Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-02-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: citey
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13721

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 0
Jumlah: 15




  Dari Galeri
gambar ni masa camping kat sedim, kedah masa matrix(kmp)  dulu..

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 1 hari, 15 jam, 45 minit yang lalu
nishazainal: 9 hari yang lalu
sarahhanee: 14 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: KAHWIN AWAL....apa pendapat antunna semua?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» KAHWIN AWAL....apa pendapat antunna semua?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh KAHWIN AWAL....apa pendapat antunna semua?

wardatul_jannah
WARGA RASMI
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 843
Posting: 12
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 17:11


assalamualaikum sahabat2 semua??
semoga dalam iman dan rahmat kasih sayang Yang Maha Penyayang

errm..saya nak tanya pendapat antunna semua ni....pada pendapat sahabat semua..apa keburukan dan kebaikan kalau kahwin awal ni??

ok itu ..jangan lupa ye...bagi pandangan semua...wassalam
salam juang


-----------------
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
....Walau apapun yang kita usahakan, pastikan diri kita sentiasa sedar hakikat kehambaan�


Bookmark and Share




  Member Information For wardatul_jannahProfil   Hantar PM kepada wardatul_jannah   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-09-06 00:05


waalaikumsalam...
bagi ana ok saja...hee..walopon tak kawin lagi, tapi pendapat ana ianya adalah lebih baik..
banyak kebaikan..dapat sempurnakan lagi separuh agama..banyak btolah hikmahnya..
ada 1 hadis nabi:..perempuan yang berkat adalah yang awal berkahwin...

bagi orang islam, kehidupan yang 'enjoy bersama pasangan' adalah selepas kawin..betul tak?..tiada istilah coupling2 ini..

suka tengok orang yang kawin awal..
tapi kelemahan kawin awal akan muncul bilamana ilmu agama tak didalami oleh kedua2 pasangan, perhubungan dengan Allah tak dijaga & etc.. dan berkahwin bukan kerana ibadah..wallahua'lam..

sebab tu nabi berpesan...baik muslimah @ muslimin yang nak berkawin..perlulah mencari pasangan yang berAGAMA..ada dalam hadis..

semoga kita sentiasa dirahmatiNya..
hanya pendapat dari ana yang lemah ni..


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

ygriang
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 10.06.2006
Ahli No: 6639
Posting: 21
Dari: tengah rumah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-09-06 08:36


setuju sesangat..ygriang pun belum kawin tapi ada ramai kawan yang kawin awal dan ada yang belum kawin...so dapat tengok semua..ada yang bahagia, ada yang derita...nak decide..paling afdhal,tanya big boss..Allah yang Maha Mengetahui!


Bookmark and Share




  Member Information For ygriangProfil   Hantar PM kepada ygriang   Pergi ke ygriang's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-09-06 15:49


erm.. keburukannnye..
bagi yang belum lagi mendalami selok belok...tntag perihal ehwal rumahtangga..
itulaa yang menjadi masalahnye..hehhe..

nak kata keburukan.. ianya boleh diatasi..
belajar slow-slow.. kerana kita tak boleh nak praktikkan.. atau belajar
dalam satu masa yang singkat.. proses belajar memerlukan masa...

em.. kena ada persefahaman bila dah berumah tangga ni..
suami dan isteri kena saling tegur-menegur..
saling toleransi laa.. kena ada tolak-ansur.
macam naik papan gelonsor..
kok Kalau dia saja nak ditolak.. sian yang di bawah tu..
tak merasa nikmatnye main gelongsor tu..ehehhe..

kebaikannye.. dapat mengelakkan fitnah..
dan yang penting dah ada ikatan yang sah...
so.. tak ada laa buat dosa saja.. bila asek bercopule ni..
bila dah diijab.. maka ikatan yang tulus..mulus.. suci..
ewah.. ayats.. jadi halal dalam segala aspek..

satu lagi.. bila kawin awal..
nanti anak kita pun.. kita senang nak didik..
seronok bila dah dapat anugerah ALLAh ni..

