Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-05-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang bijak akan sentiasa ingat bahawa kejayaan atau kegagalan bukan pengakhiran

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 0
Jumlah: 15




  Dari Galeri
Assalamualaikum..salam ukhwah fillah..dari saya..

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 19 hari yang lalu
harith: 33 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: wahabi


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» wahabi

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh wahabi

rohani
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 4629
Posting: 38
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-03-07 16:41


assalmualaikum
salam ukhwah, moga kita semua di redhai ALLAH.
sahabat semua ada dengar tak pasal isu wahabi? boleh tolong jelaskan tak? ana kurang arif bab ni...and terkeliru.harap2 ada di antara sahabat yang sudi berkongsi maklumat.


Bookmark and Share




  Member Information For rohaniProfil   Hantar PM kepada rohani   Quote dan BalasQuote

nurzahumaira
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 7249
Posting: 33
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-03-07 21:38


erm...ana pun confius dan risau...
nak jawab pun takut..
risau nanti jadi fitnah pula..
siapa yang boleh bantu dan bagi kenyataan yang meyakinkan...
WAHABI..SALAFI....!!??

kenyataan dan nas mereka macam betull...
tu yang mengelirukan...

ana ada baca dalam majalah I...

isu yang kejadian wanita dari tulang rusuk lelaki tu...
ada yang kata bukan..itu hanya perumpamaan...
tu antara orang wahabi la yang cakap...
solat dngn hanya niat???!!

wallahualam..
ana pun perlukan penjelasan...


Bookmark and Share




  Member Information For nurzahumairaProfil   Hantar PM kepada nurzahumaira   Pergi ke nurzahumaira's Website   Quote dan BalasQuote

aisha_maria
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2007
Ahli No: 7453
Posting: 23
Dari: MaDiNaH MuNaWwArAh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-03-07 19:28


ni ana ambil dari tulisan abang ana...dia wt kertas kerja pasal wahabi...
ana copy saja...huhuhu


Wahabi? Siapakah Wahabi?



Ramai orang bercakap tentang Wahhabi tetapi mereka tidak kenal siapakah mereka. Apabila mereka tidak mengenali mereka tetapi mereka ingin bercakap juga mengenainya, maka berlakulah banyak kesilapan. Kesilapan berkenaan adakalanya hingga menyebabkan mereka terjebak ke dalam api penyebaran fitnah terhadap mereka yang memperjuangkan al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w.



Serangan terhadap golongan Wahhabi yang juga antara pembela as-Sunnah akhir zaman ini banyak diseliputi oleh dendam kesumat terhadap golongan yang benar ini. Kita dapat bayangkan bagaimana marahnya golongan yang anti kepada Wahhabi ini sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah dan cacian terhadap mereka. Bagaimana golongan berkenaan tidak marah kepada Wahhabi, jika amalan tradisi turun menurun dari nenek moyang mereka yang disalut dengan pelbagai kosmetik agama

cuba

dibenteras oleh golongan Wahhabi.


Siapa tidak berang apabila pegangan ilmu Martabat Tujuh yang totok dari falsafah yang pernah diserang habis-habisan oleh al-Ghazali, kini diserang pula oleh Wahhabi. Hairannya, mereka tidak pula menyerang al-Ghazali. Itulah kejahilan mereka tentang asal usul ilmu yang mereka pegang.Itu tidak termasuk serangan Wahhabi terhadap zikir "Yahoo.. Yahooo.. Yahoo.." mereka, kegiatan bertawaf dan meminta-minta dari kuburan dan pelbagai macam pegangan mereka yang apabila kita semak kembali, kita tertanya-tanya: "Apakah ini dari ajaran Islam?" "Apakah ini yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w."?berhubung dengan kenyataan dari. Muhammad Uthman Al-Muhammady mengenai ``Wahhabi'' yang katanya, fahaman itu semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda di negara ini.



Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mendakwa bahawa kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut tahlil, talqin di atas kubur, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan beberapa hal yang lain. Saya berpendapat kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dibuat kerana ia lebih merupakan masalah `furuk' yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini. Perkara-perkara yang disebutkan oleh beliau merupakan isu yang sudah ``basi'' yang sejak 30 ataupun 40 tahun lalu telah dibahaskan. Isu ini sudah pun lenyap. Ia tidak dibangkitkan lagi sejak itu sehinggalah sekarang ini.

Para

ulama kita mendapati isu tersebut sebagai ``cabang'', bukan ``pokok'' yang perlu dibahaskan.


Soal ``pokok'' semua ulama Islam di dunia sepakat bersetuju. Hanya soal ``cabang'' sahaja yang diperselisihkan. Dalam agama, ia disebut sebagai ``khilafiah'' sahaja. Sebenarnya, fahaman ``Wahhabi'' itu tidaklah salah dan ia tidak bertentangan dengan akidah Islam. Kita janganlah berasa khuatir dengan fahaman Wahhabi ini. Muhammad Abdul Wahab merupakan seorang ``mujadid'' Islam. Beliau merupakan seorang tokoh agama yang telah menimbulkan kontroversi yang sungguh hebat pada zamannya.



Tindakannya berani, bangun menentang kezaliman oleh pemerintah Bani Uthmaniyyah yang berpengkalan di Turki pada zaman beliau hidup. Ketika itu empayar kerajaan Islam sedang berada dalam era kejatuhannya. Kezaliman pihak pemerintah ke atas rakyat ``marhain'' begitu berleluasa sekali. Umat Islam keseluruhannya pada ketika itu hidup dalam keadaan yang begitu ``pasif'' dan ``lemah'' akibat pelbagai fahaman dan amalan bidaah dan khurafat yang sudah ``sebati'' dengan darah daging mereka.



Sinar cahaya tauhid dan akidah sudah hilang dari dada umat Islam, kerana Allah tidak lagi ``diesakan'' dalam hidup mereka. Sebaliknya semua bentuk amalan dan ibadat bidaah yang mensyirikkan Allah mendapat tempat yang utama dalam kehidupan. Atas fakta inilah, maka keadilan dalam Islam sudah jadi terlalu kabur dan tidak difahami oleh umat Islam pada zaman itu. Islam bagi mereka hanya sekadar melaksanakan ibadah-ibadah biasa yang dicampur-adukkan dengan pelbagai amalan bidaah yang tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w. atau diamalkan oleh para sahabat baginda.



Kemunculan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah untuk ``meluruskan'' perkara-perkara yang sudah bengkok berhubung dengan akidah yang agak sudah lama terpesong. Oleh kerana usaha Muhammad Abdul Wahab ini benar-benar menungkah arus, maka beliau ditentang hebat oleh mereka yang sudah tersimpang jauh dari ajaran asal yang dibawa oleh baginda Rasulullah. Gelaran ``Wahhabi'' telah dilabelkan kepada Muhammad Abdul Wahab ini sempena nama ayahnya ``Abdul Wahab'' kerana pihak-pihak yang menghalang gelombang kebangkitan ``reformasi'' yang dipelopori oleh beliau tidak mahu namanya sebenar, kerana ia kebetulan sama dengan nama Nabi Muhammad.



Mereka bimbang, jika nama sebenarnya dikutuk dan dicerca, kesan yang ingin dicapai akan sebaliknya dan orang ramai akan menganggap bahawa yang dikutuk dan dihina itu adalah diri Nabi dan bukannya Syeikh Muhammad. Sebenarnya, sebelum kemunculan atau kedatangan Muhammad bin Abdul Wahab, Islam sudah melalui era reformasinya sejak sekitar kurun ke-6 Hijrah lagi dengan kelahiran atau kemunculan seorang tokoh mujadid Islam yang paling terkenal iaitu ``Ibnu Taimiyyah'' dan kemudiannya telah disambung oleh anak muridnya bernama ``Ibnu Qayyim'' Al-Jauziyah.



Ilmu yang ditinggalkan oleh kedua-dua ulama besar dan tokoh ilmuwan Islam yang berjasa ini, telah mencetuskan kebangkitan ramai ulama lain, termasuklah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sendiri, yang muncul selepas kewafatan kedua-dua ulama besar ini dan bangun berjuang mengembalikan kebenaran dan memerangi kebatilan serta kezaliman dalam semua aspek kehidupan umat Islam. Ingin juga ditegaskan di sini terutama kepada dari. Muhammad Uthman Al-Muhammady bahawa ``Wahhabi'' bukanlah satu mazhab dan juga bukan satu aliran atau fahaman baru yang direka-reka sesuka hati oleh Muhammad Abdul Wahab itu sendiri.



