Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-07-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Barangsiapa mengambil serakah sebagai kebiasaan, ia menurunkan harga dirinya sendiri, barangsiapa membeberkan kesukaran –kesukarannya, ia menyetujui penghinaan, dan barangsiapa memperkenankan lidahnya menguasai jiwa, ia akan mengaibkan jiwanya
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 10
Ahli: 0
Jumlah: 10




  Dari Galeri
Haruman Syurgawi dan zauj pada malam pernikahan.Doakan kebahagiaan kami.Ameen.

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 2 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: apa pendapat anda tentang remaja zaman kini??


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» apa pendapat anda tentang remaja zaman kini??

Please Mendaftar To Post


Oleh apa pendapat anda tentang remaja zaman kini??

mas_ayu
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 22.01.2007
Ahli No: 7247
Posting: 54
Dari: PaHAnG dArUL MakMuR

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-03-07 13:50


saya nak tanya apa pendapat anda semua tentang remaja zaman sekarang? buang bayi, berzina, rempit... Adakah gejala ini akan terus berleluasa? bagaimana nasib serta masa depan remaja2 terbabit..alangkah sedihnya kita bila terkenangkan remaja masa kini.. Teringat saya pada zaman2 remaja dahulu..tak kenal telefon bimbit, apatah lagi berchatting..alangkah indahnya kalau kita dapat melalui zaman remaja dengan penuh manafaatkn?? Gaya hidup remaja kini terlalu berbeza..apa pendapat semua?? Bagaimana agaknya kita nak mengatasinya?


Bookmark and Share




  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

amnamadina
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 07.10.2006
Ahli No: 6958
Posting: 26
Dari: pasir gudang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 00:20


salam..remaja hari ini..bagi ana, remaja hari ini mudah sangat terpengaruh dengan anasir2 luar yang boleh kata banyak negatif dari positifnye..ana pun remaja juga..rasa takut juga kalo2 ada antr kawan-kawan au ahli kluarga terdekat yang terjebak dalam benda-benda tak elok ni..harap dijauhkan..bagi ana,yang penting didikan dari rumah..sebagai muslim,kita ada panduan yang cukup lengkap untuk dirujuk-AlQuran dan SUNNAH-..tinggal nak dengan tak nak saja..sama-sama laa kita doakan agr gejala2 negatif ni tak berterusan merosakkan anak muda kita..huhhh..remaja, remaja...


Bookmark and Share




  Member Information For amnamadinaProfil   Hantar PM kepada amnamadina   Quote dan BalasQuote

abadaa
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 02.06.2006
Ahli No: 6619
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-03-07 12:40


Assalamualaikum..

bagi saya, semuanya bermula dari rumah..
didikan ibu ayah...

alhamdulillah, keluarga sya menitikberakan pasal agama dalam kehidupan seharian..

kadang-kadang risau juga pasal adik2..semoga mereka tak terpengaruh...

saya sendiri pun mohon supaya isiqamah..

sebab kita tak tau masa hadapan kan...

Ya Allah, semoga kami semua istiqamah dalam mentaati suruhanMu..
amiin.....


Bookmark and Share




  Member Information For abadaaProfil   Hantar PM kepada abadaa   Quote dan BalasQuote

nurul85
WARGA RASMI
Menyertai: 25.03.2007
Ahli No: 7454
Posting: 1

Pahang  


posticon Posting pada: 29-03-07 23:34


salam..pada pendapat saya, remaja islam sekarang dah tak ada beza dengan remaja bukan islam..tengok lah macam mana fesyen berpakaian remaja sekarang..apa yang saya lihat,remaja sekarang suka sangat pakai seluar ketat serta baju ketat dan singkat..tudung pulak seolah-olah hanya untuk berfesyen apabila buah dada yang sepatutnya di tutup dengan tudung di tonjolkan kepada orang lain tanpa rasa malu..


