Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-06-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Dari Galeri
assalamualaikum...
ni gambo kite kat depan umah sewa.salam ukhuwah fillah..kalau ade kwn lame kite yg masih ingat kat kite, anto2 le msg...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 3 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: Struktur Gigi


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Struktur Gigi

Please Mendaftar To Post


Oleh Struktur Gigi

maricella
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 48
Posting: 390
Dari: gemas, negeri 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-04-03 00:04





Bagi anda yang gemar mengambil makanan bergula, perlu lebih berhati-hati kerana kandungan gula dalam makanan itu menjadi punca utama kerosakan gigi. Ia juga menyebabkan gusi anda bengkak dan mulut berbau busuk.
Sebelum membincangkan bagaimana kerosakan itu terjadi, anda perlu mengetahui pembahagian setiap batang gigi.
Gigi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu korona, leher dan akar. Korona ialah bahagian yang mudah dilihat apabila anda membuka mulut. Leher dan akar gigi tertanam dalam gusi dan tulang rahang.
Struktur binaan gigi terdiri daripada bahagian berikut:
Enamel - ialah lapisan gigi yang paling keras; terletak di lapisan luar sekali dan berwarna putih atau kekuningan.
Dentina - terletak di bawah lapisan enamel dan selalunya lebih lembut dan berwarna kekuningan.
Pulpa - tisu ini terletak paling tengah sekali dan mengandungi urat saraf dan saluran darah yang membawa makanan untuk gigi.
Simentum - lapisan nipis inilah yang mengelilingi akar gigi kita.

Gigi tidak boleh tegak tanpa sokongan bahagian berikut:
Gusi - ialah tisu lembut yang mengelilingi leher gigi.
Tulang alveolus - ialah tulang rahang yang menyokong akar gigi.
Membran Periodontium - ialah jaringan serat yang menyokong simentum ke tulang alveolus.

Setelah memahami struktur gigi, kita akan membincangkan pembentukan karies gigi. Karies terjadi daripada plak gigi. Plak ialah makanan yang melekat di celah gigi. Ia mengandungi kuman. Kuman itu akan bertindak balas dengan gula yang terdapat dalam makanan yang terselit di celah dan menghasilkan asid. Asid itu akan mrnyebabkan permukaan gigi menjadi lembut dan akhirnya gigi anda berlubang. Keadaan itu dipanggil karies gigi.

Gigi anda akan dicabut jika pembentukan karies gigi itu agak besar. Keadaan karies gigi yang serius boleh menyebabkan anda kehilangan gigi itu.
Sekiranya serangan karies gigi masih ditahap awal iaitu hanya melibatkan bahagian enamel ia masih boleh diselamatkan. Serangan karies gigi dianggap serius apabila ia merebak ke bahagian dentina. Pada tahap itu anda akan terasa sakit kerana ia hampir ke lapisan pulpa yang mengandungi banyak urat saraf yang sensitif.
Jika masih tidak mahu mendapat rawatan daripada doktor gigi, karies gigi itu akan merebak ke saluran pulpa. Ini akan menyebabkan gusi anda bengkak dan bernanah.
Walaupun terdapat kaedah rawatan khas yang dinamakan rawatan endodontik tetapi seringkali kaedah itu gagal menyelamatkan gigi anda. Gigi anda terpaksa dicabut. Anda bertanggungjawab kepada kesihatan gigi.
Anda boleh mengelakkan pembentukan karies gigi dengan mengurangkan makanan yang mengandungi gula. Selain itu, bersihkan gigi setiap kali selepas makan dengan memberus gigi atau sekurang-kurangnya dengan berkumur-kumur. Ini untuk mengelakkan makanan daripada melekat di celah gigi


-----------------



●ŠēВưΜВưňĞ ĶĭţĂ ŝĚťĀρ

Bookmark and Share




  Member Information For maricellaProfil   Hantar PM kepada maricella   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.05576 saat. Lajunya....