Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Dari Galeri
Kenapa tu...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: makanan seimbang menurut al-quran


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» makanan seimbang menurut al-quran

Please Mendaftar To Post


Oleh makanan seimbang menurut al-quran

aisyatul_auni
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 177
Posting: 124
Dari: amman

jordan  


posticon Posting pada: 29-04-03 16:18


Al-Quran mengandungi pengertian saintifik yang menarik. Ayat-ayatnya yang berusia lebih 1400 tahun itu telah mendahului dunia saintis kontemporari. Al-Quran menjadi sumber perdana kepada umat Islam sejak dahulu sehingga kini.

Banyak bukti berkenaan alam tabii dan dunia sains teknologi bersumberkan ayat-ayat al-Quran. Dari sekecil-kecil aspek hinggalah sebesar-besarnya. Kesemuanya berkaitan dengan kehidupan manusia dalam pelbagai bidang termasuklah aspek pemakanan yang sihat dan seimbang. Banyak firman Allah yang menyentuh aspek pemakanan manusia.

Firman Allah yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, makanlah barang yang baik yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah s.w.t. dan hanya kepada Dia yang disembah. Sesungguhnya yang diharamkan kepada kamu ialah bangkai, darah dan daging khinzir dan haiwan yang disembelih bukan kerana Allah...” (Al-Baqarah: 172-173)

Ayat al-Quran secara jelasnya menyebut tentang makanan yang dicipta Allah s.w.t. untuk manusia sama ada di dalam bentuk minuman, galian, buah-buahan, haiwan ternakan dan sebagainya. Sekiranya kita meneliti dengan cermat beberapa firman berkenaan, kita akan bertemu satu jawapan bahawa al-Quran merupakan sebuah buku panduan pemakanan sihat dan amat berguna untuk kesihatan dan kecergasan manusia.

Allah bukan sahaja menciptakan makanan, bahkan memerintah dan mengingatkan manusia agar sentiasa da-lam keadaan sihat dengan pemilihan makanan yang baik.

Di dalam Islam ada panduan makanan yang halal dan yang diharamkan. Prinsip halal dan haram telah ditetapkan oleh syariat ini menjamin jasad, akal, keturunan, harta dan nyawa setiap insan. Islam juga menggariskan etika pemakanan dan beberapa panduan tambahan yang lain.

Gizi (zat) makanan yang seimbang

Gizi makanan merujuk kepada diet ataupun makanan yang mengikut ukurannya yang betul. Diet yang seimbang merujuk kepada makanan yang mengandungi seluruh keperluan tubuh manusia yang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, air, vitamin dan mineral.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan makanlah dan minumlah jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”

Ayat di atas jelas mengandungi etika atau adab Muslim supaya tidak melampaui batasan ketika makan dan minum. Malah ayat ini mempunyai pengertian yang lebih luas lagi iaitu arahan supaya menjaga pemakanan agar selaras dengan gizi yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk menentang penyakit-penyakit yang berpunca daripada pemakanan yang tidak terkawal. Ayat ini disudahi dengan peringatan bahawa Allah tidak suka kepada orang yang makan atau minum melebihi had.

Sekiranya amalan atau tabiat pemakanan yang tidak sihat ini diteruskan, kesan buruk pasti akan menimpa. Mengambil gula berlebihan misalnya, boleh menyebabkan seseorang itu menghidapi kencing manis atau sakit gigi. Mengambil lebih lemak pula boleh menyebabkan mudah mendapat sakit jantung atau darah tinggi kerana kehadiran kolesterol jahat.

Perhatikan pula firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang menurunkan air dari langit bagi kamu, yang daripadanyalah (ada) minuman, dan daripadanyalah (jadi) pohon-pohon yang padanya kamu bisa menggembala. Dia tumbuhkan bagi kamu dengan air) itu, tumbuh-tumbuhan dan zaitun dan tamar dan anggur, dan dari tiap-tiap (macam) buah-buahan; sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi kaum yang mahu berfikir.” (An-Nahl: 10-11)

Allah telah menurunkan air hujan untuk kegunaan manusia sebagai minuman, siraman kepada tanaman dan untuk kegunaan gembalaan.Az-zar’a yang disebut Allah dalam ayat ini ialah tanaman makanan asasi seperti gandum, beras, kacang, barli. Pohon zaitun pula simbolik kepada tumbuh-tumbuhan yang membekalkan minyak tumbuhan kepada manusia. Sementara an-nakhil merupakan tamar kering yang amat manis, manakala al-a’nab merujuk kepada anggur yang boleh dijadikan jus minuman begitu juga buah-buahan lain.

