Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Dari Galeri
a'kum. salam ukhwah dari saye, zieka... smoge perknalan yg terjalin nie akn berkekalan ingge ke akhir hayat. Insyaallah...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: macam mana nak jadi isteri yang baik....


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» macam mana nak jadi isteri yang baik....

Please Mendaftar To Post


Oleh macam mana nak jadi isteri yang baik....

aisya_islam
WARGA RASMI
Menyertai: 11.06.2007
Ahli No: 7667
Posting: 9
Dari: bumi ALLAH

Selangor  


posticon Posting pada: 11-06-07 18:33


susah juga tak cinta terus kahwin.ini pendpat analah.tak kenal dan sukar nak terima benda yang kita tak suka.satu lagi, ana rasa sukar untuk layan suami macam raja sebab kadang-kadang apa yang kita nak dpd dia,kita tak dapat.kadang-kadang dia ikut apa yang dia suka dan tolak apa yang kita suka.
saya nak minta tips,bagaimana nak jadi isteri yang ikhlas sedangkan hati masih berat untuk jadi seorang isteri.


-----------------
BERSAHABAT ITU INDAH JIKA DISULAMI KEIKHLASAN DAN KESUNGGUHAN UNTUK BERUKHUWWAH


Bookmark and Share




  Member Information For aisya_islamProfil   Hantar PM kepada aisya_islam   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-06-07 09:20


Niat kerana Allah taala.. bersyukur kerana adik telah menjadi seorang isteri.. sedangkan orang lain masih menanti jodohnya walaupun telah bersedia. Fahami tugas dan tanggungjawab seorang isteri, mengenali hati dan budi si suami dan jangan lupa untuk belajar menjadi seorang isteri yang solehah.

Ibadah seseorang yang berkahwin lebih banyak pahala dari seorang yang tidak berkahwin. Dengan hanya memandang wajah suami dengan rasa kasih sayang, pahala yang tidak terkira ganjarannya. Itu sekadar memandang, belum lagi dengan menyediakan makan minumnya, mengurut badan ketika suami baru pulang dari kerja dan solat bersama-sama.

Sentiasa mengucup tangan suami ketika suami/isteri hendak keluar dari rumah untuk ke pejabat dan baru pulang dari pejabat, lepas solat dan sebelum tidur. Sediakan air seboleh-bolehnya sebelum pergi kerja dan selepas pulang dari kerja.
Sentiasa berkemas dan kelihatan bersih dan cantik bila dihadapan suami.
Sentiasa belajar untuk meningkatkan pengetahuan, seperti cara melayan suami, apa masakan kegemaran suami dan kecantikan diri sendiri.

Kalau hendak diterangkan kesemuanya mungkin agak mustahil, harap petua sedikit sebanyak disini dapat dipraktikkan demi sebuah kehidupan yang bahagia.


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

nafisah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 688
Posting: 66
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 12:57


Itulah namanya isteri. rela berkorban untuk suami semata2 kerana Allah swt. Memang susah terutama ketika kita sdg letih sangat, mood xok, atau macam-macam lagi lah. tapi, segera kita kena ingat, keredhaan Allah adalah bergantung kepada keredhaan suami. kita bukan lagi di bawah ibu bapa. jadi, kalau rasa nak marah tu, cepat beristighfar dan igtlah bahawa sabar itu indah. iAllah, suami kita mesti menghargai. berdoa dan bertawakallah selalu..


Bookmark and Share




  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

najah_1424h
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 04.05.2003
Ahli No: 951
Posting: 32
Dari: setiu, terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 11:44


...ana juga bercinta selepas kahwin..Alhamdulillah, sudah dua tahun lebih melayari rumahtangga dan beroleh cahayamata.
pada pendapat ana, sepertimana pendapat teman yang lain, sentiasa ingat segalanya kerana Allah Taala. sentiasa berusaha menjadi isteri yang solehah yang sebenar2nya..
sememangnya pada mulanya akan ambil masa untuk mengenali hati budi masing2, yang pentingnya kena bersabar dan menerima pasangan masing2 seadanya. kita bersama sentiasa memaafkan , dan berterima kasih ..
hakikatnya rumahtangga menuntut kesabaran, kejujuran dan kesefahaman..
sentiasa berusaha memperbaiki diri masing2 hari ke hari untuk menjadi insan yang soleh/solehah.
jika segalanya diniatkan dan kukuhkan niat dan laksanakan apa yang diniatkan kerana Allah dalam setiap perbuatan, insya Allah akan ada keberkatan.
nasihat ini untuk diri ana juga terutamanya.
semoga aisya dan kita semua beroleh kebahagiaan dan ketenangan sejati di bawah rahmat Allah jua.
Wallahu a'lam


