Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Dari Galeri
Dengan Nama c(_l_) l Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang...salam ukhwah fillah daripada saya buat semua warga muslimah...;)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Bersama Ummi
Topik: gagal belajar


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bersama Ummi
    »» gagal belajar

Please Mendaftar To Post


Oleh gagal belajar

zarra
WARGA RASMI
Menyertai: 30.12.2008
Ahli No: 9631
Posting: 8
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-12-08 13:14


baru-baru ni result exam keluar saya telah diberhentikan. Saya menangis, wajah keluarga silih berganti, tbyang penat lelah saya selama 2 semester, siang berkerja ofis malam ke kelas,hujung minggu belajar sendiri.
Saya menerima hakikat seandainya usaha belajar saya masih kurang cukup.
masalahnya nak berdepan dengan kegagalan ni pun sukar apatah lagi untuk bedpan dengan kedua ibu bapa.

Orang yang tak pernah bodoh mana mungkin memahami, saya seolah tak layak mengatakan saya dah berusaha… Saya anak sulung, 3 adik belajar di IPTA dan seorang lagi masih bersekolah. Kebanyakan saudara mara terdekat pun org yang bpenddikan tinggi. Saya bukan pelajar cemerlang semasa diploma jadi saya buat keputusan untuk berkerja. diam-diam saya kumpul duit untuk sambung belajar..Saya juga tinggl bjauhan dengan keluarga.
Selepas setahun berkerja, permohonn untuk ke peringkat ijazah separuh masa di IPTA diterima tetapi kini saya diberhentikan.

Sekarang saya betul-betul rasa tertekan dengan kegagalan ni.hari pertama bangun tidur saya terus menangis sebab saya sedar apa yang berlaku semlm bukan mimpi.lambat & perlahan baru saya bangun untuk solat.saya berdoa untuk kedua ibu bapa saja yang lain lidah saya kelu tak terkata. Hingga saat ini ibu bapa saya belum tahu.serba salah rasanya.
Saya tak pasti sama ada tindakn merahsiakan perkara ini wajar atau tidak.
Saya tak nampak jalan lain selain saya perlu kuatkan hati mnempuhi keggalan ini tapi saya sendiri pun tak tahu setakat mana kekuatan yang saya ada.
Saya akan tempuh keggalan ni biar orang lain mencemuh tapi bukan kedua ibu bapa sendiri.Dalam hati merekalah kekuatan.Sebenarnya saya sendiri pun tak tau reaksi mereka & itulah yang saya takut untuk bedpan.
Kalau ibu bapa mencemuh, marah , pandang rendah atau mbandingkn dengan orang lain..saya tak tau apa kan jadi dengan saya..saya tak tau nak bawa diri kemana. .
Kalau saya diam kan perkara ini dulu, salah ke tindakan ni?
Kalau saya mohon semula belajar di IPTA yang sama, masihkah ada peluang @ pmohonn ditolak sebab saya pernah gagal?
Saya buntu, rasa kecewa, rasa rendah diri..belum mampu beritahu perkara sebenar sebab saya perlu ruang & masa untuk membina semula keyakinn diri…tapi berbohong pun bukan sesuatu yang mnyenangkan.
Saya bsedia buka hati untuk menerima nasihat & terima kasih.


Bookmark and Share




  Member Information For zarraProfil   Hantar PM kepada zarra   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-12-08 14:48


Salam, ana pun student part time juga, jadi ana tau bagaimana rasanya bila gagal periksa. Memang terasa tertekan tapi kalau difikirkan anda baru saja semester 2, masih awal lagi dan tak terasa sangat akan 'kerugian'nya. Ramai kawan-kawan ana yang dah semester 6 ke atas berperang dengan cgpa dan hampir-hampir anda. Ana pun tinggal dua semester lagi tapi status dah DALAM PERHATIAN 2. Bayangkan paper tinggal 6 dan insya Allah ana try buat 2 semester sebab ana kena habiskan paper ni dalam 3 semester lagi. Dah nak suntuk sangat-sangat dah ni. Dah nak cecah had maksimum dah..

Lepas ni boleh try u lain pula, insya Allah boleh sebab tak ada pun undang-undang kata yang dah gagal tak boleh sambung lagi. Ada juga kawan ana yang fail minta lagi, dapat juga. Kali ni kawan ni dia buat betul-betul dan pilih jurusan yang dia mampu buat dan dia minat. Berjaya pun dia akhirnya.

