Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia , ertinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya di sisi allah dan manusia..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
hasanah

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 5 jam, 28 minit yang lalu


Bakat Menulis
Topik: ~~ …::: reNjisan rindU.. gEmErsiK kAsiH ..:::…~~~


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» ~~ …::: reNjisan rindU.. gEmErsiK kAsiH ..:::…~~~

Please Mendaftar To Post


Oleh ~~ …::: reNjisan rindU.. gEmErsiK kAsiH ..:::…~~~

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 18:09


~~ …::: reNjisan rindU.. gEmErsiK kAsiH ..:::…~~~

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan..


saya leka mendengar bait-bait nasyid kumpulan MESTICA…
++ destiNasi ciNta ++
sambil mataku menatap majalah i..terbitan Karangkraf..
saya membuka helaian artikel bertajuk
“Apabila Golongan Agama Melemahkan Agama”

Antara faktor penyumbang utama ialah hilangnya teras akidah dalam penyampaian syariat, ancaman Bidaah dalam amalan syariah, golongan agama yang lemah..etc..em..em.. saya bermonolog.. lemahnya pemikiran golongan agama..
lemahlah agama..terdetik dihatiku.. apakah senario Islam saat ini?
Apakah nilai Islam dewasa ini?
Lantas saya cuba mengingati sajak dalam satu bulletin..

Nun.. serumpun lalang melenggok ditampari angin..
Nah.. itulah Islam saat ini
Begitu mudah diperkotak-katik
Tiada tunjang untuk berdiri teguh & megah

Nun pula.. sepohon pokok tualang yang sudah mati
Nah.. itulah Islam saat ini
Begitu besar & tinggi tapi tiada
berdaya untuk berdaun
Apalagi untuk berbunga @ berbuah
Hanya sesuai sebagai kayu api


“ Izzah..Izzah..” laung teman sebilikku..Imanina..
“ Ye, rumateku..i’m coming..” jawabku lalu bergegas keluar dari bilik G201… “ Anything..? May i help..? Limaza? “ Tim Kai ?? saya mengerutkan keningku.. “Ambui..sekali 3 bahasa dia lontaq naa.. ” sinis sapaan dari Wani, merangkap coursemateku.. “ Hihihi… we must learn to speak more than 2 language.. advantage for us laa..soon..
am I rite..? jawabku spontan..

“ Yes..toib..ok.. kholass. ” sampuk Shera pula. “ Tau laa ambil course International Business… ni nak bagitau Izzah.. Jumaat depan, PERKIM anjurkan HEMAT.. nak pergi tak..?
fees RM 25…di Dusun Resort..Kuala Nerang..” ujar Shera.

“Wah..!! Best juga tu.. apa lagi agenda HEMAT? soalku pula..
“ Tengok tentatif ni.. banyaklaa…pengisiannye.. ada Qiam..
Fiqh Wanita.. bicara soal Impian KAsih..ada riadah.. berkayak.. jungle traking..dll. so far.. complete laa program ni.. so.. nak pergi tak..? Shera nak submit nama malam ni..”
bicara Shera dengan lebar.

“ Geng kita semua pergi laa ek..? ” soalku pula.. “ InsyaALLAH.. weekend ni free bolehlaa kita pergi ye..” jawab Wani. “Oh ye, ajaklaa sekali Murni and the gengs.. Yatt..Piz..” pesanku pada Fatin.. “ Menurut perintah, Izzah” jawab Shera..

“ Ok.. Izzah pergi..” sambil ku mencubit pipi rumateku Imanina.
“ Adoi… Izzah.. eeeii.. sakitt laaa.. nanti.. dalam bilik cek piat telinga tu..” Imanina bersuara. “ Heheheh…” saya sengih..lantas berlari anak masuk bilik.

saya mengemas meja study ku yang berselerak dengan nota makro…dan international finance.. selesai mengemas.. saya mengambil wuduk untuk solat Isyak…


****************************************

sambung nanti..(",)

*saya* tukar pada pengganti diri satu lagi..=)
hehe.. memang dah format dalam hanan ni agaknya..
so..ana tak dapat nak edit lagi dah..hehhe.. so.. tak apalah..=)


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 21-12-05 23:48 ]


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 3162
Posting: 49
Dari: KUCHING,SARAWAK

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 18:26


Assalamualaikum..

permulaan yang best... Tak sabar ana nak baca episod ke2... lama tak baca cerpen baru kat portal muslimah ni... terubat jugak rindu...

