Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-03-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
BE STRONG ENOUGH TO CONTROL YOUR ANGER INSTEAD OF LETTING IT CONTROL YOU...
-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Waldor263
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13708

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
Hmm, ni ana dengan best friend ana, Hanani...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 9 hari yang lalu
Swarig123: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: DERITA MENGUNDANG BAHAGIA...MESTI BACA!!!


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» DERITA MENGUNDANG BAHAGIA...MESTI BACA!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh DERITA MENGUNDANG BAHAGIA...MESTI BACA!!!

seriayu23
WARGA RASMI
Menyertai: 09.01.2009
Ahli No: 9680
Posting: 12

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 01:48


COPY FROM SOLEH.NET


Derita yang mengundang bahagia                         15 May 2008

Terima kasih kepada Hiz yang mengirim cerita ini melalui komentarnya di post Isteri Curang Menghadapi Siksa Dunia. Aku pindahkan ke sini, untuk tatapan semua. Mungkin ada yang dah pernah terbaca kisah ini. Aku pun tak pasti sejauh mana kebenarannya. Yang pasti perkara baik kita jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Kisah ini berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Muar, Johor. Puan Salmah (bukan nama sebenar), kalau sekali pandang pada raut wajah yang tenang dan lembut itu, tentu kita tidak sangka beliau pernah menanggung penderitaan yang amat hebat.

Segalanya bermula selepas dia dikahwinkan dengan seorang pemuda pilihan orang tuanya di kampung tersebut. Pada awal perkahwinan mereka, rumahtangganya aman dan harmoni. Tetapi sejak kelahiran anak sulung, suaminya mula berubah sikap.

Suaminya itu menjadi seorang penagih dadah dan banyak menghabiskan masanya bermain judi. Bila kalah berjudi, dia akan pulang ke rumah dan meminta duit daripada isterinya. Kalau tak diberikan, dia akan dipukul, disepak dan diterajang tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Begitulah setiap hari dilaluinya dengan perasaan takut, cemas dan menderita mengenangkan nasib diri serta keluarganya.

Akhirnya kerana tak tahan melihat penderitaan Salmah, ibunya menyuruh suami Salmah menceraikannya. Salmah pun diceraikan dan pulanglah dia ke rumah ibunya. Tidak lama selepas penceraian itu, datang pula seorang pemuda melamarnya. Kalau diikutkan rasa hati, dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan masa depan anaknya, dia bersetuju.

Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki yang diharapkan dapat membela nasibnya, rupa-rupanya menjadi pengikis hartanya pula. Nasibnya tak ubah seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Suami keduanya juga panas baran dan suka main perempuan. Seringkali dia menjadi mangsa sepak terajang kerana tak mahu memberinya duit. Sehingga lembik tubuh dikerjakan, barulah dilepaskannya.

Saban hari begitulah nasib yang akan diterimanya. Badannya semakin kurus, matanya cengkung, mukanya pucat dan badannya sudah tak bermaya lagi. Tubuhnya calar-balar dipukul dengan kayu ataupun penyangkut baju. Tak terkata betapa hancur hatinya ketika itu. Namun dia sendiri pun takut untuk mengadu kepada sesiapa. Pernah dia mengadu pada jirannya, bila suaminya dapat tahu, lagi teruk dia dibelasah. Sejak hari itu dia takberani lagi mengadu pada sesiapa pun.

Tetapi dia masih ada tempat pergantungan. Di sanalah dia mencurahkan segala penderitaan batin yang ditanggungnya selama ini. Seringkali dibisik-bisikkan pada dirinya; walau berat mana pun penderitaan yang ditanggungnya, masih ada lagi orang di dunia yang nasibnya lebih buruk lagi. Itulah saja yang diulang-ulangkan demi memujuk hati yang remuk itu.

Pasti Allah tidak sezalim itu untuk membiarkannya sebegitu. Tentu ada sesuatu yang berharga di sebalik penderitaan yang ditanggung selama ini. Saban malam sewaktu suaminya keluar berfoya-foya dengan perempuan lain, Salmah sujud mencurahkan rasa hati pada Allah s.w.t.. Dia rasa tenang, dapat berbisik-bisik dengan ‘Kekasih’nya tanpa diganggu. Tidak pernah dirasakan ketenangan yang sebegitu rupa dalam hidupnya. Tenang kerana dapat tempat yang sewajarnya. Dia dapat rasakan cintanya berbalas.

Kini barulah dia memahami apa erti di sebalik kisah hidupnya yang terlalu tragis itu. Mengapa dua kali dia dipertemukan dengan suami yang panas baran? Rupanya, Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya). Kepada isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah seperti puan Salmah ini ataupun menderita akibat dimadukan oleh suami, jadikanlah penderitaan puan Salmah ini sebagai iktibar.

Sejak hari itulah puan Salmah mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Selama ini dia terlalu jahil dalam selok-belok agama. Mungkin kerana kegagalan memikat hati suami menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.