apapun.. yang penting..nak kawin..
kena ada asas rumah tangga...
serta anak tangga nya..

satu lagi.. kena pergi kursus kawin dulu..
heheheh..

wallahualam'..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

wawa_1101
WARGA RASMI
Menyertai: 22.03.2006
Ahli No: 6429
Posting: 7
Dari: Bukit Mertajam,Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 16:22


Alhamdulillah la...terhindar dari segala fitnah...
apa pun kita hanya merancang...Allah yang menentukan....
kalau dah sampai jodoh...lebih baik dilangsungkan..
tapi...kena lah bersedia dari mental, jasmani dan rohani...
kita kena la kuat...tanggungjawab dah berbezakan...
Insya Allah...Allah pasti akan memudahkan segla urusan...


Bookmark and Share




  Member Information For wawa_1101Profil   Hantar PM kepada wawa_1101   Quote dan BalasQuote

nurzahumaira
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 7249
Posting: 33
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-02-07 15:33


waalaikumsalam...ana setuju la bila sebut bab ni,then dikaitkan dngn mengelakkan maksiat...
dunia sekarang ni,jarang sangat perempuan atau lelaki yang tak ada pasangan(couple)..nak elak,benda tu datang jugak..perasaan nak disayangi dan menyayangi sesama insan berlainan jantina..
nak join, teringt pulak agama yang amat melarang pergaulan xhalal antara lelaki dan perempuan...
agama larang tu bukan sebab jealous atau sebagainya..
tapi untuk kebaikan kita jugak...
bila dah masuk perangkap couple ni, syaitan tu dah gelak sikit,..sebb senang sikit dia nak kacau line....
so...untuk mengelakkan syaitan ni memerangkap kita,better la kita kahwin kalau kita dah rasa yang lelaki tu baik untuk kita dan mapu nak bimbing kita lebih dekat dengan Ilahi...
tapi kalau lelaki tu menambahkan kelalaian kita kepada yang lebih sayangkan kita(Yang Maha Penyayang)...better la tak payah kahwin dulu...

tapi kena kuatkan iman dan hati la...jangan jeles pula tengok orang lain syok bercinta...
nak elak rasa jeles, kita tengok hubungan diaorang..kalau mereka asyik dok dating..pegang2 tangan..keluar bersama tanpa muhrim..bermesra tak tentu pasal...sure Tuhan marah..kita jgan jadi macam tu....

kesimpulannya..kahwin awal tu adalah lebih baik kalau dah ada pilihan....
anak pun boleh dapat awal.he he...
tak la nanti bila dah tua,still nak kena tangggung anak sekolah....
kalau kahwin awal,bila kita dah tua,nanti insyaAllah anak dah besar...
kalau dididik dengan baik,insyaAllah kita senang Dunia Akhirat....

wallahualam...


Bookmark and Share




  Member Information For nurzahumairaProfil   Hantar PM kepada nurzahumaira   Pergi ke nurzahumaira's Website   Quote dan BalasQuote

offhegoes
WARGA RASMI
Menyertai: 17.02.2007
Ahli No: 7334
Posting: 5
Dari: BBB

taiwan   avatar


posticon Posting pada: 17-02-07 15:10


Saya setuju, hindar maksiat....


-----------------
M SOPIAN H
www.KLGate.com - MUSLIM BUSINESS DIRECTORY. Let Us Build It! Kalau ada business muslim, please list it there.. target 1000 list&


Bookmark and Share




  Member Information For offhegoesProfil   Hantar PM kepada offhegoes   Pergi ke offhegoes's Website   Quote dan BalasQuote

sufeyna
WARGA RASMI
Menyertai: 22.02.2007
Ahli No: 7357
Posting: 19
Dari: aLam FaNa

maldives   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 18:05


sesiapa yang tak ada apa-apa halangan tu kawin sajalah..nak tunggu apa lagi...huhu


