Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Dari Galeri
bersama rakan sekerja, gambar ni masa kat Awana Hotel, meeting jabatan.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Petua Berharga
Topik: TIPS KESUBURAN UNTUK WANITA


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Petua Berharga
    »» TIPS KESUBURAN UNTUK WANITA

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh TIPS KESUBURAN UNTUK WANITA

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 08:08


TIPS KESUBURAN UNTUK WANITA

Untuk mengekal dan meningkatkan kesuburan, wanita perlu:-

* Mengawal berat badan. Jika dapat, kekalkan berat badan yang seimbang. Berat badan berlebihan boleh menyebabkan masalah ovulasi (pengeluaran telur) dan kitaran haid mungkin terganggu atau terhenti terus jika terlalu kurus.

* Kurangkan pengambilan kafein. Ada kajian menunjukkan pengambilan kafein melebihi 500 miligram sehari boleh melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80 hingga 175 miligram kafein. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah penyediaan dan jenis kopi diambil. Bertukarlah kepada kopi tanpa kafein.

* Kurangkan pengambilan alkohol, atau lebih baik berhenti terus. Alkohol berlebihan akan menjejaskan peluang wanita untuk hamil kerana ia merencatkan proses ovulasi.

from http://urutdanrawat.com/

* Bersenam secara tetap dan teratur. Senaman bukan saja dapat membantu mengekalkan berat badan, tetapi turut menjadikan anda lebih sihat dan cergas. Ia juga akan menguatkan badan untuk melalui kehamilan tanpa masalah. Senaman juga boleh mengurangkan risiko mengalami masalah sembelit dan vena varikos (urat kaki menjadi kembang dan berbelit) yang biasa dihadapi wanita mengandung.

* Jalani pemeriksaan hormon melalui ujian darah. Ini adalah masalah biasa yang menyebabkan wanita sukar mengandung.

* Berhati-hati mengambil ubat. Kebanyakan ubat, termasuk pil tahan sakit, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi dan anti kemurungan memberi kesan terhadap kesuburan anda. Sebaik-baiknya, ambil ubat apabila diarahkan saja.

* Buat pemeriksaan rahim. Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang untuk mengandung. Endometriosis (lapisan tisu yang tumbuh di luar rahim) akan menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan sakit. Kehadirannya juga meningkatkan risiko mengandung luar rahim.

* Selain itu, kitaran haid tidak tetap dan lama (melebihi seminggu), kerap mengalami senggugut, pernah keguguran melebihi dua kali, mempunyai bulu roma yang banyak dan lebat terutama pada muka, berlebihan berat badan, mempunyai masalah kesihatan (diabetes, lupus atau tekanan darah tinggi) juga boleh mengurangkan peluang untuk mengandung.



Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

Ummi_Iza
WARGA RASMI
Menyertai: 21.11.2007
Ahli No: 8065
Posting: 20
Dari: SABAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 10:57


syukran mazidah atas info yang diberikan


Bookmark and Share




  Member Information For Ummi_IzaProfil   Hantar PM kepada Ummi_Iza   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 12:58


Terima kasih kak..
erm cuba nak kurangkan berat badan ini.. adeii overdoss dah ni..hehe.. usaha.. usaha..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

Abby
WARGA RASMI
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 9531
Posting: 12

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 18:48


ad ap2 effect tak Kalau kita amk pil perancang 4 menstbilkn hormon?


Bookmark and Share




  Member Information For AbbyProfil   Hantar PM kepada Abby   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 15:47


salam....
abby....

pil2 untuk hormon ni side effect utama dia.. membesarkan badan kita.....jadi kena pandai kontrol makan dan banyakkan akitiviti pergerakan kalau tak nak badan naik mendadak

**saya makan pil clomid 3 cycle.... dalam setahun berat dari 60 dah cecah 70kg


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

Zarin
WARGA RASMI
Menyertai: 04.01.2009
Ahli No: 9655
Posting: 11

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-01-09 16:28


salam..syukran jazilan atas petua tersebut..saya nak tambat iaitu kena juga dari spy tidak stress tau :)


Bookmark and Share




  Member Information For ZarinProfil   Hantar PM kepada Zarin   Quote dan BalasQuote

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 14:31


Dulu masa dapat anak ke-5,pernah juga ambik injection untuk merancang kononnya..tapi penyakit lain pula datang! Temph period lebih 21 hari..pening kepala dibuatnya..dah stop yang tu..Alhamdulillah mengandung lagi..Lagipun suami tak suka merancang..Akak sendiri rasa bersalah makan pil perancang ni..sebabnya tak ada alasan syari'i mengapa mesti merancang..Akak bersalin normal tak ada masalah tumpah darah, uri ke bawah dan sebagainya..Alhamdulillah!

