Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-07-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu sia-sia. usah bimbang jika diri sudah tidak dihargai, tapi perlu bimbang jika diri sudah tidak lagi berharga.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
walimah 26/03/2005...:)

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 2 hari yang lalu


Warisan Kita
Topik: bahasa imej bangsa


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Warisan Kita
    »» bahasa imej bangsa

Please Mendaftar To Post


Oleh bahasa imej bangsa

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-03-06 10:27


emmy wrote:

Bahasa Melayu Bahasa Utama Dunia
(diolah daripada Dewan Masyarakat Januari 2006)

Fakta 1-Anggaran oleh David Crystal dalam The Cambridge Encyclopedia of Language (1987) ada 3000 hingga 10,000 jumlah bahasa di dunia. Terdapat 6000 daripadanya masih digunakan sebagai bahasa pertuturan harian

Fakta 2-Daripada jumlah itu,hanya 20 bahasa sahaja bertaraf rasmi yang penuturnya berjumlah lebih daripada 50 juta orang. Bahasa Melayu termasuk dalam senarai 20 bahasa utama dunia ini.

Fakta 3-Jumlah penutur bahasa Melayu di pelbagai peringkat penguasaan di seluruh dunia adalah lebih daripada 280 juta orang.

Fakta 4-Berdasarkan anggaran ini, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa ke5 terbesar di dunia selepas;
1.Bahasa Inggeris(1.4 bilion penutur)
2.Bahasa Cina(lebih 1 bilion penutur)
3.Bahasa Hindi(700 juta penutur)
4.Bahasa Sepanyol(300 juta penutur)
5.Bahasa Melayu(280 juta penutur)
Mendahului bahasa-bahasa penting lain seperti Perancis,
Jepun, Jerman, Korea dan Itali.

Fakta 5-Hanya 8 bahasa sahaja penyebarannya merentasi sempadan menjadi bahasa rasmi ataupun salah satu bahasa rasmi di beberapa buah negara lain. Iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Perancis, Sepanyol, Arab, Rusia, Portugis dan cina.

Fakta 6-Daripada 8 bahasa hanya bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa rasmi di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan tunggal dalam perlembagaan
negara-negara itu.

Fakta 7-Empat kriteria ukuran bahasa itu bahasa utama dunia ataupun tidak.1,jumlah penutur bahasa itu besar. 2,taraf bahasa itu sebagai bahasa rasmi di beberapa buah negara ataupun di negara yang bukan tempat asal bahasa.3,status atau pentingnya bahasa itu sebagai alat
perhubungan antarabangsa.4,setakat manakah majunyanegara yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa rasmi.Bahasa Melayu memenuhi semua kriteria itu.

Fakta 8-HANYA Bahasa Melayu sahaja tidak tersebar merentasi sempadan negara asalnya melalui PENJAJAHAN. Ia berkembang menjadi lingua-franca kerana kedudukan geografiknya yang strategik di Selat Melaka. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa penyatuan di Indonesia sejak
1928 dan diisytihar sebagai bahasa rasmi pada 1945. Mengatasi bahasa Jawa yang lebih ramai penuturnya.

Fakta 9-Di seluruh dunia, ada lebih kurang 129 pusat pengajian bahasa Melayu- di Eropah, Amerika Syarikat, Cina, Jepun, Rusia, Korea, Australia, New Zealand dan lain lain.

Fakta 10-Kekuatan bangsa Melayu terletak pada bahasa ini. Orang Melayu akan lebih maju dan lebih kreatif akalnya apabila mereka berfikir dalam bahasa ini- bahasa ibundanya-seperti bangsa lain yang maju kerana mereka berfikir, mengarang, mencipta ilmu, sains dan teknologi dalam bahasa mereka sendiri.

dipetik daripada Kaca Di Jendela oleh Datuk dari. Hassan Ahmad, Dewan Masyarakat Januari 2006

p/s: kita akan lebih percaya kerana faktanya daripada orang asing. bukankan begitu?

http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?MsgId=4315_44970581_8494_3247_5471_0_147083_20679_3387309173&Idx=18&YY=71705&inc=25&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b&box=Inbox


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-03-06 09:40


Martabatkanlah bahasa Melayu kita. Jangan sampai kita sendiri malu untuk bercakap dalam bahasa Melayu.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-03-06 11:36


Bangga dengan bahasa sendiri.....

kalau Melayu dah malu nak cakap bahasa sendiri, siapa pula yang akan perjuangkan bahasa Melayu... fikir - fikirkan...


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.068132 saat. Lajunya....