Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-06-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: rainersmith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13712

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Dari Galeri
pic ni ana bersama ngan anak sepupu ana..jgn slh paham!!

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 2 hari yang lalu
rainersmith: 4 hari yang lalu
Swarig123: 23 hari yang lalu


Petua Berharga
Topik: MENGEKALKAN KEDARAAN SELEPAS BERKAHWIN (BERSALIN)


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Petua Berharga
    »» MENGEKALKAN KEDARAAN SELEPAS BERKAHWIN (BERSALIN)

Please Mendaftar To Post


Oleh MENGEKALKAN KEDARAAN SELEPAS BERKAHWIN (BERSALIN)

maricella
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 48
Posting: 390
Dari: gemas, negeri 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-04-03 23:56




Petua orang tua disebelah pantai Timur pula, pada malam pertama selepas bersama suami, mereka menyarankan kepada bakal pengantin agar membasuh alat sulit dengan menggunakan air ramasan sirih untuk menolak angin dari dalam faraj ke luar. Selain itu daun sirih juga dikatakan boleh berguna untuk mencuci alat sulit selepas datang haid.

Selain itu, keremajaan dan kejelitaan wanita dipercayai boleh dikekalkan dengan mengamalkan ulam. Daun legundi, daun bebuas, pucuk kaduk, daun mengkudu, pucuk belantas, cekur, daun serindit burung, ulam raja, daun selom, mata kunyit, temu kunci dan peria adalah tumbuhan yang patut dijadikan santapan harian. Temu kunci dipercayai berkhasiat mengembalikan kedaraan wanita selepas bersalin. Segala maklumat mengenai pelbagai khasiat tumbuh-tumbuhan ini terkandung di dalam Kitab Tib Melayu Lama yang berusia lebih daripada 500 tahun yang kini disimpan di Arkib Negara.

Berpandukan buku inilah, seorang pengamal petua kecantikan, Puan Hasnah Abdul Naim, 61 tahun, yang sejak kecil dipaksa makan beberapa jenis daun mengikut malam tertentu. Salinan buku itu kini terdapat dalam simpanannya yang dalam tulisan jawi. Malam Isnin dan malam Khamis, beliau dipaksa makan daun legundi dan daun inai. Pada malam lain, lain pula ulamnya. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang menyangka beliau baru berusia lewat 30an. Katanya, orang dulu-dulu tidak menerangkan khasiatnya secara jelas tetapi berkias. "Orang beranak biar banyak kali tetapi biar seperti kain basuh sekali". Maksudnya, biar berapa kali beranak pun, kewanitaan tetap akan terpelihara seperti waktu mula bersama. Umpamakan diri seperti kain, jika dibasuh berkali-kali, tentu luntur warnanya, tetapi dengan mengambil ulam-ulam ini, Insya-Allah, kewanitaan akan kekal lama.

Akar inai juga juga bagus dijadikan tasak untuk mengemaskan rahim bagi mereka yang lepas bersalin. Mereka yang ingin dapat anak lambat selepas berkahwin ataupun menjarangkan anak, boleh juga mengamalkannya. Caranya, ambil sembilan urat akar, rebus dan minum setengah cawan, dua kali seminggu. Jika ingin berehat setahun daripada bersalin, amalkan sepanjang tempoh itu.





-----------------



●ŠēВưΜВưňĞ ĶĭţĂ ŝĚťĀρ

Bookmark and Share




  Member Information For maricellaProfil   Hantar PM kepada maricella   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-10-09 19:47


daun inai TAK DIGALAKKAN untuk yang mahukan anak...

sebab sifatnya mengecutkan rahim


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 3361
Posting: 118
Dari: Pahang~Sel~Dubai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-02-10 16:49


salam

terima kasih maricella atas info diatas.. a'ah setuju dengan artikel tu yang daun inai boleh jarakkan anak.. kalau ada info lagi kongsi tau.. sebab saya memang suka ulam2 ini.. tapi sedihlah kat sini susah nak dapat.. tak sabar nak balik kg!


Bookmark and Share




  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
WARGA RASMI
Menyertai: 04.04.2010
Ahli No: 12041
Posting: 8

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-04-10 14:39


wah..bagus info ni untuk kegunaan masa hadapan..insyallah:-)


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

Yoyoy
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 23.07.2009
Ahli No: 11000
Posting: 53
Dari: www.yoyoyspa.com

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-05-10 17:36


ada tak photo Puan Hasnah Abdul Naim yang usianya 61 tahun tapi seperti 30an tu?


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For YoyoyProfil   Hantar PM kepada Yoyoy   Pergi ke Yoyoy's Website   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 09.06.2009
Ahli No: 10716
Posting: 55

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-05-10 14:15


Pada 15-10-09 19:47 , nur_kamar posting:

!!! QUOTE !!!

daun inai TAK DIGALAKKAN untuk yang mahukan anak...

sebab sifatnya mengecutkan rahim



owh..iyakah..ira baru tau hal ini..time kasih berkongsi info.. :kelip:


Bookmark and Share




  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-10-10 16:46


Salam untuk semua ..Terima kasih kepada Maricella posting maklumat yang amat berguna kepada insan bergelar ibu..
Anak ke-11 baru berusia 2 bulan dan sedang mencari penawar untuk mengecutkan rahim..daun inai tu makan dengan nasi atau rebus dan minum airnya??



Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.069202 saat. Lajunya....