Bookmark and Share




  Member Information For sufeynaProfil   Hantar PM kepada sufeyna   Quote dan BalasQuote

cyxaula
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.04.2006
Ahli No: 6488
Posting: 28
Dari: Moscow, Russia

malaysia  


posticon Posting pada: 06-05-07 01:08


betul itu...ada banyak kebaikan tersembunyi di sebalik kawin awal ini. ay sendrik kagum dengan orang-orang yang kawin awal ini dan hidup bahagia. jeles pun ada..ye la, betapa ALLAH meberkati kehidupan mereka ini. tapi saya berpegang pada prinsip selagi tak bersedia, tangguhkan la dulu niat di hati sebab dugaan nya banyak. bila dah bersedia pulak jangan tangguh2 lagi, nanti menyesal pula...hehehehe..apa-apa pun pada ALLAH SWT kita berdoa dan bertawakkal selepas kita berusaha.


Bookmark and Share




  Member Information For cyxaulaProfil   Hantar PM kepada cyxaula   Quote dan BalasQuote

syahadaiman86
WARGA RASMI
Menyertai: 11.05.2007
Ahli No: 7587
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 02:12


kalau dah yakin benar-benar bersedia dengan ilmu rumahtangga ok la. bagi yang suka 'enjoy' kena pastikan lepas kahwin dia tak boleh macam kawan-kawan lain yang belum kawin. ni yang kadang-kadang jadi masalah kalau orang tu jenis nak enjoy saja tak kira dah kawin or belum.


Bookmark and Share




  Member Information For syahadaiman86Profil   Hantar PM kepada syahadaiman86   Quote dan BalasQuote

mashunah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 11.10.2004
Ahli No: 4435
Posting: 29
Dari: Kajang, Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 11:05


Assalamualaikum,

Saya sendiri berkahwin ketika umur 23 tahun, dan masa tu saya adalah mahasiswa tahun akhir di UTM. Saya tak pasti saya ni termasuk kategori kahwin awal atau tidak. Tapi, masa tu, saya di antara yang terawal kahwin berbanding kawan2 sebaya.

Suami saya pula berumur 24 tahun ketika kami nikah dan dia baru bekerja setahun selepas tamat belajar.

Kebaikannya kahwin awal ini, ialah kita tak sempat nak 'enjoy'... so pendedahan terhadap dunia kebebasan ni kurang. Kita merancang kehidupan lebih awal, memang terasa diri cepat tua. tapi sekurang2nya kita tak ada masa nak membazir duit ke, buat benda2 tak berfaedah ke.. kita sentiasa fikir masa depan.

Tapi, kelemahannya ialah.. kita belum 'matang' dalam menangani masalah2 tertentu.. contohnya, nak menguruskan rumahtangga.. nak menyesuaikan diri dengan ipar duai.. nak merajinkan diri bertandang ke rumah sanak saudara.. di usia muda, kita dah nak kena belajar jaga hati keluarga suami, nak jaga hati keluarga sendiri... kenduri belah sana nak kena pergi, kenduri belah sini nak kena pergi.. semua tu melibatkan perbelanjaan (kos) sedangkan kita memang ada problem 'kewangan', sebab studen lagi...

begitu juga kesempurnaan rumahtangga kita.. masa tu nak fikir rumah.. nak fikir perbelanjaan nak menyambut baby... dalam masa sama... nak fikir presentation tesis akhir... dan macam2 lagi...

Letih.. memang letih...

4 tahun pertama, cabarannya memang getir... tambah pulak masa grad, dah ada baby.. lepas itu.. nak cari kerja dengan status ibu muda.. tak semudah yang disangka..

Alhamdulillah, perkahwinan saya dah pun melangkah tahun ke 7. Bila saya dan suami dah capai umur 30-an, barulah kami lebih 'matang' dalam menangani apa jua cabaran berkongsi hidup bersama... Sekarang ni, kami dah ada 2 puteri dan seorang putera..