Dalam ayat 10, disebut air dari langit (hujan) sebagai sumber minuman. Ayat 11 pula menjelaskan kepelbagaian makanan yang dicipta Allah s.w.t.

Susun atur cermat daripada ayat ini yang dimulai dengan al-ma’, az-zar’a, az-zaitun dan an-nakhil. Ini memberi suatu gambaran aturan makan yang baik. Aturan makan yang baik ialah mengikut turutan makanan seperti berikut:

1. Dimulai dengan mengambil air sebagai minuman sebelum menjamah hidangan.

2. Memakan makanan az-zar’a iaitu makanan asasi seperti beras, gandum, barli dan seumpamanya. Kategori ini merujuk kepada karbohidrat dan protein.

3. Az-zaitun simbolik kepada lauk-pauk dalam hidangan. Kategori ini ialah sumber lemak dan protein.

4. Mengambil an-nakhil, pemanis atau pencuci mulut.

5. Memakan buah-buahan yang boleh membekalkan vitamin dan jus supaya makanan dapat dicernakan dengan baik.

“Dan Kami turunkan dari langit air dengan kadarnya...” (al-Mukminun: 1

Kepentingan Air

Kajian saintifik tentang pemakanan yang sihat mengesyorkan agar setiap individu mestilah meminum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ini kerana air amat penting untuk melancarkan sistem darah dan perkumuhan. Al-Quran telah membuktikan bahawa air masin yang diproses secara semula jadi atau disteril amat baik untuk diminum. Allah s.w.t. telah memproses air menjadi bersih dengan panasan matahari, dan bertukar menjadi wap yang naik ke langit. Apabila berlaku proses kondensasi wap itu telah bertukar menjadi air (hujan) dan sesuai untuk diminum.

Aplikasi proses tabii ini mengajar manusia untuk memanaskan air sehingga mendidih untuk diminum. Air juga berfungsi sebagai pelarut. Air hujan yang turun akan mengalir di atas batu-batan dan tanah. Ia akan melarut apa yang ada. Begitu juga air yang diminum akan melancarkan sistem perkumuhan di dalam badan manusia.

Tujuh puluh peratus daripada sistem tubuh manusia ialah cecair. Setiap manusia memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk diminum supaya perjalanan sistem badan menjadi lancar. Badan manusia juga mudah terdedah kepada kekeringan ataupun penghidratan (dehydration).

Apabila seseorang meningkat usia 20 tahun, badannya akan terdedah kepada masalah penghidratan. Kulit manusia akan kehilangan lembapan semula jadi dan akan terdedah kepada proses penuaan yang cepat kerana berlaku gangguan pada sel tubuh kerana kekurangan air. Ini akan menyebabkan sel kulit akan menjadi kering dan tua.

Az-zar’a: Sumber karbohidrat, protein dan lemak

Makanan asasi seperti beras, gandum, jagung dan barli mengandungi sumber karbohidrat yang diperlukan sebagai sumber tenaga utama. Selain itu badan juga memerlukan sumber protein dan lemak untuk tenaga.

Makanan yang disebutkan ini perlulah mengikut jumlah kalorinya yang sesuai supaya tidak menimbulkan masalah kepada badan. Karbohidrat, protein dan lemak ini bertukar menjadi bahan untuk tenaga iaitu glukos atau gula dan asid lemak. Sekiranya dua bahan ini terpendam di dalam tubuh iaitu tidak bertukar menjadi tenaga maka ia akan berbahaya kepada badan. Berat badan akan bertambah dengan mudah, mudah diserang penyakit jantung dan kanser.

Menurut Dr. David J.A.Jenkins, Profesor Sains Pemakanan dan Perubatan, Universiti Toronto, Kanada; makanan berkabohidrat amat perlu untuk tubuh kerana ia boleh mengawal kandungan gula di dalam badan supaya ia tidak menjadi naik atau turun. Manakala sumber protein boleh diperolehi dari tumbuhan dan haiwan. Antaranya dari daging, telur, susu dan kacang soya.

Pemakanan yang sihat bukan sahaja akan menjamin tubuh yang sihat tetapi ia turut mempengaruhi tabiat harian dan perasaan.

Saintis menjelaskan dengan terperinci bahawa karbohidrat boleh menggalakkan penghasilan serotinin. Serotinin ialah neurotransmitter (neuron yang bersambung dengan otak) yang berfungsi menimbulkan rasa tenang dan gembira. Mengambil sumber makanan yang berprotein pula akan memberi tenaga kepada mental.




-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For aisyatul_auniProfil   Hantar PM kepada aisyatul_auni   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.047306 saat. Lajunya....