Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sedekah adalah ubat mujarab, dan amal perbuatan manusia dalam kehidupan ini akan berada di hadapan matanya di waktu ajaln
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Dari Galeri
Assalamualaikum..
Sambutlah salam perkenalan dari ana..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Pergi Haji ...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Pergi Haji ...

Please Mendaftar To Post


Oleh Pergi Haji ...

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-11-06 11:55


Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah umi sekeluarga akan bertolak pada 27 Nov sehingga 12 Januari. Doakan umi sekeluarga agar sihat, selamat dan memperolehi haji mabrur. Allahumma Ameen!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - umi menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada anak-anak di sini sekiranya ada yang terasa dengan apa yang umi paparkan selama ini. Umi menumpang kasih anak-anak di sini. maafkan umi ya.

Dalam sebuah hadits disebutkan:
"Senantiasa diterima doa seorang hamba Allah, apabila ia tidak berdoa untuk berbuat dosa atau untuk memutuskan silaturahmi, asal saja dilakukan dengan tidak tergesa-gesa. Rasul lalu ditanya: apakah yang dimaksud tergesa-gesa? Rasul bersabda: Seseorang berkata. saya telah berulangkali berdoa tetapi tidak juga kulihat dikabulkan. Ia merasa rugi dan lesu sampai ia meninggalkan doanya." (H.lah. Muslim dan Tirmidzi)


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

AZURA_ANAKMAMI
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 842
Posting: 186
Dari: kuala kurau,Perak

Perak  


posticon Posting pada: 03-11-06 23:22


Zura doakan semoga umi Selamat pergi dan pulang...
doakan kami anak2 disini ye ...
zura nak ucapkan salam aidil fitri dan nak pohon ampun dan maap kat umi...
muachss sayang dan rindu dekat umi


Bookmark and Share




  Member Information For AZURA_ANAKMAMIProfil   Hantar PM kepada AZURA_ANAKMAMI   Pergi ke AZURA_ANAKMAMI's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-11-06 00:52


InsyaAllah!


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

siti_habsah
WARGA RASMI
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 6461
Posting: 6
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 15:47


salam alaik....
selamat pergi dan kembali dengan haji yang mambur umi...insyaallah
semoga dipermudahkan segala urusan umi.....


Bookmark and Share




  Member Information For siti_habsahProfil   Hantar PM kepada siti_habsah   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 04:23


Allahumma Ameen!


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 04:34


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah umi akan bertolak dari Lapangan Terbang Senai pada 26 Nov jam 3.50 petang InsyaAllah ke KLIA. Dari KLIA akan mendaftar ke Kelana Jaya jam 12.30 malam tersebut dan kemudian akan bertolak pada pagi 27 Nov itu. Doakan umi dan rombongan selamat, sihat dan juga dikurniakan kesabaran tahap tinggi semasa menjadi tetamu Allah ini. Doa anak-anak amat umi hargai dan semoga Allah ganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran. Allahumma Ameen!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

AZURA_ANAKMAMI
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 842
Posting: 186
Dari: kuala kurau,Perak

Perak  


posticon Posting pada: 19-11-06 16:27


zura teringat arwah abah yang baru ninggal :(....
kalau tak...insyaAllah abah zura akan pergi haji tahun ini..

~rindu abah tersayang~


Bookmark and Share




  Member Information For AZURA_ANAKMAMIProfil   Hantar PM kepada AZURA_ANAKMAMI   Pergi ke AZURA_ANAKMAMI's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 23:41


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah umi cuba call zura tapi tak dapat. Jangan bersedih ya zura tapi doakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Kirim salam kat emak. syam and family di penang dan juga yang kenal umi ya. Doakan umi selamat sihat dan dapat haji mabrur!

Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 23:42


Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah dalam kesempatan yang Allah izinkan ini umi nak cerita sedikit kisah musafir umi ke Beijing tempoh hari - 6 Nov hingga 11 Nov 2006. Sebenarnya baba ada konvensyen di sana dan mengajak umi ikut sekali memandangkan inilah peluang untuk melihat negara orang disamping mahram.