Bila tengok budak2 muda couple.. tanpa ada ikatan yang sah, saya selalu bercakap dalam hati.. "Ya Allah, temukanlah jodoh mereka. Kerana saya percaya, di dalam perkahwinan itu, ada tersimpan seribu rahmat dari Mu."

Amin, Ya Rabbal A'alamin.


Bookmark and Share




  Member Information For mashunahProfil   Hantar PM kepada mashunah   Quote dan BalasQuote

sufeyna
WARGA RASMI
Menyertai: 22.02.2007
Ahli No: 7357
Posting: 19
Dari: aLam FaNa

maldives   avatar


posticon Posting pada: 24-05-07 11:03


ameen...:)
yang belum bersedia tu cepat2 la buat persediaan, luar dan dalam..
nanti tak la gelabah :di


Bookmark and Share




  Member Information For sufeynaProfil   Hantar PM kepada sufeyna   Quote dan BalasQuote

nafisah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 688
Posting: 66
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-05-07 09:58


Alhamdulillah... saya baru 19 hari menjadi isteri orang. :) umur saya baru 23. bulan depan 24. hehe... suami saya baik sangat. beruntung jadi isteri dia. Dia sekarang mengajar di Itstitut Quran N9. bila dah jadi isteri ni, kita mesti selalu ingat. setiap tindak tanduk kita akan melibatkan seorang lagi insan iaitu suami kita. jadi, setiap yang kita buat, kita mesti fikir untuk jaga maruah dia dan maruah kita. Dari segi pakaian, pertuturan dan sbgnya. yang pastinye, kalau masa bujang dulu, kita ada masa nak melamun, nak fikir masa depan, tapi pas kahwin ni dah tak ada masa untuk semua tu. kalau nak fikir masa depan, fikir sama-sama. ajak dia berbincang sama-sama dengan kita. ada masalah, kecik hati, semua kena cakap terang2. jangan sesekali pendam. walaupun baru saja berkahwin, tapi saya rasa saya betul2 kena kuat. setiap hari kena ada semangat untuk mulakan hidup baru. biar hari2 hidup saya dan suami bahagia sentiasa. :)
Memang xmenyesal kahwin... hehe


Bookmark and Share




  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

nurani
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.03.2004
Ahli No: 3487
Posting: 90
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-05-07 09:59


Assalamualaikum Warahamatullahiwabarakatuh...

Buat semua sahabat di ruangan ini moga sentiasa dalam rahmat Allah SWT..
Pada pendapat saya...berkahwin awal atau lambat bukan satu masalah...jika benar jodoh dah sampai kena terima ketentuan dan harus melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab selepas berkahwin.. untuk berkawin..semua orang mungkin merasa mudah..tapi untuk melaksanakan kehidupan selepas berkawin bukanlah satu perkara yang mudah.. bagi setiap insan pasti menjalani kehidupan yang berbeza.. namun apa yang penting ilmu dan kesediaan diri untuk melayari bahtera rumahtangga perlu dipersiapakn dalam diri setiap insan sama ada yang bakal berkawin mahupun yang telah berkawin...

perkahwinan adalah satu anugerah dan juga amanah buat kita sebagai manusia.. jadi.. untuk memelihara anugerah dan memikul amanah itu bukan lah mudah jika benar-benar ingin bahagian dunia dan akhirat..

nawaitu adalah segalanya kerana Allah... jangan hanya kerana keseronokan dan juga nafsu yang mendorong kepada perkhawinan.. perlu di iringkan dengan ilmu, keimanan dan juga ketakwaan pada Allah.. proses rumahtangga yang bahagia adalah bermula dari awal sebelum perkawinan lagi.. berhati-hatilah dalam menilai kehidupan dan juga mencorak kehidupan diri sendiri...

sama-sama kita mengambil apa yang bermanfaat untuk panduan..salam ukhwah buat semua.