Bahkan ``Wahhabi'' tidak mempunyai erti apa-apa selain hanya merupakan nama kepada bapanya. Sebenarnya gelaran ``Wahhabi'' ini tidak lain hanya merupakan satu gelaran yang sengaja dimomok-momokkan ke atas mereka yang memilih untuk kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar, mengikut al-Quran dan as-sunnah berdasarkan kepada amalan golongan ``salaf'' supaya mereka akan dianggap sesat oleh pihak-pihak yang

cuba

menyekat kebangkitan ini.


Mengenai dakwaan konon kumpulan Wahhabi ini di antaranya menolak amalan membaca al-Quran kepada orang sudah mati, sebenarnya tidak ada nas yang menyuruh kita berbuat demikian. Hal ini tidak ada disyariatkan oleh agama dan tidak ada nas al-Quran yang boleh dipegang. Hakikatnya, membaca Quran tidak salah, tetapi membaca Quran di sebelah ``orang mati'' tidak disuruh oleh agama. Hal ini janganlah pula kita salah faham.



Tetapi apa yang disyariatkan oleh agama ialah baca Quran pada orang hidup, supaya mereka boleh mengambil manfaat dan faedah dari ayat Quran dan supaya orang hidup boleh faham akan ayat-ayat Allah. Membaca Quran kepada orang yang sudah mati, tidak ada apa-apa manfaat yang boleh mereka peroleh. Dia sudah mati, Allah sudah ambil mereka dan itu adalah urusan Allah. Begitu juga dengan membaca ``talqin'' di atas kubur. Talqin bermaksud mengajar. Sistem pendidikan ketika itu sudah tidak wujud lagi.



Bagaimanakah orang hidup boleh mengajar kepada orang yang sudah mati? Sebenarnya, membaca talqin itu untuk orang hidup, tetapi ingatan itu tidak semestinya diberitahu ataupun dibacakan di atas kubur. Di dalam masjid, di dalam surau, di dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah-kuliah agama boleh diberitahu tentang hal bila seorang itu mati, dimasukkan dalam kubur dan malaikat akan soal dan berbagai-bagai lagi berkait dengan alam kubur, tetapi bukannya diberitahu ketika berada di atas kubur.



Di dalam kitab Bahrul Mazi dalam bab mati, alam barzakh dan alam akhirat ada dijelaskan perkara-perkara ini. Mengenai golongan ``Wahhabi'' menolak amalan berdoa dan berzikir dakwaan ini tidak benar. Apa yang ditegah ialah membaca doa dengan suara yang kuat dan nyaring dalam masjid ataupun surau. Kerana ini akan mengganggu para jemaah lain yang sedang bersolat dalam masjid. Lagipun, Allah itu Maha Mendengar, tidaklah perlu kita baca kuat-kuat dan berzikir sehingga tidak sedarkan diri. Sebenarnya berdoa dan berzikir tidaklah dilarang, tetapi yang ditegah ataupun dilarang dengan ``suara nyaring'' yang boleh menimbulkan kesulitan kepada jemaah lain.



Masalah kita ialah ``kita suka main ikut-ikut'' atau dengan lain-lain ``bertaqlid'' secara membuta tuli. Konon, kita ini mengikut mazhab Syafie, sedang As-Syafie iaitu Muhammad Idris as-Syafie tidak suruh kita buat begitu. Imam Syafie suruh kita ikut Nabi sebagaimana beliau ikut. Imam Syafie tidak suruh kita ikut dia (Imam Syafie) tetapi suruh ikut Rasulullah. Jadi, apa yang pelik sikit dari kelaziman adat dan budaya kita, maka kita kata itu bukan dari mazhab Syafie. Sebenarnya kita sudah banyak tertipu dengan sikap ``bebal'' kita ini.



Terdapat banyak amalan telah sebati dengan darah daging, dengan budaya dan adat masyarakat kita dan tidak pernah pun diajar oleh Imam Syafie ataupun imam-imam mazhab yang lain. Dalam Quran terlalu banyak dalil yang menyuruh orang-orang beriman dan bertakwa untuk menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan, kerana apa juga jalan yang kita lalui selain dari jalan yang ditunjuk ajar oleh baginda Rasulullah untuk menuju Allah adalah terbatal dan tidak diterima oleh Allah.



Kita haruslah ingat bahawa Islam itu bukanlah milik sesiapa secara mutlak. Ia milik manusia sejagat dan Islam itu ditegakkan dengan asas ilmu, bukanlah melalui sangka-sangkaan. Memanglah benar perbezaan pendapat (kesilapan) dibenarkan dalam Islam, tetapi perbezaan pendapat ini hanyalah perkara furuk sahaja (cabang).



Pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh dari. Muhammad Uthman itu memanglah patut diberikan komen, supaya orang ramai yang tidak memahami dan kurang tahu tentang fahaman Wahhabi tidak terkeliru ataupun sekurang-kurangnya mendapat sedikit maklumat mengenai apa yang sebenarnya ``Wahhabi'' itu. Saya percaya bahawa pandangan ini hanya akan diterima oleh mereka yang mempunyai keikhlasan hati sahaja untuk mencari kebenaran. Tetapi bagi mereka yang gemar bertaqlid dan tidak meminati kebenaran akan menolaknya. Ini merupakan satu pandangan sahaja sekadar yang saya perolehi dari maklumat-maklumat hasil menelaah kitab-kitab agama dan hasil pembacaan mengenai Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang apa dipanggil sebagai ``mazhab Wahhabi.''



Apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”. (rujukan: dari. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). Barangkali mereka juga kena masukkan al-Qaradawi dalam senarai wahabi seperti yang didakwa oleh Amerika terhadap beliau. Dalam ilmu hadith pula, kita menyebut apa yang disebut oleh ulama-ulama hadith yang mendhaif atau menghukum sebagai palsu sebahagian hadith yang diamalkan oleh masyarakat kita. Umpamanya, kita memetik ulasan-ulasan para ulama terhadap Kitab Ihya ‘Ulum al-Din. Bukan bertujuan menghina al-Imam al-Ghazali (semoga ALLAH merahmatinya), tetapi sebagai ingatan untuk kita. Malangnya, mereka yang tidak takutkan ALLAH membuat fitnah kononnya kita menganggap kita lebih alim dari al-Imam al-Ghazali. Di sini saya petik apa yang tertera dalam buku saya “Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya” yang dicetak pada awal tahun 2003:



“Sebagai contohnya di sini kita sebutkan kitab Ihya`Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali lah.h (meninggal 505H) secara khusus. Ini memandangkan ia merupakan yang paling masyhur dan banyak diguna pakai dalam masyarakat. Dengan kita menyedari bukan hanya kitab al-Ihya ini sahaja yang mengandungi hadith-hadith dhaif dan palsu, ada kitab-kitab lain juga banyak yang mempunyai masalah yang sama. Mengkritik hadith-hadith palsu dan dha`if dalam kitab al-Ihya ini tidaklah bererti kita menafikan sama sekali sumbangan penulisnya dan nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya.



Sebagai seorang tokoh, tentunya Al-Ghazali mempunyai sumbangannya yang tersendiri. Namun ini tidak memboleh kita menyembunyi apa yang benar. Kita mendo`akan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya dan juga kita. Namun persoalan kebenaran dan ilmu mesti dijelaskan. Firman Allah:Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.( Surah al-Nisa`: 135)



Al-Ghazali seperti yang dinyatakan oleh al-Hafizd al-Zahabi (wafat 748H) ketika mengulas kesilapan-kesilapannya dalam kitab Ihya `Ulum al-Din: “saya katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan. (rujukan: Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/334,

Beirut

:Muassasah al-Risalah)Sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu hadith tahu bahawa Al-Imam al-Ghazali bukan seorang pakar dalam bidang hadith, ini diakui oleh semua pihak, melainkan mereka yang jahil tentang ilmu hadith sahaja. Sehingga Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H/ Beliau adalah tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal) yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya turut mengakui hal ini dengan menyatakan: “Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith”. (rujukan: Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449,
Beirut

:dilah al-Kutub al-`Ilmiyyah) Kita lihat apa yang kata tokoh-tokoh hadith umat mengenai kitab Ihya `Ulum al-Din antaranya: -Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah: “Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadith yang gharib, munkar dan palsu”.( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186,
Beirut

: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)-Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): “Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadith-hadith yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”.( rujukan :Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190,
Beirut

: Dar al-Kutub al-ilmiyyah)

-Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadith-hadith yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”.( Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339) -Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): “Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadith-hadith Nabi dan riwayat-riwayat salaf sepertimana yang dimiliki oleh ahli yang mengetahui perkara itu. Mereka dapat membeza antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadith dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya”.( Ibn Taimiyyah, Dar`u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad : Dar al-Kunuz al-Adabiyyah).
Ada

yang kata, kalau ia pun, banyak lagi isu yang lebih penting. Kita katakan alhamd lil Lah, atas kurnia ALLAH, banyak isu-isu ilmiah utama di negara ini, kita antara yang awal membincangkannya. Isu Islam Liberal, isu Astora, Syiah dan seumpamanya. Tulisan-tulisan kita banyak tentang isu-isu itu. Adapun isu-isu yang disebutkan tadi hanya sampingan sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dibangkit oleh generasi baru yang luas pembacaannya. Namun telinga anda hanya memetik apa yang anda benci dan memekakkan diri dari apa yang anda suka. Kami pohon keampunan dari Allah untuk kami dan anda juga !! Justeru, jauhkan diri fitnah-menfitnah kerana itu perlambangan akhlak yang buruk dan peribadi yang amat rendah. Kita kurang kecewa apabila pelakunya itu ‘Shahrir Long’. Namun kita akan kecewa jika hal ini dilakukan oleh golongan agama, yang berakhlak dan mempunyai maruah diri. Mungkin ada orang yang benar-benar ingin menasabkan dirinya kepada wahabi.


