Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Membantu orang yang terlanda kesukaran dan menghiburkan orang di dalam kesusahan bererti menebus dosa-dosa besar
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Dari Galeri
Dari alam siber ke alam nyata. Ukhwah yang indah dan unik!

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 446 hari yang lalu


Ukhwah
Topik: Salam Maal Hijrah 1427H


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Ukhwah
    »» Salam Maal Hijrah 1427H

Please Mendaftar To Post


Oleh Salam Maal Hijrah 1427H

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 09:23


Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah khusus untuk semua warga Portal Muslimah yang online atau offline.. semoga tahun baru ini mendatangkan sejuta kebahagiaan dunia dan akhirat buat antum semua.. andainya bahagia tidak bertandang dalam kehidupan antum, ingatlah.. kebahagian diduniawi hanyalah sementara.. akhiratlah yang kekal abadi.. sediakanlah bekalan dengan secukupnya.. :) salam sayang buat semua..


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 15:46


Salam Maal Hijrah 1427H :-di


Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

lieya
WARGA RASMI
Menyertai: 26.08.2005
Ahli No: 5632
Posting: 9

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-01-06 12:12


salam maal hijrah 1427H...pada semua warga portal....salam mahabbah ...salam pengikat ukhwah.....salam kasih sayang juga buat warga UPSI.....moga2 hidup kita di redhoi Allah.....

:-) :-) :-di
[ Telah diedit oleh: lieya pada 27-01-06 13:03 ]


Bookmark and Share




  Member Information For lieyaProfil   Hantar PM kepada lieya   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-01-06 14:35


assalamualaikum...

salam maal hijrah kepada semua warga portal mslimah & ukhuwah. semoga amalan kita ditahun baru ini lebih baik dan diperbanyakkan lagi dari tahun lalu. sama2lah kita ingat mengingati diantara satu sama lain..salam ukhuwah buat semua.


Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-01-06 08:24


Salam Maal hijrah juga buat semua warga Muslimah. sama-sama kita tetapkan keazaman, moga tahun yang bakal mendatang lebih ceria dan gembira..


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-01-06 00:44


Konsep hijrah dalam era globalisasi

HIJRAH merupakan salah satu peristiwa penting dan bersejarah dalam kalendar Islam. Ini bukan saja kerana bersempena bermulanya perkiraan takwim bulan Hijrah, malahan merujuk kepada peristiwa penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah yang mengandungi rahsia, keistimewaan dan konsepnya yang tersendiri. Jika diteliti dan dihayati, konsep hijrah dalam era globalisasi akan mengajak kita umat Islam untuk kemanfaatan dan mempertingkatkan pelbagai aspek kemajuan, di samping kemampuan untuk memantapkan keimanan dan jati diri sebagai umat Islam untuk menghadapi pelbagai kemajuan dan cabaran.

Dari aspek kemajuan teknologi maklumat dan kecanggihan perhubungan, konsep hijrah menyarankan agar segala kemudahan yang ada dapat dimanfaatkan selain turut memahirkan diri dan menguasainya. Ini akan menambah keselesaan dan kesejahteraan kehidupan, di samping membantu usaha-usaha menyebarluaskan lagi syiar Islam di merata tempat, tanpa mengira masa dan keadaan. Semua ini akan membantu mengembalikan kegemilangan, tamadun dan martabat umat Islam di arena antarabangsa.

Kemajuan yang dinikmati juga menunjukkan bahawa kepentingan dan kelebihan ilmu pengetahuan dapat membantu pencapaian dalam apa juga bidang. Sebahagian ayat 9 Surah Az-Zumar dari Kitab Suci Al-Quran yang tafsirnya: "Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang yang berpengetahuan dengan orang yang tidak berpengetahuan,'' jelas menerangkan kelebihan orang yang berpengetahuan dari orang yang jahil untuk berperanan menangani perkembangan dan kemajuan era globalisasi.