Bookmark and Share




  Member Information For najah_1424hProfil   Hantar PM kepada najah_1424h   Quote dan BalasQuote

aisya_islam
WARGA RASMI
Menyertai: 11.06.2007
Ahli No: 7667
Posting: 9
Dari: bumi ALLAH

Selangor  


posticon Posting pada: 05-08-07 15:09


thanks intisafa,nafisah dan najah atas kekuatan yang antunna berikan.benar....untuk jadi isteri,perlu ada kekuatan dan iman menjadi benteng segala dugaan yang kita hadapi.ana mengharapkan sahabat2 yang bergelar isteri yang mungkin menghadapi masalah macam ana sudi membantu ana.ujian yang mendatang ana akan cuba untuk lakukan yang terbaik tapi ana harapkan suntikan motivasi dpd antunna sekalian meningkatkan semangat dalaman ana.syukran...


-----------------
BERSAHABAT ITU INDAH JIKA DISULAMI KEIKHLASAN DAN KESUNGGUHAN UNTUK BERUKHUWWAH


Bookmark and Share




  Member Information For aisya_islamProfil   Hantar PM kepada aisya_islam   Quote dan BalasQuote

honey_nurhaliza
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 643
Posting: 146
Dari: Malacca Historical Place

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 05-08-07 17:18


bagi ana pula,biarlah cinta itu kerana Allah s.w.t...tak kesah lah cinta sebelum kahwin @ selepas kahwin...yang penting sekali niat kita mendirikan rumahtangga itu adalah kerana Allah s.w.t...dan ingat lah sesungguhnya segala apa yang Allah tentukan buat kita itu ada hikmahnya yang kita tidak ketahuinya...bagi aisya_islam,ana nasihatkan cubalah belajar menyintainya kerana Allah...insyallah ana yakin segala2 nya akan berubah...amin...:)


Bookmark and Share




  Member Information For honey_nurhalizaProfil   Hantar PM kepada honey_nurhaliza   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-08-07 00:25


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah untuk menjadi isteri yang baik ialah perlu kepada ilmu dan iman. InsyaAllah bila kita ada ilmu maka iman akan meningkat dan Allah SWT akan meredhai kita dan dianugerahkan mawaddah wa rahmah ke dalam rumahtangga kita biiznillah.

Dan kriteria seorang isteri yang baik -

1. Sentiasa taat kepada suami.

2. tidak meninggi suara terhadap suami dan keluarga suami.

3. melakukan yang terbaik untuk berhias diri dan rumahnya untuk suami.

4. sentiasa meminta pandangan suami dalam hal-hal yang berkaitan dengan rumahtangga.

5. usahakan untuk mengalah bila ada perkara yang mengundang suami tidak setuju dan marah kepada kita.

6. banyak bersabar dan senyum selalu.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. Ali-imran:19


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

aisya_islam
WARGA RASMI
Menyertai: 11.06.2007
Ahli No: 7667
Posting: 9
Dari: bumi ALLAH

Selangor  


posticon Posting pada: 21-08-07 09:10


:-) syukran buat honey_nurhaliza dan ummimq.
mungkin ana memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suami.apa yang kita harapkan dan apa yang kita dapat jauh berbeza membuatkan kadang-kadang ana merasa tidak kuat.ana mengharapkan diri ana dipimpin tetapi apa yang berlaku sebaliknya.ana yang selalu mengingatkannya tentang hukum dan ana yang selalu menasihatkannya.ana juga takut andainya diri ana semakin hanyut dan makin leka.mana mungkin si isteri kekal dengan imejnya bertudung labuh sedangkan di rumah atau di kereta mendengar lagu2 yang lagho,tiada lagi ceramah agama dan di sekelilingnya tiada lagi roh islam.itu yang ana takutkan.ana takut ana lebih teruk berbanding sebelum kahwin.bertudung labuh,selalu mendengar ceramah dan nasyid,selalu ke masjid,selalu qiam tapi sekarang ana tidak didorong.berilah ana petunjuk bagaimana untuk kekalkan imej yang baik tanpa ada sebarang bimbingan dan hidup tanpa roh islam dan berikanlah ana cara bagaimana nak nasihatkan suami spy sama-sama amalkan cara hidup islam yang sebenar.ana sungguh2 buntu dan takut,kalau ana dan suami semakin leka,ana takut kami tak berjaya mendidik anak2 ke arah kebaikan.bantulah ana!!!


-----------------
BERSAHABAT ITU INDAH JIKA DISULAMI KEIKHLASAN DAN KESUNGGUHAN UNTUK BERUKHUWWAH


Bookmark and Share




  Member Information For aisya_islamProfil   Hantar PM kepada aisya_islam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.075987 saat. Lajunya....