Bookmark and Share




  Member Information For aisha_mariaProfil   Hantar PM kepada aisha_maria   Quote dan BalasQuote

sufeyna
WARGA RASMI
Menyertai: 22.02.2007
Ahli No: 7357
Posting: 19
Dari: aLam FaNa

maldives   avatar


posticon Posting pada: 26-03-07 14:28


Pada 21-03-07 21:38 , nurzahumaira posting:

!!! QUOTE !!!



isu yang kejadian wanita dari tulang rusuk lelaki tu...
ada yang kata bukan..itu hanya perumpamaan...
tu antara orang wahabi la yang cakap...
solat dngn hanya niat???!!

wallahualam..
ana pun perlukan penjelasan...


dalam ayat 1 surah an nisa' Allah ada terangkan penciptaan wanita dari tulang rusuk llaki (maksud kat sini, hawa dcipta dari tulang rusuk adam)
ada yang tafsirkan ayat 'dcipta dari tulang rusuk' maksudnya sifat wanita yang macam tulang rusuk: bengkok dan susah dluruskan..
tapi sesetengah ulama' tafsirkan, memang sebenarnya wanita djadikan dari tulang rusuk...
* rujuk kitab tafsir ibnu kathir, ada hadis sahih menerangkan kejadian wanita dari tulang rusuk llaki


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share




  Member Information For sufeynaProfil   Hantar PM kepada sufeyna   Quote dan BalasQuote

aisha_maria
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2007
Ahli No: 7453
Posting: 23
Dari: MaDiNaH MuNaWwArAh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-03-07 01:57


Pada 26-03-07 14:28 , sufeyna posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-03-07 21:38 , nurzahumaira posting:

!!! QUOTE !!!



isu yang kejadian wanita dari tulang rusuk lelaki tu...
ada yang kata bukan..itu hanya perumpamaan...
tu antara orang wahabi la yang cakap...
solat dngn hanya niat???!!


dalam ayat 1 surah an nisa' Allah ada terangkan penciptaan wanita dari tulang rusuk llaki (maksud kat sini, hawa dcipta dari tulang rusuk adam)




ayat mana yang cakap tu?
setahu aisha ayat tu terangkan "............
Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri dari padanya,dan daripada keduanya berkembang biak lelaki dan perempuan yang banyak.........."

tak cakap pula pasal tulang rusuk....
kita bincang sama-sama ye kak


Bookmark and Share




  Member Information For aisha_mariaProfil   Hantar PM kepada aisha_maria   Quote dan BalasQuote

aisha_maria
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2007
Ahli No: 7453
Posting: 23
Dari: MaDiNaH MuNaWwArAh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-03-07 01:59


Pada 26-03-07 14:28 , sufeyna posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-03-07 21:38 , nurzahumaira posting:

!!! QUOTE !!!



isu yang kejadian wanita dari tulang rusuk lelaki tu...
ada yang kata bukan..itu hanya perumpamaan...
tu antara orang wahabi la yang cakap...
solat dngn hanya niat???!!

wallahualam..
ana pun perlukan penjelasan...


dalam ayat 1 surah an nisa' Allah ada terangkan penciptaan wanita dari tulang rusuk llaki (maksud kat sini, hawa dcipta dari tulang rusuk adam)
ada yang tafsirkan ayat 'dcipta dari tulang rusuk' maksudnya sifat wanita yang macam tulang rusuk: bengkok dan susah dluruskan..
tapi sesetengah ulama' tafsirkan, memang sebenarnya wanita djadikan dari tulang rusuk...
* rujuk kitab tafsir ibnu kathir, ada hadis sahih menerangkan kejadian wanita dari tulang rusuk llaki



kita sering dengar cerita hawa di jadikan dari tulang rusuk Hawa,memang benar ada hadis sebut pasal tu…sebelum tu,isu ni tak ada kena mengena dengan fahaman wahabi yang di sebutkan ni….fahaman wahabi hanya LEBIH menjurus kepada isu aqidah dan ibadah….


sila lihat tafsir at-Tabari,tafsir al-baidhawi,al-kahzin…dan seumpamanya…buat perbandingan mengapa perbezaan pendapat ini berlaku

berhubung dengan surah an-nisa' ayat 1

"Hai sekalian manusia,takutilah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri dari padanya,dan daripada keduanya berkembang biak lelaki dan perempuan yang banyak. Dan takutilah Allah yang pinta-minta kamu dengan nama-Nya,dan (takutilah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu". surah an-nisa'-ayat 1

Al-Quran tidak menyebut Hawa di ciptakan dari Adam tetapi manusia itu di cipta daripada jiwa yang satu,maksudnya jenis yang sama dengan Adam tadi,seorang manusia mestilah ibu bapanya manusia juga dan bukan jenis makhluk yang lain….

Abu 'ala al-maududi menulis-"umumnya para pentafsir al-quran menyebut Hawa di ciptakan daripada tulang rusuk Adam dan bible juga menyebut Hawa di ciptakan daripada tulang rusuk Adam,kitab Talmud juga menyebut perkara yang sama,tapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang di petik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering di fahami kita. Jadi,perkara yang terbaik adalah membiarkan perkara yang tidak di jelaskan di dalam al-Quran dan jangan membuang masa dalam menentukan perinciannya…seperti cerita tentang bahtera tentang nabi Nuh,tak perlu kita menetukan perincian tentang saiz bahtera,kapasitinya,bahan buatannya,Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dan pengajaran kerana al-Quran memberi panduan kepada kita supaya selamat hidup di dunia dan akhirat…

Mengapa timbul kekeliruan tentang kejadian Hawa ini??

1) Menafsir kisah ini berdasarkan riwayat terdahulu sebelum al-Quran,mana mungkin ayat al-Quran yang turun kemudian di tafsir dari riwayat-riwayat israiliyyat terdahulu????
Patutnya kitab yang turun kemudianlah menjelaskan kitab-kitab terdahulu….betul tak???

2) mengkhususkan keumuman hadis tanpa nas yang jelas
hadis-hadis yang kita baca ni sebut nisa'(perempuan-perempuan) dan jelas dalam bentuk jamak(ramai)…tetapi,hawa bermaksud khusus,iaitu khusus kepada isteri nabi Adam,seorang perempuan,bukan ramai perempuan,para penafsir snbrnya menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan nas yang lain mengikut makna yang Rasulullah inginkan

3) kesilapan memahami kata sendi nama "min"
masa kita belajar kat sekolah dulu "min" membawa maksud daripada,atau punca sesuatu perkara,tapi dalam hal ini,bahasa arab sebenarnya luas dan tak terikat dengan satu makna sahaja,ia juga membawa maksud "untuk menyatakan sebab" dan juga "menyatakan jenis sesuatu perkara" (lihat,ibn Hisyam,mughi al-Labib,jil. 1, hal.319)

Abu muslim al-asfahani mengatakan maksud menciptakan pasangannya ialah menciptakan dari jenisnya (lihat Hasyiah Zadah 'ala al-Baidhawi). ini berdasarkan ayat-ayat al-Quran seperti surah al-Rum:21,surah as-Syuara:11,surah al-nahl:72(sila buka tafsir dan tengok makna ayat-ayat ini betul kalau antunna nak betul-betul ilmu yang benar) daripada ayat-ayat ini memang tak boleh kita faham isteri-isteri di cipta dari diri Adam atau jasad Adam,tetapi mestilah di fahami sebagai "perempuan-perempuan dari jenis yang sama dari Adam iaitu manusia juga"

lihat surah ali-Imran:164,aurah at-taubah:128(sila buka tafsir dan tengok makna ayat-ayat ini betul kalau antunna nak betul-betul ilmu yang benar,kena rajin la,aisha pun pnt taip)
kedua-dua ayat ni jelas yang nabi ni di utus dari kalangan kita yang juga kalangan manusia yang sama sifat macam kita…..