p/s: lagu Destinasi Cinta (antara lagu favourite uqu...:)


Bookmark and Share




  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Pergi ke uqu's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-12-05 10:14


!!! QUOTE !!!

permulaan yang best... Tak sabar ana nak baca episod ke2... lama tak baca cerpen baru kat portal muslimah ni... terubat jugak rindu...


syukran..ukhtie.. sudi menatap cerpen yang xseberapa ni..
hehhe..saja isi masa 0 ...hihihi :-di :-di
ana smbung lagi.. tapi next version lambat sikit..
sebab ana tak ada di rumah.. nak p kl.. tengok
anugerah carta nasyid IKIM.. :lol: :lol: :lol:
dah balik ana posting lagi..insyaALLAH..ok...ilalliqa'...


*************************

“Iman, Izzah pergi kelas dulu ye.. nanti jumpa dalam kelas Makro” Izzah memegang tombol pintu sambil melangkah keluar.. “ InsyaALLAH.. jalan bebaik.. control ayu ye..naik bas tu..” jawab Imanina sambil tersenyum simpul..saya sempat kenyit mata pada Imanina..

Dalam bas saya duduk sebelah juniorku Ju’a.
“ Em, klass apa pagi ni..?
“ International management..”jawabnya.“
Ic..IM dapat dengan lect mana ye ? ”
soalku lagi. “ Puan Jannatul..”jawab Ju’a..
“ Ooo..ye ke.. Puan Jann ajar kak Export..
Kak dulu IM dengan Mr Rahim Jaguli.” jawabku.

“Susah ke kak IM kak..? ” tanya Ju’a. “ Macam IB juga.. kena alert dalam kelas.. then banyak baca buku teks laa.. jangan bergantung pada nota slide saja..” nasihatku pada juniorku.. “ Kekadang tak sempat nak baca kak..
almaklumlaa banyak paper lain lagi..
buku nya pun dalam bahasa omputih..” Ju’a membalas..
“ Nak tak nak, kalau nak score kena laa baca dik..hihih..”
saya menjawab pula..

Bas pun sampai ke destinasinya..
“ Ok kak.. jumpa lagi..time kasih..
Assalamualaikum..” Ju’a bersuara.
“ Waalaikumussalam..jawabku dalam hati..
sambil melangkah ke kelas IF.
“ Good morning class.. today we learn new topic..
chapter 10 which the
2nd last topic.. Accounting Explosure..
please open your text book page 454.”
Mr Anggapan.. memang selalu on time..
Selalu datang sharp pada masanya.. bla..bla…
Tamat kelas IF saya menapak ke makmal FPK.
ada masa sejam untuk ke klass Makro..


Nak check email dan save nota IF tadi..
Seperti biasa bila saya online..saya akan explore laman web ukhwah.com..raudhah.com.. Kalau ada mood dan masa..
saya posting topik yang interested.. Kalau tak.. Just explore..

saya buka Yahoo mail ku.. abangku di Yaman hantar mail..em..abang.. lama tak dengar cerita.. saya click inbox..
sambil menatap mail yang telah disend oleh abangku.
Abang dah mula imtihan.. oo.. awalnye. Jawab hati kecilku..
Abang sihat macam biasa.. cuma kakadang sibuk dengan aktiviti PERMAYA..Abang jadi bendahari..
so.. sibuk laa kena buat repot..bla.bla..

saya tak sempat nak balas mail abang.. nantilaa balas ye..
ada masa dalam bilik explore..saya pun meluru keluar menuju ke DKG 3..Sampai di bilik kuliah.. Imanina melambai padaku.. oo… dah sampai rumateku..

“ pergi mana tadi..? soal Imanina.. “ As usual..as my rutin..”, jawabku sambil tersenyum.. “ Em.. sohih pergi lab.. ada nota baru tak..? Imanina menyoalku..
“ Ada.. MIs.. KP.. dah save.. nanti balik.. Izzah print..” jawabku..
“ Ok..syukran..” Imanina menyapa lembut bahuku..

