Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-03-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya...

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Waldor263
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13708

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Dari Galeri
bergambar kenangan diatas feri...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 7 hari yang lalu
Swarig123: 24 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: MUHASABAH DIRI


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» MUHASABAH DIRI

Please Mendaftar To Post


Oleh MUHASABAH DIRI

Bonda
WARGA RASMI
Menyertai: 28.12.2006
Ahli No: 7173
Posting: 1
Dari: SELANGOR

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-01-07 15:15


marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


-----------------
Islam Itu Indah


Bookmark and Share




  Member Information For BondaProfil   Hantar PM kepada Bonda   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-01-07 21:17


aiwah.. syukran ya bonda..
info yang banyak tipss nya..
insyaallah.. sama-sama kita berpesan..

kadangkala kita mungkin ambil endah tak endah...
kadangkala juga kita terlepas pandang..
arakaiannnya.. fikir dulu sebelum bertindak...
kalau rasa was-was.. bertanya pada yang lebih a'rif..

wallahua'alam... :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-01-07 10:08


assalamualaikum..

terima kasih dengan pesanan bonda..insyaallah, akan cuba diperbaiki.


Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

amnamadina
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 07.10.2006
Ahli No: 6958
Posting: 26
Dari: pasir gudang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-01-07 22:07


assalamualaikum..syukran bonda..ingatan yang baik buat kita semua..ana pasti ramai yang dah alpa tentang perkara ni semua..termasuk ana..


Bookmark and Share




  Member Information For amnamadinaProfil   Hantar PM kepada amnamadina   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
WARGA RASMI
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 7190
Posting: 7
Dari: Dari...Perak + ke...Kedah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-01-07 13:16


Info yang berguna untuk muhasabah diri kita..nilai tindakan kita..thank you bonda....barakallahu alaiki...


Bookmark and Share




  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

nurzahumaira
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 7249
Posting: 33
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-01-07 08:24


sama-sama kita bermuhasabah dah saling ingat mengingati..
yang 'benar' jadi pelik..
yang 'salah' jadi biasa..


Bookmark and Share




  Member Information For nurzahumairaProfil   Hantar PM kepada nurzahumaira   Pergi ke nurzahumaira's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-07 08:54


Terima kasih bonda.. semoga menjadi panduan kepada warga portal muslimah disini.


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-10-10 11:12


Terima kasih Bonda..sedikit sebanyak boleh memperbaiki amalan kita seharian.



Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.052482 saat. Lajunya....