ayat-ayat ni la juga yang di gunak untuk menafsir hadis dari sahih bukhari…

"sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaiknya,kerana sesungguhnya mereka di ciptakan dari tulang rusuk. sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas,jika kamu berusaha untuk memperbetulkannya kamu akan mematahkannya,jika kamu terus membiarkan begitu ia akan bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik" (hadis riwayat bukhari no:4890)

………….kerana sesungguhnya mereka di ciptakan dari tulang rusuk. sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas,jika kamu berusaha untuk memperbetulkannya kamu akan mematahkannya,jika kamu terus membiarkan begitu ia akan bengkok………….

hadis ini di tafsir sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok….lihat hadis di bawah ni,daripada bukhari:

"perempuan itu seperti tulang rusuk. jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya" (hadis riwayat bukhari 4889)

hadis ini di kemukan oleh al-Bukhari dalam kitab al-Nikah,bab berlembut dengan wanita,tujuannya beliau mengemukan hadis ini ialah menyatakan sifat fitrah wanita dan bukan hakikat kejadian mereka.

lihat pula hadis riwayat muslim ini:

"sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya" (hadis riwayat muslim no:1468)

hadis ini lebih menunjukkan kepada sifat wanita itu….

perasan tak Kenapa Imam Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam sahihnya,(tajuk bab)iaitu…
"Bab berlembut dengan wanita dan sabda nabi s.a.w : sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk"

dengan membuat tajuk begini,Imam bukhari takla berpendapat yang Hawa ni di jadikan dari tulang rusuk Adam seperti yang kebanyakkan kita faham hari ni…

Persoalannya,adakah hadis ni menyatakan hakikat sebenar kajadian wanita tu dari tulang rusuk Adam??? tentu sekali tak, hadis ini dalan bentuk tasybih atau perumpamaan nilai balaghah yang tinggi atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak di gunakan,macam tu juga sudut keserupaan tidak di sertakan. Ayat ni sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak di fahami scra harfiah

bagi menyokong hujah di atas,lihat hadis ni

"daripada abu Qilabah,daripada Anas bin Malik bahawa rasulullah s.a.w berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali sebagai Anjisyah menarik unta yang di tunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah bersabda; perlahankanlah, kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi Abu Qilabah berkata : maksudnya wanota-wanita" (hadis riwayat bukhari no:5857)

rasulullah mengambarkan wanita ni golongan yang lembut dari perwatakan,wajar di hormati, dan cukup sensetif…botol-botol tu bermaksud mudah pecah kalau tak jaga dan di beri perhatian

kesimpulannya,hadis ini perlu di fahami dari segi balaghah berdasarkan retorik bahasa Arab…ada apa-apa yang tak jelas?????

kita bincang sama-sama....
;-) ;-) ;-) ;-) ;-)


Bookmark and Share




  Member Information For aisha_mariaProfil   Hantar PM kepada aisha_maria   Quote dan BalasQuote

aisha_maria
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2007
Ahli No: 7453
Posting: 23
Dari: MaDiNaH MuNaWwArAh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-03-07 02:07


Pada 21-03-07 21:38 , nurzahumaira posting:

!!! QUOTE !!!

erm...ana pun confius dan risau...
nak jawab pun takut..
risau nanti jadi fitnah pula..
siapa yang boleh bantu dan bagi kenyataan yang meyakinkan...
WAHABI..SALAFI....!!??

kenyataan dan nas mereka macam betull...
tu yang mengelirukan...

ana ada baca dalam majalah I...

isu yang kejadian wanita dari tulang rusuk lelaki tu...
ada yang kata bukan..itu hanya perumpamaan...
tu antara orang wahabi la yang cakap...
solat dngn hanya niat???!!

wallahualam..
ana pun perlukan penjelasan...


ni komen aisha pasal salafi ni...aisha tak larat nak taip pnjag2,so aisha copy saja,sebab sama saja dengan apa yang aisha akan tulih....baca la betul2

Sedar atau tidak sedar, perselisihan dan perbezaan pendapat antara golongan yang mengkaji dan mengamalkan agama Islam di Malaysia menjadi semakin hangat. Ia semakin mendapat perhatian ramai apabila muncul di akhir-akhir ini golongan kelas pertengahan dari masyarakat yang suka mendapatkan sesuatu hukum beserta dengan dalil-dalilnya, tanpa hanya mendengar ‘halal' atau ‘haram' dan kemudian menurutinya dengan selesa. Dengan pertambahan golongan masyarakat yang sebegini, maka pendapat mazhab Syafie yang sudah biasa didengari dan dikuti tanpa banyak soal sejak turun termurun sudah mula dibuka untuk perbandingan dengan pandangan-pandangan lain, demi mendapatkan satu hukum yang benar-benar selesa dipegang oleh golongan ini. Secara tidak lansgung, tindakan ini dilihat amat negatif oleh sebilangan golongan dan kelompok masyarakat yang lain, iaitu dalam keadaan mereka sudah amat selesa dengan satu pegangan itu sejak sekian lama tiba-tiba muncul perbincangan terhadap pegangannya. Hal seperti ini menjadikan perang mulut berlaku dan ‘perdebatan dari jauh' dan dekat juga tidak kurang banyaknya.

Hasil tinjauan dan pengamatan sederhana saya, mendapati adakalanya perdebatan ini bertukar kepada perdebatan sihat kepada yang sebaliknya. Hasil dari itu, saya ingin mengambil peluang di ruang ini bagi berkongsi nasihat yang ebrguna buat sahabat-sahabat dari kedua-dua aliran. Diharap mereka sudi untuk membacanya tanpa prejudis.

Bagi saya, peranan golongan ilmuan muda hari ini antaranya :-



a) Tidak cepat menghukum sebaliknya perlulah memahami perjuangan kedua-dua kumpulan dengan baik

b) Menjaga asas dan adab serta bersabar dalam perdebatan dan perbincangan.

c) Memahami hujjah, kondisi, kesediaan masyarakat setempat.

di) Merujuk sesuatu isu dari sumber rujukan sama ada kitab yang benar-benar mewakili mazhab itu. Jika mazhab Syafie, maka perlulah dirujuk kitab utama yang telah disepakati oleh ribuan ulama Syafie silam seperti lah-Rawdah, Al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Fath al-‘Aziz dan Al-Umm. Ini antara kitab utama yang mesti dipastikan rujukan bagi mendapatkan satu fatwa yang mewakili mazhab Syafie.

e) Bersikap terbuka dan beradab dalam menilai pandangan-pandangan ulama lain dan dalil bagi setiap fatwa mereka. Dan banyak lagi peranan lain yang tidak mampu saya nyatakan di ruangan kecil ini.

Justeru, eloknya ilmuan muda dan dewasa meneliti di mana punca temu dan tembung antara dua aliran ini. Jika diteliti, kita akan dapati kedua-dua mereka bertemu dalam banyak perkara, terutamanya, bertemu dalam niat baik yang ingin disumbangkan kepada masyarakat..

Kaum Muda yang di namakan juga ‘salafi', ‘tajdid', ‘sunnah' atau dicop juga sebagai ‘wahabi' pada hemat saya menginginkan seluruh masyarakat lebih 'selamat' dan hampir kepada Al-Quran & as-Sunnah (pada hemat dan penelitian mereka) ; iaitu dengan cara membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sohih tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi aqal yang dikurniakan Allah SWT serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh Rasulullah SAW.

Kaum Tua atau dikenali sebagai ‘Khalafi' yang berpegang dengan umum mazhab Syafie pula berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya kurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan cara taqlid (ikutan tanpa kajian terperinci) sebagai medium penyatuan dalam masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat masyarat yang majoritinya tidak punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam hingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya individu yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil tadi sehingga menyeleweng, menurut mereka lebih baik bertaqlid kepada satu mazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau lebih baik pegang pendapat ulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak ‘alim.

Niat mereka ini lebih elok jika kita sedari dari asyik berbicara tentang perselisihan mereka. Selain itu, akibat peselisihan yang semakin buruk, muncul tuduhan dari kedua-dua kumpulan bahawa orang sana tidak lain hanya ingin menyesatkan dan memecah belahkan orang ramai. Masing-masing menuduh antara satu sama lain sebagai punca masalah tanpa sedar lagi kemungkinan dirinya adalah silap.

Justeru, kita dapat lihat inilah perjuangan mereka semua niat adalah baik, cuma mereka berbeza dalam target bentuk pergerakan, penentuan keutamaan dan pendekatan.