“Puan Nariman dah masuk la.. ups..
mana nota Makro Izzah..? ” soal Imanina..
“ ada.. dalam beg ni..”, jawabku.
Assalamualaikum… selamat petang ”
Puan Nariman mulakan kuliahnya seperti biasa.
“ Hari ini bab 4 Kuadran..
Bab ni banyak kena lukis keluk.. so.. kena rajin laa lukis ye..
kalau tak biasakan nanti bila exam terkontang-kanting nak lukis..” bla…bla..bla..

saya dan Imanina berkerut-kerut juga dahi dibuatnya, bila masuk tajuk ni.
“ Fuh.. banyak nya kena lukis sarang spiderman ni..” saya bersuara pada Imanina. “ Ye la.. sabar saja.. Iman nak lukis.. bab ni memang mencabar betull.. Iman main lukis saja..hihi..” getus Imanina pula.

Tamat kelas Makro.. saya dan Imanina melangkah kaki ke surau..Tunaikan
solat zohor..Kemudian duduk di foyer FE. Sambil menunggu klass KP jam 5 hingga 6.30 Beginilaa jadualku Isnin Rabu jm8-6.30. Ahad selasa khamis jam 4 dah habis kuliah.

“ Izzah..Iman.. sapa Sarah. “ Ooo, Sarah.. sihat..? soalku.
“ Sihat.. nak bagitau.. rabu ni, ada meeting FC..
di kolej petronas jm8.30.. Meeting pasal Minggu Kerjaya”.
“ Rabu malam ye.. insyaALLAh.. kami datang.” jawab Imanina..
“ Oklaa ye.. Sarah ada kelas ni.. sampaikan pada FC lain di kolej nanti ye.. “ Ye..insyaALLAh..” jawabku..

/

**************************


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

azuahamid
WARGA RASMI
Menyertai: 09.09.2005
Ahli No: 5671
Posting: 20
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-12-05 11:08


shida...
teruskan.. akak tak sabar nak baca lagi ni... ;-)


Bookmark and Share




  Member Information For azuahamidProfil   Hantar PM kepada azuahamid   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 3162
Posting: 49
Dari: KUCHING,SARAWAK

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 09-12-05 16:19


Assalamualaikum...

tengok live anugerah carta ye... kak shida sokong kumpulan mana agaknya.??. ana sokong semua... Destinasi Cinta pun masuk kan???


Bookmark and Share




  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Pergi ke uqu's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-12-05 23:05


!!! QUOTE !!!

shida...
teruskan.. akak tak sabar nak baca lagi ni...



sabaq naa.. cikgi..
cek nak p jalan-jalan dulu..
nanti dah klik rumah.. cek posting naa..
hehehhe.. :-di :-di
saja bagi surprise..

!!! QUOTE !!!

tengok live anugerah carta ye... kak shida sokong kumpulan mana agaknya.??. ana sokong semua... Destinasi Cinta pun masuk kan???



ye.. destinasi cinta masuk..
kak semua sokong.. except...tak boleh sebut la mana..hehe..
Lagu yang bertanding - saya Tanpa Cintamu dari kumpulan Mirwana dan Jay Jay;
Balqis (UNIC), Berkorban Demi Cinta (Hijjaz),
Bukalah Hatimu (Ideal),
Destinasi Cinta (Mestica), Di Hati (Dehearty),
Hikmah Kembara (Mirwana),
I Wanna Be Somebody (Alarmme),
Setanggi Syurga (In Team)
dan Yalla Beena (Rabbani & Yassin).

ilalliqa.. ana balik rumah next week..
insyaALLAH.. soon ana posting new cerita...
:lol: :lol:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-12-05 00:53


“ ada message laa pulak ” tiba-tiba handphone ku bersuara..hehe.. comei saja suara tu.. saya menekan punat menu..Ait..kak long.. she give me message ni..

:: in one’s life new friend come, some friend leave, hope u keep me in your heart as i keep u in my mind.i will never forget u::

saya tersenyum mengingati muka kak long or nama penuhnya nurul hanan yang cute macam cT..my luving petsis =) I reply..

saya menatap minit meeting Minggu Kerjaya.. saya dan Iman ditempatkan di biro sumbangan dan penajaan.. waduh.. biro ni berat juga.. kena cari sponsor..em..em.. busy juga biro ni.. tapi.. busy lagi biro urusetia..program.
saya mengomel sendirian..

trit..trit.. ringtone kasihku abadi.. em..siapa laa yang mis call ni..ait…kak cik.. ambui… miss la tu.. heheh.. saya tersenyum melihat nama kak cik di skrin handphone..saya membalas mis callnye..teringat pula housematenya kak cT.. macam belangkas saja both them.. aiwah.. rindu pula both of sis.. =)

tok..tok..tok.. pintu bilikku diketuk seseorang.. “ Masuklaa.. pintu tak kunci..” laungku… “ Kak Izzah.. nak minta tolong.. taipkan surat permohonan ni.. esok nak hantar pada Puan Hamilia.. kak update juga new list untuk BAKSIS ni ye..” pinta Farah padaku. “ Ye..ye.. ok.. menurut perintah adikku..” jawabku sambil mengangguk.. “ Time kasih kakakku.. jawab farah pula..