Jangan putus asa ya. Sebelum ni pun ana pernah masuk u tapi separuh jalan sebab fail juga. lepas itu ana try minta UITM. Akhirnya dapat juga.


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-12-08 17:49


salam.....

saya mungkin tiada pengalaman sebegini... sebab saya berjaya cemerlang sewaktu pengajian separuh masa... tapi mungkin pengalaman suami saya dapat membantu.

suami saya sekarang mengambil full time degree. akhirnya.sebelum ni part time. pagi kerja, malam kuliah. kadang dalam kuliah banyak masa dihabis untuk tidur sebab jarak perjalanan dari opis ke kampus yang agak jauh.dari seorang yang amat cemerlang sewaktu diploma, suami gagal ketika di peringkat ijazah.dia tinggalkan terus pengajian untuk hampir 5 tahun sebab masalah masa dan kewangan.macam biasalah, siapa yang tak memandang rendah bila dari seorang yang cemerlang jadi seorang yang dianggap macam tak ada kelayakan.

alhamdulillah, mungkin rezeki kami bernikah, suami sekali lagi diberi peluang untuk menyambung pengajian. tapi di peringkat umur yang dah tinggi. kali ni secara full time dan diberi biasiswa oleh opis dia. dalam peringkat umur ni macam biasa.. banyak yang selalu terlupa. gagal pun ada. tapi kena kuat semangat sentiasa.

usah rasa sedih....sebab kita masih punya kerja berbanding orang yang cemerlang dalam ilmu tapi tetap menganggur...mudah mudahan diberi peluang kedua selepas ni untuk berusaha dengan lebih cemerlang lagi. kalau rasa nak diamkan..... boleh didiamkan.. boleh sebenarnya nak apply balik U yang sama.. tapi mungkin hanya diberi peluang untuk pindah ke bidang yang lain atau yang tak sesukar itu


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 11:34


Saya faham situasi zarra.. saya pun pernah fail masa belajar.. banyak paper kena repeat semula bertambah lagi dengan subject yang saya belajar untuk sem baru..betul-betul buat kepala saya pening.. tak mampu nak fikir apa-apa saat tu dan saya dah cabut awal-awal dr situ.. sebab saya tahu saya sudah tak mampu nak teruskan lagi.. hurmm itu baru peringkat diploma.. terus terang saya katakan.. masa saya ambik keputusan keluar dari situ,saya tak sanggup nak menatap muka mak ayah saya.. sedangkan kakak saya selalu saja cemerlang kat U sama,adik-adik pun begitu.. malu pun dah tak berguna lagi..

saya harus membayar kekalahan saya.. saya tak mampu nak berdiam diri.. cemburu dengan kawan-kawan sebaya yang berhempas pulas di U.. saya tahu saya ni memang sedikit slow dalam akademik,saya ambil kemahiran.. saya asahkan bakat di situ sebab saya yakin itu satu peluang dan peluang itu saya nampak.. alhamdulillah Allah berikan jalan..

kat tempat baru saya belajar.. saya ambil banyak pengalama.. saya jadikan segala satu semangat baru.. habis 2 sem,saya praktikal..then sambung belajar lagi.. lepas itu praktikal balik.. memang banyak tempat nak praktikal sebab saya ambil kemahiran.. banyak pegalaman dan ilmu pengetahuan yang saya timba.. Alhamdulillah saya selesa dengan bidang ini dan insyaAllah saya mahu jadikan bidang kerjaya saya satu hari nanti..

saya bukan lah pemegang diploma.. apatah lagi digree.. saya hanya lulusan sijil saja.. walaupun begitu,ilmu yang saya ada bukan hanya sekadar di takuk sama.. masih lagi menceduk ilmu.. saya taknak bosan dalam mencari ilmu..tak perlu sedih.. tak perlu kecewa.. bila banyak perkara negatif yang kita fikir,makin negatifla pemikiran kita..

kalau nak belajar lagi ipta lama,try apply lagi.. insyaAllah.. kalau tak dapat pun,bukan rezeki awak kat situ..maybe kat tempat lain.. jangan lah cepat sangat nak bersedih.. banyak lagi perkara yang akan kita tempuhi masa akan datang.. anggap saja ini sebagai latihan untuk dugaan akan datang..

InsyaAllah.. :bunga:


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.559125 saat. Lajunya....