Bookmark and Share




  Member Information For nurul85Profil   Hantar PM kepada nurul85   Pergi ke nurul85's Website   Quote dan BalasQuote

cyxaula
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.04.2006
Ahli No: 6488
Posting: 28
Dari: Moscow, Russia

malaysia  


posticon Posting pada: 30-03-07 04:31


assalamualaikum. terdetik hati ini untuk berkongsi sedikit pendaat tentang remaja zaman sekarang.
saya setuju dengan pendapat abadaa, semuanya bermula di rumah. didikan ibu bapa dan sokongan kuat dari keluarga sangat penting untuk memupuk remaja yang berhemah.
tapi remaja itu sendiri perlu matang dalam berfikir, berfikiran terbuka dan sanggup menerima dan melakukan perubahan.
apa yang dapat kita lihat sekarang gejala2 sosial yang semakin menjadi2 banyak melibatkan remaja2 kita. di mana salahnya? adakah mereka di abaikan? terpengaruh dengan anasir luar?
tepuk dada tanya iman.
tapi tidak semua remaja rosak perangai, masih ada yang masih terpelihara iman dan tingkah lakunya. alhamdulillah. semoga golongan remaja ini dapat membantu kawan2 mereka yang telah jauh menyimpang ini.
wallahuaklam.


Bookmark and Share




  Member Information For cyxaulaProfil   Hantar PM kepada cyxaula   Quote dan BalasQuote

zinirrah
WARGA RASMI
Menyertai: 02.03.2007
Ahli No: 7380
Posting: 5
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 06-04-07 20:49


Assalamualaikum......pada pendapat saya tak semestinya masalah remaja zaman sekarang bermula dari rumah....kadang-kadang terdapat remaja bila dirumah amat baik budinya tetapi bila berada diluar rumah terus berubah pernampilannya.kadang-kadang mak ayah sendiri tak tahu anak2 mereka di luar berperangai sedemikian.....pengaruh rakan2 usah nak katalah memang banyak..media sekarang pun memainkan peranan..remaja sekarang suka tiru gaya artis pujaan dia orang...bak kata remaja sekarang zaman moden...bila kita tak ikuti perkembangan semasa dikatakan kolot....bila dia orang nak insaf pun tak tahu laaa....remaja sekarang suka menunjukan kehebatan dia orang contoh yang jadi mat rempit dan minah rempit...bila tunjuk aksi kat jalan ada orang tengok rasa bangga la..nak dibincangkan masalah remaja zaman sekarang tiada penghujung...semakin hari ada saja masalahnya tambahan zaman yang semakin canggih ini...wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For zinirrahProfil   Hantar PM kepada zinirrah   Quote dan BalasQuote

wardahsufi
WARGA RASMI
Menyertai: 27.08.2007
Ahli No: 7822
Posting: 15

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-11-07 08:42


Assalamualaikum..

nauzubillah....sedih bila tengok remaja sekarang..banyak yang lalai..

semoga iman kita terpelihara dan dijauhkan dengan perkara2 maksiat...AMIN..


Bookmark and Share




  Member Information For wardahsufiProfil   Hantar PM kepada wardahsufi   Quote dan BalasQuote

Iman92
WARGA RASMI
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9492
Posting: 15
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 23:58


Assalamualaikum.

Pada pandangan saya, remaja pada masa kini terlalu terpengaruh dengan budaya hendonisme yang masuk dalam negara yang ditunjuk melalui media massa sebab tu ramai remaja yang terjebak dalam kegiatan negatif.selain itu mungkin juga sebab ibubapa yang kurang beri perhatian terhadap mereka.....

Sapa yang ada anak tu......awasilah selalu!!!!!!!!!!
Sekian..................


Bookmark and Share




  Member Information For Iman92Profil   Hantar PM kepada Iman92   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 22.01.2007
Ahli No: 7247
Posting: 54
Dari: PaHAnG dArUL MakMuR

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-06-09 08:49


Pada 16-11-07 08:42 , wardahsufi posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum..

nauzubillah....sedih bila tengok remaja sekarang..banyak yang lalai..

semoga iman kita terpelihara dan dijauhkan dengan perkara2 maksiat...AMIN..


insyaallah.. moga-moga anak-anak kita dijauhkan dari perkara2 yang tak elok.. aminn....