Farah selaku pengarah projek anak angkat-BAKSIS di Langkawi.. yang bakal diadakan pada cuti merdeka nanti.. saya pula setiausaha agungnye..heheh..
so.. pepaham laa tugas ku.. menaip saja laa…

Rumateku Imanina tak dapat ikut program BAKSIS kali ni.. anak sedaranya nak kawin.. Jadi.. terpaksalaa dia balik kampung..em..em.. kempunan Iman nak ikut pergi Langkawi..

saya lantas buka komputer..sambil menaip surat dan list nama peserta..
sambil menaip sambil mendengar nasyid.. untuk santapan halwa telingaku..

saya teringat kisah silam.. masa saya di tingkatan 6 rendah..
seorang muslimin…selitkan nota hijau dalam buku pengurusan perniagaanku..

Percaya kata janji-Mu
Kerana ku yakin apa digenggam-Mu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Debar hatiku membisik rindu
Ingin saya katakan
Kau gadis idaman

Adakah mungkin kau kumiliki
Ingin saya jadikan
Insan bernama kekasih


~~~~~~~~~~~~~~~~`

Al mukhlis.. “H”


Nota ringkas yang mendetikkan hati kecilku.. Namun.. saya hanya memandang sepi..kerana hati ini belum terketuk untuk pergi jauh. Biarlah saya dapat gengam segulung Ijazah..sebelum saya naik ke jinjang pelamin..Biarlah dapat ku balas jasa mak abahku..yanag telah banyak berkorban untukku..

Kemudian, apabila saya di tingkatan 6 atas..
Nota biru laut menyusul pula..


Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keayuan yang tergambar
Lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Kusampaikan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Al mukhlis. “ H “


saya menatap nota biru laut itu…lalu kulipat simpan. saya cuba meneka siapakah penulis misteri ini..em..em.. entahlaa malas saya nak memikirkan di kala waktu ketika serta detik itu.. lebih baik saya fokus pada exam STPM yang tinggal sebulan cuma..

tiba-tiba.. Pap.. belakang ku ditepuk..saya menoleh. “ Laa Iman..Tak reti nak bagi salam ke..? Nanti Izzah kunci pintu… tidoq kat luaq ya.. eeeii..” getus Izzah.. “Heheheh.. Ampunlaa puteri Izzah.. Iman tengok.. Izzah kusyuk melayan bluess...hihiih..” perli Imanina. “ Wahai Nurul Imanina.. tolonnn sikit.. Izzah dok taip nama BAKSIS ni.. memang laa kena kusyuk wa tawaduk.. nama kena laa taip betul.. no IC ni.. matrik lagi..ha.. nanti silap.. Izzah juga yang kena edit..” ngomel saya pula..

“ Oooo.. alkisahnye ya.. eleh… kusyukk lain tu.. Iman tau laa…Haa.. teringat si penulis misteri tu lagi ke..? ” Iman cuba mengimbas kenanganku. Hanya Iman yang saya hebahkan tentang nota misteri tu..

“ Em.. entahlaa Iman.. tiba-tiba pulak Izzah terimbas kisah silam tu..hihii..”
saya menjawab. “ Ha.. dah rinduu laa tu..ye..” usik Imanina pula..
“ Em.. dari Izzah rindu si “H” baik rindu dengan adikk Izzah di New Zealand ni..
sambil saya menatap gambar adik angkatku Elly di sebelah komputer..
“ Eleh.. shy-shy cat konon…” usik Imanina.

Siapalah saya menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa


Imanina menyanyikan sedikit bait nasyid dari kumpulan Inteam..
“ Amboiii…nak kena cubit ni…eiii..” saya meluru ke sisi Imanina..
“ Wani.. tolong..tolong..” Imanina lantas bergegas lari keluar dari bilik…
meluru pintu bilik sebelah..


*******************************************


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-12-05 15:12


ALLAHU AKHBAR..ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR
LAILAHAILLAHUWALLAHU AKHBAR
ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM…

Sayup-sayup laugan takbir kedengaran dari masjid berdekatan.Terasa begitu sayu hati ini. Bagaimana ye.. insan lain yang kehilangan tempat bergantung.. hilang mak..ayah.. adik..abang..kakak.. huhuhu…syukur.. ke hadratMU.. kerana saya masih lagi bernafas dan masih panjang umur usrati..

