Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-01-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Manusia lahir ke dunia disambut dgn azan, manusia meninggalkan dunia diiringi solat, Alangkah singkatnya hidup ini hanya diantara azan dan solat.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Waldor263
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13708

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Dari Galeri
inilah saya marlina_sakura..moga ukhuwah yang kita bina ini akan diberkati dan berpanjangan...insyaallah..

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 2 hari yang lalu
Waldor263: 8 hari yang lalu
CrazyWood69: 22 hari yang lalu
Swarig123: 26 hari yang lalu


Muslimah Surirumah
Topik: 40minggu yang terindah


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» 40minggu yang terindah

Please Mendaftar To Post


Oleh 40minggu yang terindah

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-08 21:39


Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:

    * Tidak Datang haid.
    * Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
    * Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
    * Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
    * Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.

tanda-tanda awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.

Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Perubahan pada payudara disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada.

Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi. Bagaimanapun kadang-kadang ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya loya ini tidak diketahui, mungkin ia berpunca dari bertambahnya hormon seks yang dihasilkan ketika hamil. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi.

Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar-benar selamat.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

nuhan
WARGA RASMI
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 6442
Posting: 17
Dari: bangi

Perak  


posticon Posting pada: 05-03-08 11:21


Assalamualaikum..nuhan tak ada xperience lah pregnan2 ni..tapi nuhan rasa tempoh pregnan ni macam best..huhuh..lagi-lagi kalau 1st time baby..mesti seronok kan..anyway, thanks kak jiejot for the info..


Bookmark and Share




  Member Information For nuhanProfil   Hantar PM kepada nuhan   Quote dan BalasQuote

honey_nurhaliza
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 643
Posting: 146
Dari: Malacca Historical Place

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 05-03-08 17:06


of cource lah seronok time pgnant ni....semua org bagi perhatian kat kita...lebih-lebih lagi kalau 1st baby...fuhhh best...macam nak pgnant lagi saja rasanya...huhuhu...tapi tunggu lah irfan dan damia membesar dulu...:)


Bookmark and Share




  Member Information For honey_nurhalizaProfil   Hantar PM kepada honey_nurhaliza   Quote dan BalasQuote

asue
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 06.11.2003
Ahli No: 2777
Posting: 40
Dari: Tawau

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-03-08 09:33


assalamualaikum wrt. mengandung adalah detik yang terindah bagi para isteri. selain dapat menambah bilangan umat islam, mengandung dan kelahiran bayi juga adalah bukti cinta yang hakiki daripada allah kepada kita. masa asue mengandungkan anak pertama,(Iman Muhammad Zikry), syukur tak terhingga. tak ada sebarang masalah. 40 minggu yang terindah terasa sangat sekejab bila Zikry dah lahir. Alhamdulillah, sebagai seorang cikgu dan bekas pensyarah Sains dan kimia, segala perubahan fizikal, hormon2 yang keluar menjadikan asue lebih faham. yelah, dulu kita mengajar saja. bila diri dah alami sendiri, baru tahu. :-) . Sekarang, asue mengandungkan anak yang kedua (due 24 April 08 ni), dan dijangka akan dapat baby girl pulak,(insyaallah).debaran kian terasa. doakan asue selamat bersalin secara normal(kalau tidak ada sebarang masalah). Kepada para isteri dan bakal ibu, nikmatilah 40 minggu yang terindah ini penuh dengan kesyukuran, dan sebarang masalah yang dihadapi ditempuh dengan sabar. Allah telah memberikan kita rezeki, dan dia jugalah yang akan memberikan kita jalan penyelesaian.