Peranan Penyokong

Malangnya dengan di'api'kan oleh penyokong masing-masing yang kurang 'ilmu' dan penghayatan, maka pertembungan menjadi serius, titik selisih menjadi utama menenggelamkan hasrat murni dan titik persamaan. Hinggakan guru-guru kedua kumpulan yang pada asalnya cukup lunak dan berbaik, menjadi keras, tuduh menuduh berlaku, remeh meremeh, balas membalas, lebih amat malangnya banyak pula si 'guru' yang bertindak balas bukan dalam isu yang sebenar, tapi hanya akibat mainan mulut si anak murid atau penyokong yang suka menokok tambah bagi menyedapkan perisa, kononnya orang sana menyebut itu ini.

Suka saya nasihatkan si murid agar mengingati kembali bab 'An-Namimah' iaitu mengadu domba yang amat dicela oleh Islam. Guru mana yang tidak ‘marah' apabila dilaporkan oleh si anak murid bahawa orang sana mengatakannya mengajar ajaran yang tidak benar, sesat, hujah cetek, menolak Usul Fiqh, tak mengetahui hadith dan lain-lain. Malah lebih buruk apabila kritikan hujjah merebak kepada kritikan peribadi, rupa wajah dan lain-lain.

Nabi SAW bersabda :

‏لا يدخل الجنة ‏ ‏نمام

Ertinya : Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba ( Riwayat al-Bukhari)

Huraian ringkas berkenaan tajuk yang disebut dalam kitab "Al-Halal Wal Haram" oleh dari Yusof Al-Qaradawi sangat baik dibaca oleh ilmuan dan para pengaji agar tidak tergolong dalam kumpulan pengadu domba yang memburukkan keadaan, memutuskan ikatan kasih antara muslim dengan berselindung di balik ‘niat baik' kononnya untuk meluruskan orang yang sedang menyeleweng.


Saya kerap berjumpa, pertempuran hujjah si 'guru', tetapi ia sebenarnya adalah hasil 'mulut' si anak murid, maka bertempurlah si 'guru' tanpa fakta yang sebenar tentang pihak sebelah sana, amat malang dan membuang masa. Inilah akibat kesimpulan sendiri dari kedua-dua belah pihak, sehingga mengadakan perkara yang tiada.


Peranan Syaitan

Dalam keghairahan menegakkan hujjah, pendekatan, keutamaan yang diletak oleh kumpulan dan perjuangan masing-masing, ramai yang tidak sedar bahawa Syaitan bertapak semakin hebat dalam diri. Sedarkah kita bahawa Syaitan pasti melontarkan rasa keakuan, ego, sombong, rasa diri ‘alim kerana hujjah mantap?. Ketika itu, secara sedar atau tidak, sekiranya hujjah di pihak lain adalah benar sekalipun , ianya tetap akan dilihat salah, sekaligus menolaknya dengan pantas, sambil merujuk ke guru masing-masing untuk mencari hujjah tambahan.

Kerap juga saya dengari di kalangan penyokong-penyokong ini merujuk kepada guru mereka sambil berkata "ustaz , bagaimana saya nak jawab hujjah mereka yang ini, yang itu dan lain-lain" . Sedarkah kita bahawa kemungkinan hujjah itu benar?. Tetapi dalam hal ini, si penyokong seolah-olah sudah pasti ianya salah, cuma mereka kurang mahir menacri hujah menolaknya sahaja. Sang guru pula akan rasa tercabar apabila hujjahnya dipatahkan lalu dengan begitu bersemangat pula membawa ‘buah' baru untuk dilontarkan kepada ‘orang sana'.

Jika ini berlaku, tiada lagi usaha mencari kebenaran tulen, yang ada hanyalah usaha menunjukkan ke'alim'an masing-masing. Adakalanya, belum pun sesuatu hujah ‘orang sana' diamati sehingga habis ayat-ayatnya, telah digelengkan kepala, ditertawakan, diberikan senyuman sumbing tanda hinaan terhadap hujah orang lain.

Nabi SAW menyebut :

الكبر بطر الحق وغمط الناس

" Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia" ( Riwayat Muslim)

Berkata Syeikh Abu Raghib akan erti "Batar" dalam hadith di atas :-

"rasa ‘ujub' atau keajaiban diri yang menyelubungi individu ketika diseliputi nikmat ( termasuk nikmat ilmu)"


Inilah yang pasti berlaku dalam pertempuran hujjah yang diapikan oleh para penyokong ini. Perlekehan akan berlaku, lalu timbulah ayat-ayat seperti " tak habis mengaji lagi tu" , " hidung masih berhingus nak berhujjah". " ni mesti tak faham bahasa arab dengan baik ni" , "depa ni bukan reti ilmu hadith" dan banyak lagi dari kedua-dua belah. Sihatkah ini? Benarkah perjuangan kebenaran yang didokongi atau telah terseleweng sedikit demi sedikit?.


Semoga Allah memberi rahmat buat kita semua dan mengampunkan saya dalam kesilapan pengamatan saya yang amat sederhana. Maaf buat semua jika ia mengguris anda tanpa hak. www.zaharuddin.com


Bookmark and Share




  Member Information For aisha_mariaProfil   Hantar PM kepada aisha_maria   Quote dan BalasQuote

aisha_maria
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2007
Ahli No: 7453
Posting: 23
Dari: MaDiNaH MuNaWwArAh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-03-07 02:08


Pada 21-03-07 21:38 , nurzahumaira posting:

!!! QUOTE !!!


solat dngn hanya niat???!!

wallahualam..
ana pun perlukan penjelasan...


aisha tak jumpa pun dari kitab ulama'2 yang di cop wahabi atau salafi ni cakap solat pakai niat...ini lebih kepada fitnah...aisha harap akak dapat kemukan bukti yang jelas :-)


Bookmark and Share




  Member Information For aisha_mariaProfil   Hantar PM kepada aisha_maria   Quote dan BalasQuote

aisha_maria
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2007
Ahli No: 7453
Posting: 23
Dari: MaDiNaH MuNaWwArAh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-03-07 08:58


bismillah........
akak rohana dg sufeyna harapnya dapat faham dengan tulisan aisha tu...kalau tak faham..boleh tanya balik


-----------------
ahlu sunnah wal jamaah


Bookmark and Share




  Member Information For aisha_mariaProfil   Hantar PM kepada aisha_maria   Quote dan BalasQuote

nurzahumaira
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 7249
Posting: 33
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-04-07 02:13


erm..panjang lebar huraian aisha maria..
terima kasih atas perhatian dan respon..

isu tulang rusuk tu..rasanya..tak ada yang mengganggu amal ibadat kita ek..
semua tu kajadian Allah swt..
bersyukur la kita semprna sifat...

bnyak lagi perkara lain yang boleh kita bincangkan...
jngan la kita mendebatkan isu kejadian Ilahi ek...

cuma yang ana bimbangkan..jika timbul isu lain yang mengconfius kan kepala ana sbgai orang yang kurang ilmu agama...

kalau ana bnyak ilmu agama,maybe ana boleh fikir dan ambik yang betul..
tapi, disebabkan ana tak bnyak ilmu..ana bimbang sekiranya ana mengarah kepada perkara yang tak sepatutnya...

isu tanam Al_quran,bin/binti nama bapa bukan islam dan sebagainya....
semoga ana tidak confius dan tidak mendatangkan kegusaran kepada orang lain...
semoga penganut agama lain tak ketawa dngn persembahan media yang mula memaparkan isu yang seolah-olah agama islam ni tak bersatu..orang ni kata lain..orang ni kata lain...

al-QUran,hadith,bidaah,qias...
itu yang ulamak kita pegang..yang malaysia terima pakai...
imam Syafie...
mana satu ulamak yang kita ikut..jangan melanggar suruhan Ilahi dah la...
semoga Allah menetapkan iman kita dan memberi kita petunjuk ke arah kebenaran...

wallahualam....


Bookmark and Share




  Member Information For nurzahumairaProfil   Hantar PM kepada nurzahumaira   Pergi ke nurzahumaira's Website   Quote dan BalasQuote

nour
WARGA RASMI
Menyertai: 09.04.2007
Ahli No: 7497
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-04-07 10:52


Pada 01-04-07 02:13 , nurzahumaira posting:

!!! QUOTE !!!


al-QUran,hadith,bidaah,qias...
itu yang ulamak kita pegang..yang malaysia terima pakai...