Konsep hijrah dalam era globalisasi juga meliputi perubahan dan penghijrahan dari aspek-aspek fizikal, minda, sikap, hati, selain persekitaran dan pelbagai keadaan kehidupan. Malah ungkapan reformasi sebahagian ayat 11 Surah lah-Ra'di yang tafsirnya:

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri,'' jelas menyarankan betapa pentingnya perubahan dan pencapaian dari satu peringkat kepada peringkat yang lain yang lebih baik dan cemerlang. Yang pasti ia akan membawa banyak keuntungan, kebaikan, keberkatan dan kesejahteraan serta dapat pula dimanfaatkan bagi kepentingan hidup di dunia ini dan bekalan di akhirat nanti.

Dari aspek masa, konsep hijrah sangat menitikberatkan kepentingan masa untuk dimanfaatkan oleh penggunanya, sebelum ia habis dan berakhir dengan kematian. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu masa muda sebelum tua; masa kaya sebelum miskin; masa lapang sebelum sempit; masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati,'' yang jelas memperhitungkan bahawa keseimbangan pencapaian dan kemajuan amat diperlukan, bukan saja dalam melaksanakan khidmat atau ibadat, malahan proses mempertingkatkan darjah ketaatan, keimanan dan ketaqwaan ke hadrat Allah. Dalam hubungan ini, era globalisasi akan menguji dan menilai kebijaksanaan manusia mempergunakan masa agar tidak lalai dengan arus kemajuan.

Dari aspek kemantapan individu Islam yang beriman, hijrah turut mengajak bagaimana memuhasabah dan menilai diri, hati dan jiwa serta usaha-usaha untuk memiliki sifat-sifat mahmudah (terpuji) seperti ikhlas, reda, sabar, amanah dan berperibadi mulia. Dalam masa yang sama menghindari dari sifat-sifat mazmumah (keji) seperti sombong, riak, dengki dan kikir untuk tidak diamalkan dalam kehidupan. Selain itu, usaha-usaha mewujudkan perpaduan dan persaudaraan dalam hidup bermasyarakat, berbangsa dan bernegara juga perlu menjadi agenda, peranan dan tanggungjawab bersama untuk dilaksanakan dalam konteks kepentingan umat Islam sejagat.

Konsep hijrah dalam era globalisasi membantu kita umat Islam untuk mencipta kejayaan dan mengikut jejak seperti apa yang telah dan pernah ditunjukkan Rasulullah. Kejayaan menubuhkan sebuah negara Islam yang pertama di dunia iaitu di Madinah, tersebarnya syiar Islam secara meluas, selain kejayaan menyatukan pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan bahagia di bawah payung pemerintahan dan ajaran Islam adalah sejarah kejayaan hijrah yang perlu dimiliki dan dipelopori oleh generasi umat Islam hari ini. Apa pun yang membezakan mengenai kehidupan umat Islam hari ini dengan umat Islam terdahulu, konsep dan pengajaran hijrah pasti berjaya memantap dan mengekalkan pegangan umat Islam terhadap ajaran Islam itu sendiri sebagai ugama yang suci, benar lagi diredai Allah.

Dayang Hajah Rosnah binti Duraman,
No. 14, Simpang
754-41-121,
Kampong Masin.
No. ok/p: 00-065638



--------------------------------------------------------------------------------

Hayati konsep hijrah dengan penuh keimanan

HIJRAH dari segi bahasa bermaksud berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan atau dari satu tempat ke satu tempat. Hijrah juga bermakna berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. Ini bermakna hijrah itu boleh juga difahamkan sebagai meninggalkan sesuatu yang dilarang. Telah diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud daripada Abdullah bin Hubsyi yang paling afdal dan baik, Baginda bersabda yang bermaksud:

"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala.''

Dalam konteks yang lebih luas lagi hijrah boleh difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik, dari keadaan negatif kepada keadaan yang lebih positif. Ia juga bererti meninggalkan kepercayaan dan amalan serta peraturan dan cara hidup yang bertentangan dengan ajaran Islam sebagai ugama yang diredai oleh Allah Subhanahu Wataala.