Sebenarnya beberapa hari sebelum bertolak baba yang terlalu letih bekerja pengsan sebaik keluar dari bilik mesyuarat di Johor Baru. Kemudian baba telah dirawat di Bilik Kecemasan Hospital Sultanah Aminah. Umi yang diberitahu amatlah terkejut dan terus memberitahu madu umi dan kami ke Johor Baru bersama.

Doktor mengesahkan baba cuma sakit perut keterlaluan (agaknya cika) dan dibenarkan pulang. Walau apapun baba terlalu lemah dan kami bawa baba pulang ke Simpang Rengam. Dua hari umi bela baba sakit dan alhamdulillah beliau sihat dan dapat pergi ke Beijing. Allah izin dua hari sebelum bertolak kami (dua buah rumah) membuat open house selain doa selamat untuk berangkat ke tanah suci.

Kali ini umi pula yang demam selsema dan batuk tetapi kerana semangat ingin nak lihat negara orang umi pergi juga berbekalkan ubat yang umi plan sendiri - bawa pil panadol soluble, pil flu and cold beli di airport senai, listerine untuk kumur2 dan juga pelekat di dahi untuk menyejukkan bila demam (kool fever) dan juga lorengzes (gula-gula elak batuk).

Bertolak dari KLIA jam 12.30 malam dan tiba awal pagi - solat dalam kapalterbang. Pada 7 nov tu baba masih free konvensyen bermula 8 nov. Maka hari itu kami pergi ke Tianamin Square di mana ramai pemuda cina telah dibunuh dan di bull dozed pada tahun 1989 (kalau tak silaplah). Dan lepas tu kami ke Forbidden City berdepan dengan Tiananmin Square. Kami naik LRT dan juga berjalan kaki. Selain itu umi turut ikut baba dengan tourist guide naik Prospect Hill. Sesiapa yang tahu akan tempat itu boleh bayangkan umi dengan keadaan kaki dan badan yang besar ni Allah izinkan untuk sampai ke kemuncak dan dapat lihat seluruh panorama Beijing dan juga Forbidden City yang luas itu. Ketika itu sudah maghrib dan pemandangan begitu indah sekali. Turunnya tu umi berpapah jugalah.

Umi dan baba sebenarnya naik beca melalui jalan-jalan Hutong (jalan belakang dan sekeliling Forbidden City yang begitu bersejarah). Malamnya umi demam, batuk dan selsema. Jadi umi pun apa lagilah gunalah ubat-ubatan bekalan sendiri tu. Seharian pada 8 nov umi berkurung dan baba keluar sendirian untuk cari souvenir. Tetapi pada 9 nov tu umi dah rasa ringan sikit maka umi pergi jalan sendirian. Allah izin umi tinggal di Swiss Hotel Beijing dan dapat seorang anak angkat lelaki sales manager di situ yang faseh berbahasa Indonesia kerana walau dia cina tetapi namanya Ferry Junaidy berasal dari Palembang dan bekerja di Beijing tu. Beliau banyak bantu kami dengan membuat peta untuk turun naik LRT dan juga tempat ziarah dan jualan murah.

Ferry tuliskan dalam tulisan cina dan umi tunjukkan kat taxi driver dan dibawa ke tempat tersebut. Bila nak balik umi tunjuk key hotel saja dan sampailah.

Di sana umi tak rasa takut jalan sendirian walau berpakaian bertudung kerana di Cina lebih 50 juta orang Islam dan wajah umi agak cerah dan mereka siap cubit pipi umi yang montel ini . Masa umi beli buah siap penjual itu masukkan buah apa entah kecil dan sudah dibasuh ke mulut umi. Agak terkejut tetapi cara dia cakap tu seolah-oleh umi ni macam emak atau nenek dia agaknya .

Pada 10 nov iaitu hari Jumaat baba dan umi serta seorang lagi rakan dari Mardi telah dibawa untuk pergi ke Great Wall. Kami tiba ke satu cek point terdekat sebab waktu terbatas. Di situ umi cubalah naik tetapi setakat lebih 30 anak tangga saja agaknya kemudian umi turun sebab tak berani. Anak tangga tidak sama tingginya dan agak curam. Umi nak turun pun siap duduk dan turunkan kaki perlahan-lahan. Baba dan rakannya tu naik terus hingga ke tahap yang agak tinggi. Umi bila turun ke bawah terus ambil gambar dan dapat watikah mengatakan umi dah naik Tembok Besar Cina yang terkenal tu. Bila baba dan kawannya turun mereka kata tak aci sebab umi tak naik tinggi mana pun. Umi kata dah tak ada kerja lain so umi buat yang tulah .

