Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-03-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
-- Imam Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Waldor263
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13708

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Dari Galeri
kenangan sewaktu dinner kolej kediaman

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 9 hari yang lalu
Swarig123: 26 hari yang lalu


Dalaman dan Lanskap
Topik: Seni Taman: Pokok herba hiasan laman


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dalaman dan Lanskap
    »» Seni Taman: Pokok herba hiasan laman

Please Mendaftar To Post


Oleh Seni Taman: Pokok herba hiasan laman

maricella
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 48
Posting: 390
Dari: gemas, negeri 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-04-03 22:13




Page Title

TUMBUHAN herba digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman kesihatan, seperti tambahan diet, perisa dan pewangi selain kosmetik.

Minat masyarakat negara ini menanam tumbuhan ini sebagai pokok hiasan sama ada dengan kaedah pasuan atau terbiar adalah untuk dua tujuan iaitu hiasan laman dan keperluan perubatan.

Pokok lidah buaya, misalnya, adalah herba saka sekulen yang tumbuh sehingga 45 hingga 50 sentimeter (sm) tinggi dengan daunnya berisi bendalir, berwarna hijau, dipenuhi bintik bulat dan tepi daunnya yang tajam dan berduri turut menjadi pilihan peminat seni taman.

Keindahannya dapat dilihat pada tangkai bunganya yang boleh mencapai ketinggian satu meter yang muncul dengan segugus bunga yang berwarna kuning oren kemerah-merahan yang meluntur ke bawah.

Nama saintifiknya Aloe vera (L) Burm F dari keluarga Liliaveae dianggap sebagai ubat mentah yang penting dalam sejarah perubatan yang masih diguna secara meluas dalam perubatan moden mutakhir ini.

Ia mengandungi sebatian aspirin yang dapat melegakan sakit, menyembuhkan kecederaan kerana melecur, luka dan lain-lain selain kaya dengan nutrien serta mengandungi lebih 200 komponen aktif vitamin, mineral, asid amino, enzim dan bahan kimia tumbuhan yang lain yang dapat dimanfaatkan untuk menguat, mengekalkan dan menggalak aktiviti sel dalam tubuh manusia.

Hempedu bumi atau dikenali sebagai pokok akar cerita dengan nama saintifiknya Andrographis paniculata dari keluarga Acanthaceae adalah herba semusim yang mencapai ketinggian 60 hingga 70 sm dengan batangnya empat segi dan daunnya hijau pekat. Ia sesuai ditanam secara kelompok di kawasan yang lembap.

Masyarakat Cina, India dan Jawa memanfaatkan pokok ini sebagai pokok perubatan. Kebelakangan ini tumbuhan ini memikat pasaran herba dan farmaseutikal untuk dianalisis bagi memperoleh ubat yang mampu merawat penyakit HIV, Aids dan pelbagai simptom ‘myriad’ yang berkaitan dengan gangguan autoimun.

Herba pegaga adalah pokok semusim yang sesuai ditanam sebagai pokok penutup bumi di kawasan taman. Mempunyai batang halus dan daunnya berbentuk ginjal. Bunganya berwarna merah kecil.

Di negara ini, pokok ini ditanam untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Manakala masyarakat Cina menggunakan air daunnya sebagai penyejuk badan dan keturunan India memproses daunnya menjadi tonik untuk kecerdasan otak.

Sejak berkurun, tumbuhan herba ini digunakan di sektor perubatan Ayurvedic di India, China dan Madagaskar. Sehingga kini hanya Sri Lanka dan Madagaskar menjadi pembekal utama pegaga bagi pasaran farmaseutikal dunia.

Kunyit, herba saka yang tinggi mencapai satu meter yang boleh ditanam secara selang seli, berumpun, berwarna hijau dan lembut boleh ditanam menggunakan rizomnya. Ia dikenali sebagai Curcuma domestika Loir daripada keluarga Zingiberaceae turut dimanfaatkan rizomnya bagi perubatan tradisional.

