Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Dari Galeri
a'kum...salam mesra..salam manis...utk semua....

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 14 jam, 39 minit yang lalu


Forward Dari E-mel
Topik: Subject: Murtad Kerana Cinta...Astagfirullah!.. (memang panjang..tapi tolong lah baca sampai habis)


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Forward Dari E-mel
    »» Subject: Murtad Kerana Cinta...Astagfirullah!.. (memang panjang..tapi tolong lah baca sampai habis)

Please Mendaftar To Post


Oleh Subject: Murtad Kerana Cinta...Astagfirullah!.. (memang panjang..tapi tolong lah baca sampai habis)

zuraina
WARGA RASMI
Menyertai: 29.01.2007
Ahli No: 7266
Posting: 5
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-07-07 14:40


Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali.
Sesungguhnya aku tidak
sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku.
Allah tahu resah
dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu.
Aku sujud
panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku
terlena di atas
sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir
sebulan aku berada
dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya.
Tidurku dihantui
mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan
kekecewaan. Emosiku
terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama
itu.....

Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti
jawapan. "Macam mana?"
tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!".
"Kalau abang nak.....
adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku
gembira. Dia gembira.
Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat
sayang padaku.
Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami
kepada janin dalam rahimku.
Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit
peningku.Dan segala-galanya.
"Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,".
Hari-hari itu yang
diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang
soleh, yang luhur
pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada
akhir zaman. Lalu
hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik.
Biarpun dia masih di
dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang
menghubungkan aku dengannya.
Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak
kering melagukan ayat
suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah,
Yusuf dan Maryam telah
sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata,
suamiku akan
mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah
gembiranya hati bakal ibu
apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas
pada kalimah
tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan
setelah melalui kesakitan
antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat
senyumannya.

Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan
berwajah bujur sirih. Paling
seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia
tersenyum. Nur Amana,
nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya
Ilahi yang menaungi
setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar
dia menjadi wanita
terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah
az-Zahra, puteri
Rasullulah s.a.w. yang terunggul.

Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku
dan suami. Takdir Allah
s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi
selepas kelahirannya.
Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri
seorang itu sajalah
amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur.
Suamiku tidak banyak
bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti
diterima dengan reda.

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki
kecantikan lahiriah,
akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa.
Bila dipandang
menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat
suara pada orang tua.
Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya
menyentuh hati orang
lain.

Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul
coklat tiba pada
suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur
Amana yang cemerlang
dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke
Amerika Syarikat. Pun
begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti
suamiku. Aku yakin
dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia
mampu menangkis
segala unsur jahat.

Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan
yang tetap tawar biar
pun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit
rindu yang dalam.
Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan
bila menjamah
hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang
jauh dirantau
orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala
suratnya menitip
berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.

Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan
kejayaan membanggakan.
Air mataku menitis. Jauh di sudut hati. Aku berbisik
semoga anak inilah
yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila
hayat berakhir nanti.
Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu
perubahan yang
ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk
wajah ditutup dengan
kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan
itu menjurus kepada
kebaikan.

Seperti suamiku. Aku tidak membantah. "Di sana terlalu
banyak fitnah,
Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang
mendorongnya memakai
purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi
negara kafir tempat
Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur
Amana mengambil
langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah.
Katanya, dengan keadaan
yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan
nanti. Rugilah
kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma
tersenyum mendengar
pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma,
pasti ada rezeki
untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur
Amana memujukku. Dan
hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya,
tidak sampai sebulan
pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di
sebuah syarikat di Kuala
Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi
menurut Nur Amana
sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung
seperti biasa.

Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di
sisiku kini.Hari-hari
berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian,
sikap Nur Amana mula
berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan
sering mengurung diri
dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau
bila kuajak makan
bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa
kali aku cuba
mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah
laku. Pun aku tidak
berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan
menyembunyikan.

Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang,
katanya Nur Amana
telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar
agama kepada
Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama.
Ketika itu Nur Amana
tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura
selama seminggu. Aku dan
suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita
sebenar perlu
diperolehi oleh Nur Amana sendiri.

Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu,
kalau tidak ada
apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana
sehingga timbul
fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan
menujam diri
menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya.
Kepulangan Nur Amana
kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang
pasti hatiku cukup
bimbang.

Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain
sutera berwarna ungu
yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa.
Suamiku menggesanya
cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib
berjemaah bersama. Tapi,
Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan
suami solat dahulu.
Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku
mengetuk pintu kamarnya
mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga
Nur Amana menolak
dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja
penting. Satu alasan yang
tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik
tidak pernah
melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan
kerja lain dari solat.
Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami
bertentangan. Pun kami
cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak
terlebih dahulu.

Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi
perut yang berkeroncong.
Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan
letih. Kecewanya hatiku
dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu
bilik lagi tapi cepat
suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia
kelihatan bersahaja.
Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin
manis. Wajahnya
lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang
cantik sering mengukir
senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur
Amana tersentak.
Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah
orang yang benci
melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku
masih memelihara
agamanya.

Sebulan kemudian. Aku dihubungi lagi. Permohonan Nur
Amana untuk menukar
agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di
Kota Kinabalu,
menghadiri persidangan penganut agama Kristian
sedunia. Darahku berderau.
Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini
turut menipiskan
kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu
bertahan lagi.
Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station
ke Singapura
lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah
biliknya. Kamar sederhana
besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah
siapa pemberinya telah
kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma
tertulis tahniah dan
tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku
menghampirinya. Dan jantungku
berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu
adalah berkenaan
agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan
terjemahannya. Aku menggeletar.
Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera
menghubungi mahkamah
meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu
menyakitkan. Air
mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu
dia jadi begitu?
Subhanallah!

Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila
mendapati pintu
biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya
dengan pertanyaan demi
pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus
berpanjangan.
Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya
mencintai Adam.....
pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan
terperangkap dalam
agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan
hinggap ke pipinya.
Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus
terhapus. Nur Amana
menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu
pahit.

Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong.
Nur Amana membawa
bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai
mengatakan bahawa
"Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana
seolah-olah memutuskan
bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya
lagi. Air mataku
mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.
Suamiku bertindak
pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari
rumah! Pun polis
tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah
pertukaran agama
yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar
terpaksa digunakan
meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur
Amana menjadi hangat.
Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca
televisyen. Latar
belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana
dikritik. Pendidikan
ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya,
ramai yang menyimpulkan,
Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap
Kristian kerana cinta!
Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang
lelaki muda berdarah
India . Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya
dibiarkan mengurai
ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat
oleh mata lelaki
ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat
sebentuk salib dibuat
dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah
tersemat di dadanya.
Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada
sesiapa. Wajahnya tenang.
Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu.
Keputusan diumumkan.
Suamiku gagal!

Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada
rakyatnya. Dan kami
tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur
lebih daripada 18
tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat
tersenyum lega. Hatiku
hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad
akan dikenakan
hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh
bertaubat. Nur Amana bukan
tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi,
mengapa dia terus
berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah
dalam pelukan suamiku.
Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya
merah padam menahan
kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya
mengalir perlahan membasahi
pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama
kulihat air matanya
gugur.

Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi
Allah. Aku bersumpah
negara ini tidak akan aman kerana memegang
undang-undang kafir!". Tiba-tiba
suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana
mahkamah yang telah sediakala
hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi.
Mahkamah sunyi seketika.
Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu
disambut dengan laungan
"Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan
keputusan mahkamah.
Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya
semakin lebat.
"Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang
penjajah!'.

Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku.
Suamiku meronta-
ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota
polis melemahkan
kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan
tangannya digari.Ketika
melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di
sebelah lelaki muda yang
tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini
yang kau pilih,
teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak
akan selamat!,"
Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung.
Pun kulihat sekilas
senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku
tercalar. Keranamu Nur
Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan
hidupnya. Dan hari ini,
suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka
kepada mahkamah! Dan
ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan
sentimen perkauman
juga keagamaan.

Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu
berdenting tiga kali. Aku
belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku
tertidur dan menyambung
mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat
Isyak kudirikan.
Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air
mataku gugur lagi
pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku
retak. Namun jauh di
sudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah
anakku,Nur Amana!

Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama
dipermainkan oleh
undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya
undang-undang sehingga
tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan
agama RASMI.
Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa
hibanya hati seorang
ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan
kita tahu masih banyak
lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan
kita yang mengaku
dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan
pihak kuffar ini????
Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air
kita..... Sedarlah!!!
Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK
DITEGAKKAN DI BUMI.......
MALAYSIA khasnya....


Bookmark and Share




  Member Information For zurainaProfil   Hantar PM kepada zuraina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.050597 saat. Lajunya....