Bookmark and Share




  Member Information For nuraniProfil   Hantar PM kepada nurani   Pergi ke nurani's Website   Quote dan BalasQuote

xyamani
WARGA RASMI
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 7677
Posting: 4
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-06-07 00:01


dipetik dari alwatary.blogspot

Usia 'Cinta' Bersatu
Monday, May 14, 2007

Cakap pasal kawin di usia muda ini kan, kekadang mari terfikir di kepala saya…Haruskah? Ataupun salahkah?
Ada di antara ibubapa yang tidak setuju, lalu tidak membenarkan anak-anak untuk berkahwin di usia ‘hingusan’, gelar mereka. Sebabnya umur masih terlalu muda. Tidak matang. Tiada kerja tetap (bagi lelaki). “Belajar dulu biar habis. Biar berjaya. Barulah nak fikir pasal kawin”, ujar mereka.
Ada pula yang mengalakkan anak-anak mereka untuk kawin awal. Taklah duduk menggatal sana-sini, kata mereka. Senang, lepas tanggungjawab (bagi pihak perempuan).

Ada juga ibubapa yang ‘no komen’. “Pakcik tak kisah. Yang penting, mereka tahu tujuan berumahtangga. Tahu tanggungjawab masing-masing serta mampu memikul amanah dari Tuhan itu”, ujar seorang Pak Arab yang saya temui.

Ketiga-tiga pendapat ini saya rasa ada benarnya. Tapi bagi saya yang paling tepat dan dekat dengan kehendak agama ialah pendapat yang ketiga itulah. Bukan saya nak membela pendapat ini. Bukan jugak saya nak memperlekeh pendapat lain. Namun inilah natijah yang saya temui selepas setahun dua saya duk perati gelagat orang dalam masalah ini.

Inilah ‘agak’nya hikmah Kenapa Islam tidak menghadkan berapa usia perkahwinan. Benar bahawa Islam ini selari dengan fitrah kejadian manusia. Kerana manusia akan mendirikan rumahtangga apabila ‘sampai seru’, kata orang. Tak kira berapa usianya ketika itu. Ada orang yang seusia belasan tahun dah kawin. Ada orang di awal 20an dah kawin. Ada juga sudah 30an belum kawin-kawin lagi. Bahkan ada sampai mati pun masih membujang. Tak apalah. Itu masing-masing punya hal. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Asal tidak membuat kemaksiatan kepada Allah sudah.

Berbalik kepada pendapat yang ketiga tadi. Kenapa saya menyokong pendapat ini? Adakah kerana saya ini masih di usia muda remaja? Adakah kerana sudah membuak-buak naluri saya untuk berumahtangga? Ataupun adakah saya ini dah ‘gila’ untuk kawin?. Semua persoalan ini tidak benar dan tidak tepat (kalau ada pun…hanyalah kesan sampingan saja :)).

Dulu saya ada tonton seorang syeikh menyampaikan kuliah di sebuah stesen TV Saudi Arabia. Beliau ada membacakan sepotong hadis yang berbunyi : “Wahai golongan pemuda. Barang siapa di antara kamu yang mampu untuk berkahwin, maka kahwinlah. Dan kepada sesiapa yang tidak mampu, maka berpuasalah…..”. Setelah selesai syeikh itu menyampaikan kuliah, terdetik di hati saya sesuatu berkenaan hadis di atas. Kenapa Rasulullah SAW memfokuskan kata-kata Baginda kepada ‘pemuda’? tidak kepada ‘lelaki’ ataupun ‘manusia’?.

Berpandukan hadis tersebut, hati kecilku mengatakan bahawa betapa pentingnya perkahwinan di usia muda. Itulah barangkali yang tersirat di sebalik kalam insan kekasih Allah itu.
Di waktu muda remajalah kemuncak gelojak nafsu. Ketika inilah puak-puak Iblis dan kuncunya berlumba-lumba untuk merosak serta menjauhkan anak Adam daripada ketaatan kepada Allah SWT. Apa yang mereka fikir di masa ini adalah keseronokkan semata. Tanpa panduan ilmu agama, mereka akan memenuhi nafsu mereka dengan apa cara sekalipun.