Di era globalisasi ketika ini, umat Islam sering dilanda pelbagai krisis, antaranya krisis sosial seperti keruntuhan akhlak, budaya lepak di kalangan para remaja, bohsia atau bohjan, pergaulan bebas, melawan ibu bapa atau guru, ponteng sekolah dan akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan penagihan dadah kelas pertama methylamphetamine atau syabu yang dikaitkan dengan AIDS.

Di negara kita, gejala-gejala tersebut semakin meningkat di sebalik usaha dan langkah kawalan atau pembanterasan oleh pihak-pihak yang berwajib. Dalam perkara ini semua pihak perlu bertanggungjawab bagi sama-sama membanterasnya. Dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1425 ini, setiap diri kita perlu berhijrah ke peringkat yang lebih positif, berjaya, aktif, maju dan berkesan bagi sama-sama memperbaiki kelemahan dan dapat menempuhi segala cabaran-cabaran di era globalisasi ini.

Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana rumah tangga yang tenteram, sihat dan harmoni serta penuh taqwa dan iman, perkembangan akhlak dan pekerti mereka mulia dan tinggi, mudah menerima nasihat, tunjuk ajar, bimbingan dan asuhan ibu bapa merupakan anak-anak yang patuh dan taat lebih-lebih lagi terhadap tuntutan Islam. Apabila mereka sudah dapat mengikut tuntutan Islam seperti itu segala perkembangan dan tingkah laku mereka akan dapat dikawal dalam batas-batas keimanan dan jadilah mereka sebagai insan yang taqwa, pelajar yang tidak melawan guru, teman yang jujur dan anak watan yang komited terhadap bangsa dan negara.

Akhirnya terbentuklah kelompok masyarakat yang berjati diri dengan falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB) dan negara akan aman sentosa kerana mempunyai warganegara yang tahu diri untuk kesinambungan dan survival di masa hadapan.

Hijrah mempunyai pengertian yang luas untuk dihayati dan banyak pengajaran untuk diteladani, semuanya dapat dijadikan panduan dan asas motivasi dalam menjalani kehidupan di era globalisasi yang penuh dengan cabaran dan ancaman ketika ini. Kita perlu menghayati konsep hijrah dengan penuh keimanan untuk pembimbing dan panduan bagi kita mengharungi kehidupan berbangsa dan bernegara. Di dalam kita melaksanakan semua bentuk perubahan dan perkembangan iaitu berpindah dari satu tahap ke tahap yang lebih baik dan sempurna mengikut landasan dan ajaran-ajaran Islam.

Salbiah binti Awang Ahmad, No. 662, Simpang 660, Kampong Lumapas 'B', baju 3524. No. ok/p : 00-286748



--------------------------------------------------------------------------------

Berhijrah kepada yang positif

TIDAK lama lagi kita semua akan sama-sama menyambut Awal Tahun Hijrah 1424. Setiap kali kita menyambut tahun baru maka setiap kali itu jugalah banyak persoalan akan timbul bermain di dalam fikiran kita semua. Salah satu persoalan yang berlegar di pemikiran kita semua ialah apa, di mana dan ke mana arah tuju kita semua khususnya umat Islam di negara ini dalam menghadapi era globalisasi. Perkataan hijrah berasal dari perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk pergi ke satu tempat yang lain dalam mencari suatu pembaharuan yang menjurus kepada yang lebih baik.

Cuba kita renung sejenak peristiwa pengorbanan yang begitu besar dalam sejarah Islam. Telah berlaku di zaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagaimana Baginda telah pun pergi meninggalkan saudara serta sahabat yang sangat menyayangi Baginda dari Kota Suci Mekah untuk berhijrah menuju ke Kota Suci Madinah untuk menyebarkan daqwah Islam kepada penduduk Kota Suci Madinah, tanpa mengenal penat lelah yang telah Baginda rasai, Baginda tetap sabar dan tabah dalam menyebarkan daqwah Islam di Kota Suci Madinah hinggalah Baginda menghembuskan nafas terakhir. Peristiwa penghijrahan Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tersebut haruslah dijadikan teladan kepada seluruh umat Islam di dunia ini dalam mengenal erti hijrah yang sebenar dan seterusnya menghayati dan mencontohinya di dalam kehidupan kita pada masa kini dan juga di masa hadapan kelak.