Abangku nun di bumi YAMAn.. sihatkah dia..? macam mana persiapan raya? Sebelum pulang kampung Melaka..ku sempat send e-card raya untuk abang.. namun tiada balasan darinya. Mungkin abang tengah sibuk.

Pagi raya.. sebelum mak..abah ke masjid, mak menelefon abang. Bertanyakan khabar..di YAman raya esok..oo.. lambat sehari pula..Raya tahun ni kami semua tak berkesempatan nak berbual dengan abang. Kalau raya pertama abang di bumi Yaman..abang telefon rumah nenek. Teresak-esak..sedu syahdan suara abang dalam telefon.. abang..abang.. lelaki.. susah nak biarkan air mata kelakiannya jatuh ke bumi..namun.. kalau nak turun, turun juga air mata tu..heheh

Dalam 5-7 minit mak bertanyakan khabar abang, kemudian terpaksa menamatkan perbualan.. kerana jam dah menunjukkan jam 8.15, abah..saya dan adik-adik dah menanti untuk ke masjid solat sunat AIDIL FITRI.

Sampai di masjid.. takbir raya dilaungkan.. sehingga jam 8.45. Kemudian Imam menerangkan cara-cara untul menunaikan solat sunat AIDIL FITRI. Maklumlaa setahun sekali melakukannya.. kadangkala kita lupa tentang cara-caranya..serta bacaannya. Selesai solat sunat.. Imam menyampaikan khutbah…

jam 9.30, kami pulang ke rumah nenek. Semua sudah siap untuk bersalam-salaman. Lantas saya dan adik-adik bersiap dan mengenakan tudung. Semua adik-beradik mak berkumpul tahun ni. Terasa meriahnya raya di Melaka.. Tak seperti tahun lepas.. terpaksa beraya di rumah…sitiawan.. huhu.. sediss nya..

rasa asing sahaja raya di bandar..ini gara-gara kak nor yang nak kawin raya ke 5. So, persiapan raya dan kawin terpaksa dilakukan serentak..jadi mak..abah memutuskan hanya beraya di rumah sahaja..

Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah..( mak & abahku )
Mak Teh..Pak Tam.. Mak Tam.. Pak Cik..Mak Cik..
Pak Uda..Pak Usu.. Mak Usu.. genap 7 adik beradik mak beraya di Melaka.

Ramainya.. macam-macam kerenah.. warna-warni baju raya..melihat gelagat anak-anak buahku.. saya tersenyum sahaja.. Mak Usu dan family.. sama colour dan corak bajunya..bersama 2 orang anaknya..

Rezeki tahun ni, Mak Tam dapat puteri.. kakakku juga dapat puteri.. Namun kak nor tak balik melaka tahun ni.. kak nor balik rumah mertua..heheh..


***********************

Hujai turun renyai-renyai..membasahi bumi sintok. Ada satu lagi assignment kena submit minggu depan. Semua bahan dah kucari, tinggal untuk diskusi dengan ahli kumpulan sahaja esok. Kulihat jam baru 5.30. saya lantas membuka internet dan berlayar ke alam maya. saya buka laman web RAUDHAH.com, alwancomics.com dan shukur.orang. Sambil saya buka juga portal UUM dan online Yahoo mesegger.

Banyak offline saya dapat.. dari faryzan Islamic

:::: saHabat sejati takkan memBEKU diKALA musim seJUK, xCAir dikaLA musim PANAS..takkan GUGUR diKALA musim LURUH, tapi.. ia akan sentiasa meKAR seperti musim BUNGA

:::::::: keLALAiAN itu poKOK kemisKINAN,
kemisKINAn itu poKOK keMUNDURAN,
kemUNDURAN itu poKOK renganggangnya persauDARAAN,
kebodoHAN itu poKOK kegeLAPAN,
persiLIsihan itu poKOK keLEMAHAn UMMAH (“,)

dari kak ct
"dalam kesakitan teruji kesabaran..dalam perjuangan teruji keimanan. dalam ukhwah teruji keikhlasan..dalam tawaqal teruji ketaqwaan. dalam kerinduan teruji kesetiaan.. dan "Hargailah bila bersahabat, maafkanlah bila terluka.. Fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka, tegurlah bila tersilap, ingatilah bila kesunyian..itulah kehebatn ukhwafillah..