Cymbopogon nardus atau serai wangi dari keluarga Graminae juga boleh dimanfaatkan sebagai pokok pagaran. Ia adalah rumput saka herba yang memiliki daun yang wangi, mengeluarkan rumpun daun yang lebat, rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1.5 meter. Ia dimanfaatkan untuk menghasilkan peralatan kecantikan diri kerana aroma daunnya dan kewujudan ciri-ciri antibiotiknya.

Satu lagi herba renek yang beraroma iaitu cekur dari keluarga Zingiberaceae. Ia dikenali dengan nama saintifiknya, Kaempferia, mempunyai daun yang tersusun padat dan tumbuh melebar di atas tanah.

Bunganya berwarna putih-ungu akan keluar di tengah pokok. Rizomnya bercabang dengan isinya berwarna kuning oren.

Tumbuhan ini sesuai ditanam di dalam pasu atau batas digunakan sebagai bahan ubatan tradisional untuk mengeluarkan kahak dan lendir, melegakan kembung perut dan mengeluarkan angin dalam badan.

Orthosiphon staminens, Beth adalah pokok bunga Misai Kucing yang mengeluarkan bunga yang cantik berwarna putih kebiruan dengan filamen yang panjang seperti misai kucing. Tumbuhan herba dari keluarga Limiaceae ini sesuai dijadikan tanaman lanskap selain boleh digunakan sebagai penawar penyakit karang atau radang ginjal.

Dukung anak atau Phyllanthus niruri Linn dari keluarga Euphorbiaceae juga herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50 hingga 70 sm di kawasan yang berorganik. Cabangnya jenis terbuka dengan daun majmuk bipinat. Buah dan bunganya amat kecil terserlah di bawah daun.

Tumbuhan ini tumbuh terbiar di negara ini tetapi terkenal di Amazon sebagai penawar karang hempedu. Manakala pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran.

Di negara ini, dukung anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sipilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.

Sejak kebelakangan ini, kecantikan bunga yang diserlahkan tumbuhan herba dari kumpulan halia (Zingiberaceaae) iaitu bunga kantan turut menjadi elemen yang popular di kalangan peminat seni taman untuk mengindahkan taman masing-masing.

Herba ini mempunyai 50 genus dan 1,500 spesies yang tumbuh subur di hutan Tropika termasuk di negara ini. Antaranya ialah Heliconias, bunga pisang, cannas dan marantas tumbuh subur dan terbiar di kawasan hutan.

Bagi memenuhi permintaan, herba jenis Etlingera elatoir, Corneri, Hemisspaerica, E Venusta, Maingayi dan trioryalis dibekalkan di pusat pembenihan dengan harga tinggi.


-----------------



●ŠēВưΜВưňĞ ĶĭţĂ ŝĚťĀρ

Bookmark and Share




  Member Information For maricellaProfil   Hantar PM kepada maricella   Quote dan BalasQuote

Yoyoy
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 23.07.2009
Ahli No: 11000
Posting: 53
Dari: www.yoyoyspa.com

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 17:45


selain daripada kesihatan, ada juga herba yang boleh dijadikan pest control seperti serai wangi, bersifat aromatherapy.

Tumbuhan herba juga boleh digunakan sebagai shading strategies untuk sesuatu bangunan. Di Singapura, tumbuhan2 ditanam di bahagian facade sebagai green wall yang dapat merendahkan suhu bangunan, menghalang direct sunlight serta dapat merendahkan cooling load, seterusnya merendahkan bil eletrik untuk sistem penghawa dingin bangunan. Adakah baiknya jika landscaping bukan sekadar untuk mencantik kan tetapi untuk kesihatan.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For YoyoyProfil   Hantar PM kepada Yoyoy   Pergi ke Yoyoy's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.045362 saat. Lajunya....