Bookmark and Share




  Member Information For asueProfil   Hantar PM kepada asue   Pergi ke asue's Website   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-03-08 17:49


10 TANDA HAMIL




hamil

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!
rasa LAPAR YANG BERPANJANGAN

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
PERUBAHAN PADA WARNA DI SEKELILING PAYUDARA

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
KERAP MEMBUANG AIR KECIL

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
MERASA TAK BERMAYA

rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
SAKIT DAN TEGANG PADA BUAH DADA

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
PENDARAHAN IMPLANTASI DAN SENAK PADA hari-hari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada hari-hari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
rasa LOYA DAN MUNTAH

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.
SUSU ASAS BADAN TINGGI BERPANJANGAN

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
“MISSED PERIOD”

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.


Dan akhirnya..
UJIAN AIR KENCING YANG POSITIF

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan Tahniah!


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-03-08 17:50


doakan jie sahabat2 sekalian.. jie sekarang baru saja pgnant..

insyaALLAH..dan ini adalah zuriat pertama jie dengan suami setelah hampir 3 tahun penantian kami...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

ara_taqwa
WARGA RASMI
Menyertai: 21.03.2008
Ahli No: 8389
Posting: 7

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-04-08 15:27


Pada 26-02-08 21:39 , jiejot posting:

!!! QUOTE !!!

Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:

    * Tidak Datang haid.
    * Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
    * Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
    * Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
    * Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.




ye ke...belum ada pengalaman lagi... :roll:


Bookmark and Share




  Member Information For ara_taqwaProfil   Hantar PM kepada ara_taqwa   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 18:11


tiga minggu

/

empat minggu

/

lima minggu

/

enam minggu

/


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 18:13


tujuh minggu

/

lapan minggu

/

sembilan minggu

/

10 minggu

/


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 18:15


11 minggu



/


12 minggu

/


13 minggu

/

14 minggu

/

15 minggu

/


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

annajwa
WARGA RASMI
Menyertai: 22.01.2009
Ahli No: 9723
Posting: 1

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-01-09 15:06


sampai 14 minggu saja ke? :)


Bookmark and Share




  Member Information For annajwaProfil   Hantar PM kepada annajwa   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-01-09 18:27


hehehehe.....

puan anis kita ni dah sibuk dengan baby dia agaknya.... ;)

tak apa. insya allah saya sambungkan


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-01-09 18:33


16 minggu
/

17 minggu
/

18 minggu
/

19 minggu
/

20 minggu
/


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 17.03.2009
Ahli No: 10083
Posting: 85
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-11-09 14:41


ada update lagi tak gambar baby uk minggu seterusnya...
sesungguhnya 40 minggu memang pengalaman terindah...
walaupun saki masa nak bersalin... :)


-----------------
Lilypie First Birthday tickers


Bookmark and Share




  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

miss_yana
WARGA RASMI
Menyertai: 01.09.2009
Ahli No: 11305
Posting: 7
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-11-09 19:40


salam~
yana nak kongsi satu video..rasanya ramai yang dah tahu agaknya..
boleh klik di sini :

VIDEO


Bookmark and Share




  Member Information For miss_yanaProfil   Hantar PM kepada miss_yana   Pergi ke miss_yana's Website   Quote dan BalasQuote

DHambaAllah
WARGA RASMI
Menyertai: 24.09.2009
Ahli No: 11391
Posting: 20
Dari: Fort Nelson, Kanada

canada   avatar


posticon Posting pada: 07-11-09 16:57


Salam,

Semua pasangan yang bernikah amat menantikan saat ini. Saat pertama kali mendapat tahu kita hamil amat membahagiakan.
Inilah saat2 yang dinanti2. Seterusnya, selalu mengambil berat akan
perkembangan nya. Walaupun kedua-dua kehamilan diakhiri dengan
pembedahan ceasarian, namun saya amat bersyukur kepada Allah
kerana telah mengurniakan kami dua orang anak yang comel. benar-benar terasa besarnya ciptaan Tuhan. .... Allahu Akbar!!!


Bookmark and Share




  Member Information For DHambaAllahProfil   Hantar PM kepada DHambaAllah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.080029 saat. Lajunya....