-----------------

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bookmark and Share




  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Yoyoy
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 23.07.2009
Ahli No: 11000
Posting: 53
Dari: www.yoyoyspa.com

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-07-09 17:37


remaja ada yang ok, ada yang tak ok, ada yang muda2 dah advanced,

hanya iman yang kuat boleh menyelamatkan kita, macam mana nak dapat iman yang kuat?

tak semestinya ilmu banyak, iman pun tebal.

kita kena rasa beruntungnya kita di atas nikmat Islam.. dunia ni sementara saja, akhirat jua yang kenal...

kita takkan dapat iman dengan duduk saja.. kena lah contohi cara Rasulullah SAW, sahabat ra, org soleh,....

macam Ibrahim Adham ke...

saya sendiri pun iman lemah, apa saya type untuk diri saya sendiri,
semoga apa saya type dapat diamalkan dan disampai-sampai kan...


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For YoyoyProfil   Hantar PM kepada Yoyoy   Pergi ke Yoyoy's Website   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-08-09 00:00


Pada 06-04-07 20:49 , zinirrah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum......pada pendapat saya tak semestinya masalah remaja zaman sekarang bermula dari rumah....kadang-kadang terdapat remaja bila dirumah amat baik budinya tetapi bila berada diluar rumah terus berubah pernampilannya.kadang-kadang mak ayah sendiri tak tahu anak-anak mereka di luar berperangai sedemikian.....pengaruh rakan-rakan usah nak katalah memang banyak..media sekarang pun memainkan peranan..remaja sekarang suka tiru gaya artis pujaan dia orang...bak kata remaja sekarang zaman moden...bila kita tak ikuti perkembangan semasa dikatakan kolot....bila dia orang nak insaf pun tak tahu lah....remaja sekarang suka menunjukan kehebatan dia orang contoh yang jadi mat rempit dan minah rempit...bila tunjuk aksi kat jalan ada orang tengok rasa bangga lah..nak dibincangkan masalah remaja zaman sekarang tiada penghujung...semakin hari ada saja masalahnya tambahan zaman yang semakin canggih ini...wassalam



salamun alaik..

ana setuju dengan pendapat ukhti..
sebab ini brdsrkn pemerhatian ana..ada saja mak bapak alim ulama dan profesional tapi anaknya perangai nauzubillah..
semua berdsrkn pendirian remaja 2 sendiri juga..tepuk dada tanyalah iman..kalau iman ada tapi amalnya tiada tak berguna juga..wallahuallam..
mudah-mudahan kita terselamat dari godaan duniawi yang mneyesatkn..aminn...
:bunga:


Bookmark and Share




  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Quote dan BalasQuote

anumisa
WARGA RASMI
Menyertai: 06.08.2009
Ahli No: 11100
Posting: 4
Dari: Penang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-08-09 14:06


salam semua..
ana suka untuk berkongsi bersama kalian.
pertama-tama ana harap sebarang bentuk perbincangan mengenai isu ini bukanlah sekadar perbincangan yang ending nya begitu sahaja, tetapi seeloknya, kita cari satu solusi atau penyelesaian untuk satu-satu masalah itu kerana melalui itu kita dapat bersatu menggembleng tenaga membantu ummah kita..
Sekadar cdangan dari ana yang dhaif ini.

1) Remaja sekarang.. ana nampak dua cabang kelompok yang berbeza. Satu : Group remaja yang smemangnya mendapat perhatian masyarakat dengan segala macam gejala sosial dan permasalahan yang ditimbulkan. Apa yang kita nak tahu sekarang adalah mengapa dan bagaimana?? Mengapa terjadi dan bagaimana nak ubah? Itu satu. Sememangnya tak dinafikan, perkara ini menjadi satu kebimbangan di tahap yang serius, dan pernah kah kita cuba mendekati golongan ini?? Bertanya khabar dan perihal mereka? Sahabat saya dari indon pernah bilang

"doa itu bukan dengan mulut, tapi dengan perbuatan"

maksudnya kalau kita sekadar membantu mereka dengan berdoa, tak cukup.. jika mampu, kita dekati mereka dan fahami gejolak dalam diri mereka.

