Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
-- Imam Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Dari Galeri
a'kum...

salam perkenalan dr saya.

-asma-

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: Air Liur Penting Untuk Mulut


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Air Liur Penting Untuk Mulut

Please Mendaftar To Post


Oleh Air Liur Penting Untuk Mulut

maricella
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 48
Posting: 390
Dari: gemas, negeri 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-04-03 00:07





Pernahkah adik terfikir apa gunanya air liur dalam mulut? Ramai orang tidak menyedari betapa pentingnya peranan air liur dalam kehidupan kita sehari-hari.
Air liur dihasilkan oleh organ pengeluar liur yang dinamakan kelenjar liur. Kelenjar ini berbentuk seperti anggur dan banyak terdapat dalam mulut kita. Liur ini akan keluar ke
dalam mulut melalui terowong kecil yang dinamakan duktus, yang menghubungkan
kelenjar liur dengan ruang mulut. Hujung duktus ini terletak di empat penjuru mulut
dekat gigi-gigi geraham pertama dan kedua.
Kita perlukan air liur kerana ia beraksi menghaluskan makanan yang telah dikunyah sehingga menyebabkan ia terasa enak dan mudah ditelan.
Dalam keadaan lazim, air liur juga berperanan sebagai pelincir dan pembersih mulut.
Ahli sains menemui bahawa dalam keadaan lazim, seorang remaja akan menghasilkan
sejumlah 3.7 mililiter (ml) air liur setiap lima minit. Jumlah ini akan meningkat kepada 13.8
ml apabila kita mengunyah.
Tetapi kelenjar liur boleh mengalami sekatan kerana perasaan tertekan yang amat seperti semasa mengambil peperiksaan, penyakit tertentu atau kesan sampingan ubat yang dimakan.
Rasa cemas ini akan menyampaikan arahan kepada kelenjar liur kita untuk mengurangkanb pengeluaran liur. Tetapi keadaan ini adalah sementara kerana setelah rasa cemas hilang, kelenjar liur kita berfungsi seperti biasa.
Tetapi kerosakan kelenjar liur boleh juga bersifat kekal. Misalkan, penderita penyakit
kanser mulut yang melalui rawatan sinar X akan mengalami kerosakan kelenjar liur yang
kekal.
Apabila fungsi kelenjar liur terencat sama ada secara sementara atau kekal, ia akan
menyebabkan jumlah air liur yang dihasilkan berkurangan.
Ini menyebabkan air liur menjadi kental. Keadaan ini juga lazim terjadi pada penagih
dadah. Kadangkala air liur langsung tidak keluar kerana kelenjar liurnya telah musnah
sama sekali.
Jika tiada air liur, gusi dan tisu lembut mulut akan terasa kering dan mudah luka. Tanpa air liur proses bercakap juga amat sulit kerana tekak kita terasa kering dan sukar untuk berfungsi.
Bila mulut terasa kering kita lazimnya lebih cenderung untuk mengambil makanan yang lembut dan cair. Ini menyebabkan sisa makanan tertempel lebih lama di stas permukaan gigi dan gusi.
Anehnya, sekalipun kelenjar liur musnah tetapi jumlah bakteria mulut tetap seperti biasa. Bakteria ini akan memakan sisa makana yang terlekat pada celah gigi.
Seperti biasa, proses ini akan menyebabkan asid terbentuk dan memusnahkan enamel gigi dengan cepat. Keadaan mulut yang kering pula akan menyebabkan proses pembentukan asid terjadi jauh lebih pantas dan ganas daripada keadaan lazim.
Menjaga kebersihan mulut amat penting apabila kita mengalami keadaan mulut kering. Gusi dan tisu lembut lain mudah luka. Oleh itu kita mesti menggunakan berus lembut dan dengan tekanan ringan.
Mengesip buah asam boi atau seumpamanya semasa menduduki ujian atau peperiksaan untuk meredahkan rasa takut dan cemas bukanlah suatu amalan yang baik dan patut dicegah.

-----------------



●ŠēВưΜВưňĞ ĶĭţĂ ŝĚťĀρ

Bookmark and Share




  Member Information For maricellaProfil   Hantar PM kepada maricella   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-04-03 13:15


akum

mmm trima kasih maricella..

klu tak tak tau pun


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

Nabilah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 37
Posting: 241
Dari: PeYrOcK....;)

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-04-03 13:58


Terima kasih atas maklumat berguna..


Bookmark and Share




  Member Information For NabilahProfil   Hantar PM kepada Nabilah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.264458 saat. Lajunya....