Setiap kali belajar agama, dia cuba mengamalkannya. Setiap kali suaminya pulang ke rumah, dia sudah bersiap dengan pakaian yang mengghairahkan, senyuman yang manis dan bersedia untuk memenuhi hajat suaminya. Suaminya terkejut besar melihatkan perubahan pada isterinya itu. Macam-macam dikata pada isterinya. Buang tabiatlah, sengaja nak gunakan ilmu sihirlah dan berbagai-bagai lagi dikatanya. Tapi Salmah tetap melayani suaminya seperti mana yang dipelajarinya.

Walaupun dia telah berusaha memujuk suaminya, namun suaminya masih tergila-gilakan perempuan jalanan yang mengikis poketnya dari melayani isterinya di rumah. Bagi Puan Salmah memanglah tidak semudah itu seseorang boleh berubah. Walau bagaimanapun dia masih tetap bersabar dan memberi masa untuk suaminya berubah. Dia yakin suaminya juga sedang membuat perubahan diri. Buktinya suaminya sudah kurang memukul, menerajang mahupun menamparnya sejak kebelakangan ini. Kalaupun dia marah, dia akan terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai dua tiga hari.

Walaupun puan Salmah mengetahui suaminya masih ‘main perempuan’, tapi bila tiap kali suaminya pulang ke rumah, dia akan berhias untuk suminya, berwangi-wangi dan melayan suaminya dengan manis muka. Sampaikan ibunya turut memprotes, “Kau ni dah gilakah? Apalah yang engkau layan sangat suami yang curang begitu. Dia bukan sayangkan engkau lagi. Dia tak hairan dengan layanan engkau tu. Di luar pun dia boleh dapat lebih dari itu.”

“Biarlah dia buat begitu. Dia kan masih suami saya. Saya wajib melayaninya dan taat padanya. Dosa yang dibuat tu, itu antara dia dengan Allah.”

Begitulah saban hari dilayani suaminya sehinggalah akhirnya suaminya berubah hasil kesabaran dan akhlaknya itu. Sewaktu pihak kami menziarahinya, masih kelihatan parut-parut di tangannya, tapi dia cuba melindunginya kerana tidak mahu kami melihatnya. Dia juga tidak mahu gambarnya diambil.

Bila ditanya apakah rahsianya boleh melayani suaminya walaupun mengetahui perangai buruknya itu, dengan selamba dia menjawab, “Saya terhutang budi padanya. Kerana sikapnya itulah saya mendapat hidayah dari Allah.”

Begitulah sebuah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Masih ada lagi wanita yang berjiwa besar seperti Siti Asiah, sanggup bersabar menghadapi suami yang zalim. Walaupun mungkin penderitaannya tidak seberat penderitaan yang ditanggung oleh Siti Asiah yang berhadapan dengan kejahatan Firaun yang menghukum bunuh sesiapa yang tidak sujud padanya. Bagaimana dengan wanita-wanita hari ini yang bergelar isteri-isteri? Ramai wanita yang bertuah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Sepatutnya setiap wanita mensyukurinya, jangan pula hanya pandai merungut, memendam rasa dan sering bermasam muka bila berdepan dengan suami. Tepuk dada, tanya iman.

Wallahu a’lam.


Bookmark and Share




  Member Information For seriayu23Profil   Hantar PM kepada seriayu23   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 08-05-09 18:19


kisah yang menarik dan saya kagum


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita


Bookmark and Share




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-12-09 15:59


wah...betul betul kagum...saya sendiri pernah mengalami sejarah hitam rumahtangga tapi saya sendiri tak mampu untuk jadi setabah beliau......


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

hanku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 27.01.2009
Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras

malaysia  


posticon Posting pada: 28-12-09 07:57


hurmm...betul-betul..jangan bila kita derita terus saja anggap hidup ni tak ada kesudahan..cerita ni boleh jadi panduan,...kalau kita ada msalah...carila jalan penyelesaian,berubah dan bertindak..:)


Bookmark and Share




  Member Information For hankuProfil   Hantar PM kepada hanku   Quote dan BalasQuote

AnaSolehah
WARGA RASMI
Menyertai: 10.08.2009
Ahli No: 11129
Posting: 15
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 15:55


betul-betul.. setiap sesuatu yang berlaku tu, ada hikmahnya.. Allah tak kan sia-sia kan hambanya..



Bookmark and Share




  Member Information For AnaSolehahProfil   Hantar PM kepada AnaSolehah   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 3361
Posting: 118
Dari: Pahang~Sel~Dubai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-12-09 18:50


salam...

Betul tu.. kisah ini ada sedikit persamaan dengan seorang kakak di kg saya. Dia telah dimadukan oleh suami tapi sejak bercerai dia dapat kekuatan dan kasih sayang Allah, sehingga penampilannya dah berubah menjadi muslimah sejati... alhamdulillah kadang perkara2 sebegini menyebabkan kita jadi rapat dengan Sang Pencipta


Bookmark and Share




  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-12-09 09:11


bila ujian datang, kena redha.. walaupun sukar tapi cubalah untuk redha.. dengan keredhaan ni, mungkin tahap keimanan kita bertambah..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.065427 saat. Lajunya....