2) Kelompok remaja yang kedua adalah kelompok remaja yang ditarbiyah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam haraki dakwah di institut masing-masing. Ini satu perkembangan yang saya rasa sangat sihat dalam kalangan remaja apabila kebanyakan mahasiswa sekarang banyak yang sudah punya kesedaran dan berlumba-lumba untuk berdakwah di kampus melalui tanzim dakwah dan uslub masing-masing. Ada yang lantang membidas kerenah birokrasi kampus masing-masing dan sememangnya suara mahasiswa itu bukan suara yang kecil apabila beberapa pihak mula tak senang duduk melihat kebangkitan gerakan mahasiswa sekarang. syabas untuk kelompok ini..

Dan sekarang timbul persoalan di benak saya.. bagaimana boleh wujud dua kelompok yang berbeza ini sedangkan semuanya menerima sistem pendidikan yang serupa, kondisi yang serupa, saluran yang sama iaitu melalui sekolah kita dididik.. Masalahnya jurang antara dua kelompok ini sangat ketara dan besar perbezaannya..

jadi bagaimana untuk kita sebagai da'ie untuk menyelesaikan permasalahan ini?

Sekadar pandangan dan cadangan dari hamba yang tidak punya apa-apa....


-----------------
BudakPicisan


Bookmark and Share




  Member Information For anumisaProfil   Hantar PM kepada anumisa   Pergi ke anumisa's Website   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 14.11.2007
Ahli No: 8035
Posting: 44
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 12-08-09 23:41


Salam ...

Apa yang saya perhatikan remaja2 hari ini dah semakin jauh dari landasan Islam yang sebenar ... dah terlalu Liberal sangat ...

Apa yang buat saya terkejut, cara pemikiran mereka, pakaian lengkap berbaju kurung dengan tudung (maaf, kalau kata-kata saya menyinggung perasaan) tapi tak segan langsung bersembang lucah dengan lelaki yang bukan mahram ... pernah saya bertanya kepada seorang remaja yang saya kenali diforum, apabila beliau ceritakan tentang sembang2 seks dengan boyfriend, saya tanya beliau tak rasa segan ke? ... jawab remaja tu, apa salahnya, kan dah jadi boyfriend ... seolah-olah boyfriend dah jadi macam suami ... boyfriend pun mereka panggil 'suami' tanpa nikah ...

Apa yang saya gerunkan ialah mereka telah menyalah gunakan pakaian Islamik dengan akhlak2 buruk ... baru-baru ini saya terkejut di youtube gambar remaja bertudung tapi sedang berasrama dana ditepi jalan ... bayangkan, remaja perempuan hari ini seolah-olah sudah hilang sifat malu ...

Siapa yang salah ye ... dalam soal keruntuhan akhlak remaja hari ini ...? Realiti2 TV yang tak dikawal pun ikut jadi penyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja hari ini ...

Saya berdoa semoga Allah berikan hidayah kepada anak-anak Islam kita yang tersasar supaya dapat kembali kepada sifat Islamiyah ...
[ Telah diedit oleh: lily_mawar pada 12-08-09 23:50 ]


