Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Dari Galeri
majlis al-firaq di kolej bukit kachi.. .UUm..

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 15 jam, 13 minit yang lalu


Review Buku
Topik: :::: BILA IZRAIL…DATANG MEMANGGIL.. *-*


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, istisafa
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Review Buku
    »» :::: BILA IZRAIL…DATANG MEMANGGIL.. *-*

Please Mendaftar To Post


Oleh :::: BILA IZRAIL…DATANG MEMANGGIL.. *-*

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 02:01


bila izrail datang memanggil
jasad terbujur dipembaringan
seluruh tubuh akan menggigil
sekujur badan dan kedinginan

sekadar berkongsi ilmu yang ana kutip dari sebuah buku..
(ILMU FEKAH) – oleh Hj. Abd. Ghani b.Hj Yahya..m/s 58-63.
antara kitab yang dirujuk
:: kitab MATLA AL BADRIN
:: kitab AL BAIJURI
:: kitab BUJAIRIMI IQNOK
jika ada salah silap tegurlaa dalam topik ini....
atau info yang antum dapat.. boleh juga dikongsi bersama..
walahualam’…

    JENAZAH & HUKUMNYA

Tiap-tiap manusia disunatkan sentiasa igtkn MATI.. sama ada disebut dengan lidah atau dalam hati terutama orang yang sakit lebih lagi dituntut igtkn MATI itu lebih dari orang lain. Hendaklah yang sakit itu sentiasa bersangka baik..dengan ALLAH yang menghapuskan dosanya.

*** petikan sikit bait nasyid MESTICA ::RAHMAT UJIAN::

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya….


Apabila orang sakit itu sudah tenat dan hampir nazak, sunat kalimah
“LAILA HA ILLALLAH” SAHAJA.. jangan TAMBAH “ MUHAMMAD RASULULLAH..”
kerana tidak mahu ada perkataan lain daripada ALLAH pada masa itu sekali pun ayat atau zikir..

orang yang hadir disisinya sunat membacakan YASSIN dan surah RA”AD…kerana supaya memudahkan keluar rohnya.

Apabila telah yakin matinya dengan ada tanda seperti
::: kakinya menjulur.. hidungnya tunduk, pipinya kampong, kaki tgnnya sejuk
wajiblah sempurnakan padanya 4 perkara:
1.    memandikan
2.    mengapankan
3.    sembahyang
4.    ditanamkan

    MAYAT KAFIR

Ada pun orang kafir sama ada KAFIR HARBI ( kafir yang dihormati )
Atau ZIMMI (kafir yang byr ufti kepada krjaan) HARAM disembahyangkan…
HARUS dimandikan.. dan KAFIR ZIMMI wajib dikapankan dan ditanam.

Demikian juga kafir MUA’AMAN ( kafir yang diberi perlindungan)
Dan kafir MUAHAD ( kafir yang ada perjanjian persahabatan)

Manakala kafir HARBI dan ORANG MURTAD wajib dikapankan atau ditanam Cuma HARUS SAHAJA…

    MAYAT MATI IHRAM

orang yang di dalam ihram..masa mengapankannya TIDAK BOLEH DITUTUP KEPALANYA JIKA LAKI-LAKI….dan TIDAK BOLEH DITUTUP MUKANYA jika perempuan.. dan TIDAK HARUS digunakan benda-benda wangi.

    MAYAT MATI SYAHID

orang yang mati syahid dengan sebab BERPERANG dengan orang kafir TIDAK WAJIB DIMANDIKAN dan TIDAK WAJIB DISEMBAHYANGKAN…atasnya.. bahkan HARAM lagi tak SAH..yang WAJIB atsnya.. HANYA DIKAPANKAN & DITANAM..
yang eloknya dengan pakaian yang berlumuran dengan darahnya..

    BAYI yang GUGUR

Bayi yang gugur di bawah 6 bulan yang tiada diketahui hidupnya dengan menjerit atau bergerak atau bernafas sedang rupanya pun belum ada, tidak WAJIB & HARAM disembahyangkan.. Cuma sunat sahaja dibungkus dengan kain dan ditanam.

Sebaliknya jika diketahui hidupnya, maka hukumnya seperti orang sudah besar…
WAJIB DIMANDI, DIKAPAN, DISEMBAHYANG, DAN DITANAM.
TETAPI jika ada rupa manusia sahaja.. tanda-tanda hidup tidak ada.. hukumnya
WAJIB DIMANDI, DIKAPAN, dan DITANAm… tidak perlu disembahyangkan.

    MAYAT yang UZUR

Mayat yang uzur seperti terbakar, tenggelam dan tidak boleh hendak dimandikan..
Hendaklah DITAYAMMUMKAN dan DISEMBAHYANGKAN serta DITANAM

    TAKZIAH

orang ramai ..jiran..sahabat.. sunat mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga dan kerabat yang meninggal… ucpn seperti berikut..

** saya berharap ALLAH taala mengurniakan kamu pahala yang besar.. ALLAh taala telah mengurniakan kesabaran yang elok kepada kamu, dipohonkan ALLAH taala mengampunkn dosa si mata kamu.. menampung atau menutup apa yang mengenai kamu….

Waktu sunat TAKZIAH itu mulai dari sebelum DITANAM , BERKEKALAN HINGGA 3 HARI lepas TANAM. KEMUDIAN MAKRUH diucapkan…

    SEDIAKAN MAKANAN PADA – RUMAH ( ahli keluarga yang meninggal )

Ahli jiran…atau kerabat kepada yang meninggal yang jauh.. SUNAT menyediakan makanan satu hari untuk keluarga ( yang meninggal tersebut ) kerana mereka dalam keadaan sibuk dengan berdukacita tiada masa hendak menyediakan makanan.

** ada pendapat lain-lain ulamak.. amalan panggil orang berkumpul makan di rumahnya.. adalah BIDA’AH.. tidak harus diteruskan..

::::::::: wallahualam’… mohon komen.. tambahan info.. dan sebagainya..
salah silap kita tegur..antara kita…


wallahualam'...


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 21-12-05 02:18 ]


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.040126 saat. Lajunya....