Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tidak berbuat apa-apa ialah kubur kehidupan. Hidup tanpa bekerja ialah hidup tanpa kebahagiaan.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Dari Galeri
hi a'kum
ni lah saya hanya seorang hamba yang dhaif...selamat berkenalan semua

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: lagu ikut islam


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» lagu ikut islam

Please Mendaftar To Post


Oleh lagu ikut islam

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-04-03 18:28


LAGU MENURUT IMAM AL GHAZALI

Imam Al Ghazali dalam bukunya Ihya' Ulumuddin mengklasifikasikan lagu yang dibenarkan kepada tujuh jenis: · Lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi tempat suci seperti Mekkah dan Madinah. · Lagu yang menaikkan semangat untuk berjuang mempertahankan negara. · Lagu yang membicarakan tentang pertarungan dan sikap tabah yang sukar mengalah walaupun pada saat-saat akhir. · Lagu yang mengenangkan masa lampau yang menimbulkan kesedihan yang positif. Menginsafkan diri tentang hakikat hidup yang sebenar. · Lagu yang menerangkan keadaan diri yang menghargai seseorang dan mengembalikan kenangan manis. · Lagu bercorak ghazal yang sopan yang menceritakan tentang kisah cinta dan membayangkan hasrat untuk bertemu pada masa akan datang. · Lagu yang menceritakan keagungan sifat-sifat Tuhan, memuji dan mentahmidkanNya

wassalam


-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

maricella
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 48
Posting: 390
Dari: gemas, negeri 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-04-03 13:06


oooo camtu ke...?


Bookmark and Share




  Member Information For maricellaProfil   Hantar PM kepada maricella   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-04-03 13:20


iyerrr... kak maricella

mungkin orang lain ada maklumat tambahan.. silakan..

-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

shaz77
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 151
Posting: 36
Dari: Kuala Lumpur

Selangor  


posticon Posting pada: 19-04-03 20:48


Assalamualaikum..

Tertarik juga dengan petikan di atas ... Saya ada beberapa persoalan...

Sebagai seorang pelajar (bukan jurusan agama), apakah sebenarnya hukum bagi seseorang muslimah bernasyid??

 contohnya, saya sendiri pernah beberapa kali bernasyid sama ada untuk persembahan
@ pertandingan..

 mungkin lebih kepada niat kita sebenarnya.. betul ke?

 bagaimana pula bernasyid utk bertanding? Matlamat / niat sebenar semestinya nak menang !!

 kesimpulannya???? (untuk memudahkan saya dan rakan-rakan yg lain lebih memahami)

p/s : maaf sekiranya terkasar bahasa ..


Bookmark and Share




  Member Information For shaz77Profil   Hantar PM kepada shaz77   Pergi ke shaz77's Website   Quote dan BalasQuote

fitrah
WARGA RASMI
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 68
Posting: 3
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-04-03 00:47


assalamualaikum..

ana rasa kurang bersetuju jika muslimah bernasyid...mcm yg kite sume maklum,suara wanita tu aurat...

walaupun utk tujuan berdakwah sbb matlamat tak menghalalkan cara.


Bookmark and Share




  Member Information For fitrahProfil   Hantar PM kepada fitrah   Send ICQ Meesage To fitrah   Send AIM Meesage To fitrah   Quote dan BalasQuote

aisyatul_auni
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 177
Posting: 124
Dari: amman

jordan  


posticon Posting pada: 21-04-03 01:45


Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut; Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata; bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya

Firman Allah (maksud):

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka.." (Ankabut: 64)

KATA IMAM AL GHAZALI:

Apabila diajukan kepada Imam alGhazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan..dan semua guarauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima' yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerihatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerihatan sebenarnya menolong utk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya'.

Maka al lahwu (berhibur seketika) adalah ubat juga bagi jiwa. Maka allahwu sudah semestinya Harus. Tapi al lahwu seperti mana ubat-ubatan yang lain ia tidak boleh diambil secara berlebihan.

Jika al lahwu disertai dengan niat ibadah, ia menjadi ketaatan kepada Allah. Sesiapa yang mendengar nyanyian dan muzikal janganlah menganggapnya sebagai sifat terpuji! Tapi hanya sekadar mendapatkan kelazatan dan kerihatan semata-mata.

Manusia mempunyai tingkatan: perkara-perkara yang harus kepada golongan martabat ABRAR (golongan yang baik) adalah kejahatan kepada golongan muqarrabin ( mereka yang sangat hampir dengan Allah) dan seterusnya.

Oleh itu kita mesti mengambil hukum 'am/pada kadar yang biasa. Bagi yang mengetahui selok belok cara untuk mengubat hati, cara untuk melembutkan hati dan mendorongnya kepada kebenaran, secara pasti dia juga akan tahu bahawa merihatkan hati dengan perkara-perkara begini (lahwun dan la'ibun) adalah ubat yang berguna yang mesti digunakan (al Ghazali).
Nyanyian adalah Harus (dibolehkan) tapi dalam Acuan Islam . Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi'iy (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat. (Prof Qardhawi, halal ; haram , juga Fatwa Mu'asirat) Bermain gambus dan nyanyian oleh hamba sahaya sudah diamalkan sejak zaman Ali bin Talib dan tiada yang menegahnya..

Malangnya industri musik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.

Oleh itu rumusannya industri musik dan nyanyian yang harus ialah yang sesuai dengan fitrah manusia, menghibur dan memberi ketenangan kepada jiwa dan mematuhi adab-adab Islam ; ini menuntut kesedaran Islam yang tinggi dari pemuzik dan pencipta lagu Muslim supaya membentuk arahalir industri musik yang tersendiri dan terpisah drpd pengaruh jahat Barat. Sebarang percubaan Barat untuk menghanyutkan umat Islam kepada kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan, mestilah dihalang, menetapi kaedah Masoleh Mursalah (kepentingan awam), Sadd Adz Dhara'iy (menutup pintu-pintu kejahatan) dan Istiqra' (pungutan suara rakyat) juga Urf (adat budaya tempatan).

sebagai tambahan:
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya' Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan. 'Zaman' merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. 'Makan' merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan. 'Ikhwan': merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.

fi amanillah


-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For aisyatul_auniProfil   Hantar PM kepada aisyatul_auni   Quote dan BalasQuote

nur_indah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 174
Posting: 193
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 22-04-03 08:53


syukran jazilan aisyatul_auni..... bagus sekali huraian ukhti.... akak rasa dah cukup jelas, terang, dan tepat utk terangkan pade sume ttg bagaimana cara yg sepatutnye hiburan tu diambil dalam hidup seharian...

".... berhibur tiada salahnya,kerna hiburan itu indah.... hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..."

same2 lah kite ingat mengingati.... jauhi hiburan yg menyebabkan kita lalai dari persediaan untuk menghadap Rabbul 'Izzati... dan ingatlah juga dalam ape juga yg kite lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan....

wallahu a'alam...



-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Pergi ke nur_indah's Website   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-04-03 13:00


a'kum

time kasih atas info yang bermanfaat tu...


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

shaz77
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 151
Posting: 36
Dari: Kuala Lumpur

Selangor  


posticon Posting pada: 27-04-03 20:24


Assalamualaikum wrh.mth.

terima kasih kpd fitrah, aisyatul_auni dan nur_indah..

Kemusykilan saya terjawab akhirnya...

jumpa lagi...

salam* ukhuwah


Bookmark and Share




  Member Information For shaz77Profil   Hantar PM kepada shaz77   Pergi ke shaz77's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.299206 saat. Lajunya....