Buzz…Buzz.. Aik.. siapa yang buzz ni.. ambooii.. kak cik. saya pun membalas Buzz nya.. “ Kai nothing haluki ukhtie..? ” saya mulakan kalam. “ Bikhair..alhamdulillah..” jawab kak cik pula. Macam-macam kami borak.. tiba-tiba saya teringat soalan dari seorang anak yatim sewaktu program JK Ramadhan anjuran ukhwah.com lepas.

saya pernah menanyakan soalan pada kak anis.. Hehe.. kelakar ayatnye..
“ Kenapa.. Izzah teringin nak makan ke? Petang ni.. saya tanya lagi soalan yang sama pada kak cik pula. “ Kak cik.. nak tanya.. boleh tak kita makan keldai..? ” saya menekan keyboardku.

“ Em.. xsure la.. boleh agaknya.. ” balas kak cik pula. “ Em..em..actualy I hv di answer.. saja tanya kak cik..agaknya-agaknya dapat new info..i got from kak cel.. she give me di answer… ” taip ku lagi. “ Kenapa tak boleh makan..? ” tanya kak cik pula.
“ ada dalil yang sebut tentang kedunguan keldai itu sendiri ” jawabku. “ Tapi.. ntahlaa kak.. hehhe.. ” saya menjawab lagi. “ Ooo.. macam tu ek. Oklaa, kak cik nak balik dah.. nak kemas libry ni.. take care ye dik.. ” kak cik pun menamatkan perbualan alam siber kami.

saya pun melayari laman web.. ait..simple-shida ni.. rajin ye online.. One of members ukhwah.com. Lalu ku melihat peribadinya.. dan clik blog http://simple-shida.blogspot.com macam-macam monolongnye.. saya terlihat satu ayat..

pABiLA HarUmaN SyuRga MEwaNgI SeMesTA, SemErBaK baUnya menGiNsaFkan rasa, meNggaMit RiNdU JaNNaH tIdAk TerKiRA, naMun...MamPuKah daku meNjAdI peNgHuNinYa??

Em..em..mampukah saya.. ??!! pray hard+work smart…

:-di :-di :-di

smbung...lagi..sambung....lagi..lagi..


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 23:21


setelah hampir 3 tahun…..

13 Ogos :::Graduation day:::
Alhamdulillah.. selama tiga tahun di bumi sintok..
bumi jelapang padi..
saya berjaya menggenggam segulung ijazah.Syukur kupanjatkan pada Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk ku teruskan sisa-sisa hidup di bumi Mu. Setelah berhempas pulas.. bersengkang mata.. menyiapkan tugasan.. assignment.. presentation..akhirnya.. habis jua saya menamatkan pengajianku di northern university ni..syukur ke hadratMu… =)

Segala kenangan manis..pahit..masam..masin.. tak ku lupa..kenangan waktu belajar memang paling manis.. yang tak dapat kulupakan.. manakan tidak.. di alam ini laa kita belajar untuk melangkah ke alam remaja.. dan seterusnya dewasa..Zaman ini laa kita didedahkan dengan pelbagai situasi.. dengan kawan-kawan..belajar suatu yang baru.. belajar berkomunikasi..memimpin..dipimpin..
mental, fizikal kita diuji dengan pelbagai cabaran. Fuh… bila dikenangkan kelakar ada.. sedih.. gembira dan macam-macam laa.. bak ayat yang fufular dalam astro tu..
“ macam-macam ada ”…

Mak abah..adik-adik..kak nor..abang jas turut serta di hari konvokesyenku.Selesai sahaja majlis penganugerahan ijazah.saya meluru keluar mencari mak..abah serta usrati yang menunggu di gerai bunga yang berdekatan. saya mengabdikan kenangan manis bersama keluargaku.. juga sempat mengambil gambar dengan teman sebilikku Imanina, teman seperjuangan Wani, Shera, Murni, Yatt, Piz, Yana, Ayu, Nisha..Mai..Liza dan gengs ukhwah.com.

Dalam keriangan yang saya dan rakan seperjuangan kecapi dan nikmati..saya terkenangkan arwah kawanku Intan.. kalau laa arwah Intan ada bersama.. tentu lebih seronok. saya terkesima seketika mengenangkan arwah Intan yang
::happy go lucky:: selalu bagi semangat padaku..bla..bla..

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi disisiku
Hatiku sayu bertambah pilu
Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehiduran ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