Seharusnya kita sebagai umat Islam di negara ini menjadikan peristiwa penghijrahan Baginda ke Kota Suci Madinah sebagai pengajaran dan iktibar atau satu motivasi kehidupan kita semua dalam menghadapi era globalisasi ini. Di antara pengajaran dan iktibar yang dapat kita ambil dari peristiwa tersebut adalah seperti berhijrah dari yang tidak baik kepada yang baik dan dari yang baik kepada yang lebih baik. Kalau dulu kita bersikap negatif maka berhijrahlah kepada yang positif. Kalau dulu kita bersikap malas maka berhijrahlah kepada rajin. Kalau dulu kita bersikap leka dan lalai maka berhijrahlah kepada bersungguh-sungguh, kalau dulu kita belum matang maka berhijrahlah kepada membuat sesuatu yang boleh mendatangkan faedah.

Sama ada kita sedar atau tidak kemajuan dan perkembangan di era globalisasi hari ini begitu drastik sekali. Begitu pantas masa meninggalkan kita di belakang hinggakan hampir merapusi jagatraya ini bukan saja menjadikan dunia ini seolah-olah sebuah perkampungan yang tiada sempadannya. Akan tetapi persoalan yang dicari apa, di mana dan ke mana, arah tuju kita sebagai umat Islam di negara ini untuk menghadapinya masih lagi belum terjawab, terpulanglah kepada diri sendiri untuk mencari jawapan tersebut. Bagi mereka yang sudah mempunyai jawapan teruskanlah dengan jawapan tersebut dan berpeganglah kepada jawapan tersebut.

Bagi yang belum dan akan mencari jawapan seharusnya bangkit dari lena di siang hari dan janganlah terus melayari mimpi yang merupakan mainan di waktu tidur. Lihatlah dunia sekelilingmu dan sedarlah dan buatlah perubahan yang baru sebelum menjejakkan kaki di tahun baru Hijrah 1424 yang akan menjelang. Semoga kita semua akan dapat menempuhi era globalisasi di Tahun Baru Hijrah dengan satu penghijrahan atau perubahan yang baik dan sempurna diiringi iman dan taqwa serta doa. Marilah kita berdoa kepada Ilahi agar kita semua sentiasa selamat sejahtera dan di bawah lindungan-Nya jua.

Azmerul bin Haji Haris,
No. 17, Simpang 48, Jalan 49,
Perpindahan Lambak Kanan, BC 2315.
No. ok/p : 00-292216


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 3162
Posting: 49
Dari: KUCHING,SARAWAK

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 31-01-06 17:31


Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah buat semua.... especially warga portal muslimah, ummi, kak hanan, kak su, kak shida, kak dalina....Doakan kejayaan umat ISLAM seluruh dunia ye.... Doakan ana sekali... Wallahua'lam


Bookmark and Share




  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Pergi ke uqu's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-06 15:20


Salam maal hijrah untuk uqu juga.. :) semoga berbahagia didunia dan diakhirat..


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-02-06 15:36


assalamualaikum wbt...

Salam Maal Hijrah 1427 buat semua... baikilah diri, tingkatkan iman dan taqwa....


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

fayyzah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 6029
Posting: 155
Dari: Johor-HomeSweet Home-Depan PC

japan  


posticon Posting pada: 11-02-06 14:23


Berhijarahlah daripada yang baik, kepada yang lebih mulia! InshaAllah, jalanmu akan dipermudahkan Allah dengan niat yang tulus dan ikhlas dari lubuk hati insani ini....


Bookmark and Share




  Member Information For fayyzahProfil   Hantar PM kepada fayyzah   Pergi ke fayyzah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.061994 saat. Lajunya....