Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Manusia lahir ke dunia disambut dgn azan, manusia meninggalkan dunia diiringi solat, Alangkah singkatnya hidup ini hanya diantara azan dan solat.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
Berendam selepas Subuh.. hehe

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: Apa tanda solat Istikarah diterima?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» Apa tanda solat Istikarah diterima?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Apa tanda solat Istikarah diterima?

fatinah_huda
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 16.02.2004
Ahli No: 3281
Posting: 30
Dari: Jepun

japan   avatar


posticon Posting pada: 28-08-06 21:06


Assalamualaikum,

Saya ingin minta pendapat sahabat2 disini tentang solat istikarah. Bagaimana kita nak tau solat istikarah kita diterima? Apa saya pasti, xsemestinyer melalui mimpi... Adakah dari keyakinan diri?

Sebenarnya 3 taun lalu saya pernah solat istikarah untuk buat keputusan bila nak kawin. tapi time itu, saya expect pun mimpi tapi dapat keyakinan saya rasa perlu buat pilihan 3 taun lepas itu (taun ni)... Memang yakin2 sangat.

sekarang ni ada orang ajak bertunang. Saya pernah solat istikarah juga, walaupun rasa bersedia tapi entah Kenapa tiada keyakinan untuk berkahwin. Adakah cara saya buat keputusan salah?

Harap sahabat2 disini dapat berkongsi pengalaman istikarah. Terima kasih.

Wassalam.


Bookmark and Share




  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 16.02.2004
Ahli No: 3281
Posting: 30
Dari: Jepun

japan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-06 06:09


myway, saya try buat cara myway :). tapi mungkin sebab xserious betul so last2 berserah pada Allah...

cuma sekarang ni tak tau adakah pilihan saya tu betul atau tidak.


Bookmark and Share




  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

fayyzah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 6029
Posting: 155
Dari: Johor-HomeSweet Home-Depan PC

japan  


posticon Posting pada: 11-11-06 22:59


istikharah ni bukannya tunjuk petunjuk masa mimpi saja... tapi kalau keputusan yang dibuat bersama orang yang lebih berpengalaman selepas solat istikharah pun dikira petunjuk dariapada ALLAH selepas solat istikharah tu.... task ingat baca kat mana... tapi adalah dia cakap bukannya sekadar mimpi...


Bookmark and Share




  Member Information For fayyzahProfil   Hantar PM kepada fayyzah   Pergi ke fayyzah's Website   Quote dan BalasQuote

mawadatukasih
WARGA RASMI
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 6860
Posting: 3

jordan   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 11:53


bismillahirahmanirahim...
istikharah ya..
nak mudahkan ayat,kalau sebelum istikharah,perasaan yakin tu dah ada,lepas itu hati lebih cenderung ke arah itu,tak perlulah istikharah,tapi istikharah bagi menyakinkan bahawa pilihan yang kita buat tu tepat..sebaik2nya watla 7 kali,petunjuknya tak semestinya mimpi,kadang-kadang tu kekuatan perasaan...Allah PASTI membantu...bitaufiq


Bookmark and Share




  Member Information For mawadatukasihProfil   Hantar PM kepada mawadatukasih   Quote dan BalasQuote

haifa218
WARGA RASMI
Menyertai: 12.04.2006
Ahli No: 6528
Posting: 14
Dari: Johor Bahru

Johor  


posticon Posting pada: 14-02-07 18:24


waalaikumussalam

melalui pengalaman saya, saya dapat melalui mimpi, lelaki yang PALINGGG saya benci muncul dalam mimpi menghadiahkan telekung sembahyang. bangun pagi tibaČ teringat dia. sekarang dialah Suami saya...Alhamdulillah berkat dari petunjuk Allah... saya kini bahagia bersamanya...Amin


Bookmark and Share




  Member Information For haifa218Profil   Hantar PM kepada haifa218   Quote dan BalasQuote

masliya
WARGA RASMI
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 6976
Posting: 15
Dari: shah alam

Selangor  


posticon Posting pada: 21-02-07 12:24


saya pernah buat smyg istikharah sebelum nak kawin...si dia yang minta saya buat,mula-mula saya berat hati nak buat sebab takut jawapan nya dia..yelah sebab saya paling benci dia...akhirnya saya buat juga..memang jelas dalam mimpi wajah dia dan hati lebih teringat pada dia berbanding dengan yang seorang lagi..tapi bangun tidur rasa macam mengalir airmata...tak puas hati, saya buat lagi..still jawapan yang sama..memang tak boleh nak elak lah...redha dengan apa yang Allah takdirkan.mungkin ada hikmah disebaliknya...pahit ku telan jua..hehe..now dia husbnd saya..Alhamdulillah...dia banyak ajar saya jadi muslimah yang sejati.


