oleh pohon bonsai memancarkan suasana yang aman, damai menarik serta tenang. Seharusnya peminat-peminat bonsai pokok hiasan harus berterima kasih kepada pihak-pihak yang menemui seni ini. Bagi bonsai, nilainya lebih tinggi apabila umurnya lebih lama.



Jenis-jenis bonsai

Para peminat bonsai sanggup menghabiskan wang ringgit mereka semata-mata untuk mendapatkan bonsai. Pada mereka, apa yang penting bukanlah nilai harganya. Disebabkan seninya yang terpancar dari bonsai menjadikan para peminat mengumpulnya sebagai koleksi. Sebenarnya bonsai adalah berbeza-beza walaupun dari jenis pokok yang serupa. Apa yang membezakan antara satu bonsai dengan bonsai yang lain adalah rekabentuk tumbuhan ini. Selalunya untuk membentuk sesuatu pokok agar menjadi bonsai memerlukan masa yang lama dan memakan beberapa tahun untuk membentuknya. Beberapa jenis tumbuhan dapat dibentuk untuk menjadi bonsai, antaranya ialah:-



Pine putih Jepun (Pinus plaviflora)

Pine putih Jepun (Pinus plaviflora) sehingga hari ini telah dicatatkan bahawa ia telah berusia 265 tahun, ini menjadikannya tumbuhan tertua di dalam koleksi Brooklyn Botanic Garden Collection. Ketinggiannya adalah 80cm dan lebarnya adalah 120x90cm. Ia merupakan sejenis tumbuhan liar yang hidup di pergunungan Kepulauan Shikoku, Jepun. Pada 1964, ia telah di bawa ke Amerika Syarikat dari Kyuka-en. Secara keseluruhannya, bonsai yang telah berusia 265 tahun ini mempunyai ketinggian 950 dan lebar 750x700mm.



Bunga ceri Higan (Prunus subhirtella)

Bunga ceri Higan atau Prunus subhirtella merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan tumbuhan bonsai di Taman Botani Brooklyn oleh Frank Okamura. Kelebihan pokok ceri ini adalah bunganya yang cantik dan terdiri daripada pelbagai warna yang amat menarik seperti merah jambu pudar, putih dan merah jambu terang. Pokok ceri ini mempunyai jangka hayat yang lama dan dari segi penjagaannya pula mudah untuk dijaga. Kebanyakkan orang mendapati bahawa bunganya berkembang mekar dan cantik dengan lebih lama pada musim bunga.



Limau oren (Citrus aurantium)

Limau atau Citrus aurantium merupakan antara jenis yang digunakan pokok bonsai. Pokok ini memerlukan suhu minimum iaitu 13’c dalam masa 6 bulan selepas ia berbunga untuk memastikan buahnya masak dengan ranum dan warnanya cantik. Walaubagaimanapun ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah rosak jika dibiarkan dengan cahaya matahari yang terik. Begitu juga dengan serangga yang menyerang dan memakan buahnya yang sudah masak seperti burung. Namun jika betul cara penjagaannya maka ia akan menjadi pokok bonsai yang menarik dan menjadi pokok yang digemari oleh masyarakat Cina. Masyarakat Cina sering menjadikan pokok limau sebagai hiasan dan upacara keagamaan di dalam perayaan mereka.

Bagi menjamin pokok bonsai ini dapat tumbuh dengan baik disamping mengekalkan seninya, penjagaan terhadapnya haruslah dititik beratkan. Pemilihan pasir, tanah, cara penyiraman, memotong ranting-ranting yang tidak berguna serta pemilihan pasu yang sesuai juga akan menjamin bonsai yang cantik.

Selain pokok-pokok yang dijadikan pokok bonsai terdapat juga pokok-pokok yang dijadikan hiasan taman atau hiasan dalaman. Antara pokok-pokok tersebut adalah:-



Melati (Wrightia religiosa)

Keistimewaan bunga melati yang wangi serta selari dengan keindahan yang dipaparkan pada bentuk, tekstur, ukuran dan warnanya telah menarik minat manusia untuk menjadikan salah satu daripada tanaman hiasan.

Melati yang disebut juga sebagai Wrightia religiosa banyak ditanam dalam bentuk bonsai, topiari, berkelompok atau tunggal sebagai pokok pagar. Ia berasal dari Thailand, berada dalam kedudukan keluarga Apocynaceae. Di samping itu juga ia mempunyai banyak spesis yang wangi antaranya Susan kelapa (Tabernaemontana coronaria). Spesis lain yang dapat dikenal pasti adalah Wrightia tomentosa berasal dari India yang berukuran kecil dan kayunya dibuat pensil. Sementara itu Wrightia pubescens berasal dari Indonesia yang mana kayunya dibuat sarung keris; dan Wrightia laniti berasal dari Filipina pula sesuai untuk membuat kraftangan kecil. Wrightia javanica dari Thailand dan Indonesia pula berukuran kecil dan sesuai diguna untuk membuat rangka patung wayang kulit.

Pokok melati banyak ditanam di negara ini kerana sifat pokoknya yang tahan lasak di samping kegunaannya yang pelbagai. Ia mempunyai dua jenis, iaitu yang berbunga selapis dan berlapis. Bunga selapis mempunyai 5 kelopak putih, bercambah lima hingga enam tangkai dan mempunyai hujung tangkai yang tirus. Jenis bunga berlapis pula mempunyai lima kelopak putih berlapis dua, lebar sedikit dan tepi daun berikal (curl margin). Kedua-dua jenis ini dikatakan mengeluarkan bunga bermusim dan baunya sungguh harum pada waktu pagi serta malam, mungkin disebabkan suhu yang rendah.