Lepas tu kami di bawa ke restoren Islam macam lah and lah di sini. Siap ada tempat solat sekali. Selepas itu kami di bawa melawat sebuah masjid. Waktu tu dah hampir pukul 2 ptg. Ketika itu ramai yang bekejaran untuk masuk ke masjid. Kami sudah jamak di surau restoren tadi. Tak sangka yang solat jumaat mereka rupanya lewat (rasanya ikut mazhab hanafi) sebab waktu zohor masuk jam 11.58 pagi di sana. Ketika ini sudah masuk musim sejuk di mana maghrib masuk awal dalam enam lebih sikit saja.

Ketika di masjid itu kami sempat ambil gambar mereka solat dan juga seorang ahli qariah yang berbangsa Pakistan sempat bertanya umi akan kesihatan dari Mahathir. Umi yang tak tahu menahu akan beliau masuk IJN hanya menggeleng kepala saja. Disana juga umi jumpa serombongan 41 orang ahli umno dari PJ Selatan melawat masjid tersebut juga. Jumpa juga orang Malaysia.

Kemudian umi sempat ziarah kenalan di Kedutaan Malaysia di Beijing. Umi bawakan sepaket kuih batang buruk kerana beliau sekeluarga tidak pulang beraya ke Malaysia. MasyaAllah cantiknya bangunan kedutaan kita di sana.

Lepas itu kami di bawa melawat kilang sutera dan juga jed. Sekedar tengok oklah kan. Kemudian kami di bawa ke tempat perubatan cina yang terkenal dan ada doktornya yang faseh berbahasa Melayu kerana isterinya asal orang Kota Baru Kelantan. Dan dia pernah ke Indonesia selain kepulauan melayu yang lain. Kami di rendam kaki dan diurut reflexologi.

Yang terakhir kami dibawa shopping di satu tempat bernama men. Bukan lelaki ya tetapi dalam bahasa cina tu. MasyaAllah ada kedai nama Aisyah dan juga Jamilah. Kedai tersebut dipunyai oleh orang Islam. Di sini sekali lagi kami bertembung dengan rombongan tadi. Apa lagi kecoh jugalah sebab berterumbu ke satu dua kedai saja yang Muslim tu. Kira-kira macam di bukit kayu hitam cuma di sini lebih banyak gerai dan pelbagai barangan.

Begitulah kisah umi di Beijing dan malam itu umi berkemas sakan sebab lepas subuh terus ke airport untuk pulang ke tanah air. Baba pula dan mula membengkak kakinya dan belas bila goutnya menyerang tu. Tapi baba mampu bertahan kerana dalam kapal terbang umi minta panadol dan bila landing di KLIA terus bawa ke kelinik Pusrawi untuk dapat rawatan. Di KLIA umi buat haji perdana sebab tak sempat ikuti di Johor. Sebab umi tawaf habis satu KLIA tu cari sup sebab baba nak makan sup. Allah izin tak jumpa. Lepas tu sakan mencari paper kerana kes Abu Bakar Baginda dan juga dari M masuk IJN tu. Alahai .... puas setiap inci di KLIA tu umi redah.

Walau apapun Alhamdulillah umi dan baba selamat sampai di rumah jam 12 malam. Pada hal kami landing di Senai jam 10.30 malam. Allah uji tayar kereta merc pancit dekat sedenak. Dengan tanpa lampu suluh baba tukar sedangkan baru saja pulih sikit kakinya tu. Kami sabar saja dan anggap semua itu sebagai persediaan untuk menjadi tetamu Allah beberapa hari lagi ini. Bila orang tanya umi pergi haji perdana di mana..... umi jawab di Beijing .

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Doakan kami dapat Haji Mabrur, sihat dan sabar tahap tinggi ketika menjadi tetamu Allah. Sayang semua!


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.074891 saat. Lajunya....