Bookmark and Share




  Member Information For masliyaProfil   Hantar PM kepada masliya   Quote dan BalasQuote

iqlil_umairah
WARGA RASMI
Menyertai: 17.01.2007
Ahli No: 7236
Posting: 6
Dari: Universiti Malaya--->>johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-04-07 17:27


assalamualaikum....
saya nak share masalh saya...entahlah,saya pun tak tahu mana saya kena pilih...saya dah buat banyak kali solat istikharah....memang saya nampak yang si B ni....sebab masa tu saya dah ada calon si A...tapi kami macam xserius...datang si B ni macam serius....sekarang ni si B jauhkn diri dari saya...tak tahu sebab apa...maybe sebab saya dah berpunya agaknya...saya selalu berdoa,biarla Allah dktkn hati saya dengan orang yang Allah telah jodohkn dengan saya...dan yang pastinya, saya memang asyik nampak si B ni saja....wallahua'alam..yang pastinya,saya akan terus doa dan berdoa...mudah2an Allah p'mudahkn usaha saya...doakan saya ye...


Bookmark and Share




  Member Information For iqlil_umairahProfil   Hantar PM kepada iqlil_umairah   Quote dan BalasQuote

kekwa
WARGA RASMI
Menyertai: 06.04.2007
Ahli No: 7489
Posting: 5
Dari: Putrajaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-04-07 14:02


saya pernah buat solat istiharah...
banyak kali.. tapi saya tak tahu macam mana nak tahu sama ada apa petanda yang harus sya dapat...

cuma saya bermimpi melihat saya didepan kaabah...


Bookmark and Share




  Member Information For kekwaProfil   Hantar PM kepada kekwa   Quote dan BalasQuote

nni
WARGA RASMI
Menyertai: 07.04.2007
Ahli No: 7494
Posting: 16
Dari: tepi tingkap saja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-04-07 18:08


saya dah hampir 4 bulan buat solat istikarah.... berhajat untuk bersuami kan seseorang ini.... dia ni saya kenal, seorang yang tinggi ilmuya dalam agama.. ye la, dah tu kursus pengajiannya.. tapi entah la.... saya masih teruskan tiap2 malam.... saya terus berusaha.. walaupun saya tau saya tak setanding dia... saya tau ramai lagi di keliling dia yang sesuai sangat dengan dia... nak tengok pada saya ni yang masih baru lagi dalam hal2 macam ini....... hmmm.... saya terus kan usaha juga... perasaan berputik kerana melihat cara hidup si dia yang begitu islamik... saya pasti dia boleh bimbing saya yang selama ni memang ambil senang saja bab2 agama... however, i understand, 'yang jahat untuk yang jahat, yang baik untuk yang baik'.. oleh itu, sila tunjuk ajar.... saya seorang yang baru mula nak kenal dengan lebih mendlm hal2 agama suci kita ini... nasyid kini merupakan lagu2 kesukaan saya... ceramah2 agama mula mendapat perhatian saya.. saya bersyukur. alhamdulillah.. sila tunjuk ajar, ye....
[ Telah diedit oleh: nni pada 07-04-07 18:11 ]


Bookmark and Share




  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

nour
WARGA RASMI
Menyertai: 09.04.2007
Ahli No: 7497
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 10-04-07 11:02


nni...solat istikharah lebih kepada memohon petunjuk sekiranya kita dalam dilema,atau nak buat keputusan yang betul2 kita tak ada jawapannya (50/50)..minta supaya Allah lorongkan kepada 'side' yang lebih positif..
Dalam situasi nni..nni dah ada kecenderungan kepada si dia dan pada pandangan nni,dia tu adalah yang terbaik bagi nni..jadi banyakkan solat sunat hajat dan tahajjud. Solat tahajjud adalah untuk mensucikan hati dan solat hajat adalah lebih kepada menunaikan hajat..as u said " berhajat untuk bersuami kan seseorang ini.."
Laakin..teruskan berusaha,improvising physically and spiritually..InsyaALlah,Allah tak akan sia2kan hamba2Nya yang berusaha..