Mungkin typing error...
Ulamak kita tak ada yang berpegang pada bidaah ye :)


Bookmark and Share




  Member Information For nourProfil   Hantar PM kepada nour   Quote dan BalasQuote

aisha_maria
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2007
Ahli No: 7453
Posting: 23
Dari: MaDiNaH MuNaWwArAh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-04-07 13:00


Pada 01-04-07 02:13 , nurzahumaira posting:

!!! QUOTE !!!

erm..panjang lebar huraian aisha maria..
terima kasih atas perhatian dan respon..

isu tulang rusuk tu..rasanya..tak ada yang mengganggu amal ibadat kita ek..
semua tu kajadian Allah swt..
bersyukur la kita semprna sifat...

bnyak lagi perkara lain yang boleh kita bincangkan...
jngan la kita mendebatkan isu kejadian Ilahi ek...

cuma yang ana bimbangkan..jika timbul isu lain yang mengconfius kan kepala ana sbgai orang yang kurang ilmu agama...

kalau ana bnyak ilmu agama,maybe ana boleh fikir dan ambik yang betul..
tapi, disebabkan ana tak bnyak ilmu..ana bimbang sekiranya ana mengarah kepada perkara yang tak sepatutnya...

isu tanam Al_quran,bin/binti nama bapa bukan islam dan sebagainya....
semoga ana tidak confius dan tidak mendatangkan kegusaran kepada orang lain...
semoga penganut agama lain tak ketawa dngn persembahan media yang mula memaparkan isu yang seolah-olah agama islam ni tak bersatu..orang ni kata lain..orang ni kata lain...

al-QUran,hadith,bidaah,qias...
itu yang ulamak kita pegang..yang malaysia terima pakai...
imam Syafie...
mana satu ulamak yang kita ikut..jangan melanggar suruhan Ilahi dah la...
semoga Allah menetapkan iman kita dan memberi kita petunjuk ke arah kebenaran...

wallahualam....



berkenaan isu bin/binti tu....sebenarnya dalam fatwa dari. Wahbah az-Zuhaily sendiri dan ulama'2 di saudi pun tak bagi tukar nama,walaupun nama bapaknya "anjing".....sebab jelas dalam quran...Kalau rujuk fatwa al-Qardhawi pun sama juga....cuma majlis fatwa kebangsaan cakap tak mengapa....ini khilaf ulama',tapi bagi aisha...aisha sukakan pendapat yang lebih rajih....

pasal nurzahumaira cakap ulama; kita pada bidaah tu.....mungkin akak salah taip agaknya...tapi ulama' yang buat bid'ah ni ada..... :-di ....mempertahankan riwayat batil....kalau kaji manhaj imam syafie sendiri....beliau sangat berhati-hati dengan perkara cmni...lihat dalam manaqib asy-syafie oleh al-baihaqi....tapi ulama' yang mengaku mazhab syafie tapi buat perkara2 yang syafie larang...ramai saja....macam bid'ah...wallahu'alam


Bookmark and Share




  Member Information For aisha_mariaProfil   Hantar PM kepada aisha_maria   Quote dan BalasQuote

zatulwashah
WARGA RASMI
Menyertai: 17.04.2007
Ahli No: 7523
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-04-07 18:26


Pada 21-04-07 13:00 , aisha_maria posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-04-07 02:13 , nurzahumaira posting:

!!! QUOTE !!!

erm..panjang lebar huraian aisha maria..
terima kasih atas perhatian dan respon..

isu tulang rusuk tu..rasanya..tak ada yang mengganggu amal ibadat kita ek..
semua tu kajadian Allah swt..
bersyukur la kita semprna sifat...

bnyak lagi perkara lain yang boleh kita bincangkan...
jngan la kita mendebatkan isu kejadian Ilahi ek...

cuma yang ana bimbangkan..jika timbul isu lain yang mengconfius kan kepala ana sbgai orang yang kurang ilmu agama...

kalau ana bnyak ilmu agama,maybe ana boleh fikir dan ambik yang betul..
tapi, disebabkan ana tak bnyak ilmu..ana bimbang sekiranya ana mengarah kepada perkara yang tak sepatutnya...

isu tanam Al_quran,bin/binti nama bapa bukan islam dan sebagainya....
semoga ana tidak confius dan tidak mendatangkan kegusaran kepada orang lain...
semoga penganut agama lain tak ketawa dngn persembahan media yang mula memaparkan isu yang seolah-olah agama islam ni tak bersatu..orang ni kata lain..orang ni kata lain...

al-QUran,hadith,bidaah,qias...
itu yang ulamak kita pegang..yang malaysia terima pakai...
imam Syafie...
mana satu ulamak yang kita ikut..jangan melanggar suruhan Ilahi dah la...
semoga Allah menetapkan iman kita dan memberi kita petunjuk ke arah kebenaran...

wallahualam....



berkenaan isu bin/binti tu....sebenarnya dalam fatwa dari. Wahbah az-Zuhaily sendiri dan ulama'2 di saudi pun tak bagi tukar nama,walaupun nama bapaknya "anjing".....sebab jelas dalam quran...Kalau rujuk fatwa al-Qardhawi pun sama juga....cuma majlis fatwa kebangsaan cakap tak mengapa....ini khilaf ulama',tapi bagi aisha...aisha sukakan pendapat yang lebih rajih....

pasal nurzahumaira cakap ulama; kita pada bidaah tu.....mungkin akak salah taip agaknya...tapi ulama' yang buat bid'ah ni ada..... :-di ....mempertahankan riwayat batil....kalau kaji manhaj imam syafie sendiri....beliau sangat berhati-hati dengan perkara cmni...lihat dalam manaqib asy-syafie oleh al-baihaqi....tapi ulama' yang mengaku mazhab syafie tapi buat perkara2 yang syafie larang...ramai saja....macam bid'ah...wallahu'alam

ye ke ada ulama' yang buat bida'ah... boleh bagi tak satu contoh...


Bookmark and Share




  Member Information For zatulwashahProfil   Hantar PM kepada zatulwashah   Quote dan BalasQuote

aisha_maria
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2007
Ahli No: 7453
Posting: 23
Dari: MaDiNaH MuNaWwArAh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 03-05-07 08:52


bid'ah ni adalah perkara yang direka2 dalam ibadah...contoh macam bacaan tahlil,kenduru arwah,dan lain2


Bookmark and Share




  Member Information For aisha_mariaProfil   Hantar PM kepada aisha_maria   Quote dan BalasQuote

nurzahumaira
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 7249
Posting: 33
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-05-07 13:22


erm...baru berkesempatan bukak hanan ni..
maaf sngt2 sebab timbulkan bnyak kekeliruan di sini...
actually..'ijmak ulamak'..bukan bidaah..lain maksudnya..
kesilapan typing...
maaf sngt2 ye...

after tulis tu tak sempat dah bukak hanan sebab busy dengan VIVA dan final...then sibuk sikit untuk ready praktikal...almaklum la...budak sekolah....

nak bukak hanan asyik problem saja...
patut la ramai yang add YM...
rupenya dah jadi big problem...dan maybe have bad thinking about me...
apa pun,minta maaf sngt2...

pasal tulang rusuk tu ok la,ana dah dapat penerangan dari ustaz ngaji ana...
begitu juga dngn solat niat tu..maaf sngt2 ...

dah jadi fitnah pulak..ana pun dengar dari mulut2 orang lain..sebab tu sebenar nya ana nak kepastian...

ana yang serba kekurangan dan lemah ni nak minta maaf sngt2 kalau ana dah mengkonfiuskan atau menyakiti atau secara tidak lansung menimbulkan fitnah...

pada aisha_maria dan kawan2 yang lain,harap dapat bantu ana dan teruskan berkongsi ilmu dan apa-apa saja yang dapat membawa manfaat...
wallahualam...


Bookmark and Share




  Member Information For nurzahumairaProfil   Hantar PM kepada nurzahumaira   Pergi ke nurzahumaira's Website   Quote dan BalasQuote

rohani
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 4629
Posting: 38
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-05-07 15:33


erm...terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu, semalam kawan ana ada cerita yang pendapat golongan wahabi banyak bercanggah dengan pendapat ahli sunnah wal jamaah, dan ustaz ana sendiri ada pesan supaya kami tidak mendekati golongan or membaca karya tulisan wahabi..wallahua'lam.