kerana ianya berguna untukku


Imanina memerhati gelagatku dari jauh. Lalu dipegang bahuku. “ Izzah..Kenapa ni..? tiba-tiba saja redup mata tu.. ada apa yang tak kena ke? ” soal Imanina.
“ Iman.. Izzah teringatkan arwah Intan.. kalau arwah ada.. tentu lebih bermakna kan.. tentu lebih seronok.. “ Izzah..Izzah.. sudahlaa yang pergi tetap pergi.. kita yang hidup ni pun.. entahkan esok..lusa.. pun pergi jua, ” Imanina menjernihkan keadaan sayuku. “ Em.. ye..ye.. Izzah tau.. eh.. jom laa kita pergi ronda tapak ekspo. Izzah dah lapoo ni.. ” Izzah cuba mengubah topik. “ Iye laa.. badnun Iman ni dah berkeroncong lagu Rabbani..hehehe.. ” tambah Imanina.

“ Kejap ye Iman, Izzah jumpa mak abah.. mak abah dah nak balik tu. Jom laa jumpa sekali usratiku…” ujarku pula pada Imanina. “ Oh..dah nak balik… kejapnya..?! ” Imanina pula bersuara. “ Abah Izzah ada hal..lagipun esok kan Isnin, adik-adik nak sekolah.. bla..bla.. ” jawabku lagi.

Langkah ku terhenti seketika..melihat seorang muslimin bersama dengan abah dan makku. Eh.. siapa ye..? Getus hati kecilku. “ Tu Ikmal Hakimi kan..? ” soal Imanina padaku. “ Maybe.. entah..Izzah tak berapa nampaklaa tak pakai cermin mata, dah buka tadi.. ” jawabku pula. “ Alahai lupa pula Iman..tapi..iyelaa Hakimi tu..” ujar Imanina lagi.

“ Pakcik saya mohon diri dulu ye.. mak ayah saya menunggu di sana.” sambil Hakimi menunding jarinya ke arah keluarganya di hujung sana..Dia sempat melemparkan senyuman padaku.

Ya ALLAH.. jantungku berdegup kencang di saat ini. Sekencang pelari 100 meter..sekencang pukulan nicol david..hehe.. boleh lagi saya berjenaka. Kenapa ya..? saya cuba menyembunyikan rasa debarku…

“ Abah.. mak.. jom jalan tapak ekspo dulu.. boleh beli sikit barang-barang bawa balik.” saya bersuara sambil memimpin tangan makku. “ Izzah.. mak.. abah dah tawaf tadi. Mak abah dah penat jalan.. Izzah bawa Fatin, Ain. Aishah dan Mohd tu..Nanti jam 2 jumpa mak abah di kereta. Abah tak boleh lama…ada hal.. ”
abahku berkata. “ Ye laa mak.. mak abah dah makan ke..? ” soalku pula. “ Belum.. nanti jumpa mak abah di gerai hujung tu ye..” ujar mak pula.
“ ok..Izzah bawa adik-adik jalan dulu ye.. mak abah..” jawabku.

*****************

:roll: last chptr... soon...


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 23:53


2 tahun kemudian…
04.04

“ Tahniah atas perkahwinan ini.. Izzah. Semoga ALLAH memberi barakah bagimu, memberkati keluargamu, dan mengumpulkanmu dalam kebaikan dan terhadap kebaikan ..” ucap Imanina pada sahabat baiknya Izzah.

“ Syukran jazilan ya Imanina.. ambui.. pandai ye.. Iman sorok dari Izzah.
Bukan main lagi.. berkias dengan Izzah selama ni. Wah.. Izzah pun tak sangka Iman boleh jadi selicik mata-mata macam cerita tak-files...” jenakaku pada Imanina.

Rupanya Imanina yang mengaturkan segala perancangan untuk meletakkan nota-nota tu padaku. Imanina bergiat aktif dalam persatuan sewaktu sekolah menengah dahulu. Dari situ Imanina mengenali Ikhwan Hazimi abang kepada Hakimi. Masing-masing sama padan.. sama aktif.

Hakimi pula meminati Izzah dalam diam lalu menyuruh abangnya membantunya. Dari tingkatan enam rendah..enam atas.. hinggalah masuk Universiti yang sama. Itulah jodoh namanya. Manakan tumpah nasi kalau tidak ke lauk. Begitula juga dengan Hakimi dan abangnya. Di kampus mereka juga aktif dalam PERKIM.

saya pula antara Majlis Tertinggi dalam PERKIM. Namun saya ada juga mencuri-curi pandang pada Hakimi sejak dia aktif dalam PERKIM. Tak terfikir jauh untuk sampai ke jinjang pelamin.. Hakimi..Hakimi.. rupanya dialah penulis misteri tu.. “ H ”.