As for me..pengalaman solat istikharah..

masa student dulu..ada orang approach,saya buat istikharah tapi sebab si dia terlalu mendesak,saya jadi simpati dan saya terus terima dia sebelum saya dapat jawapan yang benar-benar yakin dari istikharah saya...akhirnya,ada halangan dalam perhubungan dan tak dapat diselamatkan..

masa dah kerja..ada lagi orang approach,saya buat istikharah...tak mimpi apa-apa pun,cuma segala information pasal si dia selalu hadir dari berbagai arah : sahabat2 muslimin dan muslimat,anak2 usrah dia..so dari situ buat keputusan,tak ada sebab yang buruk untuk saya menolak dia..Alhamdulillah,kami dah selamat bergelar suami isteri..dah hampir setahun pun :)

By the way..istikharah dan main undi2,saya tak berapa galakkan cara sebegitu since cara itu lebih macam 'gambling' dan tak pernah ada mana-mana sirah @ dalil zhanni apelagi qat'ei sarankan cara sebegitu untuk carik jawapan..cara tu macam main lucky draw,your prize depends on your luck... Kalau bebetul nak petunjuk dari Allah,pastikan cari connection dan networking yang betul2 dekat dengan Allah : kecenderungan dari hati yang bersih / hijab yang dibuka (mimpi).

Wallahua'lam


Bookmark and Share




  Member Information For nourProfil   Hantar PM kepada nour   Quote dan BalasQuote

Dla
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 3766
Posting: 74
Dari: alam Cyber

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-04-07 13:56


Salam...

SubhanAllah...Dla pun hampir sama dengan nour... :)

ana buat solat istikharah selepas seseorang approach masa study...pada hal kami bukan dari falkulti atau kolej yang sama.. ana tawakal dan niat dalam hati minta Allah beri petunjuk sebab ana nak cari seorang calon suami bukan pakwe/ special boyfriend untuk di tayang kat orang lain...:-di

Alhamdulillah ana terbayang muka si dia... namun ana tidak terus terima si dia kerana ana juga ingin kepastian dari dia Kenapa dalam ramai siswi yang ada, dia pilih ana...?

Setelah yakin dengan jawapan yang di beri dan syarat yang dibuat dipersetujui bersama memandangkan kami masih study ketika itu...baru ana buka hati ini terima si dia kerana Allah.

Alhamdulillah...kami sah bergelar suami isteri setahun yang lepas... semoga ikatan yang terjalin semakin utuh dan baitul muslim yang terbina membawa kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...insyaAllah...

salam...


Bookmark and Share




  Member Information For DlaProfil   Hantar PM kepada Dla   Quote dan BalasQuote

Dla
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 3766
Posting: 74
Dari: alam Cyber

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-04-07 14:07


e2 la salah satu petunjuk yang ana dapat...

seperti kata fayyzah, petunjuk solat istikharah ini bukan sekadar mimpi sahaja... banyak cara/petunjuk yang boleh kita dapat cuma sama ada kita prasan atau tidak akan petunjuk tersebut...

kalau tak pasti lakukan la solat istikharah lebih dari sekali... 3 atau 7 malam...

semoga sedikit sebanyak yang ana sampaikan membantu...:)


Bookmark and Share




  Member Information For DlaProfil   Hantar PM kepada Dla   Quote dan BalasQuote

nni
WARGA RASMI
Menyertai: 07.04.2007
Ahli No: 7494
Posting: 16
Dari: tepi tingkap saja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-04-07 02:26


ye ke. alamak dah salah pulak. macam mana ini. sebab mula2 buat istikarah sebab ada pilihan, lepas dah yakin saya dengan pilihan tu saya terus saja dengan istikarah. dah tersalah pulak. macam mana ini. aihh... kena banyak baca lagi saya ini...