Bunga melati banyak di dapati hidup segar di tempat dingin seperti Cameron Highland. Tempat ini bersuhu 20-30 darjah selsius dan suhu tropikana menyebabkannya sesuai untuk tumbuh.

Pokok melati adalah spesis berkayu, dengan tisu dahan dari hijau lembut menjadi matang dan keras seperti pokok bunga kertas serta bunga raya. Keratan dahan yang keras atau separuh keras sepanjang 20-30 sentimeter boleh dibiak dari akar dengan mudah. Untuk menjadikan pokok bunga melati ini sebagai tumbuhan hiasan, pembiakannya perlu dikawal. Selain dibiak menggunakan keratan dahan, cara tut udara juga boleh dilakukan. Dahan yang ditut atau dilentur selalunya berakar dalam tempoh enam bulan hingga lapan minggu.

Di samping kawalan terhadap proses pembiakannya, serangan penyakit keatas pokok melati ini juga perlu diambil perhatian. Kawalan keatas pokok bunga melati adalah untuk menjamin agar ia boleh pokok hiasan yang betul-betul cantik.

Disebabkan oleh baunya yang wangi serta bentuk tekstur yang menarik, bunga melati turut digunakan oleh beberapa golongan masyarakat seperti India dan Melayu dalam adat istiadat kebudayaan dan keagamaan mereka. Contohnya, bunga melati banyak digunakan di dalam upacara perkahwinan masyarakat India di samping sebagai perhiasan ketika perayaan. Di dalam perkahwinan masyarakat Melayu, ia dijadikan salah satu ramuan bunga rampai.



Puding (Codieum variegatum)

Pokok puding atau Coieum variegatum yang juga disebut dengan nama biasa seperti croton, puding emas, puding perak dan daun segenting adalah sejenis pokok renek yang mempunyai pelbagai warna daun. Ia lazimnya membentuk sebahagian lankskap.

Pokok puding dikatakan berasal dari Malaysia dan Kepulauan Pasifik. Ia berasal daripada keluarga Euphorbiaceae bersama pokok getah dan ubi kayu serta mempunyai 6 spesis. Pokok ini sesuai dijadikan sebagai pokok hiasan dengan ditanam di dalam pasu, atau sebagai pokok pagar atau ditanam secara berkelompok. Puding juga mempunyai daun berwarna-warni, berbelang atau berbintik dan memiliki bentuk berputar, berjurai serta berdaun genting. Oleh itu ia boleh memberi tekstur, iaitu bentuk yang diperlukan untuk mengindahkan lagi taman sebagai tumbuhan hiasan.

Secara umumnya, puding gemar akan cahaya matahari penuh, lokasi terbuka dengan edaran udara yang baik, kelembapan tinggi serta tanah gembur yang peroi yang mempunyai zat makanan mencukupi, seimbang serta lembap.

Bagi pembiakan pokok ini selalunya ia dilakukan dengan keratan akar atau secara tut atau cantuman baji. Bagi mendapatkan pokok puding yang sihat, segar serta dan mengeluarkan daun yang cantik, ia perlulah dibaja dari masa kesemasa. Ini adalah kerana tumbuhan yang segar dan sihat mempunyai daya ketahanan untuk mencegah penyakit dan serangga. Oleh itu penjagaan yang berterusan seperti penyiraman yang teratur dan mencukupi, cantasan yang baik untuk menentukan sudur pokok mendapat cahaya matahari dan aliran udara, tanah digembur serta dibaja. Ini semua bagi menjamin kesihatan dan kesegaran pokok.



Lemon Balm Leaf (Otacanthus caerulans)

Lemon balm leaf adalah merupakan tumbuhan hiasan dari negara luar yang telah dibawa kenegara ini. Berasal dari keluarga Scrophulaceae yang dikenali juga dengan nama sains Otacanthus caerulans. Ia berasal dari Brazil dan persamaan iklim negara tersebut dengan Malaysia antara faktor yang menyebabkan ia boleh ditanam di negara ini dan ia mempunyai 4 spesis.

Olacanthus caerulans berdaun bujur panjang 3-4 sentimeter, berpasangan, bergigi dan mengeluarkan bau yang wangi seperti minyak kayu putih. Bunganya yang panjang 4-5 sentimeter pula bercerobong dan berjambak serta mempunyai 2 bibir warna biru-unggu. Tumbesarannya cepat, dengan dahan menjalar atau menegak serta padat. Ciri ini membolehkannya digolongkan sebagai pokok lembut dan boleh ditanam di kawasan panas dan terbuka dengan kelembapan tinggi (60% keatas). Tekstur tanah yang gembur dan peroi serta mempunyai zat makanan mencukupi sesuai untuknya.

Pembiakan tumbuhan ini dilakukan dengan cantasan dan keratan dahan. Pokok ini boleh ditanam sebagai tanaman berkelompok dibawak pokok besar atau renek, selain diadun bersama pokok herba untuk menghasilkan hasil lanskap menarik. Penanaman semula boleh dilakukan selepas 4 hingga 5 tahun. Didapati pokok ini mudah ditanam dan dijaga. Yang pentingnya adalah menentukan persekitarannya agar sentiasa lembap dan mendapat bekalan air yang secukupnya. Selain mengeluarkan bunga unggu-biru, daunnya yang wangi tersebut amat menyegarkan.





-----------------



●ŠēВưΜВưňĞ ĶĭţĂ ŝĚťĀρ

Bookmark and Share




  Member Information For maricellaProfil   Hantar PM kepada maricella   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-05-03 21:27


terima kasih maricella..
pasni bolehla buat pertandingan guba bonsai..
camne.. ade yang berbakat ke..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-06-03 02:32


a'kum

tengkiu..

kita bleh buat sendri ke?


-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.079853 saat. Lajunya....