Bookmark and Share




  Member Information For rohaniProfil   Hantar PM kepada rohani   Quote dan BalasQuote

aisha_maria
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2007
Ahli No: 7453
Posting: 23
Dari: MaDiNaH MuNaWwArAh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 17:10


Pada 28-05-07 15:33 , rohani posting:

!!! QUOTE !!!

erm...terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu, semalam kawan ana ada cerita yang pendapat golongan wahabi banyak bercanggah dengan pendapat ahli sunnah wal jamaah, dan ustaz ana sendiri ada pesan supaya kami tidak mendekati golongan or membaca karya tulisan wahabi..wallahua'lam.


salam...rohani...terima kasih dengan komen enti tu...cuma ana nak tau,kat mana yang salah dengan ahl sunnah wal jamaah tentang "wahabi" ni?dtgkan bukti2 dia...berhati2lah,kita takut terfitnah orang yang telah tak ada,jangan taqlid buta tnpa enti kaji dulu...tanya kat ustaz enti...yang mana bercanggah dengan nas2 quran dan sunnah......sedangkan al-Qardhawi pernah memuji Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai salah seorang tokoh mujadid dalam membanteras perkara2 khurafat di lembah hijjaz ketika itu...apakah pendapat al-Qardawi ini salah??-wallahu'alam


Bookmark and Share




  Member Information For aisha_mariaProfil   Hantar PM kepada aisha_maria   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 18:04


erm.. aiwah.. macam-macam yang diperdebatkan..
ana memang kurang ilmu tentang wahabi...
tapi... ana ada membaca bahan mengenainya dalam mjlh i...dll..

pada antunna.. mohon tidak dposting jika sumbernye
WAS-WAS... ia mendatangkan salah faham nanti pada yang membaca..


so.. sebelum posting isu agama.. jangan hanya fwd semata-mata..
dapatkan dari sumber dan asal-usulnye..
jika dari laman web.. linkkan laman web..
agar sama-sama kita dapat baca punca akar umbi..
pokok pangkal info yang dilontarkan...

sekadar teguran...
syukran pada yang memosting info wahabi..
wallahu'alam.... :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

aisha_maria
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2007
Ahli No: 7453
Posting: 23
Dari: MaDiNaH MuNaWwArAh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 00:10


dalam kitab Fiqh al-Aulawiyyat oleh dari Yusof al-Qardhawi.....beliau menyatakan Syeikh Muhammad b. Abd Wahab sangat memelihara aqidah dari perkara2 khurafat dan syirik,berusaha keras dalam membersihkan aqidah dari perkara2 tersebut,sangat komited dan istiqomah dalam dkwahnya,serta bnyak menulis surat dan kitab dalam menjelaskan manhajnya

al-Qardhawi juga mengiktiraf Syeikh Muhammad b. Abd Wahab sebagai Syeikh al-Islam dalam kitabnya (Hakikat al-Tauhid)


Bookmark and Share




  Member Information For aisha_mariaProfil   Hantar PM kepada aisha_maria   Quote dan BalasQuote

rohani
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 4629
Posting: 38
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 14:27


assalamualaikum,
article ni saya ambil dari http://saifulislam.com/artikel/isuwahabi.html