Bookmark and Share




  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

nour
WARGA RASMI
Menyertai: 09.04.2007
Ahli No: 7497
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-04-07 10:11


tak apa..tak ada hal punya :) still dapat pahala lagi..yang penting Allah tau apa yang tersirat kat hati nni..
Saya just bantu bagi info pasal jenis2 solat sunat saja..
Ahsan...teruskan menggali ilmu2 agama..insyaAllah bahagia dunia akhirat :)


Bookmark and Share




  Member Information For nourProfil   Hantar PM kepada nour   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.06.2006
Ahli No: 6676
Posting: 24
Dari: KL-Sarawak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-04-07 13:51


Pada 14-02-07 18:24 , haifa218 posting:

!!! QUOTE !!!

waalaikumussalam

melalui pengalaman saya, saya dapat melalui mimpi, lelaki yang PALINGGG saya benci muncul dalam mimpi menghadiahkan telekung sembahyang. bangun pagi tibaČ teringat dia. sekarang dialah Suami saya...Alhamdulillah berkat dari petunjuk Allah... saya kini bahagia bersamanya...Amin


Sonokkan begini..lelaki yang ana sayang kini ana benci dengan dia...entah-entah boleh jadi macam haifa jugak ke? hihi... 8-)


-----------------
cita-citaku islam gemilang, cita-citaku daulahnya berulang, cita-citaku islam cemerlang, cita-citaku islam tinggi menjulang
والسلام


Bookmark and Share




  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Quote dan BalasQuote

nni
WARGA RASMI
Menyertai: 07.04.2007
Ahli No: 7494
Posting: 16
Dari: tepi tingkap saja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 13:46


ooooooooooooo. ok. terima kasih..


Bookmark and Share




  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

TalifulQulb
WARGA RASMI
Menyertai: 22.01.2007
Ahli No: 7246
Posting: 17
Dari: ~::Gombak::~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 22:33


Salamun 'Alaik~

mungkin lebih baik untuk saya menceritakan pengalaman saya,
mengenai hal-hal istikharah ini..
bukanlah untuk mendahulukan kepentingan diri tetapi biasanya melalui pengalaman keyakinan mudah datang...kan?~

betapa indahnya nikmat yang dikurniakan ILAHI,
sehinggakan dalam perkara yang seremeh temeh pun diizinkan olehNYA supaya kita umat Islam untuk menunaikan solat istikharah~

Apapun pilihan yang ingin kita lakukan, sebaik-baiknya lakukanlah solat istikharah~

PENGALAMAN2 saya:~

1- Matriks manakah yang perlu saya pilih..

*masa time tu saya sangat memerlukan jawapan dalam masa yang singkat sebab saya ingin mengisi borang matriks. saya cuba untuk meletakkan keyakinan pada ALLAH bahawa saya akan mendapat petunjuk dalam masa semalam (dan alhamdulillah, ALLAH makbulkan keyakinan saya)
* pada malam itu, alhamdulillah saya mendapat petunjuk dari ALLAH melalui mimpi~Mulanya, mimpi yang pertama yang bermimpikan matriks mana yang patut saya ambil,kemudian dalam mimpi kedua, saya bermimpikan matriks kedua yang patut diletakkan dalam pilihan...dan ditakdirkan oleh ALLAH,saya terjaga sebelum mendapat mimpi ketiga.~
keyakinan saya, bahawa pasti ada hikmah yang ALLAH ingin tunjukkan pada saya~........melihat kepada satu matriks ini, saya merasa terlalu yakin untuk memilihnya sebagai pilihan ketiga~ALHAMDULILLAH^_^~

2- Semasa saya ingin memilih jurusan untuk masuk Universiti

*Pilihan pertama, kedua, ketiga...sampai ke lapan...
...tidak teragak-agak lagi untuk melakukan solat istikharah~!, maka saya pun melakukan solat istikharah...akan tetapi kali ini saya diuji terlebih dahulu oleh ALLAH swt~
...solat istikharah yang saya lakukan mengambil masa berminggu-minggu sehingga ALLAH menemukan saya kepada jawapanNYA^_^~
...namun hasil solat istikharah pada kali ini amat unik sama sekali:
---------> contoh : Saya ingin meletakkan jurusan kejururawatan dalam pilihan saya, tetapi pada suatu hari saya melawat hospital bahagian tulang kerana melawat seseorang yang baru sahaja terlibat dengan kemalangan, mendengar cerita jururawat berkenaan mengenai pesakit yang accident tu....terus terlintas yang 'Saya tidak mampu'~
---------> contoh : Melihat kepada kelayakan result spm saya, ada beberapa jurusan yang boleh saya pilih, kebetulan pula saya ingin memilih jurusan ASASI dan bukan DIPLOMA, hasil usaha disertakan dengan kajian dan explored yang telah saya lakukan, hati saya lebih yakin kepada beberapa jurusan!