[ Telah diedit oleh: mazidah pada 14-01-09 14:44 ]


Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

Abby
WARGA RASMI
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 9531
Posting: 12

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 22:54


Kalau yang masih belum berkhwn ni makan pil perancang xmembawa mudarat ke?


Bookmark and Share




  Member Information For AbbyProfil   Hantar PM kepada Abby   Quote dan BalasQuote

Abby
WARGA RASMI
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 9531
Posting: 12

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 22:55


maksud saya akan datang boleh mengandung tak?


Bookmark and Share




  Member Information For AbbyProfil   Hantar PM kepada Abby   Quote dan BalasQuote

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 23:47


Kena rujuk pakar untuk dapatkan nasihat..tapi bukankah pil perancang ni untuk menjarakkan kehamilan saja..

Ada juga yang kata bila ambik pil ni akan datang susah nak mengandung....Allahua'lam..


Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

Abby
WARGA RASMI
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 9531
Posting: 12

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-01-09 18:36


tak tahu lah...sebab ad dktor yang bagitahu pil perancang ni boleh sebab kan seseorang tak boleh mengandung..


Bookmark and Share




  Member Information For AbbyProfil   Hantar PM kepada Abby   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-01-09 20:43


salam...

abby, pil perancang MEMANG UNTUK TIDAK MENGANDUNG

Kenapa nak makan jika belum kawin ye...pelik pula rasanya

jika untuk merancang agar di awal perkahwinan tidak mengandung.. minta khidmat nasihat gynae(bukan dr biasa). risiko jika makan pil ni... side effect dia-ada yang memang tak boleh mengandung langsung... kanser, kenaikan berat badan mendadak, dll.


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-01-09 21:53


Pada 15-01-09 20:43 , nur_kamar posting:

!!! QUOTE !!!

salam...

abby, pil perancang MEMANG UNTUK TIDAK MENGANDUNG

Kenapa nak makan jika belum kawin ye...pelik pula rasanya

jika untuk merancang agar di awal perkahwinan tidak mengandung.. minta khidmat nasihat gynae(bukan dr biasa). risiko jika makan pil ni... side effect dia-ada yang memang tak boleh mengandung langsung... kanser, kenaikan berat badan mendadak, dll.


Biasanya doktor akan bagi pil perancang untuk yang belum berkahwin bagi masalah period tak teratur, tak tersusun, terlalu lama dan yang sewaktu dengannya.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-01-09 23:21


salam...

pil perancang pun sifatnya untuk menahan haid dari turun.bila tiada haid, posibiliti untuk hamil akan kurang/tiada.

jadi bila dimakan sebelum kawin... mungkin hormon tu akan diperbetulkan agaknya?compare dari peranannya untuk orang-orang yang dah kawin.begitu pula


**tiada pengalaman period bermasalah.nanti try check balik kesan pil ni


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

Administrator


posticon Posting pada: 16-01-09 08:58


Salam, biasanya untuk yang belum kahwin dan mempunyai masalah haid tidak teratur itu bukan pil perancang, itu pil hormon. Pil perancang lebih kurang macam pil hormon, kena makan ikut masa dan setiap hari dan bezanya pil perancang adalah khusus untuk yang dah berkahwin.


Bookmark and Share




  Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-01-09 15:39


salam

alhamdulillah

tak sempat taip, lihat admin dah bagi jawapan.

yup, itu sebenarnya pil hormon. sifat dia untuk memperbetulkan masalah berkaitan hormon tidak stabil. jika pil perancang hanya untuk wanita yang tidak mahu hamil

side effectnya pula adalah menidak aturkan sistem hormon badan.


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

Abby
WARGA RASMI
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 9531
Posting: 12

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-01-09 15:17


Kalau pil jenis "MARVELON" or "REGIVIDON",, ni jenis pil hormon atau pil perancang?


Bookmark and Share




  Member Information For AbbyProfil   Hantar PM kepada Abby   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 13:05


salam

marvelon / regividon / norriday = pil perancang


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 13:08


buah delima pun dipanggil buah kesuburan.

'orang' kata... kalau nak dapatkan khasiat penuh... makan sebiji buah tu.. jangan kongsi kongsi. sebab dalam sebiji hanya sebuitr yang terkandung khasiat....

**tapi biasala orang2 yang ditua2kan ni.. ;) sebenarnya dia nak pesan... makan sampai habis... jangan membazir ;)


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

Abby
WARGA RASMI
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 9531
Posting: 12

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 13:37


doktor bagi saya ubat marvelon..dah confuse ni..elok ke tak saya makan pil ni?


Bookmark and Share




  Member Information For AbbyProfil   Hantar PM kepada Abby   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Petua Berharga
    »» TIPS KESUBURAN UNTUK WANITA

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.069761 saat. Lajunya....