Bookmark and Share




  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

zara1101
WARGA RASMI
Menyertai: 27.08.2009
Ahli No: 11266
Posting: 1
Dari: utara

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-08-09 10:45


salam...disini saya nak luah kan satu perkara....mungkin ramai juga yang terkejut....bukan nak popularkn diri...tapi nak mencari jalan pylesaian....saya student lagi...umur 21...saya pernah tlnjur dengan BF saya...benda 2 baru lagi berlaku...17 july 09 yang lalu...saya bukan nya tak tahu pasal dosa 2 semua...saya dididik dengan ajaran agama yang agak kuat...tapi mungkin iman saya xkuat...saya termakan godaan syaitan...slpas semua 2 berlaku...1 hari...saya mimpikn tak-BF saya yang sekarang ni sedang berdakwah bawa saya jumpa mak dia...dan boleh saya sdr dr tidur...tbe2 terlintas dihati saya...apa yang telah saya buat dengan BF baru saya sekarang...semua 2 nfsu smate2...dan selepas saya solat subuh...tbe2 saya mnges...dan tringt2 semua dosa yang lalu...saya da betul-betul myesal dengan ap yang da saya buat...dan dr hari 2 juga lah saya mula bertudung dan solat 5 waktu...saya pun da jnjy dengan diri saya yang xakn ulangi kslpn lalu....saya pun da taubat...dulu saya sangat bgge dengan figure badan saya...lebih-lebih lagi boleh ad cakap badan saya ni seksi....tapi sekarang semua 2 da lain...saya jadi malu boleh org perhatikn tbuh badan saya...rasa macam ad yang xkne juga...disini saya nak cakap yang saya banyak ujian lepas ap yang berlaku...
1. BF saya sekarang tak dapat terima saya yang da berubah...dia pkse saya buat benda trkutuk lagi...saya tolak...alhamdulillah...setakat ini saya xjmpe lagi dia untuk elakkan semua 2 berlaku...saya pernah minta ptus dengan dia...tapi timbul pula masalah lain...smpy sekarang saya xperiod lagi...ini buat saya risau...dan saya memang xley tglkn dia lagi....if ad Apa..dia kena tanggungjawab...dan yang pntin, if saya pregnant, saya takkan gugurkn...tapi persoalnye...macam mana???saya masih study...macam mana saya nak critekn kat mak dan family saya...adakah mereka boleh terima keadaan saya sekarang????tolong saya....saya buntu...
2.masalah lain pula...saya dikutuk...kononnya saya pakai tudung hnye nak ttup masa silam....hipokrit...memang buat masa sekarang saya bersabar...bila mereka cakap macam 2....saya hnye mampu diam kan diri juga...apa yang ptot saya buat....

saya harap pembaca kalian dapat tolong saya...kalau boleh email kepada saya...saya perlukan bntuan kalian...salam...
[email protected]


Bookmark and Share




  Member Information For zara1101Profil   Hantar PM kepada zara1101   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-09 11:01


assalamualaikum semua muslimah,

berkenaan remaja zaman sekarang ni susah nak cakap. di beri kasih sayang lebih dia naik tocang. tak diberi dia bagi alasan kurang kasih sayang. tapi akak ada dengar cerita seorang kawan ni. dia didik dengan mengurangkan beri wang pada mereka. dia ada anak duduk di asrama u all tau tak berapa belanja dia beri sebulan. RM5 saja bila tanya cukup ke dia jawap kenapa tidak asrama dah sediakan semua sarapan,makan thari, dan mlm apa lagi nak. kalau nak beli buku kena beritahu ayah dia yang belikan atau ayah dia akan bank ini duit tu pada cikgu. u all tau tak anak dia tu dah jadi doktor sekarang. akak rasa pun pergi tu anak-anak zaman sekarang ni sebab senang dapat duit mereka senang nak enjoy. tu lah yang menyebabkan mereka boleh buat apa mereka suka. anyway ini cuma pendapat saya rasa2 nak ikut boleh jugalah. tapi menjadi ke tidak tak lah tau.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-09 11:06


YA allah zara, allhamdulliah zara sempat sedar. zara apa yang zara hadapi memang sukar. zara kena berjumpa dengan seseorang yang zara boleh percaya dan bimbing zara. ingat jangan buang anak tu. maaflah akak tak dapat nak beri pendapat macam mana nak buat yang lain. tunggulah muslimah yang lain mungkin boleh insyallah.kawan-kawan yang lain apa pendapat ya.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 14.11.2007
Ahli No: 8035
Posting: 44
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 18-11-09 00:22


Salam ...

Saya rasa nak atasi akhlak remaja, ibu/bapa kena banyak berdoa ... remaja hari ini bukan boleh dileteri, kemungkinan mereka akan cari kawan untuk luah perasaan dan mereka akan rasa bosan duduk dirumah kerana leteran.


Kalau ikut pengalaman saya dipersatuan, org dewasa perlu jadi kawan kepada remaja; iaitu perlu bercakap dengan cara diplomasi dan menghormati mereka, jangan ditengking herdik. Teringat akan kata-kata Saidina Ali "didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka dan bukan zaman kamu dilahirkan" ...


Remaja hari ini terlalu mudah dipengaruhi rakan-rakan mereka. Pada saya doa adalah senjata untuk ibu/bapa dalam mengawal perasaan anak-anak remaja ...


Bookmark and Share




  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.077535 saat. Lajunya....