3- Saya meragukan untuk memilih antara 2 muslimin yang ingin hadir dalam hidup saya, sedang dalam hati saya sungguh tiada mereka dan mana-mana ajnabi yang lain..bagi saya, mereka adalah ajnabi yang tidak lebih dari sekadar bergelar "Rakan" (jauh kan?~)

*seperti kebiasaanya, saya melakukan solat istikharah setelah 2tahun saya cuba mengenepikan hal ini.
dan pada ketika saya solat istikharah, sepenuh hati saya, saya cuba serahkan pada ALLAH...pada kali ini saya cuma melakukan solat istikharah sekali sahaja...entah Kenapa selepas kali pertama melakukannya, hati saya seperti mahu 'berehat' terlebih dahulu...maka mengertilah saya bahawa usia dan diri saya masih belum bersedia untuk menerima mana-mana ajnabi^_^~namun yang pasti ada hikmah disebaliknye~!

Kesimpulannya:~~

*Hasil istikharah itu pelbagai bentuk:
-keyakinan
-mimpi
-apa yang kita akan lakukan, maksudnya....hasil istikharah ni kadang-kadang tak semestinya mimpi, tapi apa yang kita akan lakukan selepas itu juga, boleh jadi adalah hasil istikharah kita^_^~

*Hasil istikharah itu juga tak semestinya sehari, tak semestinya semalam, dan kadang-kala selepas solat istikharah itu juga kita boleh terus mendapat keyakinan~

*Apabila kita hendak menunaikan solat istikharah, hati kita tak boleh terdorong kepada mana-mana pilihan, mestilah 0-0~

*Selepas selesai menunaikan solat istikharah, amalkanlah doa yang telah diriwayatkan dalam hadis nabi...Al-asdiqoi (sahabat-sahabat) cuba cari dalam buku2 solat sunat ye^_^~

Semoga pengalaman ana dapat membantu~^_^~
Akhir kalam, yang baik itu dari ALLAH, dan yang tidak baik itu jua sebenarnya dari ALLAH jua tetapi disandarkan kepada kelemahan ana yang hina lagi kerdil~...mohon maaf andai tersalah bicara...betulkan mana-mana kelemahan ana ya~~


Bookmark and Share




  Member Information For TalifulQulbProfil   Hantar PM kepada TalifulQulb   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-04-07 18:50


aiwah.. panjang lebar respon sahabat kita..
syukran ya TalifulQulb
:lol:

naa'am.. ana agree juga pendapat enti..
petunjuk tu.. datang dari banyak arah...
kadangkala ikut gerak hati... mimpi.. dan sebagainya..

kadangkala ana pun sokmo kompius bila nak buat keputusan..
apa yang ana buat.. ana cuba amalkan solat istikharah setiap malam.. selepas isyak...

insyaallah.. nak buat keputusan.. lebih tenang...hehe..




*think `1st before do some decision...
jangan ikutkan hati... just slow down...dan think.. ("_)


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 14-04-07 18:53 ]


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

TalifulQulb
WARGA RASMI
Menyertai: 22.01.2007
Ahli No: 7246
Posting: 17
Dari: ~::Gombak::~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-04-07 09:06


hehe~
Ukht simpLe_sHida,
betul kata ukhti...sebaik2nya elok diamalkan istikharah setiap malam...

Ummu ana selalu pesan pada ana supaya amalkan solat istikharah...
Sebab dalam satu kuliah ni, ada mua'lim sarankan para pelajar supaya amalkan solat istikharah..mudah-mudahan semasa kita menjawab peperiksaan , ALLAH bukakan pintu hati kita untuk memilih yang mana satu (if objective=]) (if essays, insyaALLAH kita akan memilih essay yang mana yang lebih baik)
eventhough hal sekecil-kecil itu pun insyaALLAH ALLAH akan sentiasa bersama kita seandainya kita sering bersama dengan ALLAH juga^_^~
ALLAH tak pernah tinggalkan kita~!


Bookmark and Share




  Member Information For TalifulQulbProfil   Hantar PM kepada TalifulQulb   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-04-07 19:54


naa'am..
ALLAH will helps who helps themselves...
dah termaktub dalam ayat AL Quran...

:::tiada siapa yang dapat mengubah sesuatu kaum..melainkan diri sendiri...
ala kullihal.. tepuklaa dahi.. tanya diri kita... ("_)
wallahu'alam...


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» Apa tanda solat Istikarah diterima?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.070786 saat. Lajunya....