Tambahan pula pada zaman sekarang, apa yang disajikan di kaca-kaca TV dan di dada-dada akhbar amat menghantui keinginan batin para remaja. Ditambah lagi dengan bermacam-macam stail fesyen pakaian yang bukan setakat menjolok mata, bahkan sampai memeningkan kepala. Sehingga dapat mengaktifkan situa bangka untuk membaham simuda bergetah. Walaupun mangsanya adalah anak cucu sendiri. Keadaan ini samalah dengan orang yang kelaparan. Mengambil mana yang tercapai. Dengan perkahwinanlah yang dapat menyelamatkan anak gadis dari ratahan syaitan bertopeng manusia ini.

Tidakkah terfikir oleh ibubapa bahawa berumahtangga dapat menyelamatkan anak-anak mereka? Terutama bagi anak perempuan. Dah banyak kes yang berlaku. Rogol. Sumbang mahram. Bunuh. Buang anak. Berpeleseran. Pelacuran. GRO. Perempuan simpanan. Gigolo. Homoseks. Lesbian. Bohsia. Bohjan. Dan pelbagai istilah lagi yang tak terbilang dek jari tangan. “Eh…anak makcik baik. Tak keluar malam. Mengaji agama. Tak kawan lelaki”. Kena ingat makcik, kita bawak kereta tak langgar orang. Tetapi orang belum tentu tak langgar kita.

Bukankah lebih terjaga seseorang perempuan itu apabila berada di samping suami? Risiko kena kacau pun kurang (bukan tak ada). Bukan nak kata yang ibubapa tak reti jaga anak. Tetapi. saya yakin bahawa ketaatan kepada suami ini lain caranya. Para Syaitan akan menangis ketikamana diijabqabulkan dua insan.

Antara lain tujuan perkahwinan adalah untuk meramaikan zuriat umat Muhammad. Nabi berbangga dengan umat Baginda yang ramai di akhirat kelak.

Mengenai zuriat ini. saya akan sebutkan secara ringkas kajian sains mengenai kesuburan wanita.

Menurut kajian saintifik, setiap seorang di kalangan wanita mempunyai tidak lebih daripada 400 ovum (telur; yang akan melahirkan zuriat). Mereka akan kehilangan satu ovum apabila setiap kali mereka ber'cuti' (period la). Cuba kita bayangkan berapa telur wanita itu telah berkurangan daripada mula-mula mereka period sehinggalah dewasa. Lagi lambat wanita berumahtangga, makin berkuranganlah umat Nabi kita.

Sesungguhnya masalah perkerjaan tidak boleh dijadikan alasan. Bukan perkerjaan yang dapat menjamin kebahagian rumahtangga. Rezeki di tangan Tuhan. “Cakap senanglah. Takkan nanti kamu nak bagi anak makcik makan pasir. Dengan cinta bukannya kenyang. Orang nak kawin memanglah nampak yang positif saja”. Kata-kata macam tu pernah juga saya dengar dalam filem.

Kita beriman dengan hari akhirat. Percaya bahawa jika berbuat baik, nascaya akan diganjarkan pahala di sana kelak. Orang yang berjuang di jalan Allah pula teramat yakin dengan janji kemenangan daripada Allah. Yakin bahawa Allah akan memberi pertolongan kepada mereka sebagaimana yang telah dijanjikan di dalam Al-Quran : (“Barang sesiapa yang menolong agama Allah, Allah akan menolong mereka”).

Tidakkah dengan berumahtangga juga telah menolong agama Allah? Menjauhkan diri daripada maksiat. Membina sebuah keluarga Islam. Mendidik anak-anak menjadi orang yang patuh dan taat kepada ajaran agama. Mengeratkan silaturahim. Apakah itu semua bukan menolong agama Allah? Kalau jawapannya ialah Ya, tak yakinkah kita bahawa Allah akan menolong mereka yang menolong agamaNya? Sekira jawapannya Tidak, terpulanglah.

