Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Dari Galeri
This is my friends!!

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: huh, harap ada yang sudi membantu...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» huh, harap ada yang sudi membantu...

Please Mendaftar To Post


Oleh huh, harap ada yang sudi membantu...

qatrunnada
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 08.08.2003
Ahli No: 2160
Posting: 34
Dari: kerian

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 09:36


bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...
sahabat-sahabat yang dirahmati, sebelum meneruskan coretan, ingin ana memohon maaf jika terpaksa mengambil sedikit masa kalian dengan masalah, tak lain tak bukan hati dan perasaan..harap antunna sudi membaca..saya sekarang student syariah dan undang-undang di sebuah universiti tempatan..perjalanan saya sebagai seorang student masih jauh memandangkan dalam 5 tahun lagi saya menghabiskan pengajian..tapi baru-baru ini seorang student lelaki cuba mendekati saya..dia sendiri yang minta no hp dr saya dengan alasan ingin bertanya pasal pelajaran, saya berikan saja takut-takut nanti dikatakan sombong..pada awalnya, memang bertanya pasal pelajaran, lama kelamaan lebih daripada pelajaran tetapi tidaklah sehingga melanggar batas syariat..sedangkan itulah yang saya jaga sedari dulu lagi..student lelaki tersebut juga menunjukkan rasa minat terhadap saya..(bukan nak perasan,huhu, tapi kita kadang-kadang tahu bagaimana seseorang menyukai kita..)..setelah lama berkawan, dia sendiri yang menyatakan cukuplah setakat satu hari itu, kami berkawan kerana dia juga tidak mahu dirinya lalai, dia juga kata walaupun dia sayang dan cintakan saya, tapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara..saya sebenarnya memang menunggu dia sendiri sedar dan akhirnya memang dia sendiri sedar..tapi hakikatnya kami memang sedar tapi buat-buat tak sedar...(faham ke?)..tapi beberapa hari kemudian, dia mesej balik saya, katanya dia tak boleh terus tak berhubung dengan saya..(jangan salah sangka, kami tak pernah berbicara soal hati dan perasaan dan saya juga sering mengelaknya), dan sehingga hari ini, kami mesej seperti biasa tapi sangat jarang..satu lagi, dia juga seorang perokok tegar, tapi selepas setiap hari saya menyuruh dia berhenti di tengah-tengah perkenalan, alhamdulillah, dia berhenti serta merta walaupun setiap hari dia mengambil sekotak rokok dan membeli rokok secara berkaton-katon..dan sekarang, tipulah jika hati saya sedikit pun tidak terusik..saya cuba untuk elak jatuh sayang, tapi tak boleh, jatuh jugak,tapi saya tak pernah bagi tau dia.betul..huh, jadi sekarang apa yang harus saya buat demi menjaga kemaslahatan bersama, saya sering berdoa agar tidak diberi ujian cinta manusia, tapi ujian ini juga yang hadir dalam hidup saya..dan saya akui, jika hati saya terikat pada seseorang, memang saya tidak akan memandang yang lain..ini lebih mendamaikan hati saya kerana saya akan setia pada seorang sahaja..tidak berniat untuk berkawan dengan mana-mana lelaki lain..salah ke saya bersikap begini.. walaupun saya tahu perjalanan hidup saya masih panjang tapi tiba-tiba pulak ada yang datang menyinggah..bantulah saya, kalau boleh setiap org tolong beri pendapat demi menenangkan hati saya,,saya perlukan kata semangat dan penyelesaian..terima kasih....assalamualaikum..


Bookmark and Share




  Member Information For qatrunnadaProfil   Hantar PM kepada qatrunnada   Quote dan BalasQuote

abadaa
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 02.06.2006
Ahli No: 6619
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-11-07 14:39


waalaikumussalam..
bismillahirrahmanirrahim...

begitulah kehidupan...fitrah manusia..

nasihat saya kalau dah sedia, bernikahlah..
tahukan status wajib nikah..
kalau takj cukup syarat, berpuasalah..

itu jalan yang sangat dituntut..


saya pun pernah terjebak..
terus terang...saya sedikit lalai dalam beribadah..
sepatutnya saya mengingati Allah..

tetapi asyik teringat dia..


kan dah salah tu...

mungkin saya yang sememangnya lemah...

tanya diri sendiri....
mana Allah dan mana dia di hati kita...

bila dah putus, rasa tenang dan semakin dekat pada Allah..

nampak banyak kebaikan yang datang..

wallahualam...=)
semoga dapat membantu...


Bookmark and Share




  Member Information For abadaaProfil   Hantar PM kepada abadaa   Quote dan BalasQuote

srikandi86
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 03.02.2007
Ahli No: 7286
Posting: 21
Dari: uk

uk  


posticon Posting pada: 06-12-07 22:02


assalamualaikum ukthi..

nasihat ana, bernikahlah jika diizinkan oleh family..kerana itu sebaik-baik jalan untuk menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah sblumnya..itu jugalah sebaik-baik cara untuk menjaga hati dan mengelakkan diri dari terjerumus melakukan perkara2 maksiat..selamat bermujahadah~


Bookmark and Share




  Member Information For srikandi86Profil   Hantar PM kepada srikandi86   Quote dan BalasQuote

NurWahidaFauzi
WARGA RASMI
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 7874
Posting: 4
Dari: Bukit Mertajam

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 08:15


Pada 06-12-07 22:02 , srikandi86 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum ukthi..

nasihat ana, bernikahlah jika diizinkan oleh family..kerana itu sebaik-baik jalan untuk menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah sblumnya..itu jugalah sebaik-baik cara untuk menjaga hati dan mengelakkan diri dari terjerumus melakukan perkara2 maksiat..selamat bermujahadah~


ana setuju kata-kata srikandi86 ini..


Bookmark and Share




  Member Information For NurWahidaFauziProfil   Hantar PM kepada NurWahidaFauzi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.051419 saat. Lajunya....