Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Jangan biarkan apa yang tidak boleh anda lakukan mempengaruhi apa yang boleh anda lakukan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 6
Ahli: 0
Jumlah: 6




  Dari Galeri
Inilah IBU ANGKAT kepada ahli-ahli Komuniti Muslimah. Anggaplah UMMIMQ sebagai ibu kita sendiri....

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 474 hari yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: ibu angkat yang tidak memahami


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» ibu angkat yang tidak memahami

Please Mendaftar To Post


Oleh ibu angkat yang tidak memahami

Durrani_Damia
WARGA RASMI
Menyertai: 11.09.2006
Ahli No: 6875
Posting: 10
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-09-06 08:32


assalamualaikum..mohon pendapat sahabat sekalian...apa yang perlu dilakukan kepada ibu angkat yang bertindak memutuskan hubungan dengan anak angkatnya kerana tidak dapat menerima tindakan anak angkatnya itu berkahwin ketika masih belajar (IPTA)..kiranya kes Perkahwinan terhalang lah ni...dalam masa yang sama si ibu angkat meminta 10 ribu sebagai membalas jasanya membesarkan anak tersebut (adakah wajar si anak memberikan wang tersebut??) niat si anak pula berkahwin awal kerana ingin mengelak maksiat serta seru dirasakan memang sudah sampai untuk berkahwin...(pelbagai halangan dihadapi,,,Alhamdulillah majlis tetap dapat dijalankan).. keluarga kandung si anak tiada masalah tentang perkahwinan tersebut...cuma si ibu angkat yang menentang sehingga bertindak memutuskan hubungan dengan si anak tersebut..malah si ibu angkat mengucapkan pelbagai tohmahan dan kata-kata sindiran yang amat perit didengari...si anak benar-benar buntu kerana si anak amat menyayangi si ibu angkat...dan si anak tidak pernah merasakan perkahwinan akan memutuskan hubungannya dengan ibu angkat seperti yang didakwa oleh ibu angkatnya bahawa dengan berkahwin si anak akan melupakannya...saya juga ingin tahu apakah hukumnya si anak dalam situasi begini?semoga dengan nasihat para sahabat akan dapat membantu si anak merasa lebih yakin...


-----------------
Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran ser


Bookmark and Share




  Member Information For Durrani_DamiaProfil   Hantar PM kepada Durrani_Damia   Pergi ke Durrani_Damia's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-06 00:49


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah tahniah kerana sudah walimah. Semoga rumahtangga anakanda berdua dirahmati Nya. Tindakan ibu angkat itu adalah dari hati yang berpenyakit. Sebagai orang Islam kita kena redha dengan ketentuan Allah - jodoh anakanda sudah sampai maka percepatkanlah urusan yang baik tu kan. InsyaAllah sabar sajalah ya dan usah sekali-kali mengelak dari ibu angkat itu. Ziarahilah dan hadiahkan apa saja yang dalam kemampuan anakanda pada hari raya atau Ramadhan dan juga kalau ibu angkat tu suka sambut birthday bagilah hadiah.

Selain itu berdoa kepada Allah SWT agar dilembutkan hatinya dan bicaralah dengan lemah lembut kepadanya walau dia berkeras atau menyindir anakanda. Cubalah senyum walau perit di hati ya kerana menghormati orang tua tu adalah akhlak dan adab dalam Islam.

Selain itu seringlah bertanya khabar melalui telefon sepertimana sebelum berkawin dulu dan juga dengan adik beradik angkat ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - "Tanyalah hatimu. Kebaikan itu adalah apa-apa yang membuat jiwamu tenteram dan hatimu tenang. Sedangkan dosa itu adalah apa-apa yang membuat jiwamu gelisah dan hatimu bimbang, sekalipun orang-orang berfatwa kepadamu (bahawa ia bukan dosa)".
Hadits hasan: Diriwayatkan dalam Musnad Ahmad bin Hanbal dan Musnad Ad-darimi, dengan sanad yang hasan.


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

yusha
WARGA RASMI
Menyertai: 22.08.2006
Ahli No: 6811
Posting: 10

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-09-06 12:45


Ada juga ibu angkat macam ni...seram juga...
saya ada 2 adik angkat ...
yang seorang si abang ni form one, yang satu lagi baru tahun3 ..
suka sangat bergaduh........
tapi yang penting kami saling menyayangi.....

risau kalau2 yang si abang ni dah kenal hakikat kehidupan zaman remaja....
moga dia serta adik2 yang lain mempunyai iman yang tetap.........


Bookmark and Share




  Member Information For yushaProfil   Hantar PM kepada yusha   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-06 19:07


setuju dengan nasihat ummimq tu...
yang penting kita sabar & sentiasa tunjukan akhlak yang baik..sentiasa menghubungkan silaturahim..

sometimes..we should leave it to 'time'..
biarlah masa menentukan..banyakkan berdoa padaNya..

cakap mang nampak mudah..tapi nak melaksanakan susah..betul tak?..-tujukan untuk diri sendiri..


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.458017 saat. Lajunya....