Belajar juga adalah merupakan satu alasan yang tidak releven. Cuba ‘habaq mai’ berapa orang yang gagal dalam pelajaran selepas berumahtangga? Ramai manakah pula yang berjaya setelah berumahtangga?. Itu saja soalan daripada saya. saya tak naklah karang panjang-panjang mengenai pelajaran ini. Nanti saya dikatakan pro kepada golongan yang kawin awal pulak (memang pro pun).

Apapun, sebagai seorang muslim kita harus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah ketika mana berlakunya pertelingkahan. Itulah pesan Tuhan kepada kita di dalam kitab suciNya.

Rasulullah SAW mengajar umatnya apabila hendak memilih pasangan, maka pilihlah yang baik agamanya. Bukan yang cantik rupanya. Bukan yang melimpah hartanya. Bukan kerana kemegahan keturunannya. Bukan yang ada bergulung-gulung sijilnya. Bukan yang ‘tersohor’ namanya. Rasulullah juga ada memesan kepada kita bahawa apabila datangnya seseorang yang diredhai agamanya, maka terimalah dia.

Sedarlah bahawa sekarang kita hidup di zaman yang bersepah dengan fitnah. Besar. Kecil. Tua. Muda. Lelaki. Perempuan. Minah jalanan. Pelajar universiti. Student agama. Semuanya tidak terlepas daripada terkena percikkan fitnah yang membahang ini. Kepada golongan remaja, untuk mengelaknya adalah dengan perkahwinan. Bukan saya kata dapat lari terus dari fitnah ini. Tetapi saya yakin mereka akan dapat menjauhkan diri mereka daripada satu juzuk fitnah ini. Di samping mendalami ilmu agama pada setiap masa dan waktu.

Kawin awal juga akan menjamin kehidupan kita di hari tua. Kerana apabila menjelang usia tua, di waktu itu kita sudah mempunyai anak-anak dewasa dan matang yang dapat menjaga kita. Mereka yang berkahwin awal juga dapat mendidik anak-anak dengan sempurna. Mereka juga masih bertenaga untuk menjaga anak semasa anak-anak itu melangkah ke alam remaja. Kerana kita perlu fikirkan bahawa keadaan masyarakat dan para remaja pada 20 atau 30 tahun akan datang adalah lebih teruk daripada keadaan sekarang.

‘Ala kullihal. saya menghormati pendirian masing-masing. Mungkin saya yang kurang ilmu ini tidak terfikir apa yang orang lain nampak. Cuma apa yang saya katakan di atas hanyalah merupakan satu pandangan yang ingin saya kongsikan bersama anda semua. Apa yang baik itu daripada Allah dan yang kurang itu daripada diri saya yang lemah ini. Adios...


Bookmark and Share




  Member Information For xyamaniProfil   Hantar PM kepada xyamani   Quote dan BalasQuote

nur_shahid
WARGA RASMI
Menyertai: 19.06.2007
Ahli No: 7684
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-06-07 15:34


ana setuju , tapi apa apa pun fikirlah betul betul sebab in bukan perkara main main . banyak benda yang kena fikir ..... dan bersiap sedia hadapi ujian yang mendatang . tapi disini ana mahu minta pendapat ntum tentang isteri yang bekerja . maksudnya isteri ni telah lama meneruskan pengajian dan bakal mendapat peluang pekerjaan.... jadi seharusnya tak seorang isteri itu tidak bekerja semata mata menurut kehendak suami sedangkan di dalam hatinya , dia nak bekerja sebab bidang yang diceburi adalah cita cita dia ..... ana harap ulasan dari ntum


Bookmark and Share




  Member Information For nur_shahidProfil   Hantar PM kepada nur_shahid   Quote dan BalasQuote

gmiee1001
WARGA RASMI
Menyertai: 29.06.2007
Ahli No: 7705
Posting: 2
Dari: klunk

Perak  


posticon Posting pada: 29-06-07 12:50


Ana ada dengar ustaz Daud Che Ngah cakap. 3 perkara jangan dilambat2kan :

1.Jenazah-segera dikebumikan
2.Solat-tunaikan segera
3.Anak perempuan yang telah baligh-kahwinkan segera.