ISU WAHABI: TINGKAP YANG DISANGKA PINTU! 30.11.2005


Assalamualaikum WBT.
Saya minta maaf kerana tidak bersuara dan tidak memberikan apa-apa komen berkenaan dengan tajuk Wahabi. Tetapi setiap email yang dikirim, saya membacanya. Minggu lepas, cermin mata saya patah. Sedangkan sekarang ni saya berbelas jam sehari mengadap komputer untuk menyiapkan buku yang bakal dikeluarkan oleh syarikat tempat saya bekerja. Apabila sudah teruk sangat mengadap skrin, saya diserang migrane yang paling teruk saya pernah alami. Hingga nak buka mata pun susah. Dengar bunyi jarum jam tangan berdetik pun sakit kepala dibuatnya. Alhamdulillah, gaji sudah masuk dan sudah buat cermin mata baru. Lega rasanya… boleh meneruskan perjuangan di medan penulisan ini semula J
Saya rasa ulasan tentang Wahabi itu sudah banyak, dan boleh dikatakan keseluruhannya baik, Insya Allah. Saya sebenarnya sentiasa avoid untuk tersentuh semula bab ni sebab saya rasa, pengalaman lepas sudah cukup memeritkan, terutamanya semasa melihat adik-adik di Jordan berperang sesama sendiri, tidak bertegur sapa dan macam-macam lagi insiden yang memalukan, semata-mata atas isu ini. Malah, semasa di UK dan Ireland pun keadaannya sama. Pendek kata, apabila bincang bab Wahabi ni, banyak sungguh masa terbuang. Sebab tu kalau nak bincang pun, saya cuba mencari sudut yang belum pernah saya sentuh.
Anyway, saya terkenang semasa di Ireland, saya ada seorang housemate berbangsa Perancis yang pada masa itu baru 9 bulan masuk Islam. Dia masuk Islam selepas beberapa ketika terpikat dengan falsafah, dan keindahan syair-syair Jalaluddin lah-Rumi. Jadi, orangnya agak ‘sufi’ dan jiwanya halus. Malang sekali, dalam usia Islamnya yang begitu muda, dia telah menerima suntikan maklumat supaya berhati-hati mempelajari Islam sebab jika tersilap, akan terjebak ke belenggu Wahabi!
Suatu hari, dia bersembang dengan saya secara personal. “Hasrizal, I have a good news but it is not that good!”. Hairan saya mendengarnya lalu saya bertanya, “what sort of statement is this? I can’t see what you are trying to tell me”. Katanya, “my wife is pregnant and I’m gonna be a daddy!” Wow, ini sepatutnya menjadi berita gembira. Saya tanya dia, Kenapa pulak awak tak begitu gembira dengan berita ni? Dan jawapannya amat mengejutkan saya.
Dia gembira apabila mendapat tahu isterinya mengandung. Tetapi dia dihantui rasa bimbang hingga paranoid. Katanya, dia orang sufi, suka kepada zikir-zikir dan meminati Jalaluddin lah-Rumi. Dia takut apabila anaknya dah dewasa, anaknya akan jadi Wahabi dan mengkafirkan dia kerana sufinya dia! Ya Allah, rasa nak putus jantung saya dibuatnya.
“What are you talking about, mate? All these are nonsense!”, rasa nak mengamuk saya dibuatnya. Itulah kali pertama dia sebut tentang Wahabi kepada saya dan apabila saya siasat, rupa-rupanya dia telah diberikan berbelas keping artikel tentang bahaya Wahabi sedangkan, dia baru sahaja belajar bertatih di dalam ilmu Fardhu Ainnya.
Ya, itu satu kenangan silam saya tentang Wahabi.
ERA PRA KEMBARA ILMU
Semasa di Malaysia kira-kira pada tahun 1992, saya pernah membaca sebuah buku kecil di dalam Perpustakaan Tun Datu Haji Mustafa, iaitu perpustakaan sekolah saya (sama Izzuddin Shah, Ipoh). Buku tu telah menyenaraikan Wahabi sebagai salah satu ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Emm, saya terima sahaja benda tu dan saya tidak nampak apa signifikasinya. Apabila saya berangkat ke Jordan dan memulakan pengajian, pada kepala saya mudah sahaja. Saya Syafie di dalam Fiqh, saya Asyairah di dalam Aqidah, Wahabi pula terkeluar dari Ahli Sunnah wal Jamaah. Itu semacam satu kepercayaan by default yang kita dapat dari Malaysia. Tetapi syukur, saya tak pernah kunci mana-mana pintu untuk menilai pandangan kedua.
Satu perkara yang saya sayang tentang Jordan (I can't believe that Im actually saying this J), ialah pengajian di Jordan bersifat comparative. Kita sentiasa digalakkan meluaskan kajian, pembacaan, membuat perbandingan pendapat, dan jika boleh, membuat Tarjih. Tetapi yang paling penting, Jordan mewajibkan pelajarnya hadir kelas. Kalau 6 kali tidak datang kelas, mahrum (diharamkan) masuk ke final exam. Jadi, apabila kita konsisten masuk kelas, pemikiran kita sentiasa dididik agar bermanhaj. Saya masih ingat, semasa di dalam subjek Hadith Ahkam, kami berbalah dengan pensyarah tentang sejauh mana argument para Fuqaha’ tentang masalah kewajipan suci daripada kedua-kedua hadath apabila hendak memegang mushaf al-Quran. Akhirnya kami sekelas diberi masa seminggu untuk pergi ke perpustakaan dan mengumpulkan semua dalil yang diguna pakai oleh ulama semua mazhab di dalam bab ini. Sama ada dalil al-Quran, Hadith, Usul Fiqh atau apa sahaja. Benda-benda seperti ini sangat baik. Ia mengajar kita untuk bersikap adil terhadap ilmu, Insya Allah. Syaratnya, anda ke kelas!
Sebahagian daripada tuntutan silibus pengajian di Jordan, saya dikehendaki membaca buku daripada pelbagai aliran. Saya baca kulit ke kulit buku Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah oleh dari. Al-Buthi, saya baca Maqalaat al-Islamiyeen oleh Imam Abu al-Hasan Ashaari, dan dalam masa yang sama, saya juga dikehendaki membaca, memahami dan boleh membahaskan buku-buku karangan ulama yang dilabelkan Wahabi (walaupun mereka lahir, hidup dan mati beratus tahun sebelum kemunculan Muhammad bin Abdul Wahab) seperti Ibn Taimiyyah dengan bukunya Al-Ubudiyyah, Al-Fatwa Al-Humawiyah Al-Kubra dll, Ibn Qayyim, malah tulisan-tulisan Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri. Hmm, dengan fikiran saya yang saya yakin ia waras, sedar, ada manhaj sedikit sebanyak, dan adil dalam menilai sesuatu, demi Allah, saya tidak nampak dari sudut manakah, kesemua buku yang saya sebutkan tadi (sama ada aliran Salaf mahu pun Khalaf), yang membolehkan saya menghukum Wahabi atau Ashaari atau Maturidi terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
KESIMPULAN YANG SIHAT
Saya amat selesa dengan nasihat dari Abdullah Fawwaz semasa di Jordan. Katanya, “sama ada kamu memilih aliran Salaf, mahu pun Khalaf, mana-mana yang membawa kamu kepada beriman dengan Yakin kepada Allah, maka teruskan sahaja dengan manhaj itu!”. Saranan yang sama saya dapat daripada Hasan al-Banna dan ramai lagi tokoh yang berjiwa dah’ie.
Semasa di UK juga, jika saya diminta membentangkan kertas kerja berkaitan isu pertembungan Salaf dan Khalaf, saya suka mengambil pendekatan Hasan al-Banna yang sentiasa mengenengahkan titik-titik persamaan dan bukannya berkasar dengan perbezaan. Mudah-mudahan cara ini adalah cara paling baik, khususnya di dalam usaha pembaikan umat.
CINTA OTHMANIYYAH BENCI WAHABI?
Saya juga seorang pengkaji Sejarah Khilafah Othmaniyyah. Bukan kaji main-main, tapi sampai belajar Bahasa Turki, belajar Bahasa Othmaniyyah, belajar cara baca manuskrip Othmaniyyah, berpuluh kali berulang ke Turki, berkeluarga angkat bangsa Turki, tinggal serumah dengan kawan-kawan Turki, memasak masakan Turki, mengigau di dalam Bahasa Turki... cuma kahwin dengan orang Turki sahaja yang saya tidak buat! (isteri saya mesti berbangga dengan sambal belacannya). Saya cintakan Sejarah Othmaniyyah, saya serahkan diri kepada bidang ini secara bersungguh-sungguh terutamanya selepas melihat gambar Sultan Abdul Hamid II dibaling dengan batu oleh puak sekular di Istanbul. Terutamanya selepas saya bertemu dengan catatan Sultan Abdul Hamid II “I am sure that the historians will vindicate me, and even if the Turkish historians do not do so, I am certain that some foreign historians will do me justice”. Apabila saya banyak menghabiskan masa membaca karangan-karangan ulama di zaman mutakhir kerajaan Othmaniyyah, saya dibebankan dengan timbunan penulisan mereka yang mencela dan mencaci Muhammad bin Abdul Wahhab, khususnya melalui buku-buku yang diedarkan secara percuma oleh Ihlas Vakfi di Fatih, Istanbul.
Ya lazimnya, kalau mahu cinta kepada Othmaniyyah, perlulah bermusuh dengan Wahabi.
Tetapi saya bukan jenis begitu... dan saya puji Allah yang telah memimpin saya di dalam pencarian ilmu. Saya boleh cinta kepada Othmaniyyah tetapi cinta saya bukan buta. Saya bersedia untuk mengiktiraf sudut-sudut hitam Sejarah Othmaniyyah, termasuklah kelakuan-kelakuan buruk Gabenor Othmaniyyah yang bertugas di tanah Hijaz. Saya bersedia untuk menahan pedih hati dan jiwa menganalisa penyebaran fahaman Turanisma (nasionalis Turki) yang menular di seratus dua ratus tahun terakhir umur kerajaan Othmaniyyah.
Di dalam masa yang sama, saya terus membaca tulisan-tulisan Muhammad bin Abdul Wahab, dan akhirnya saya rasa adil untuk saya sebut “untuk sekumpulan manusia yang Aqidah dan Fikahnya sejahtera, membuat pembacaan politik yang salah, ia adalah sesuatu yang boleh diterima akal”. Pada saya, Muhammad bin Abdul Wahab serta pengikutnya, sama ada mahu dipanggil Wahabi atau Muwahhidin atau apa sahaja, mempunyai pegangan Aqidah dan Fiqh yang sejahtera. Tetapi ia bukan jaminan untuk mereka membuat bacaan politik dan pendekatan siasah yang betul. Maka permusuhan Muhammad bin Abdul Wahab dengan Khilafah Othmaniyyah, pada kiraan saya adalah soal ijtihad yang betul dari sudut menentang kemungkaran, tetapi salah dari segi tidak membezakan kelakuan gabenor Turki yang goblok dengan polisi sebenar Khilafah Othmaniyyah yang Islam. Saya tidak bersetuju dengan bentuk penentangan Muhammad bin Abdul Wahhab terhadap kerajaan Othmaniyyah, tetapi atas dasar hujah. Tidak sekali-kali bantahan saya di dalam persoalan pendekatan siasah Muhammad bin Abdul Wahhab, mengheret saya untuk menolak beliau dan gerakannya secara menyeluruh. Soal Aqidah dan Fiqh adalah satu isu, soal pendekatan siasah pula adalah isu yang lain. Jika approach Muhammad bin Abdul Wahhab dianggap keterlaluan oleh masyarakat Melayu yang 'kurang keras', maka approach tersebut boleh ditolak. Namun jangan sampai disesatkan Aqidah dan Fiqh mereka tanpa justifikasi yang adil.
SULTAN ABDUL HAMID II DAN GERAKAN WAHABI
Malah saya sendiri gembira apabila dari Muhammad Abdul Hamid Harb telah menterjemahkan sekeping manuskrip Othmaniyyah yang tersimpan di Perpustakaan Sultan Abdul Hamid (Yildiz Sarayi) tentang rekod kerajaan Othmaniyyah terhadap kemunculan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab. Manuskrip itu ditulis oleh Muhammad Kamil bin Nukman atau lebih dikenali sebagai Ibn Daraami al-Homsi. Manuskrip itu bertarikh 27 Ramadhan tahun 1312H, setebal 82 keping iaitu 164 muka surat. Ia ditulis atas permintaan Sultan Abdul Hamid II yang mahu mengetahui secara terpeinci tentang hal ehwal Semenanjung Tanah Arab dari segi geografinya, sosio budayanya, dan termasuklah kesan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab.
Antara isi kandungan manuskrip tersebut ialah kisah bagaimana seorang Badwi telah kehilangan untanya. Lalu dia pergi ke kubur seorang alim bernama Saad dan meratap, “Wahai Saad, wahai Saad, pulangkanlah untaku!” Hal ini berlarutan selama beberapa hari dan akhirnya, perihal Badwi yang meratap di kubur syeikhnya itu sampai ke pengetahuan Muhammad bin Abdul Wahhab. Beliau telah datang pada hari ketiga kepada Badwi tersebut lalu berkata:
“Apa masalah kamu?”
“saya kehilangan untaku. Sebab itu saya datang ke kubur syeikh saya. Sesungguhnya Syeikh Saad pasti boleh memulangkan kepadaku untaku yang hilang itu!”, jawab orang Badwi itu tadi.
Muhammad bin Abdul Wahhab bertanya, “siapakah syeikh kamu yang kamu maksudkan itu?”
Si Badwi menjawab, “inilah dia syeikh saya, yang duduk dalam kubur ni!”
Lalu Muhammad bin Abdul Wahhab berkata, “Ya Sheikh! Kamu adalah kamu dan kamu hidup serta kamu yang hidup tak mampu mendapatkan untamu. Apa hal pula kamu minta dari syeikh kamu sedangkan dia adalah mayat yang sudah mati. Bagaimana mungkin untuk dia keluar dari kubur untuk mencarikan kamu apa yang kamu sendiri tidak mampu lakukan? Sudahlah, tinggalkanlah si mati itu, mintalah pertolongan daripada Allah dan bukannya dari si dia yang dah tertanam di bawah batu ini. Dia sudah menjadi tulang temulang. Janganlah kamu minta dari Saad, sebaliknya mintalah daripada Tuhan Saad. Jangan sebut: wahai Saad! Sebaliknya sebutlah: wahai Tuhan Saad! Sesungguhnya Dia berkuasa untuk memulangkan untamu. Ingat, bukan Saad, tapi Tuhan Saad. Dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu!” (muka surat 31)
Ibn Daraami al-Homsi yang menulis manuskrip itu, membuat komentar untuk Sultan Abdul Hamid II dengan berkata, “sesungguhnya nasihat-nasihat Muhammad bin Abdul Wahab telah pun disebarkan kepada kabilah-kabilah Arab dan mereka menerimanya dengan baik, malah kesannya juga amat teguh. Pandangannya tersebar ke seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab dari hujung ke hujung, meliputi Haramain serta Iraq, Hijaz dan bandar-bandar yang lain.” (muka surat 32)


Bookmark and Share




  Member Information For rohaniProfil   Hantar PM kepada rohani   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» wahabi

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.083243 saat. Lajunya....