“ Heheh..Akhirnya Nurul Izzah bersama zaujnya Ikmal Hakimi. Bagai merpati dua sejoli…” usik Imanina lagi. “ Ishh.. dah laa tu..Iman.. malu Izzah.. kena control ayu ni.. heheh..” Izzah tersipu-sipu malu. “ Iman, mana zauj Iman ...? ” soal Izzah mengusik Imanina pula. “ Ait.. nak tanya akhinye au habib nya..? ” Imanina pula mengenakanku. “ Eii.. Iman ni..Izzah tanya.. abang Hazimi laa.. Pesan ambilkan gambar dengan kawan Izzahlaa.. ” dengan nada merajuk Izzah.
“ Ye la..ye la..puteri sehari.. Iman saja mengusik.. sat lagi Iman pesan pada abang Hakimi.. ups.. Hazimi..hihiihi ” sempat lagi Imanina mengenakan Izzah lagi dan melangkah keluar dari bilik pengantin.

saya kembali di hadapan cermin. saya lihat sekeping nota pink di atas meja.

PadaMu oh Tuhan
Kumohonkan keredaan
Nur kasih yang kudamba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang kupinta
Kebaikan darinya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya
Degan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Kuharap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Kauku sayangi
Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih

Al mukhlis.. “ H ”


saya tersenyum mengamati bait-bati lagu
>> Insan bernama kekasih-UNIC.
Sohih… Imanina meletakkan nota atas meja ni. Imanina..Imanina.. tak sangka teman sejati ku akhirnya kita dalam satu keluarga.

Oh Tuhan,
Seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untukku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu


Akhirnya.. dua hati bersatu..ku doakan agar dimudahkan urusanku duniawi wa ukhrawi… aminnnnn.. amin… ya RABBAL ALAMin.. (“,)

*** nurul izzah + ikmal hakimi ***
** nurul imanina + ikhwan hazimi **


Allah menetapkan takdir, bahawa
“ (Lazimnya) perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan ( sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka ( yang baik) itu adalah bersih daripada (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang ( yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (daripada ALLAH) dan pengurniaan yang mulia. ( SURAH AN NUR : 26)

END..... :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 23:57


*** iLHam ciPta simple-shida…

just simple touch.. cerita ni hanya direka sahaja..
nama-nama yang diambil ada kait-mengait dengan penulisnya..
cuma yang muslimah sahaja.. nama lelaki tu.. saja create..hihihih..
ikhwan hazimi.. ikmal hakimi.. entah nama siapa..
kalau ada nama nya same..
cuma kebetulan saja.. maybe ada jodoh agaknya..ahakss..hihihi.. =)

ana tak pandai nak berkias-kias.. ayat yang digunakan just simple terms saja..
as simple as simple present tense..hihii..
huhu.. ana bukan insan yang berseni..yang mengAYAt…hihii..
ada sikit jalan cerita yang penulis alaminya..
dan banyaknya jalan cerita yang direka sahaja..hehehhe…

mohon izin guna nama antum..
adik beradikku.. kak nor..abang jas..ain..aishah..mohd..fatin..mak..abah..
rakan seperjuangan.. ayu..mai..liza.. nisha..murni..yatt..piz..yana..ju’a
special person..kak long..elly..wani..shera..kak cik..kak ct..
etc..yang terlibat secara xsengaja.. secara LIVe or.. unplugged…

====///=== end...
:-o :roll: :roll: :-P :-P


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.06.2006
Ahli No: 6673
Posting: 31
Dari: bumi Allah di Dungun terangganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 16:06


:):):):)


Bookmark and Share




  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-03-09 14:51


Wah.. berbakat sungguh..
hebat lah kak..
tahniah.. :bunga: :bunga:


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.067987 saat. Lajunya....