Sila betulkan jika ana silap.

Ana telah berkahwin.Memang banyak perkara baru yang perlu dipelajari.
banyak ujian.
Tapi dengan doa dan usaha insyaallah kita dapat teruskan.

Bagi yang belum/nak berumahtangga banyakkan ilmu.....


Bookmark and Share




  Member Information For gmiee1001Profil   Hantar PM kepada gmiee1001   Quote dan BalasQuote

puterilindunganbulan2005
WARGA RASMI
Menyertai: 15.08.2008
Ahli No: 8889
Posting: 19
Dari: KLANG,SELANGOR

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-08 21:23


salam..

buat.. sahabat sekalian.. hmm.. kat sini bulan nak tanya.. malu.. jugalah..hmm.. tapi kena tanya jugalah..semua.. ilmu.. rumah tangga memang perlu dipelajari...hmm.. apabila dibicarakn soal ini masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza2..

hmm.. kalau kita nak tahu.. kita ni.. still tak cukup dan tak lengkap ilmunyer macam mana pula.. tu? hmm tu? risau jugak saya bila.. org dah mula.. tanyer2..
heheh...

sebab saya tahu nak terjun ke alam perkahwinan ni bukan macam men jongkang jogkit atau gelongsor heheh.. msm kak shida kata. hehe.. tapi saya selalu berdoa.. dan banyakkan membaca supaya diberi petunjuk..

sebab saya tau setiap dr kita hanya insan biasa oleh itu.. saling ingat mengingati tu amat penting...tak kira lah.. directly or guner implied term sekalipun.. heheh

sekadar ingin berkongsi..


Bookmark and Share




  Member Information For puterilindunganbulan2005Profil   Hantar PM kepada puterilindunganbulan2005   Quote dan BalasQuote

nikisan
WARGA RASMI
Menyertai: 05.09.2008
Ahli No: 8980
Posting: 3
Dari: terang

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-09-08 00:10


Salam,

Ana dulu kahwin masa umur 19 tahun,family arrangement. Masa Bertunang tu tengok gambar saja. Umi cakap dia ni Hafiz Quran tetapi bukan dari keluarga berada. Masa tu dia baru balik Azhar.

Ana memang jenis ikut umi dan ana fikir kalau dia ada agama, yang lain tu boleh usahakan kemudian.

Masa tu tengah belajar kat kolej semester dua. Kawan-kawan yang lain masih melompat-lompat lagi macam budak-budak. Tapi Allah mudahkan segala urusan atas sangka baik kita padaNya.

Alhamdulillah.....Sekarang ni dah 11 tahu usia perkahwinan..........

So, kahwin awal tu memang ada kebaikan, tepuk dada tanya iman......


-----------------
Tungku Moden
www.dapat.net/warmerbag
Jus Kismis
www.dapat.net/juskismis
[ Telah diedit oleh: nikisan pada 06-09-08 00:12 ]


Bookmark and Share




  Member Information For nikisanProfil   Hantar PM kepada nikisan   Pergi ke nikisan's Website   Quote dan BalasQuote

cute-islamie
WARGA RASMI
Menyertai: 06.12.2007
Ahli No: 8110
Posting: 11
Dari: muar

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-08 23:35


salam....ana rasa kahwin awal 2 ada bgusnye...dapat elakkan diri dr segala-galanya kemaksiatan...tmbhn pula...ustazah ana bagitahu...kalau kita kahwin awal...kita dah fikir benda lain...fokus cme pada family dan pelajaran juga...so.......kahwin awal ada beknyer......:)


Bookmark and Share




  Member Information For cute-islamieProfil   Hantar PM kepada cute-islamie   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» KAHWIN AWAL....apa pendapat antunna semua?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.084785 saat. Lajunya....